ini raya ke road trip ni? hihi
Alhamdulillah
tahun ni raya macam puas sikit
sebab dapat merasa beraya dengan rayanya
*ayat apa ni?*
ye la
tahun lepas kan raya dalam pantang
macam tak raya pun ada
dah la tak boleh makan nasi dagang
pagi petang siang malam menu raya nasi putih dengan ikan haruan panggang je
kecewa betul
dua tahun lepas plak
tak dapat beraya dengan en.mm sebab dia kerja jauh nun di sarawak
tak dapat balik cuti
jadi
tahun ni kiranya macam balas dendam jugak la kira-kiranya hihi
takde la balas dendam sangat pun sebenarnya
cuma dapat la merasa beraya di kedua-dua belah keluarga
start dengan puasa dua hari di terengganu
pastu beraya 3 hari di terengganu
raya ke tiga balik melaka
raya ke lima balik shah alam
dan minggu lepas balik singapura
terengganu - shah alam = keluarga saya
melaka - singapura = keluarga en.mm
dalam masa yang sama umar pun dapat la kumpul duit raya sikit sikit
boleh la buat masuk tabung
cadangnya
nak buat satu tempat raya satu entry
tapi macam tak berapa nak rajin plak
jadinya masukkan semuanya dalam satu entry je la
senang :)
so..
gambar raya?
pun secara masukkan semuanya dalam entry ni
ok?
sebelum terlambat
selamat hari raya
maaf zahir batin
kosong kosong k
selamat sambung makan kuih raya :)
Raya Terengganu
Tema tahun ni, En.mm cakap dia nak biru
yups..tiap tahun en.mm la pemutus warna apa untuk tema baju raya
saya ikut je. asal ada baju raya yang cantik untuk saya hihi
kakak Darin dan Umar
Beraya di Gong Kapas, Kuala Terengganu - Rumah mak sedara
Keluarga Tengku Ibrahim dan Zainah - Wisma Tenang, Terengganu
Gambar raya tak jadi - biasalah - bukan senang nak begambar dengan budak setahun - bukannya nak duduk diam pandang camera
Raya Melaka
bersama-sama adik ipar yang suka bergambar :)
Keluarga Masri dan Zahara - Bemban, Melaka
Raya Singapura
alang-alang sampai
selain beraya
kita jalan jalan sekali lah sekitar Singapura ni
turun naik train mengingatkan saya masa jalan jalan kat Jepun
rindunya awak Jepun :)
Gambar raya
yang hampir menjadi
takpe umar nanti mummy framekan gambar ni
gantung kat rumah
nanti dah besar pandai pandai la duduk diam depan camera ye :p
bersama Cik Ju dan Cik Nai - Bedok Reservoir Road, Singapura
rasanya
aktiviti beraya dari rumah ke rumah dah habiskan untuk raya kali ni
penat dah hihi
tapi best
best sebab dapat jumpa saudara mara
dan dapat kenal kenal dengan keluarga en.mm
raya tahun depan ialah pada 28 Julai
puasa 28 June
selamat ganti puasa bagi yang perlu ganti
dan selamat raya enam bagi yang dah habis puasa enam
saya baru nak start minggu ni
hihi
ok
bye.
5 comments:
Cantik baju raya kaler biru tu. orangnya lagi cantik. Tapi gambar beraya di Gong Kapas, Kuala Terengganu rumah mak sedara tu, yang duduk pakai tudung merah muka macam Nurul Izzah :)
tudung merah duduk kat bawah ke kat kerusi? tapi dua-dua adik beradik saya tu :)
assalamualaikum...
Cantik sgt u in d bluegreen baju kurung tu. May I know which butik or which tailor that u went?
cik Anon (boleh tahu nama? :))
saya beli kat Jln TAR je. owner tu buka time bulan ramadan je. tp dia ada kedai di AMpang Point. saya tak ingat dah nama kedai dia. tapi harga dia sangat berbaloi. hihi. awak try cari kat sana k :)
nice pic...selamat hari raye sis :)
Post a Comment