Wednesday, November 22, 2017

Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com

Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu "Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com" untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam kotak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.


Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.

Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59

Note : Pemilihan pemenang secara random.


Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/
Read more: http://www.azhafizah.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html#ixzz4z97zZPxc

graduasi

sekarang ni tengah musim hari graduasi anak-anak
dari graduasi anak-anak ijazah sampailah garduasi anak-anak tadika
yang graduasi ijzaha/master/phd...aaaaaa...happy nya tengok
lebih-lebih lagi kalau yg graduasi phd yang ada anak-anak kecik yang bawak baner belon untuk mak/ayah diorg..aaaa...comel sungguh
yang graduasi anak-anak tadika pun super duper comel
tumpang happy dengan pencapaian anak-anak kawan
ramai kawan-kawan kat fb share anak-anak dapat hadiah kecmerlangan..alhamdulillah
semuanya atas usaha anak-anak, teachers dan mak ayah..alhamdulillah

weekend baru ni pun umar ada hari graduasi
tapi turn umar tahun depan..tahun ni umar perform je
apa yang buat saya kagum sangat budak-budak ni yang umur dr 4 hingga 6 tahun ni
diorg boleh hafal skrip panjang lebar. pastu perform atas stage besar dengan relex nya
ffuhhhh kalau saya tak tahu lah macam mana :)
yang lagi best bukan sahaja hafal skrip tapi hafal step semua...
comel dan macam terharunya tengok..dah besar dah anak-anak ni
dulu sama-sama nangis pagi-pagi time parents hantar hahaha

tahun ni anak sedara saya grad 6 tahun
tahun depan naik darjah satu dan dah pergi exam dah kat sekolah baru
(exam untuk tentukan kelas mana nanti darjah satu)
skang ni macam-macam exam..harap darin berjaya dalam apa jua exam sekali pun.

pastu kakak share gambar graduasi kat whatsapp group keluarga besar
(yang ada mak mak sedara. pak pak sedara, cousins semua)
sebab kebetulan ada anak sepupu yang sama grad 6 tahun jugak
apa yang sedihnya
mommy dan mak-mak sedara duk berkira-kirasempat ke tak tengok budak-budak grad ijazah nanti :(
kalau diikutkan mommy mungkin dah 80 tahun time tu :(
semoga mommy dan mak-mak sedara dikurniakan kesihatan yang baik
insyaAllah...kalau dizinkan mesti sempat tengok cucu-cucu grad ..insyaALlah...amin amin....

comel tak TokMa dan cucu-cucu :)

Friday, November 17, 2017

muka sama hijau. hati siapa tahu.

lagi pasal umar
banyak pulak entry pasal umar
kepada fatimah dan hud dan adik hud
(adik hud?? oh no....nanti nanti mommy nak rehat dulu .. mommy dokrok cetong doh ni haha apakah?? kalau aboh nak sponsor maid sorang then ok untuk ada adik hud haha..ok bye)
ok ok serius
hari isnin baru ni eh ke hari selasa
petang tu amik umar dan cousins macam biasa
sekali saya tengok dagu umar macam ada luka. agak teruk juga sebab nampak macam isi (isi ke kulit??) bila tanya umar dia senyap je. sokmo macam tu mesti taknak cerita. sebab takut mommy dia yang bekeng ni marahlah tu. pastu saya tanya teacher.
teacher pun tak tahu. tak tahu? haihhh lagi lah nak jadi dinasor canni.
teacher ingatkan luka dari rumah. adoi la teacher. pastu teacher pergi siasat.
rupanya bff yang buat. ada la sorang ni yang memang sama kelas dengan umar masa full daycare , 4 years sampailah 5 years ni. tapi nanti teacher cakap akan bagitau mama bff ni. dan siasat lagi.

malam tu mam bff ni msg kat telegram yang budak2 ni main main. pastu umar terlanggar bag bff lalu terjatuh. pagi esoknya plak mama bff msg lagi kali ni katanya umar, bff dan bff nombor 2 main. pastu bff nombor 2 tertolak bff nombor 1 lalu bff nombor 1 tertolak umar lalu umar jatuh atas carpet kat daycare yang kasar iteww. fuhhh. berapa banyak bff la dalam satu ayat ni. ok ada faham?

sebenarnya saya tak tahu nak react macam mana bila benda-benda macam ni berlaku
nak marah ke? nak buat tak tahu je ke? atau pergi serang si bff tadi ke?
kalau marah macam tak betul sebab budak-budak kan. mesti masa main-main terjatuh
kalau buat tak tahu je nanti jadi lagi. saya taknak tu. balik tengok ada luka lagi.
kalau pergi serang bff lagi la. emosi tak stabil ke apa perempuan ni??

korang macam mana?
bila balik rumah tokma. tokma punya la bising. bawaklah pergi klinik. kenapa kawan dengan org macam tu. bla. bla. bla. (saya pulak kena marah hahahaha)
kalau umar dengan cousins pun ganas juga kadang2. sampai rasa taknak bawa umar pergi rumah tokma sebab permainan ganas sangat. last sekali umar yang menangis. saya jadi malas nak layan. boleh camtu?
habis tu macam mana?

luka umar tu saya tak bawak pergi klinik pun.
letak ubat gamat je. hari ni dah ok dah. dah kering dah.

apa-apa pun. harap benda-benda canni tak berlaku lagi la.
ni baru tadika. kalau masuk sekolah rendah sekolah menengah.?
canne tu nak pantau kawan2 umar fatimah hud nanti?
adoiii risaunya. 

Monday, November 13, 2017

tak ada apa


hari ni pergi um lambat sikit sebab saya pergi dobi basuh baju dan keringkan sekali
sepatutnya semua benda ni boleh buat semalam (weekend) tapi start dari hari jumaat perut macam bergelora dan bencinya dekat 100 juta kali keluar masuk toilet
tengok nasi pun rasa nak muntah. tengok roti pun. tengok biskut pun. kek pun. :(
tak tahu makan apa. 
tapi hari kena pergi um jugak sebab sv nak jumpa pukul 330 petang nanti
tak tahu pasal apa. sepatutnya meeting hari jumaat atau khamis.
mungkin pasal paper-proofread-claim kot
hmmm. rasa nak pergi toilet. tapi malasnya. :(
badan ni lagi kita melepet lagi dia melepet lemah macam sakit apa je
ok lah. kuat kuat kuat.
jom buat kerja-kerja tertangguh.
full paper untuk singapore tak start buat lagi ni.
tolong!!

note: cantik tak blogheader saya? cantikkan...hehe :)

Friday, November 10, 2017

ptm

hari ni saya rasa macam nak cerita pasal parents teacher meeting kat school umar baru-baru ni
saja untuk buat kenang-kenangan manalah tahu satu hari nanti umar akan baca

parents teacher meeting ni macam hari report card lah
kita pergi school dan jumpa cikgu kelas
kalau zaman sekolah dulu saya paling tak suka sebab saya kena tunggu lama
lama sebab ada 3 orang adikberadik sekolah yang sama
jadi kena ikut giliran..selalunya saya yang di blok lama sekolah akan last sekali lah jadinya
selalunya semua orang dah nak balik baru mommy sampai
tapi waktu cikgu pun dah penat..so sesi berjumpa cikgu kelas akan menjadi laju hehehe

kes umar plak
mula-mula teacher akan bagi kita tengok result final assessment
(ala-ala peperiksaan akhir tahun laa..)
school umar ada beberapa paper; BM, english, math, agama islam dan science
teacher tak letak berapa markahnya tapi dinilai good very good excelent
untuk semua paper umar dapat very good
kalau nak banding dengan exam awal tahun semua satisfactory je
Alhamdulillah ada peningkatan di situ
teacher bagitau umar kat school dia yang paling rajin nak practice baca buku dengan teacher
(buku baca school punya dan buku easy yang english)
selalunya cikgu kelas umar ni dia akan practice baca dalam kelas dan after class
maksudnya masa daycare. jadi teacher cakap umar yg paling awal turun untuk baca :)
sebenarnya kat rumah saya risau sangat sebab bila saya nak dengar dia baca punyalah sussah
macam-macam-macam alasan..kalau ada mood dia pun kejaaaaaaap sangat
pastu penat laaa...nak main laaa...nak tengok pj mask laa...macam-macam
tapi bila teacher cakap macam lega sikit
dan sekarang umar dah masuk buku 6 eassy reading tu dan buku 4buku baca school
kira macam dah nak habis jugak lah...alhamdulillah
baru ni saya beli buku ladybird yang ada suku kata mudah tu
umar dah boleh baca....ALhamdulillah...thank you Allah...leganya rasa :)
teacher cakap umar dah boleh tulis nama sendiri dan tulisan pun kemas
kemas yang comel hahaha sebab ada huruf kecik ada huruf besar
macam huruf umar akan tulis huruf besar...G pun sama haha
satu lagi umar ni kat school suka tau report kat teacher
macam kawan dia suka sakat kawan (bukan sakat dia tau) dia pergi report kat teacher haha
saya dengar...hmmm...kat rumah pun macam tu...hahhaa
kalau fatimah sentuh kaki dia sikit mulalah..."mommy..fatimah pijak kaki umar" over tak? haha
last sekali teacher cakap insyAllah..tahun depan, 6 years nanti umar akan dimasukkan dalam kelas pra-tahfiz..
kat school ada 3 jenis kelas (biasa, advance, pra-tahfiz)
tapi jangan fikir bukan2 tau..walaupun kelas biasa semua dah boleh baca mengira solat semua
kelas biasa dan advance akan jalani kelas macam biasa 9-12
silibus pun macam seklah tadika biasa
tapi kalau kelas pra-tahfiz ni dia lain sikit
kelas 9-2pm. silibus akan ikut silibus darjah 1...tapi taklah sepenuhnya darjah 1.
selalunya yg kelas pra-tahfiz ni sebelah kaki dah masuk sekolah agama SRAI tu
so saya patut lega ke risau ni? hahaha

apa-apa pun..
setakat ni saya agak lega bila umar dah boleh baca dan mengira
saya tahu anak-anak orang lain ada lagi advance
tapi bagi saya dengan pencapaian umar setakat ni saya rasa dah ok sangat dah
Alhamdulillah...Alhamdulillah... :)

kepada umar
kalau umar baca ni...
mungkin masa ni umar tengah stress dengan study fizik ke add math ke atau anatomy tubuh badan manusia ke
mommy nak umar tahu...walau canne susah sekali pun subjek yang umar tengah belajar sekarang mommy yakin umar mesti boleh buat punya
study je k..doa banyak...solat 5 waktu jangan tinggal...solat hajat jangan dilupa..
insyaAllah...mommy selalu doakan kejayaan umar...amin... :)

*tiba-tiba macam beremosi tak keruan plak*

ok lah
sebagai penutup
ini lah aktiviti umar dan cousins tiap kali balik sekolah
mesti nak beli roti kat uncle roti ni
mommy kan orang kaya..takpe beli la beli je semua sekali 


Tuesday, November 7, 2017

my 24 hours

saya rasa semua orang dah tahu pasal Aida Azlin ni
cantik dan saya rasa apa yang buat saya terpaku tengok video vide dia ialah cara dia cakap
entah..macam............tenang camtu kan
dan english dia pun simple dan takde slang..simple.
pastu topik yang dia kupas in every video pun best best
dan macam boleh relate dengan kehidupan seharian kita..kan? setuju? hehe

dah tengok video Aida Azlin yang ni? "How do you spend your 24 hours"
tiba-tiba awal-awal minit tu boleh plak macam terharu dan terminitik air mata ini haha
sebab dia cakap pasal betapa dia respect mak-mak 
sebab 24 hours yang  mak-mak spend tiap hari tak sama dengan normal people 
sebab mak-mak nak kena amik tahu hal orang lain (anak-anak..husband..household segala)
saya terkesan sikit tu sebab saya selalu membandingkan kawan-kawan phd saya yang masih single
ada yang dah kahwin dan belum ada anak. dia boleh datang um bila2 masa. balik lewat malam siapkan kerja...dan yang masih single plak weekend pun datang lab siapkan labwork semua
boleh stay up sampai ke pagi.esok bangun lewat. dan sambung kerja kat office...
saya plak :(
nak stay up pun fikir banyak kali. sebab takut terlajak..umar nak pergi school
nak balik lambat pun kena fikir 10 kali sebab nanti lewat amik umar school plak
pastu kalau balik lambat jam. nanti penat. nak masak segala lagi kan.
korang mak-mak pernah rasa macam apa yang saya rasa tak? 
tapi sebenarnya..tak boleh nak buat perbandingan camtukan
dan lepas tengok video ni..ok rasa macam lega sikit..
takpe. tu bahagian dia. bahagian kita macam ni. Tuhan dah aturkan baik punya untuk semua :)

bila tengok video aida azlin rasa nak buat vlog jugak hahah
ok lah
bye
:)

Monday, November 6, 2017

16 years ago today

hari ni hari pertama SPM 2017
saya punya hari pertama SPM ialah pada 16 tahun lepas
pada tahun 2001 di MRSM Kota Putra, Besut
bilangan subjek? 10 subjek (yg wajib 9 tapi mengada tambah 1 tassawur islam)
keputusan? 4A 4B 2C
sangat sangat teruk dalam sejarah peperiksaan besar hidup saya 
sad...sad...sad...
menyesal? banyak menyesal
bestfriend saya dua dua 10A
cinta hati (waktu tu) pun 10A
saya je..takde rezeki...nasib tak cukup baik...? entah
nak kata tak study..study je...tak cukup study hard kot...

adik-adik yang bakal ambil spm tahun-tahun depan
jangan leka...study...study...study dan study..
hafal..hafal...hafal...
buat latihan banyak-banyak...
solat hajat banyak-banyak...doa banyak-banyak
seterusnya berserah kepada yang Maha perancang..dia lebih tahu
jangan jadi macam kakak nilam ni haa... haha

tapi apa yang saya belajar dari kegagalan terbesar dalam hidup ni
saya tahu pelajaran tu amat penting...
awak nak buat apa sekali pun belajar tetap belajar
nak bercinta ke nak join sport ke...belajar tetap nombor satu
dan saya rasa yang mengerakkan saya untuk sambung study sampai peringkat sekarang
pun sebab cita-cita nak jadi doktor zaman spm tak kesampaian
makanya bertungkus lumus la buat master dengan lab yg susah gila
dan skang dengan analisis data GIS yang entah macam mana ntah pening kepala inewww

kesenangan tak datang bergolekkan
semua pun bermula dari bawah...
kawan-kawan yang sekang dah MO dan pun tengah sambung master pun bersusah payah belajar 6 tahun..pastu mengadap zaman HO yang letih dan tak cukup tidur..

tapi jangan la pulak
"dia tu spm 4A je..boleh je buat phd" no no no no...
itu konsep yang salah ok..
apa-apa exam pun penting..upsr pmr spm stpm smeua penting
penting sebab kita menggalas harapan ibubapa yang tinggi
(sorry mummy..mesti mummy kecewa dengan result spm lang dulu kan :( )

ok lah
entah apa yang saya cakap ntah haha
kalau baik ambil..kalau tak baik jadikan kenangan (betul ke?? pelik je bunyinya)

so here we are today with our juniors
(muka semua nak copy paste je hahaha)
dari kanan: Dr. Nina, Dr. Diana dan Dr. Nilam (soon soon soon to be doakan eh)
yang paling saya pasti kenangan di Kota Putra adalah antara kenangan paling best

bye

Thursday, November 2, 2017

365+2

seorang yang manja
paling kuat menangis antara fatimah dan umar
dulu ingatkan fatimah tu dah cukup kuat nangis dah. rupanya hud lagi kuat nangis
super duper over mengada kuat menangis haha
(kadang-kadang stress juga. sbb nk masak nak mandi nak solat pun susah)
sebab saya senantiasa kena ada didepan mata dan sanubari hudthehud ni
kalau tak menangis lah dia
kalau tengah masak tu dia akan dudk sama kat dapur
kalau nak mandi dia yang setia menunggu luar pintu sambil menangis
kalau solat plak. saya kena sediakan mainanbiar dia main dan tak bergantung kat kain telekung
hud gok la...pening la mommy canni
kalau ada aboh tu ok lagi. boleh tolong tengokkan.
tapi dengan ketiadaan aboh memang boleh jadi monster merah yang comel mommy ni

apa-apa pun
walaupun hud ni kuat nangis
tapi dia seorang yang mempunyai kesungguhan yang tinggi
kalau itu yang dia nak diaakan berusaha
contohnya satu hari saya dah pagarkan bahagian ruang tamu dengan kereta kerusi makan etc
jadi dia takkan kacau saya kat dapur
tapii biasalah hud kan peminat nombor satu saya
dia berusahatolak pagar tu sampai lah berjaya pastu dengan lajunya dia merangkak ke dapur
hud juga macam ada karakter yg bekeng. nak nak dengan muiz cousinnya. haha

apa-apa pun
hud tetaplah anak kesayangan mommy macam mana mommy sayang abg umar dan kak fatimah
mommy harap. mommy doakan hud menjadi anak yang soleh
anak yang bertanggungjawab dalam apa jua yang hud lakukan
anak yang tak tinggal solat. tak tinggal mengaji
anak yang pandai dalam pelajaran
anak yang dilindungi Allah walau kat mana sekali pun hud berada
anak yang berjaya dunia dan akhirat ameen
tak ada apa yang menggembirakan mommy selain dapat tengok anak-anak mommy berjaya dunia akhirat

malam ni kita potong kek sekali dengan muiz dan abang uwais k
jangan bekeng sangat dengan muiz. sian muiz. ok.
mommy sayang hudthehud. :)