Wednesday, March 31, 2010

hari memperingati kekasih lama dan baru

to is the day. hari yang saya takutkan. bukan sebab semalam budak sebelah bilik report ada gangguan makhluk halus di bilik nya pada jam 2 pagi sehingga saya menjadi seperti bungkusan lepat pisang di katil sendiri. tapi..huuuu... hari nih saya harap agar saya dapat kawal perasaan yg sememangnya tidak stabil mcm kerak nasi yg direndam air...agar tidak terlalu beremosi. agar masih boley menahan sabar. agar dapat menahan hingus2 dr terkeluar2 mcm sup cendawan pizza hut. agar boley menjadi nilam yang sentiasa comey dengan skirt jeans dan kemeja pink sampai semua tan sri dato' jutawan terpikat hingga tidak perlu join pertandingan mencari jutawan itu sudah mengarut. agar semuanya ok macam agar agar. ok. bye. mlm kang saya update lagi. ada kelas 12-2. tata. owh yer. hari ini adam bergaya dengan mengadenya dengan moto baru. huh. budak itu. nk kne nih!. tata lagi sekali.

Tuesday, March 30, 2010

Monday, March 29, 2010

isi tempat kosong



antara design jemputan perkahwinan yg menarik perhatian saya. thanx to cik azzah. semua cantik cantik.
------------------------------------------------------------------
mari isi tempat kosong
:)


bukan ke hari tu ckp xde mood nk kawen?? :P

Sunday, March 28, 2010

anda tensen?stress?penat?
jom! joget joget ala sapphire
hantarkan ke
ON SAPPHIRE ke 38206
woooottt woootttt
:)

Friday, March 26, 2010

...

mendapat berita bahawa dua org rakan seperjuangan akan viva hari ini telah membuatkan saya owh so down down down. seorg bekas roomate iaitu Saidah M.Said. seorg buku rujukan biotech bergerak saya iaitu Kakak McNa. tambahan seorg rakan seperjuangan akan fly ke german 4th april iaitu Azmah Mohti. down down down terus terusan sampai nk nyorok bawah meja. mungkin saya perlu bertapa dalam gua dan menumpukan 900% kepada tesis sahaja. dugaan dugaan. T.T

Thursday, March 25, 2010

pengajaran hari ini


pagi pagi makan roti canai
roti canai ala nanding
hati sakit macam di canai
sudah bersediakah untuk bersanding?

huh. jawab jawab.jgn x jawab.

hoho
xde kene mengena lansung
kejap xde mood
kejap ada mood
pastu ada mood plak

nak ckp kt sini. roti canai kt Nanding memang the best. esp roti kosong. nipis lagi rangup.sedap.
makan lak ngn dalca n sambal. minum milo ais extra ais. huh. kenyang smpi ke ptg terus.

nk ckp jugak kt sini. nak jugak kan. hr nih 1st time saya isi angin tayar kereta. hoho. tu pun nk heboh satu dunia kan.


dan ini ialah cikgu hidayah. selaku cikgu isi angin. hehe. dulu masa belajar kereta kt PSM under cikgu Awie. xde pun nk ajar pam tayar ke. tgk minyak hitam ke. xpe lah. xbaik mengumpat pasal cikgu. sorry ek cikgu. :)

Wednesday, March 24, 2010

mee kari ala MUCH


lepas makan mee kari ala MUCH cafe td. saya mendapat satu ilham yg baik punya. ok buat gaya daffi skang. baikkk punyeee auwww. ok ok. saya mendapat satu ilham yg sgt baik. TING!!! bunyi mcm TING!!! bunyi TING!! la..fhm kan. ok ok. saya mendapat satu ilham utk berbaik baik semula dengan cik penceroboh cik yg byk buat saya risau cik yg pernah menjadi kekasih hati saya iteww. hoho. ala. mcm ex dengan ex berkawan baik. saling mendoakan masing2 mendapat jodoh yg terbaik. boleh kongsi cerita tentang gf/bf baru masing masing. tidak kah itu sangat indah? hoho. jadi. xde la timbul balas membalas mangkuk tingkat ke. delete mendelete entry jiwang karat ke. bukan kah dunia akan lebih aman damai sambil dibuai mimpi mimpi indah sahaja.?owh. mee kari tadi sungguh power sehingga memberikan saya idea sebernas ini. apa pandangan anda?? patut ke x patut?


Ku

hye. pagi semua. erm. entry kali nih. adalah rentetan pertanyaan cik chomel knp hanya bercerita pasal mummy, adik beradik n adam sahaja. heee. mereka menjadi tajuk utama sebab mereka paling rapat dekat dgn saya. n mana ayah saya? erm..ingat lagi entry ini?? psl salasilah keluarga sebelah ayah...atau entry ini?? pasal sehari sebelum raya...haihh..lupa.. da delete blog iamsaphire tu..ok ok..jom kita bercerita pasal ayah saya hari nih.

ayah saya. nama dia Tg.Ibrahim Tg Pekerma. asal Trg. tapi kerabat Pahang. sebab Ki saya asal pahang. dipendekkn cerita. Ki saya sepupu dengan Sultan Pahang. jadi saya ngn sultan pahang berapa pupu?? dipendekkan cerita yg klu dipanjangkan mmg akan memeningkan. ayah saya sepupu pula dengan pemaisuri raja negeri sembilan skang. aka canselor ukm skang lah. kabel besar punya kan. hoho. tapi.. dipendekkan cerita..kami semua xde la rapat sangat pun.

x mcm org lain. atau sama seperti kerabat yg lain. panggilan ayah tu mcm sgt pelik. n saya sendiri mcm x biasa dgn panggilan tu. saya panggil ayah saya Ku. sebab klu ikut protokolnya klu nk berckp dengan org yg lebih tua kne berbahasakan dengan panggilan Ku. contoh satu ayat .. sesi bercakap dengan makcik yang ber-Tengku. makcik bertanya.."da mkn??" saya selaku yg lebih muda akan jawab "Ku" . Ku disitu sama juga dengan "yer"..contoh x kne lansung hoho.

sebenarnya. x byk kenangan saya dgn Ku. dipendekkan cerita. Ku dan family saya agak jauh. mungkin perlu berkongsi masa dengan 8 org adik beradik yg lain. klu ada kenangan pun time kecik kecik dulu. dengan Ku. semua nya kne protokol. bahasa istana segala. tp ok je sebenarnya. lain dr yg lain kan. yg saya paling ingat, Ku sgt suka minum coffee. tiap2 pagi n sebelum tdo. mesti minum satu mug.

Ku klu menurut kawan2 dia. dia sgt lemah lembut. maksudnya bukan patah ke sotong ke. tapi. mcm seorg yg sgt berbudi pekerti yg tinggi. hoho..chewahhh .. cakap pun xde nk meninggi suara ke. baik baik saja laaa. tapi jgn buat dia marah. abes la korg :P

Ku dulu pernah bekerja di Majlis Perbandaran Kuala Terengganu. sepejabat ngn mummy saya. kt situ la bunga bunga cinta berputik..huhu. diorg nih org lama MPKT. sebut je Ku Yem (Ku saya la) n Kak Nah (mummy saya lah) semua org kenal. klu gi pasar payang. n parking full. sebut je nama mummy atau ku ..tiba tiba ada je parking yg kosong . ajaib kan. huhu. masa saya pratikal kt mpkt dulu. tiap tiap hari duk tanya mami apa khbaar..ku buat apa skang. hampir setiap org dlm department tu nk tanya pasal mami n ku. jenuh ambo nk menjawab nye :P

n Ku ada penyakit jantung. mungkin sebab dia perokok yg tegar. tapi dia degil. org suruh gi hospital xnk. haihh. sampailaaa sehari sebelum raya tahun lepas. Ku selamat pulang ke rahmatullah. dpt berita nih time saya n mummy sibuk2 buat kek tempahan org. tiba2 ada org call "ur dad da xde". huh. terus call makcik makcik n adik adik yg lain. terus ke hospital. terus ke masjid. n semua nya selesai hari tu jugak.

jadi. tu saje la kot pasal Ku saya. n korg dah tahu knp saya x selalu sebut Ku dlm blog yg dulu atau skang.

Tuesday, March 23, 2010

award

selamat malam semua. atas kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada mummy saya yg tercinta di kampung shah alam. x lupa juga kepada adik beradik yg lain yaa adik n emy. terima kasih kerana x jemu jemu menjadi inspirasi saya dlm menulis blog ini. tanpa anda maka kosong la blog ini. owh. x dilupakan juga kepada pembaca pembaca setia. korg mmg best lah. jasa mu dikenang. auwww.. sekian sahaja ucapan daripada pemenang utk anugerah Beautiful Blogger. hehhee...over lak :P ok ok. mari kita kembali kepada dunia realiti.

1. thank and link the person that gave u the award

terima kasih kepada namemate ku yg diingati selalu. iaitu CIK NILAMITUBIRU. err..nama penuh awk apa ek :)

2. pass this award onto 15 blogger you've recently discovered and think are fantastic

tidakkah 15 org itu sgt ramai??huuu..xpe..saya nk langgar peraturan. saya akan tag mereka yg saya rasa bukan beautiful atas paras rupa sahaja. tp atas kecantikan mereka mewarnai blog mereka. membuatkan saya setiap hari mahu melawat blog mereka..dan pemenangnya ialah....ting ting ting (bunyi kuali)

3. contact said blogs and let they've won the award
huuuu...korg selalu melawat blog saya kan..jadi...terima lah hadiah yg tak seberapa ini :)

4. state 7 things bout yourself
tujuh saja kaa??lebih boley??hehe..
  • TNB itu gelaran masa sekolah rendah smpi menengah
  • takut naik motor
  • makan bila ada mood
  • suka bau buku
  • pernah belajar bahasa mandarin "ni hao?"
  • x suka makan pulut
  • rasa nk stop jd felo


anugerah seterusnya pula disampaikan oleh ...
xde mood xde mood xde mood klu skang u ajak i kawen. sah sah i jawab no. hah. nnt xde org ajak kawen sampai ke tua br tau. tata

20 m sejam






Justify Full

ahad lepas. emy. my cinderella telah berjaya dengan bergayanya ujian memandu jpj. dan skang da boley tampal sticker P kt kereta. selepas berhempas pulas dengan bukit bukau yg telah meng-failkan dia utk kali pertama minggu lepas. huuu. sape yg x pernah fail ujian bukit bukau kan. n semlm buat kali pertamanya masa nk anta dia blk UM sehingga menyebabkan saya terperangkap dalam jem sambil sapu menyapunya di roti utk bekalan di pagi hari eh apakah ini. ok. buat kali pertamanya emy drive dengan saya mami n yaa sebagai cikgu memandu yg bertauliah. huuuu.. menakutkan..hehhehe.. macam kura kura pulak. elehhh. 1st time drive kan. sape yg x pernah nerves bila 1st time drive. hehehe. ok lah. bye. nk gi mkn roti jem strawbery.

Monday, March 22, 2010

adam yg mengade!



merayau seluruh rumah hobi terbaru adam
sepah2 kan baju n pampers hobi plg utama.
pipi tu. dulu lagi labuh.
auwww..peha ituwww...sexy youu :P
perhatikan tangan adam yg dah mcm pau isi kacang
nih klu stattik canni mesti sebab iklan cite Solehah tak pun lagu Indonesia
adam.i love u lah.i amik u jadi duta cermin nk?? :P
nk buat salah la tu. nyorok blakang meja.
sebeum wat salah. cek cik tukang marah nnt tgh buat apa.
ngade sungguh!
perhatikan kadar kekuatan genggaman tgn adam tu. kuat gila tau.
meja tu da jadi tempat bergantung
buat apa ntah
adam n cik lang. dua dua comey kan?
SILA KATA DUA2 COMEY SKANG!!!

petang nih nk blk jumpa adam
tata

what is your pet's name?




masa bertapa seharian di tsl hari sabtu lepas
saya terjumpa buku nih
menariksss
menarik sebab rentetan bfast dengan saudara baru pagi yg sama
rentetan tgk wardina kt al kuliyah jumaat sehari sebelum
rentetan kebuntuan baiki tesis
tapi
sedeynya xsempat nk pinjam
sebab klu nk pinjam kne sebelum kul 4




n
ahad semalam
ke pesta buku antarabangsa
saya telah berjaya meng-request beberapa buku rujukan utk pengajaran saya nnt
inorganic , organic chemistry n lab manual for chemistry
*baru tahu lecturer boley mintak sample buku.maka buku yg berharga rm700 boley jadi free*
hoho
n
smlm. berjaya menghabiskan tuesdays with morrie
ending sgt sgt sgt sedey tak tertahan
baca dlm train ke shah alam
sambil goyang goyang ke kiri ke kanan
ter-membanjirkan train
huuuu
ok.
mari kita perah otak utk jawpaan soalan berikut
what is your pet's name? (pulak dah)
tata

Saturday, March 20, 2010

pembetulan lagi susah tahu!!

tdo lima minit

bangun dan amik gmbr dulu

GO!! SAPPHIRE!! GO!!!

hye
morning
pagi
cao an
semua
hari ni saya nk bertapa
di tempat pengumpulan buku tun sri lanang
saya harap saya x tumbang
di penghujung hari
sebab esk nk gi tempat penjualan buku terbesar
maka mari kita berusaha hingga ke titisan terakhir!!!

YES !! YES!! YES!!!

Friday, March 19, 2010

wardina safiyyah






ok ok
saya tahu
korg nk cakap apa
sama kan??kan??
haha!
* perasan gila nih*
bye
nk tdo
:)

bila saya xde keje


beberapa perkara yg saya rasa nk buat sgt. ::

  1. nak buat roadtrip seluruh malaysia. tapi klu dpt backpacking ok gak. kita try dlm msia dulu. then br ke negara lain.
  2. nak rockclimbing. nmpk susah. tp cm best.
  3. nak menari lagi. bukan tarian moden. tapi tarian tradisional.
  4. nak mahir main keyboard. keyboard kt bilik da jadi cm barang antik da.
  5. nak amik kelas menjahit n memasak.
  6. nak panjat gunung kinabalu.
  7. nak naik keretapi. haha. punya la kuno kan. negeri mana yg ada keretapi eh?
  8. nak ke penang. satu satu nya negeri yg saya xpenah jejak kaki lagi. saya teringin nk gi kedai buku terpakai kt sana. xtau nama apa. tp kedai buku tu sgt glemer.
  9. nak bukak cafe. cafe cum mini library. xde mknan berat. makanan biasa2 jer.
  10. nak buat kerja amal. cm pegi kt kawasan gempa bumi. n buat la pape yg patut.
  11. nak belajar hack email.
  12. nak beli camera besar.
  13. nak naik tingkat atas sekali menara berkembar petronas.
  14. nak jadi penampilan khas dalam majalah. haha. impian apa nih??
  15. nak punya satu cincin permata sapphire
  16. nak jadi cikgu yg best. yg tahu kehendak pelajar.
  17. nak jumpa Dr. Mahathir
  18. nak menyanyi dalam satu art event. haha.
  19. nak masuk dewan parlimen.
  20. nak jadi cam mummy.
  21. nak lebih banyak cakap. cakap yg penting2 saja.
  22. nak jadi surirumah sepenuh masa yg ada title Dr

motivasi pagi




mami kata. tegur la. tegur la. tak baik buat camtu. dia anak mami gak. mami mengandungkan dia 9 bulan gak. dalam perut yg sama gak. kluar dr tempat yg sama gak. tegur la. tegur la. tolong la dia. bagi la dia semangat. dia nk berubah dah tu. saya? dengar jer. buat buat sulmber. sambung buat buat kerja mcm xde pape yg berlaku. huh. bila ia melibatkan mami n adik beradik yg lain. bila dah menyakitkan hati mami. kurang ajar ngn mami. menyusahkan mami. sorry. memang susah saya nk terima. pernah bagi peluang. tapi dia sia sia kan. pls la. mami mmg baik hati. klu saya. sorry. tgk la nnt canne. note:: jgn cari pasal ngn saya. klu x, saya x maafkan sampai bila bila.

mereka yg lahir bulan Mei ialah seorg yang:: (curi dr azzah )

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros


masa Simposium Keusahawanan baru baru nih, saya sempat borak borak ngn Dr. HM Tuah. dia tanya single ke double? anak ke berapa? klu anak 1st n anak bongsu. sila elakkan. klu anak kedua n kedua. ok. cuma dua dua keras kepala. klu anak 1st n 2nd ok. then saya tanya ramalan ciri ciri tarikh lahir tu boley pakai ke. dia ckp. ramalan ciri ciri melalui tarikh lahir tu betul. tapi mungkin kita xnmpk lagi ciri ciri kita tu skang. mungkin 2 3 tahun akan dtg. atau mungkin ciri ciri tu da sebati ngn kita dulu tapi disebabkan faktor2 lain ciri ciri tu da hilang.. mungkin 2 3 tahun dulu ada. skang da xde. so dia tambah lagi, ciri ciri nih kita boley pegang sebagai satu point utk kita berubah. contoh mudah marah bila x dikawal. kita tahu sifat tu boley menyusahkan mami or adik beradik yg lain. jadi apa kata kita slow slow kawal marah kita tu. jgn nk over sgt. lama lama sifat mudah marah bila x dikawal tu akan hilang sendiri. klu ada pun mungkin dah boley dikawal. ok. sekian terima kasih untuk sesi motivasi diri di pagi hari dengan Dr. Sapphire. eh. perasan. :P


Thursday, March 18, 2010

cerita hari ini

oxidation-reduction also knonw as redox process. oxidation occurs whenever the oxidation number of an element increases as a result of losing electrons. bla bla bla...loss electron...bla bla bla...H2 O2 H2O..bla bla bla...titik.

tadi utk kali kedua saya ke Segi Collage, Subang Jaya. lawatan kali pertama berjaya dengan jayanya. dan sebab tu saya dipanggil untuk lawatan kali kedua. tapi kali kedua nih. saya xyakin sangat. mula mula jumpa Programe Manager utk Foundation Programe, Madam Villa. dia ckp mungkin dua org panel je utk mock lecturer hr nih. saya da gembira da. tiba tiba. ada pulak kelas yg kosong. ada beberapa org student. aiyoooo. x pasal2 saya kne mock lecture depan diorg. ok lah. dlm 5-8 org student je. heiii. kamu pernah ada kelas yg 41 org student ok. apa nk takut. tapi kali nih. lain sikit kot. nasib baik diorg bg kerjasama. tp xtau la kalau kalau diorg saja bagi tindakbalas respon buat buat faham padahal x faham. huhu. xkesah. yg penting. saya da buat yg saya rs terbaik. terbaik berbanding interview kt MUCH dulu kot. haha. klu ada rezeki x kemana kan?? :) eh mcm klu ada jodoh xkan kemana je :)

HR

Segi cm 2 kali ganda exklusif berbanding MUCH. exklusif smpi rasa cm suatu hari kita lalu lalang kt depan butik yg mcm org kaya jutawan mak datin je yg akan masuk. saya lebih suka suasana UKM. walau lama. bangunan x penah cat. tp dia mcm sgt frenly. chewaaa. huhu. owh UKM DIHATI KU. AMIK LA SAYA BEKERJA DI TEMPAT ANDA. haha..contoh x kne lansung.student2 segi plak. jgn ckp r. african berlambak. yg pki mini skirt pun cm da jadi pakaian rasmi. saya suka kt MUCH. sbb semua nya seragam. putih semuanya. putih bersih. suci murni. pilihan suri rumah. atleast boley bezakan mana lecturer mana student. biasalah. lecturer kn sama saiz ngn student.

xtau knp banyak sgt patung canni. tepi lift. laluan jalan kaki. erm...seni kot :)

segi memang kaya kot. kerusi berukir canni. bersepah. :)

jom ke cerita cik Adam kita nih pulak. sebelum ke Segi. saya blk umah dulu. tp kne singgah pkns. sbb mami n adam n yaa kt sana sbb nk renew pasport. yaa cite, adam merajuk ngn yaa n mummy. nmpk saya je.terus nk saya dukung. adam berat. kadang kadang lenguh gak nk dukung lama lama. tp disebabkan merajuk ngn yaa n mummy, cik Adam kita nih xnk ngn diorg. nk saya jugak. huuuu. ngn choki choki kt tangan. abes comot. adam adam. skang da pandai "bye bye" da. pastu klu makan. n d a abes. da pandai "yeay" skang. sambil tepuk tangan. huhu. comey jer. pastu. klu org ckp telefon. dia sibuk gak nk cakap. pastu bila letak phone kt telinga dia. tersengih sengih dia. nampak gigi taring. huhu. owh yer. adam ada gigi taring. gigi atas n bawah pun da byk.

apa lagi nk cite eh. owh yer..Dr. N kesayangan merangkap co-supervisor saya da pulangkn tesis saya. yeay!!! kne baiki sikit. gaya pennulisan n gaya persembahan data cm x brape best. huhu.
jadi yg paling penting skang saya perlukan petua untuk lebih semangat dalam membaiki tesis. sebab baiki tesis lagi susah drpd buat tesis. tapi saya nk kuar tgk hot balloon. saya nk g pesta buku. saya nk tgk wayang. ok ok. cik Sapphire jgn nk mengade!

satu lagi. cousin saya Nurin da pregnant da..weeee. tahniah nurin n miji! :)
* saya rasa. dlm fikiran mami time cite hal nurin nih ... bila la nk ada cucu sendiri nih*

semester lepas saya ajar diorg Environmental Assessment. skang semester 5 , mereka yg sama subjek lain - research Method plak. nasib baik kelas sehari je seminggu. klu x ..xtau canne nk mengahrungi badai ombak tsunami berdepan ngn diorg. :D

Wednesday, March 17, 2010

zee avi live in malaysia



mula mula kenal dia dengan nama Kokokaina kt youtube. ngn gitar kecik. video ngn xnmpk muka. tapi dengan suara jazzy tu. terus buat saya jatuh cinta. dia antara penyanyi yg lagunya dengar banyak kali pun x kn bosan. sampai skang saya stil ulang ulang dengar satu album dia. paling saya suka Kantoi (of cos la kan), bitter heart, poppy n just you and me. semua nih. saya hafal sudeii. huhu. suara dia best. simple. xde jerit jerit. sesuai di dengar time bawah pokok tepi pantai sambil minum latte n baca novel. auwwww. saya suka.hehe. lagu dia pernah dimainkan dlm series Private Practice (wiki). and lagu just you and me pulak ada dalam filem Oliver's people. huuu. menarikan?? lebih menarik. sbb dia org kita. :)

OK
SKANG JANGAN BANYAK CAKAP
SILA BELIKAN SAYA TIKET ZEE AVI LIVE IN MALAYSIA SKANG!!!