Tuesday, July 7, 2015

masalah dunia

sejak dua tiga menjak ni
saya macam rajin sikit nak buka FB
scroll down time line dari satu cerita ke cerita lain
macam-macam
selalunya malas juga saya buka FB
sebab takde apa sangat pun
tapi sekarang ni macam takde benda nak buat kot hahahaa
(takde benda lahh sangat kan??!! paper untuk seminar tak submit lagi woiii)

jadi biasalah bila buka FB ni
macam-macamlah benda kawan-kawan share kan
dari tips nak masak dengan cepat ketika bulan ramadhan
sampailah tips nak travel ke luar negara dengan bajet yang sikit
macam-macam
isu-isu politik jangan cakaplah kan
berlambak-lambak
dua tiga orang pulak tu yang share cerita yang sama

so one I came across to this one tips on marriage
katanya macam mana nak kekalkan hubungan romantik antara suami dan isteri
salah satunya ialah make time to go out bedua sahaja
tanpa anak-anak
hmmmm……
dalam hati saya duk fikir…bila kali terakhir saya keluar dating berdua dengan encik MM ek?
kalau keluar berdua anak-anak nak letak mana? mana ada maid
nak tinggalkan kat mummy? seharian mummy dah jaga..takkan malam hari pun nak minta mummy jagakan juga? hari minggu pun sama…isnin hingga jumaat mummy dah jaga…takkan sabtu ahad nak tinggal kat mummy juga? haaa…..macam mana tu?
saya fikir mungkin yang buat tips ni dia ada maid kot yang boleh jaga anak-anak
tapi kesian lah kat anak-anak siang hari maid dah jaga. malam mesti lah nak spent time dengan mak ayah plak kan? ke macam mana? ish ish ish
susah-susah sangat takpayah lah keluar dating! hahahha habis cerita :p

korang ada masalah sama macam dengan saya tak?
memanglah saya ada mummy yang tinggal dekat je..anytime kot boleh hantar anak kat rumah mummy
tapi saya takdelah tak berhati perut sangat…kena fikir jugak mummy mesti letih jugak..nak rehat jugak
jadinya ke mana sahaja pergi umar n fatimah mesti ada sama…
nak tinggal mesti kena fikir 10 kali…

mungkin kita kena fikir-fikirkan tips untuk dating dengan suami/isteri bersama-sama dengan anak-anak hihi
tu dikira dating ke? hahaha

oklah nak saya belanja satu gambar 3 tahun lepas
gambar masa awal-awal kahwin dulu


 DSCN7957-1

2 comments:

Nani said...

Hi Nilam..lama gila tak dengar kabar..tapi salu baca blog nilam..hehe..nani ada la beberapa "time" yang masih buat..1) Me time - salu keluar dgn kawan or shopping sensorg tapi still tak la over sampai seharian xbalik rumah. 2) You time - Ni untuk husband..biasa ni sebulan ada la sekali dua..jumpa kawan biasanya. 3) you n me time - "u and me" time, anak dah besar so hantar sekolah..parents jauh memang tak dapat la nak pos ke diorg..so apa yg nani buat, hantar anak ke sekolah,amik cuti pastu keluar la dgn husband..tgk movie ke..makan2 ke..yang ni kalau tahap maksima sampai dah stress baru buat..hehe yela...mana ada masa..anak lagi..keje lagi..kemas rumah lagi.. ..tapi kadang2 hantar anak kat mak..salu sebab mak yg mintak nak jaga (jarang jumpa cucu)..Last, 4) Family time- yang ni everytime..balik keje, weekend, cuti..semua la..salu yang 1-3 ni kitorg dah buat plan..means untuk sebulan tu dah plan awal2..so xde la nak me ke you time selalu..plus dah tau apa nk buat..hehe

sapphire said...

hye Nani!!!

ni nani mana ni? nani MUCH ke? kalau ye memang lama sangat-sangat laa tak denganr khabar...hehe...kadang-kadang saya ada juga buat camtu...ambil cuti dan keluar dating...tapi dalam hati mesti duk rasa kesian kat anak anak sebab kita hantar diorg gi school tapi kita keluar berfoya-foya hahahha boleh camtu? :p

kalau husband kerja saya ambil cuti camtu untuk pergi pasar..topup makanan dalm fridge...kemas rumah...camtu je...lainnya melayan anak je laa.. :)