Friday, November 17, 2017

muka sama hijau. hati siapa tahu.

lagi pasal umar
banyak pulak entry pasal umar
kepada fatimah dan hud dan adik hud
(adik hud?? oh no....nanti nanti mommy nak rehat dulu .. mommy dokrok cetong doh ni haha apakah?? kalau aboh nak sponsor maid sorang then ok untuk ada adik hud haha..ok bye)
ok ok serius
hari isnin baru ni eh ke hari selasa
petang tu amik umar dan cousins macam biasa
sekali saya tengok dagu umar macam ada luka. agak teruk juga sebab nampak macam isi (isi ke kulit??) bila tanya umar dia senyap je. sokmo macam tu mesti taknak cerita. sebab takut mommy dia yang bekeng ni marahlah tu. pastu saya tanya teacher.
teacher pun tak tahu. tak tahu? haihhh lagi lah nak jadi dinasor canni.
teacher ingatkan luka dari rumah. adoi la teacher. pastu teacher pergi siasat.
rupanya bff yang buat. ada la sorang ni yang memang sama kelas dengan umar masa full daycare , 4 years sampailah 5 years ni. tapi nanti teacher cakap akan bagitau mama bff ni. dan siasat lagi.

malam tu mam bff ni msg kat telegram yang budak2 ni main main. pastu umar terlanggar bag bff lalu terjatuh. pagi esoknya plak mama bff msg lagi kali ni katanya umar, bff dan bff nombor 2 main. pastu bff nombor 2 tertolak bff nombor 1 lalu bff nombor 1 tertolak umar lalu umar jatuh atas carpet kat daycare yang kasar iteww. fuhhh. berapa banyak bff la dalam satu ayat ni. ok ada faham?

sebenarnya saya tak tahu nak react macam mana bila benda-benda macam ni berlaku
nak marah ke? nak buat tak tahu je ke? atau pergi serang si bff tadi ke?
kalau marah macam tak betul sebab budak-budak kan. mesti masa main-main terjatuh
kalau buat tak tahu je nanti jadi lagi. saya taknak tu. balik tengok ada luka lagi.
kalau pergi serang bff lagi la. emosi tak stabil ke apa perempuan ni??

korang macam mana?
bila balik rumah tokma. tokma punya la bising. bawaklah pergi klinik. kenapa kawan dengan org macam tu. bla. bla. bla. (saya pulak kena marah hahahaha)
kalau umar dengan cousins pun ganas juga kadang2. sampai rasa taknak bawa umar pergi rumah tokma sebab permainan ganas sangat. last sekali umar yang menangis. saya jadi malas nak layan. boleh camtu?
habis tu macam mana?

luka umar tu saya tak bawak pergi klinik pun.
letak ubat gamat je. hari ni dah ok dah. dah kering dah.

apa-apa pun. harap benda-benda canni tak berlaku lagi la.
ni baru tadika. kalau masuk sekolah rendah sekolah menengah.?
canne tu nak pantau kawan2 umar fatimah hud nanti?
adoiii risaunya. 

5 comments:

k said...

aaa.... tak taw jugak nk hadapi camner. Mungkin boleh ajar anak kita untuk bagitau ape2 atau semua yang jadi kat sekolah, bg tujuan "pemantauan"? Nak kawal anak org lain supaya tak main ganas, mmg di luar kuasa kita. Mungkin, selalu pesan kat anak jgn main ganas sgt? Ape2 bgtau ummmi? camtula kot? huhuhu..sorry tak membantu pun...

saya rasa, pointnya di sini adalah supaya anak share dgn kita semua. supaya kita tahu hal sebenar dari pihak anak kita juga. bukan dari sebelah pihak je? inshaAllah.

Take care Umar!

dorsett pink said...

anak saya pun pernah kena macam ni dekat school dia, kawan dia buat. Tapi as a parent, tak adalah saya nak gi marah kat kawan tu. Dah nama pun budak-budak kan.. kalau marah pun, bukannnya diaorang faham pun. redho jer lah.. Ni masa diaorang explore dunia. So, biarkan jer.

Saya just cakap kat anak saya - it's oK. U have to be strong.. Sikit je sakit ni.. Main sama-sama memang ada 'sakitnya'. Aanak saya OK jer.. ala-biasalah budak-budak kan, dia pun dah lupa apa yang terjadi lepas kejadian tu.. hihi

sapphire said...

llizam,
benda pertama bila saya baca komen ni saya terfikir "ya Allah. betul laa. umar takut tak bercerita dengan saya. cara saya yang mana yang salah sampai umar takut nak bercerita?" :( this is sad. mesti ada yang go wrong something somewhere. :(

sapphire said...

intan,
saya pun selalu macam ni sebenarnya. malas nak layan. sebab budak2 kan. tapi kadang2 naik hot jugak haha

k said...

ehhhh...Nilam jgn la sedih... huhuhu... InshaAllah nanti Umar pasti share jgk dgn Nilam :)