Monday, December 25, 2017

singapura

sebelum masih belum boleh nak move on dengan conference di singapore baru-baru ni
baik saya blog siap2. nanti bila dah lama mesti lupa dan basi.

ingat lagi tak cerita berita gembira saya yang ni?
yups saya pergi ke singapore minggu lepas sebab conference yang terpilih
student yang terpilih dari UM ada lebih kurang 40 orang. semuanya student postgrad
ada yang terpilih untuk poster presentation. ada yang oral presentation
saya punya pada mulanya oral. tapi ditukarkan ke poster atas sebab saya punya lebih sesuai untuk poster. frust juga. sebab poster kan mcm tampal-tunggu org dtg-habis. boring hehe.
kalau oral presentation dia punya berdebar-debar nak kena present tu yang best haha
(korang lebih suka poster ke oral?)

bsgc ni bermula dengan presentation antara postgrad di satu department berkembang smapai ke satu fakulti dan sekarang berkembang sampai melibatkan 3 buah university terbaik di asia tenggara iaitu Um, NUS dan CU. kalau korang nak tahu lagi pasal bsg boleh ke website ni.

sepanjang saya belajar di um saya tak pernah tahu pun pasal bsgc ni. ni pun sebab frust sangat tak dapat pergi estonia hari tu. kalau tak saya takkan cari mana2 conference luar negara dah. plus saya jarang jarang sangat buka siswamail um haha. jadi banyak benda best terlepas. ish ish. teruk betul.

semua yang present hari tu semua best-best. kadang-kadang saya rasa jauh sangat dengan bidang saya (environmental management). kebanyakkan adalah bidang biotech, biochem, biology, diversity. ada laa beberapa research yang saya faham sebab masa master kan buat biotech. dna sequencing, pcr, bla bla bla yang saya fobia sampai taknak buat labwork masa phd haha. ok la. best. ada yang buat pasal alat untuk extract dna dengan paling cepat macam dalam cerita csi, ada yang kaji tumbuhan warna yang selalu kita nampak kat tepi jalan rupanya boleh gantikan panadol, ada yang pasal kenapa mata keluarga orang utan, gorila, monyet boleh berubah-ubah. fuhhh..2 hari boleh tepu kepala. hahaha.

Team UM menang dalam kebanyakkan award malam tu. tapi saya rasa semua yang present secara oral hari tu semua best-best. dari singapore, thailand, taiwan, filipino dan um sendiri. memang jauh beza dengan cara saya present. slide  diorang plak simple dan kreatif sangat. nasib lah saya tak kena present oral. kalau tak. fuhhhh.. memalukan je hahaha. apa-apa pun banyak benda saya belajar dari cara nak present sampailah ke slide yang kreatif. satu lagi pemakaian diorg plak sempoi je. mcm nk present depan kawan2 atau macam nak pergi jalan-jalan. kita (yg dari um dan saya sendiri) beriya pakai formal macam nak pergi interview. hahah. tapi kalau ikutkan. boleh je pakai biasa2 kan. sebab yang penting apa yang kita nak present tu kan? korang rasa canne?

ok lah. lain hari saya cerita pasal nus yang sangat hijau dan best. nak banding dengan um yang klasik tu hahaha. tak baik tau..sila bersyukur. ok lah. nak gambar saya yang tak seberapa.

Monday, December 11, 2017

cuti 3 hari

selalu kalau KL cuti saya cuti
kalau selangor cuti saya pun cuti
walaupun UM dalam KL
melaikan memang betul-betul kena pergi UM

so kali ni birthday sultan selangor
saya pun cuti jugak sebab school umar tutup
nak tinggal kat tokma takut tokma nk pergi round-round ke susah plak

tapi walaupun cuti sampai 3 hari ni
takde apa yang menarik pun
duk rumah je
mandi kat swimming pool
main kat playground
balik rumah tokma
tengok cartoon sampai pengsan

 tiap kali pergi swimming pool mesti kena bawak bekalan makanan
sebab budak2 ni mesti lapar
paling senang beli donut kat gerai tepi tasik sect 7, shah alam
sedap gebu dan budak2 memang suka
sampai mommy tak sempat nak rasa huuuu

lauk tengahari tadi: ikan selar masak sweet sour. umar makan banyak. yeay!! fatimah pun yeay!!

dan saya akhirnya sempat siapkan satu paper minggu ni yess!! berjaya
start isnin lepas hari ni baru siap. tapi tak check turnitin lagi
rupanya takleh bukan turnitin kalau bukan kat university ek?
(kalau betul2 fokus boleh je sebenarnya. tapi selalunya fokus tu terkeluar dari landasan)

ok lah
korang buat apa cuti 3 hari ni?
tengok ramai je pergi oversea yang ada snow
jealous betul!!
ok bye!


Thursday, December 7, 2017

pt class

ingat lagi saya cerita pasal kemungkinan umar akan dimasukkan ke kelas pra tahfiz tahun depan?
hari ni Alhamdulillah saya baru di-invite untuk join group telegram
group untuk pra tahfiz tahun depan
Alhamdulillah...Ya Allah...Alhamdulillah....
menitik air mata baca surat dalam group tadi (mommy teremosi lebih)
saya tak sangka sebab katanya akan ada assessment untuk pemilihan
ALhamdulillah...umar terpilih...good job umar!!!!

terima kasih teachers yang mengajar umar dari 2.5 years sampailah 5 years ni
terima kasih terutamanya teacher wani sebab bersabar dengan umar
yang sanggup ajar membaca walaupun dah habis waktu sekolah
dari zero ke hero!! Alhamdulillah (mommy terover haha)

Alhamdulillah
berita terbaik sepanjang tahun!!!
Alhamdulillah
Thank You Allah!!

Wednesday, December 6, 2017

tak habis-habis

yupss
memang tak habis-habis cerita pasal couple paling meletop sekali abad ini
sape lagi kalau bukan fattzura kita :)
saya bukanlah jenis ikuti sangat cerita-cerita artis ni
apatah lagi nak baca blog gosip..macam malas (sape geng dengan saya)
tapi cerita fattzura ni terkecuali...dari tak ambil tahu sampai nak jugak join kemeriahan haha
ye la..dah asyik muka diorg je yg lalu kat timeline..terjebaklah juga :)

tapi diorg cantik dan handsome kan?
sama padan kan?
dan yang paling saya suka semua gambar diorg ni mesti ada gap tau
takde nak pegang-pegang tangan ke..
tak ke manis mata memandang...kan?

dulu ingatkan diorg ni cinta lokasi je
ye la yang masa cerita pilot tu kan cinta lokasi
tapi rupanya tak...
ajak kawen. hantar rombongan merisik..bertunang...selamat :)
simple...takyah nak pre wedding photoshoot segala


tengok baju tunang fazura. cantiknyaaaaa
pelaminnya pun cantik!!!
nnati majlis bersanding mesti lagi lagi cantik..mesti punya!

(dah rasa macam blog gosip dah hahahaha)

ok lah
sebenarnya diorg ni mengingatkan kisah saya dan encik MM
(perasan hahah)
nantilah saya cerita
bye!

Monday, December 4, 2017

kitaran hidup

bulan lepas ada postdoc baru register masuk kat department saya. Malaysian. 
graduan UPM. baru je convo time musim konvo baru-baru ni. 
dan baru minggu lepas baru sempat nak borak-borak
 (maklumlah lelaki. nak borak2 pun macam segan jugak) 
tapi sebab dia tanya kenapa dia punya pc tak connect dengan internet
 kalau tak memang dia kat hujung sana. saya kat hujung sini. senyap. hehehe 
 borak
 borak
 borak 
 sampailah part suami kerja apa. isteri dia plak kerja apa. 
anak dah berapa. yang sulong umur berapa.
 kenapa tak buat postdoc kat oversea. kenapa tak kerja je terus. 
last sekali. 
 "habis tu kalau suami takde awak sorang ke handle budak2?" 
"aah saya je la"
 "maid takde?"
 "takde" (senyum kambing) 
"fuuhhh kalau isteri saya, seminggu saya tinggal outstation boleh haru jadinya."
 "awak berbulan2 tinggal. larat ek."
 "larat je huhuuhuh" (huhu je la).

 kalau ikutkan hati memang tak larat jugak 
sampai boleh jadi naik hot kalau anak-anak buat tumpah air bla bla bla
 kadang-kadang nak je suruh suami amik maid sorang. 
untuk buat kerja-kerja rumah (basuh baju, basuh pinggan, kemas rumah) 
ni kita la kemas rumah kita la jugak suap nasi 
last sekali anak-anak tidur kita pun sama naik terbongkang keletihan 
walaupun dah biasa tapi jauh disudut hati kenalah kuatkan diri capai kain basah lap air tumpah tadi 
nak ada maid macma tak mampu lagi. plus canne ek ada orang asing dalam rumah?
tapi best jugak kalau ada orang yg boleh basuhkan baju. mop lantai setiap hari. bunang sampah. kan?
 
patut ke saya dapat duck scarf setiap bulan sebagai reward? (tiba-tiba hahahah)