Monday, June 3, 2013

mee kari nyonya



 tabiat 
sambil masak
sambil makan
tak bagus sangat
sebab? nanti dah kenyang
dan makanan yang baru masak tak termakan hikhikhik
jadi sila jangan tiru



ini menu untuk buka puasa baru ni
saja saja tukar selera
kadang-kadang boring juga makan nasi tiap hari kan

kali pertama buat mee kari
senang je rupanya
ingatkan leceh
hihi
*dasar penakut..dengar nama kari dah takut apadaaa*

resepi saya ambil dari kakak Jintanmanis
simple sangat dan mudah sangat
dalam setengah jam dah boleh siap
bagi yg berpuasa dan bekerja 
sampai rumah jam 6 sempat la buat mee kari simple ni :)

kita terus ke resepi lah ye 


Bahan-bahan ( Untuk 2 orang Makan )

2 paket mee kuning
2 sudu besar serbuk kari ayam ( kalau boleh jenama Babas)
2 sudu besar cili kisar
1/4 bawang besar
2 ulas bawang putih
beberapa tangkai daun kesum
sedikit daun kari
1/2 paket Fish ball
2 cawan santan (saya guna santan kotak = 2 kotak)
1 cawan air
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/4 ekor ayam di cincang kasar
sawi, taugeh, telur dan bawang goreng sebagai pelengkap.

( semalam ros tambah juga 1/2 batang carrot - dihiris seperti anak mancis)

Cara-cara

1. Mula-mula kisar bawang besar dan bawang putih higga hancur, kemudian tumis dengan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.

2. serbuk kari dibuat pes dan tumis bersama bahan kisar tadi dan masukkan daun kari. tumis hingga garing dan pecah minyak.
3. masukkan ayam dan kacau sebentar. kemudian masukkan santan dan fish ball. kacau sentiasa.
4. bila kuah telah menggelegak, masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa, tambah garam atau gula jika perlu.
5. Rebus telur, celur sawi dan mee kuning, taugeh dibuang ekor ( ros cuma lalukan taugeh ni dengan air panas, sebab suke makan taugeh yang rangup). Cara Penyediaan, masukkan mee kuning dan kuah kari, susun sawi, taugeh, telur rebus dan tabur sedikit dengan bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.



untuk lagi yuummmneesss
saya buatkan sedikit sambal pedas
just tumis cili, bawang, belacan dan garam gula secukup rasa
kalau nak pedas tambahlah cilinya

atau kalau nak mudah
just buat sambal kicap
cuma potong cili nipis, kicap sikit, cuka sikit

ok?
ada apa-apa nak tanya?
:)

2 comments:

chumut said...

assalamualaikum,
yeay! post masak memasak.baru je dok tengok2 resepi mee kari, tup tup dah ada kat sini. boleh la try! :D thanks!

sapphire said...

chumut: try la..senang sangat ni...sedap plak...rasa mcm mee kari kat kopitiam hihi :)