rasanya kalau tak cerita sekarang pasal kyoto trip baru ni
sampai kesudah lah takkan ada kenangan kat sini
macam cerita pasal pergi melbourne
dah jadi pekasam dah kot gambar2 tu
nak hantar buat photobook pun tak terbuat lagi
dasar sangat kan
ok
lets get started :)
lepas melawat fish bone waste recycle centre dan Aeon
kami dibawa melawat ke Kyoto Kiage Water Treatment Plant
yang mana water treatment plant ni merupakan water treament plant paling awal yang ada di Japan
dan sumber air nya datang dari Biwa Lake di proses di Kiage ni dan disalurkan ke seluruh Kyoto dan Osaka
ada beberapa lagi water treatment plant di Kyoto, tapi Kiage WTP ni yang paling tradisional
dan masih beroperasi sehingga sekarang
katanya Kiage WTP ni direka oleh professor daripada Kyoto University
tak macam water treatment plant dekat malaysia
Kiage WTP ni sangatlah cantik
dikelilingi pokok pokok sakura dan pokok pokok bulat yang comel
kalau datang musim bunga tempat ni akan dikelilingi pokok pokok pink dan bunga sakura
saya datang time musim luruh..pokok jadi oren dan ada yang tinggal ranting je
tapi still cantik
kami di bawa melawat ke sekitar kolam dan juga masuk ke lab dan bilik kawalan. ini ialah saya tak ingat nama dia apa hahaha tapi dalam ramai ramai student kyoto uni, dia yang paling pandai cakap omputih. jadi dia yang tolong officer dari Kiage WTP translate segala penerangan hari itu. dan dia handsome jugak hahhaa
bilik kawalan kualiti air di setiap point di sepanjang sungai yang menghubungkan Kiage WTP dengan Biwa Lake. diorg kerja 24 jam.
salah satu pump yang digunakan untk menyalurkan air ke kawasan sekitar. pump paling awal dibina. tapi sekarang sedang dibaik pulih.
kawasan sekitar Kiage WTP. cantikkan. ruginya tak datang waktu musim bunga. kalau tak mesti lagi cantik. semua mesti pink je…..
tugu peringatan Professor dr Kyoto Uni yang mereka Kiage WTP ni.
jadi dari Kiage WTP kalau kita jalan sikit ke dalam hutan kita akan jumpa Nanzrnji Temple. Biasalah Kyoto memang terkenal dengan temple templenya kan. so ini salah satunya lah. cantik. tapi sayangnya hari dah gelap. walaupun sebenarnya baru pukul 5. jadi ambil gambar pun tak cantik. guna iphone je pun.
jadi sampai situ je Graduate Student Seminar antara Kyoto University, Tsunghua University dan University of Malaya. 2 hari je. tapi penuh dengan info. bila lagi banyak kita tahu mesti akan buat kita rasa lagi banyak benda kita tak tahu kan. jadi balik study pasal water quality. T_T
ok. next episode kita pause dulu pasal study dan lawatan ilmiah.
next episode kita akan berjalan jalan ke Arashiyama atau Gion atau Fishimi Shrine
bye bye!
2 comments:
Arashiyama/Gion/Fishimi Shrine, tak sabar nak tunggu entri yang ini! Have fun ;)
http://terompahsiopah.blogspot.my/
sama macam saya. kalau tak cerita lepas balik, memang sampai pekasam tak kan update kat blog.. hahhaahaha...
btw, cantik giler gambar autumn foliage tu..
saya pun terpikir, kalau saya boleh jadi translator atau cikgu bahasa inggeris kat Negara dieorang atau mana2 Negara yang tak fasih berbahasa inggeris, at least ada gak pekerjaan kalau tetiba rasa nak menetap kat Negara orang...
Post a Comment