Friday, December 18, 2015

Arashiyama


sepanjang 2 minggu lebih saya kat Kyoto
masa sangat sangatlah terhad untuk berjalan jalan
cadangan awal saya dan kawan yang ikut sama ialah pergi ke Tokyo dan Fuji-san on weekend
tapi bila fikir-fikir balik
tokyo dah pergi…fuji-san pun dah tengok dekat
kenapa mahu bazir masa dan uang yang sikit?
kenapa mahu pergi tempat yang jauh sedangkan tempat yg dekat pun tak habis jalan lagi?

jadi atas persetujuan kami berdua
saya stay di kyoto
dan kawan saya tu ke tokyo seorang diri
ish ish ish semoga saya tak di label kawan yang jahat kedekut haji bakhil ke apa

tapi saya tak stay di kyoto la
saya dengan beraninya pergi ke osaka seorang diri (berani lah sangat kan hahaha)
pasal trip ke osaka ni lain hari saya cerita ok

jadi sepanjang 2minggu the only time yang kita orang dapat cuti dari Shimizu sensei ialah pada hari  ketibaan lectures dari UKM, UTM, Unisza dan UM sendiri untuk CS5 2015
CS5 ni macam research group antara Japan n Malaysia on watershed kat Malaysia ni
terutama sekali sungai2 di Selangor
dan secara tak langsungnya saya pun dilantik menjadi salah seorang member utk research group ni

so hari cuti tu jatuh hari Rabu dan hujan sepanjang hari
tapi ini langsung tidak mematahkan semangat kami untuk menerokai tempat-tempat menarik di Kyoto
(kalau bab jalan jalan memang nombor satu kan…kalau bab study?ayat tu takpayah skema sangat)
jadinya kami ke Arashiyama (the famous bamboo forest) dan Fushimi Inari Shrine (the famous location from Memoirs of Geisha)
kalau datang kyoto tak pergi kedua-dua tempat ni memang macammmmm…………
macam baik hang balik kampung tanam jagung…jagung tu buat bubur jagung taruk sagu hahahah
(ok takde kaitan)
sebab saya cakap camtu ialah kerana nak ke situ senang yang amat…
naik train turun train dah terpacak depan mata pintu gerbang oren depan mata
naik train turun train pastu jalan 10 minit dah sampai kebun buluh

ok untuk ke Arashiyama:
kalau dari Kyoto Station amik train ke Saga Arashiyama di platform 32, 33
tiket berharga 240yen je
pastu jalan sikit (10 minit gitu) dah sampai. Kat station Saga Arashiyama ni ada tourist post yang sedia membantu
atau pun follow je foreigner…semua menuju ke satu tempat yang sama hahaha

nampak tak foreigner berduyung duyung nak tengok hutan pokok buluh
follow je diorang pasti tak akan sesat


untuk sampai ke kawasan pohon pohon buluh menghijau kita kena melalui jalan jalan berliku dan curam
bagi orang tua saya rasa better naik beca..sebab orang muda yang gagah perkasa macam saya ni semput hahaha serius tak tipu….nampak sangat banyak makan tapi tak exercise T_T


kat sini ada beberapa buah temple…yang free dan yang perlu dibayar kalau nak masuk
kalau yang kena bayar tu saya rasa permandangan cantik…kalau yg free biasa biasa je
tapi masih menarik perhatian sebab ada benda2 yg comel macam kat atas ni
nota-nota doa dan azimat cinta untuk tuhan
macam macam bentuk dan warna




cukup hijau tak
mata yang rabun kembali sihat kan hehehe
cantik sangat kan
buluhnya besar besar pulak
macam kalau buat mercun buluh satu kampung boleh dengar
kalau buat lemang….emmm makan dengan rendang palembang pun sedap :D



last sekali sebelum ke destinasi seterusnya
singgahlah kejap merasa ke-original-an green tea ice cream
saya yang tak suka green tea ni try jugaklah kan
rasa dia? tak sedap!!!!!!!!!!!
ice cream yang sedap cuma daripada susu atau buah macam strawberry ke mango ke
green tea ice cream? green tea kit kat? green tea waffle?
terima kasih banyak. jumpa lagi.

ok.
next entry will be Fushimi Inari Shrine ok anak-anak
nah gambar saya sedang menahan tekak menelan green tea ice cream

bye bye!

No comments: