Monday, August 26, 2013

Raya Terengganu - Melaka - Shah Alam - Singapura

nampak tajuk entry kali?
ini raya ke road trip ni? hihi

Alhamdulillah
tahun ni raya macam puas sikit
sebab dapat merasa beraya dengan rayanya
*ayat apa ni?*

ye la
tahun lepas kan raya dalam pantang
macam tak raya pun ada
dah la tak boleh makan nasi dagang
pagi petang siang malam menu raya nasi putih dengan ikan haruan panggang je
kecewa betul

dua tahun lepas plak
tak dapat beraya dengan en.mm sebab dia kerja jauh nun di sarawak
tak dapat balik cuti

jadi
tahun ni kiranya macam balas dendam jugak la kira-kiranya hihi
takde la balas dendam sangat pun sebenarnya
cuma dapat la merasa beraya di kedua-dua belah keluarga
start dengan puasa dua hari di terengganu
pastu beraya 3 hari di terengganu
raya ke tiga balik melaka 
raya ke lima balik shah alam
dan minggu lepas balik singapura

terengganu - shah alam = keluarga saya
melaka - singapura = keluarga en.mm

dalam masa yang sama umar pun dapat la kumpul duit raya sikit sikit
boleh la buat masuk tabung 

cadangnya
nak buat satu tempat raya satu entry
tapi macam tak berapa nak rajin plak
jadinya masukkan semuanya dalam satu entry je la
senang :)

so..
gambar raya?
pun secara masukkan semuanya dalam entry ni
ok?

sebelum terlambat
selamat hari raya
maaf zahir batin
kosong kosong k
selamat sambung makan kuih raya :)

Raya Terengganu

 Tema tahun ni, En.mm cakap dia nak biru 
yups..tiap tahun en.mm la pemutus warna apa untuk tema baju raya

saya ikut je. asal ada baju raya yang cantik untuk saya hihi

 kakak Darin dan Umar
 Beraya di Gong Kapas, Kuala Terengganu - Rumah mak sedara

 Keluarga Tengku Ibrahim dan Zainah - Wisma Tenang, Terengganu
Gambar raya tak jadi - biasalah - bukan senang nak begambar dengan budak setahun - bukannya nak duduk diam pandang camera

Raya Melaka
 bersama-sama adik ipar yang suka bergambar :)
Keluarga Masri dan Zahara - Bemban, Melaka

Raya Singapura

 alang-alang sampai 
selain beraya

kita jalan jalan sekali lah sekitar Singapura ni
turun naik train mengingatkan saya masa jalan jalan kat Jepun
rindunya awak Jepun :)
 Gambar raya 
 yang hampir menjadi 
takpe umar nanti mummy framekan gambar ni 
gantung kat rumah
nanti dah besar pandai pandai la duduk diam depan camera ye :p

bersama Cik Ju dan Cik Nai - Bedok Reservoir Road, Singapura

rasanya
aktiviti beraya dari rumah ke rumah dah habiskan untuk raya kali ni
penat dah hihi
tapi best
best sebab dapat jumpa saudara mara
dan dapat kenal kenal dengan keluarga en.mm
raya tahun depan ialah pada 28 Julai
puasa 28 June

selamat ganti puasa bagi yang perlu ganti
dan selamat raya enam bagi yang dah habis puasa enam
saya baru nak start minggu ni 
hihi

ok 
bye.

Wednesday, August 14, 2013

cerita ceritu



raya?
nanti saya cerita pasal raya ok
harap ada kerajinan lah nanti


sebenarnya sedang bersiaran langsung dari perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam
menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh sejak sebelum raya
aaaaa.....pening pening
kerja orang last minute canni lah
tak bagus betul


ok
nanti sambung lagi
bye.



Monday, August 5, 2013

makan hati


lauk bujang
walau dah tak bujang
atau
lauk sekadar menambahkan warna hijau di meja
kalau tak ada warna hijau macam tak lengkap pulak kan
atau lauk campak-campak?
ikut korang la hihi

ok
jom kita masak

Bahan-bahan
Hati ayam (digoreng garing)
kacang pancang
lobak merah
bawang besar di mayang halus
sos tiram
bawang kecik, bawang putih dimesin
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
Tumis bawang yg dikisar sekali dengan bawang yang dimayang
masukkan sos tiram dan sedikit air (biar berair sikit)
masukkan carrot dulu (sbb nanti ambil masa plak nak lembut)
pastu kacang panjang...
last sekali hati yang digoreng tadi...
perisakan dengan garam dan gula..
siap...




Sunday, August 4, 2013

paceri nanas

masa saya taip entry
perut tengah lapar
*padahal dah berbuka dua pinggan mee hoon singapore*
tapi masih lapar..nak buat camno?
atau kenyang minum air je
hmmm

duk tengok gambar2 lama kat laptop ni
*tak ada la lama pun...dua tiga hari lepas je pun*
terjumpa gambar paceri nenas ni
aaaa...sedapnya kalau ada nasi dan ikan kering dan ayam/daging masak merah
atau dapat cicah dengan roti canai pun dah cukup mengeyangkan hukhukhuk
*lapar sangat ke cik nilam ooiii*

ok lah
jangan nak nampak sangat kebuluq ok huhu
mari kita tengok cara-cara buat paceri nanas
atau nenas?
mana-mana lah asal sedap perut kenyang hati gumbira :p




resepi ni saya ambil dari Jintanmanis
sebab macam simple
sebab saya suka resepi yang simple simple je
sebab simple tu kan senang huhu

Bahan-bahanya
1/2 biji nenas saiz kecil
1 1/2 sudu besar serbuk kari ( dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)
1 sudu besar kerisik
1 sudu bahan kisar ( bawang +  bawang putih+ cili kering)
1 sudu kecil udang kering ( di cincang halus)
1 cawan santan ( tak nak letak pun takpe, sbb dah ade kerisik)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang

caranya.
1. Potong nenas ikut selera masing-masing, jangan nipis sangat, panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak.

2.  Tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari dan udang kering, tumis hingga agak garing,

3.Selepas itu masukkan kerisik dan nenas, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, masak hingga nenas layu dan kuah pajeri agak pekat. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.


Saturday, August 3, 2013

puding istana


untuk buat puding istana ni tak ada la susah mana pun
tapi dia akan jadi susah bila bahan utama iaitu jalamas tu tak ada
nak buat jalamas macam susah jugak kot
telur kuning itik , air gula seperiuk...hmmm
pernah try buat tapi macam.......ok la..boleh diterima
tapi belum cuba belum tahu kan
dato' fazley yg kat paris tu boleh buat
takkan kita tak boleh
(ada kaitan ke??)

bulan puasa ni
kalau dapat makan sekali pun jadilah
kalau tak macam tak lengkap ececece
jalamas tu kirim dari makcik yang kebetulan nak turun KL
dan balik dari kerja hari tu, tiba2 je dah siap dah puding
thanks mummy hihihi
sedap yumss yumss
satu bekas cepat je habisnya
nak banding dengan kek batik...seminggu pun belum habis :D

untuk resepi step-by-step
boleh ke link ni
saya dah pernah tulis pasal ni dulu

ok
selamat mencuba ye