Wednesday, November 22, 2017

graduasi

sekarang ni tengah musim hari graduasi anak-anak
dari graduasi anak-anak ijazah sampailah garduasi anak-anak tadika
yang graduasi ijzaha/master/phd...aaaaaa...happy nya tengok
lebih-lebih lagi kalau yg graduasi phd yang ada anak-anak kecik yang bawak baner belon untuk mak/ayah diorg..aaaa...comel sungguh
yang graduasi anak-anak tadika pun super duper comel
tumpang happy dengan pencapaian anak-anak kawan
ramai kawan-kawan kat fb share anak-anak dapat hadiah kecmerlangan..alhamdulillah
semuanya atas usaha anak-anak, teachers dan mak ayah..alhamdulillah

weekend baru ni pun umar ada hari graduasi
tapi turn umar tahun depan..tahun ni umar perform je
apa yang buat saya kagum sangat budak-budak ni yang umur dr 4 hingga 6 tahun ni
diorg boleh hafal skrip panjang lebar. pastu perform atas stage besar dengan relex nya
ffuhhhh kalau saya tak tahu lah macam mana :)
yang lagi best bukan sahaja hafal skrip tapi hafal step semua...
comel dan macam terharunya tengok..dah besar dah anak-anak ni
dulu sama-sama nangis pagi-pagi time parents hantar hahaha

tahun ni anak sedara saya grad 6 tahun
tahun depan naik darjah satu dan dah pergi exam dah kat sekolah baru
(exam untuk tentukan kelas mana nanti darjah satu)
skang ni macam-macam exam..harap darin berjaya dalam apa jua exam sekali pun.

pastu kakak share gambar graduasi kat whatsapp group keluarga besar
(yang ada mak mak sedara. pak pak sedara, cousins semua)
sebab kebetulan ada anak sepupu yang sama grad 6 tahun jugak
apa yang sedihnya
mommy dan mak-mak sedara duk berkira-kirasempat ke tak tengok budak-budak grad ijazah nanti :(
kalau diikutkan mommy mungkin dah 80 tahun time tu :(
semoga mommy dan mak-mak sedara dikurniakan kesihatan yang baik
insyaAllah...kalau dizinkan mesti sempat tengok cucu-cucu grad ..insyaALlah...amin amin....

comel tak TokMa dan cucu-cucu :)

No comments: