hari ni dah masuk hari ke 12 kita dalam bulan Ramadhan
dah masuk minggu kedua dah
mesti dah ada yang fikir pasal baju raya-kuih raya-pinggan mangkuk raya-kek raya-duit raya
segala macam mak nenek raya
balik raya? haaaa…itu yang paling penting
selain baju raya-kuih raya-pinggan mangkuk raya-kek raya-duit raya…………eh?
cuti hujung minggu semalam saya sempat pergi ke PKNS Shah Alam
hajatnya sesaja nak tengok apa yang ada (yer lah tu kan….padahal memang dah tahu akan ada jualan raya)
alih-alih dah sambar satu baju melayu untuk Umar dan 2 pasang baju kurung untuk Fatimah
baju untuk diri sendiri? hehe dah siap 2 pasang baju kurung moden dah :p
baju untuk encik MM? hmmm……
tahun ni pasal balik raya…tak tahulah macam mana
encik MM kemungkinan besar akan bekerja semasa raya….kemungkinan juga tak dapat balik raya
ikutkan sistem giliran balik raya…tahun ni giliran balik raya kat Terengganu
memandangkan encik MM tak dapat balik raya memang sah sah lah saya balik Terengganu
tapi tanpa encik MM ….. hmmm…..tak bestnya…… :(
korang…..doakan kan encik MM dapat balik paling kurang 2 3 hari pun takpe la
raya pertama kedua ketiga….cukup dah…..doakan eh semua……
asyik cerita pasal nak raya je
bulan puasa pun tak habis lagi ish ish teruknya
mesti misi bulan ramadhan kali ni dah tergendala
ish ish ish teruknya………sape lah tu kan….hangat-hangat tahi ayam kampung betul kihkihkih
(saya lah tu……………teruknya…..dush dush dush!!!!)
takpelah yang penting niat kan…? heeee
progress study macam mana pulak?
supervisor cakap bulan puasa ni jangan puasa study sekali
kerja kena jalan jugak macam biasa
dush!! dush!! dush!!! kena sebijik kat muka yang comel ini hikss
sebenarnya esok date line untuk submit paper untuk satu seminar ni
tapi result analysis tak siap-siap lagi…….(menangis bawah meja)
harap dapat hantar lewat sikit….
so hari ni nak berbuka apa?
dari hari tu rasa nak makan salmon (salmon dah beli seminggu yang lepas)
semalam rasa nak makan paceri nenas dengan ayam goreng rempah dengan sambal belacan
jadi tak tahu lah…tgk hari ni sempat tak nak pergi cari nenas
kalau tak…..mungkin salmon dengan aglio olio la kot………..
ok
sekian laporan hari ini
kita bersiaran lagi tepat jam 10, 10 hari lagi
assalamualaikum
bye!
Monday, June 29, 2015
tak ada apa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment