Thursday, October 8, 2015

Great Ocean Road

sebab utama kenapa saya nak sangat pergi Melbourne, Australia dulu sebab satu hari tu saya ternampak gambar pantai ni sangat cantik kat google. Cantik dan pelik sebab ada batu-batu yang tinggi dan mungkin dah terhakis dengan air laut dan batu-batu ni ada satu kat sana. ada satu dekat dengan tebing. ada satu bersendirian sorang-sorang kat hujung sana. eceeeh…hehe tapi memang cantik

jadi saya bagitaulah kat Encik MM, jom pergi pantai ni. macam best je. sekali encik MM pun berminat juga nak tengok the real one depan mata. maka terjadilah trip tu Melbourne pada tahun 2014. lamanya baru nak buat entry kenang-kenangan. #tepukdahi. masa ni saya dah pregnant-kan Fatimah 2 bulan kot. Nasib baik tak ada apa alahan sangat.

ok. Pantai yang cantik dan menarik yang nampak di google tu ialah 12 Apostles yang mana salah satu tourist attraction yang ada di Great Ocean Road, Victoria. untuk sampai dan menghabiskan perjalanan yang berbatu-batu jauhnya ni macam kita pergi dan balik Terengganu dalam satu hari. Bayangkan. Gerak dari Melbourne pagi dan sampai balik Melbourne dalam 3 pagi. Pengsan! haha. tapi sejenis roadtrip yang best. :)

region_map_vgor

Pagi-pagi lepas breakfast, kami gerak naik tram ke ajen penyewa kereta. (semua ni encik MM yang uruskan. kalau nak harap saya entah tahun bila baru boleh ke melborune ni haha…dasar sangat lah). saya tak ingat dah berapa harga untuk sewa kereta ni tapi kita boleh sewa siap-siap kat website (ada banyak website untuk sewa kereta cuma pilih je yang murah dan senang untuk berurusan)

IMG_3324-001

umar lah yang paling happy sekali dapat naik ‘train’. maklumlah selalu tengok kat buku je. kat malaysia memang jarang sangatlah naik trainkan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

kereta yang berjasa sepanjang perjalanan. ada GPS. ada carseat. tak ada usb post untuk pasang lagu-lagu yang dah siap-siap save dalam pendrive dan menyebabkan saya drive kejap je dah mengantuk tersengguk-sengguk. makanya encik MM lah driveer sepanjang hari dari pagi ke pagi.

diingatkan kalau korang nak ke great ocean road ni sendirian tanpa tour guide ke apa sila sediakan bekalan makanan yang cukup. esp bila bawa anak-anak. perut kita ni bolehlah tahan lagi. budak-budak ni kesian la kalau kena tahan lapar jugak kan. sebabnya dari satu tempat ke tempat sepanjang great ocean road ni hanya ada permandangan yang cantik tanpa ada kedai-kedai untuk beli makanan ke air ke. so kena plan betul-betul.

IMG_3330-001IMG_3331
jadi perhentian pertama kami ialah Cap Otway Lighthouse. Lighthouse ni dibina sejak tahun 1846 dan masih beroperasi sampai sekarang. jadinya lighthouse tertua yang masih beroperasi di Australia. canti sangat permandangannya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         OLYMPUS DIGITAL CAMERA         OLYMPUS DIGITAL CAMERA
untuk sampai ke atas sana perlu berjalan kaki sahaja. kereta kena park kat kaki bukit. lepas tu kita gerak untuk meneruskan perjalanan dan kita akan sampai ke pintu gerbang menandakan kita dah sampai ke Great Ocean Road yang panjangnya sekitar 244km. yups sama panjangnya dengan jalan nak balik Terengganu. haha. tapi jalan nak ke Terengganu t=ada hutan je la.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         OLYMPUS DIGITAL CAMERA         OLYMPUS DIGITAL CAMERA         OLYMPUS DIGITAL CAMERA

maka bermulah perjalanan menyusuri jalan yang macam ular kena palu. adoii.. pening jugak kepala dibuatnya. tapi nasi baiklah permandangan sepanjang perjalanan tu cantik. kalau tak memang ketiduran je la kot saya.

next stop ialah di Lorne Pier seriously pantai ni memang cantik. air biru bersih jernih. dari atas jeti kita boleh nampak ikan ikan. ikan pari besar pun ada. cantik. ramai pakcik pacik duk mengail ikan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         OLYMPUS DIGITAL CAMERA         OLYMPUS DIGITAL CAMERA         OLYMPUS DIGITAL CAMERA
cantikkan? berhenti sini kejap sebab macam dah lama sangat duduk dalam kereta. so kita stop kejap ambil angin.

IMG_3366-001IMG_3373-001

next ialah Apollo Bay. Berhenti makan di restaurant halal, Iluka. Macam biasa makan fish and chip. not bad at all. portion banyak macam makan untuk dua orang. haha

IMG_3376-001IMG_3377OLYMPUS DIGITAL CAMERA         OLYMPUS DIGITAL CAMERA
ok sebelum sampai Apollo Bay, encik MM dah drive melebihi had laju. dan kena saman. wakakaka. tapi memandangkan kami bukan orang tempatan jadinya dikecualikan. tapi tak dibenarkan masuk Australia dalam masa 2 tahun. Polis traffic perempuan plak yg saman. jarang betul jumpa kat Malaysia. satu satu dia terang. kenapa ini kenapa itu. lega tak kena saman. haha. kalau tak habislah lari bajet.

ok. lepas kena saman, kena lah drive secara slow mo haha. tapi sampai juga kat Apollo Bay dengan perut yang lapar.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         IMG_3379IMG_3381
makan-makan. dan berehat-rehat kejap sebelum meneruskan next stop yang ditunggu tunggu iaitu 12 Apotsle. Jauhnya nak boleh ke sampai. haha. nasib baik umar sangat good boy tak banyak ragam. thank you Umar. Next stop pula ialah Gibson Step. untuk turun ke pantainya kita kena menuruni tangga tanga yang berbatu-batu. kena sangat berhati-hati. ada step yang licin sebab ada air bukit kot. pengsan jugak r nk naik panjat balik tangga-tangga ni. tapi bila sampai bawah memang hilang segela penat. Sikit lagi nak sampai 12 Apotsle. dari sini dah nampak sikit sikit.

IMG_3391-001IMG_3392-001IMG_3388-001
IMG_3393
ok penulisan pasal Great Ocean Road bersambung lagi selepas sehari tertangguh sebab semalam seharian saya ke Kuala Selangor untuk water quality sampling. Penat jangan nak cakap. hari ni sambung lab work sikit.

Selepas Gibson Step, kita drive sikit dan sampai lah kita ke 12 Apotsle. woohooo!!! Finally!!! Meh saya belanja gambar introduction sket haha

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Subahanallah. Cantik sangat kan. Gambar yang ni lah saya jumpa di Google dulu. terus jatuh cinta pandang pertama. Betapa cantiknya ciptaan Tuhan.
IMG_3409
Gambar ni menunjukkan sejarah terjadinya 12 Apostles. Sebenar ia di namakan 12 Apostles sebab ada 12 batuan yang terbentuk akibat daripada hakisan air laut dan sehingga kini cuma ada 8 apostles dan apostles yang ke 9 dah tumbang pada tahun 2005 yang lepas. entah berapa juta tahun hakisan berlaku untuk menghasilkan permandangan yang menarik dan cantik ni.

IMG_3410-001IMG_3424Processed with VSCOcam with f2 presetOLYMPUS DIGITAL CAMERA

untuk sampai ke penghujung jalan dari parking lot kita perlu jalan sikit lah pastu baru boleh nampak permandangan yang super cantik ni. waktu saya pergi mungkin tengah musim banyak lalat kot. pengsan! dan geram nya . banyak betul lalatnya. sikit lagi nak masuk dalam mulut haha betul! serious tak tipu. tapi demi permandangan yang cantik yang diidamkan ku teruskan jua menangkis segala macam lalat sekali pun. ececece

IMG_3412IMG_3421-001IMG_3417-001IMG_3411
waktu suhu sedang sedang elok. panas dan lembap sepanjang tahun. eh? tak la panas dan sejuk ala ala cameron highland. ok laa.. best. tak berpeluh pun. umar lah paling happy bila dapat berlarilari petik bunga petik rumput. tangkis lalat nak masuk mulut hahaha. masa ni umar kecik lagi. baby fat pun masih terselah lagi. sekarang dah keding. haha ok meh nak belanja gambar yours truly sikit. sikit je r hehe

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         OLYMPUS DIGITAL CAMERA         OLYMPUS DIGITAL CAMERA         OLYMPUS DIGITAL CAMERA
gambar yang guna monopod atau gopro canni r. terserlah muka tuannya daripada gambar permandangan haha entah saya kurang gemar. ada orang kesah? takde kot. bye.
IMG_3439-001
ni satu satunya toilet yang ada kat 12 Apostles. terbuka. takde baby room. tapi nak tukar pampers umar hari tu saya guna toilet oku. sebab luas sikit. maka dengan itu berakhirlah siri penjelahan di sepanjang Great Ocean Road. sebenarnya banyak lagi. ada satu kawasan yang kalau kebetulan bernasib baik boleh jumpa penguin. saya lupa dah nama tempatnya. tapi kami tak singgah atau singgah lupa nak ambik gambar. haha

seterusnya perjalanan 244km ke Melbourne semula. kali ni kami tak guna jalan great ocean road. tapi jalan lain yang melalui perkampungan perkampungan kecil. ladang ladang ternakan. ada satu tempat yang kami singgah ni seriously macam cerita The Wax. singgah sebab nak isi minyak. kawasn ni cuma ada benda benda asas seperti satu kedai jual daging. satu kedai runcit yg kecik takde apa sangat. satu stesen minyak. satu kedai alat jahitan. hahaa penting kot kedai alat jahitan. last sekali kami singgah kat McD. saja nk rehat rehat. makan iccecream. bagi umar main kat play ground. encik MM minum kopi secawan dua.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
kami sampai hotel lebih kurang pukul 2 pagi. kereta sewa esok baru pulang. cuma kena parking jauh sikit dari hotel. semua dah keletihan balik pun semua pengsan. tapi satu perjalanan yang menarik yang sampai bila-bila takkan saya lupa. sesetengah info yang saya share mungkin ada silap sebab ye la dah lama. kalau nak info lanjut boleh terus google je. hehe ok sampai ke episod seterusnya. jumpa lagi. bye!

Thursday, October 1, 2015

butter cake

bila kita tak plan pun sesuatu benda tu
kadang-kadang kadar untuk ia menjadi per kenyataan tu boleh jadi 100%
(ayat apakah ini?)
kan?? betul tak…

sebenarnya memang dah lama saya nak try buat butter cake
dah selalu juga google dan tengok tengok resepi dekat pinterest
dan kadang-kadang tengok cara-cara pukul butter sampai kembang kat Youtube
plus…Umar memang suka sangat makan cake
penat lah hari-hari nak kena beli cake mickey mouse yang dalam paket paket kecik tu

jadi semalam berbekal ingat yang sedikit tajam
(ecehhh..bila bab makan tajam je…kalau bab study??)
saya beli bahan-bahan untuk buat cake; tepung, fresh milk, buttercup

sampai kat rumah
umpan fatimah dan umar dengan cartoon dan bilik mainan yang super bersepah
berjaya juga saya siapkan butter cake heheheh
macam satu kejayaan yang besar
maklumlah first time buat hahaha
plus..mummy sokmo bising anak-anak dia takde sorang pun pandai buat cake macam dia

ok
ni resepi yang saya follow semalam
not bad…texture dan rasanya menjadi wakakaka sungguh yakin di situ
kalau korang nak cuba…silakan…

Moist buttercake

IMG_2089[1]

Bahan bahan:
250g pure butter
250g tepung naik sendiri
180g gula kaster
4 biji telur
1/2 cawan susu segar

Cara cara:
1. Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed)
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan  tepung
4. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 selama 40 minit atau sehingga masak.

nota tambahan:

  • kalau takde fresh milk boleh ganti dengan susu pekat (2 sudu besar)
  • kalau nak tambah chocolate rice atau rice yang colourful tu (entah apa namanya) gaulkan dulu dengan sedikit tepung untuk elakkan dia terbenam kat bawah nanti. Pastu gaulkan dengan teknik kaup dan gaul. tahukan? hehe jangan terlebih gaul pulak nanti kek mampat dan tak gebu

ecececece gaya macam tukang masak profesional haha

Processed with VSCOcam with c1 preset
Processed with VSCOcam with c1 preset
bolehlah kan? kan?
untuk makan sendiri
ok bye
selamat mencuba!

Wednesday, September 30, 2015

lunch box: mee goreng basah

Processed with VSCOcam with c1 preset
lunch kita hari ini ialah mee goreng basah bersama dengan telur goreng dan sos cili yang tertinggal
adoiiii boleh pulak terlupa letak cili sos sikit
takpe takpe kalau masakan tu dah sedap tak perlu bahan tambahan dah
jadi adakah masakan saya sedap atau tak sedap? bye


mee goreng basah mudah
semua orang pandai buat

tumis bawang dan cili boh
masukkan sedikit sos tiram dan kicap
masukkan ayam
masukkan sedikit air
biar sebentar hingga menggelegak
masukkan sayur-sayuran
pukul sebiji telur dalam mangkuk dan masukkan dalam kuali
kacau rata dan biar sebentar
perisakan dengan garam dan gula
basuh mee kuning dan masukkan dalam kuali gaul rata
biar sebentar
sedia untuk dihidang
kalau suka pedas boleh masukkan cili padi
tapi untuk kesihatan perut askar askar better jangan masak pedas sangat
nanti askar sakit perut dan poo poo 2 3 kali kita yang penat hehe
ok dah lari dari topik
bye
selamat mencuba!

Tuesday, September 29, 2015

down

Processed with VSCOcam with c1 preset
baru lepas call supervisor
sebelum tu baru call pegawai di landfill pasal sampling esok
sekali pegawai tu cakap tak boleh datang sampling esok
sebab esok YB nak datang melawat kawasan
sad sad sad

bila call supervisor pasal ni
dia macam ……….. naik hot? heeee sorry Dr.
sebab dia dah book transport
adoiiiii
sad sad sad

jadi sekarang macam blur + down + blur lagi
bila down kita makan
bye

sebenarnya rasa macam nak balik rumah
:(
sebenarnya rasa nak pergi holiday wakakaka
kerja banyak wehhh
bye

rasa nak pergi tengok polis evo
atau balik terengganu
entah
bye

Monday, September 28, 2015

raya haji

cuti hari raya yang panjang
macam biasa raya pertama pagi-pagi ke ‘kampung’ di seksyen 9
pastu tengahari sikit ke kampung di semenyih
menu pun macam biasalah
nasi dagang, soto (yang tak biasa…baru tahun ni buat), pavlova, crepe cake dan kalau di semenyih pun macam biasalah lontong, rendang daging, lemang

Processed with VSCOcam with c1 preset

malamnya ke Masjid Bukit Antarabangsa sebab cousin ad abuat majlis aqiqah beramai-ramai
beriya datang sebelum magrib seperti yang dinyatakan dalam aturcara majlis sekali kita yang jadi orang pertama sampai dan susun sejadah huhu bila kita punctual dan orang lain plak tak punctual adoiii laaa haha dan dapat kenal rumah Siti Nurhaliza..kihkihkih

Processed with VSCOcam with c1 preset
Umar sebelum potong rambut

keesokkannya
semua keluar. seorang pergi rumah saudara sebelah suami di rawang
yang seorang lagi pergi bersihkan rumah baru
tinggallah saya dan umar dan fatimah dan mummy
maka gejala malas masak pun menular hahaha (boleh??)
jadi untuk late lunch dan early dinner kita makan kat Serai, Empire

Processed with VSCOcam with c1 preset
Processed with VSCOcam with c1 preset
Processed with VSCOcam with c1 preset
IMG_2004[1]
ni Umar dengan rambut baru aka rambut raya haji haha
saya lebiih suka kalau umar rambut panjang (macam gambar sebelum)
tapi dua dua gaya rambut pun umar nampak comel…kan??kan?? :)

IMG_2042[1]
dan ni petang semalam di rumah baru cikmi budak-budak ni
kebetulan depan rumah ada playground la pulak
pengsan mummy nak kena layan main slide 100 juta kali hehe
tapi takpelah since hari ni dah kena pergi school..mummy layankan aje
mek Fatimah tu sebenar tak sedar kot kita pakaikan dia tudung hahaha
kalau tak kejapje dah tarik tarik tak nak pakai

so tu je lah kisahnya cuti raya haji tahun ni
biasa-biasa je
banyak berehat daripada buka buku dan kemas rumah hahaha
dasar sangat kan…takpe bukan selalu…kalau selalu memang masalah besar tu

sebagai penutup meh nak belanja selfie satu
mohon bersabar
bye

IMG_1973[1]

Wednesday, September 23, 2015

petang megang

IMG_1947

esok raya yeayyy heyyy
bila raya akan ada aktiviti masak-masak dan makan-makan-makan-makan kihkihkih
plan untuk menu raya esok ialah nasi dagang, nasi minyak Trg, soto by yours truly (itu je la yg hang boleh masak kan wakakaka), congo bars yang ditempah, air mirinda

tapi masih di UM
potato tak rebus lagi
daun bawang tak beli lagi ni
no no no bukan sebab terlebih rajin
tapi sebab jap lagi pukul 3 ada meeting dengan supervisor di fakulti engineering
dia nak tgk progress
progress report baru siap ni
dah print dah tanpa ada masalah virus virus cinta tak diundang di kedai print

jadi bolehlah surfing internet dan ambil gambar sambil tengok video masak-masak kat youtube kihkihkih
(tapi memang kerja tak habis lagi sebenarnya nih…data masih banyak yg rongak)


selamat berbuka puasa bagi yang berpuasa sunat Arafah hari ni (saya cuti)
jangan lupa berdoa banyak-banyak
dan selamat menyambut hari raya haji esok!

Friday, September 18, 2015

fly away


saya ingat lagi
beberapa puluh tahun yang lepas
cousin saya baru habis spm, dan dapat interview JPA untuk ke oversea
masa interview tu panel tu tanya “awak ni saya tengok kecik dan kurus sangat ni…tak takut diterbangkan angin ke?” (soalan menguji minda ke apa ni? haha)
cousin saya tu dapat sambung belajar di Reading University dan sekarang dan menjadi salah seorang yang paling tinggi di JKR

dan rabu lepas seorang lagi cicit arwah Hjjah Wan Zainab dan arwah Hj Abdullah berlepas ke UK untuk study
di Reading University tapi dalam bidang undang-undang
she is the best student for SPM 2013, Anis. untuk tahun 2013, ada tiga orang lagi anak sepupu yang menduduki spm, dan tiga-tiga pun sekarang study law..seorang di UIA dan seorang lagi UKM. tapi ANis baru nk start sebab dia ambil A-Level 2 tahun. Alhamdulillah. semua pandai-pandai belaka. Cik Lang tumpang bangga.

IMG_1882[1]IMG_1883[1]

semalam semua dah selamat sampai di London..
diorang singgah sekejap di rumah cousin di Winston Churchill
kalau korang yg berada di London boleh la singgah kat rumah cousin saya ni
dia pandai masak hahaha (sesuka hati je)

IMG_1884[1]

yang paling depan tu cousin saya (yg baju merah dan tudung leapord)
mereka dah lama tinggal kat sana, tapi hujung tahun ni nak balik malaysia dah

kepada Anis,
cik lang doakan anis belajar molek kat sana
jaga diri kat tempat orang
make us proud!
cik lang tumpang happy
doakan cik lang pun ada rezeki untuk ke sana macam anis hehe

--------------------------------------------------------------------------------

10391785_168593484422_5704939_n
semua orang dah ke sana
saya?
hmm..
the time will come
sooner or later
kan?
doakan
please
Smile

Monday, September 14, 2015

weekend

IMG_1742[1]
ini adalah gambar federal pagi tadi (no filter). saya rasa masalah jerubu sekarang ni semakin teruk. hari jumaat hari tu ok sikit kot. redup redup macam berkabus. hakikatnya panas dan macam……susah nak bernafas pun ada. tapi kena pergi school juga hari ni. Umar pun pergi school. walaupun dalam group whatsapp ramai yang tak nak hantar anak ke school sebab jerubu. saya terpaksa hantar. sorry umar. mummy ada banyak benda nak kena siapkan hari ni. harap tak tergolong dalam calon emak emak yang teruk. dan harap umar faham. :(

Processed with VSCOcam with c1 preset
sabtu. ke IdeaRaya 2015 di Laman Budaya, Shah Alam. mummy terpaksa beli sekotak brownies sebab YB Umar kita ni nak belon. pulak. tapi brownies tu sedap dan umar pun makan banyak. and the happiness in his face? priceless. tapi jangan nak paw kepaw mummy sokmo k. mummy takde bank. :D

IMG_1731[1]
sabtu ialah hari malas nak masak dan malas nak makan luar. jadinya macam hari kurang makan. ahad pulak hari makan banyak. lunch makan di nasi kandar Kudu. nasi penuh kuah campur ayam goreng peha telur masin n tambah cili hijau. kenyang sampai ke pukul 6. lepas tu lapas balik. dinner kt secret recipe. orang lain makan nasi kudu nasi separuh je. saya nasi penuh habis sampai licin. dasar sangat kan. hehe.

Processed with VSCOcam with c1 preset
en.MM atau aboh YB Umar kita ni saya rasa seoorang lelaki yang boleh dikatakan pandai masak jugak. (bagi saya lah). sebab kalau time dia cuti adalah juga hari hari yang saya tak payah masak (tapi kena tengok tengokkan budak2…mana ada hari goyang kaki huhu). dia suka try new recipe. tiba-tiba je nak try kueh teow kungfu atau tiba-tiba nak try buat ayam masak kamheong. ingat lagi masa mula-mula kawen dulu ayam yang dibungkus dalam aluminium foil dan ditaruknya segala macam rempah dan bahan. dan hasilnya kebabommm. (harap en.mM tak bacanya…nanti kembang seminggu pulak). tapi kalau masak simple pun sedap jugak macam nasi goreng udang. sedap dap dap. hehe. jadinya bila umar paw kepaw mainan masak-masak ni ramai yang macam “ni mainan untuk girl la” huhu. tapi saya rasa tak salah kot. kalau boleh saya nak umar pandai masak. atleast benda benda basic macam masak nasi, goreng ayam atau ikan. buat kuah sayur. simple. tumis sambal ke apa ke. nanti klaua hidup sendiri tak adalah nak kena makan kat luar je kan. sekian.

Processed with VSCOcam with c1 preset
itu sahaja laporan hari ni. sepatutnya kena siapkan laporan untuk meeting esok. ish ish ish. yang follow saya di instagram mesti dah tengok gambar ulang tayang ni. hehe. ok bye.

Thursday, September 10, 2015

lunch box: nasi goreng belacan


IMG_1643[1]

selalunya bila sampai masa kebosanan keboringan dengan makanan kat café sama ada café di library shah alam atau café di UM akan ada kerajinan untuk masak pagi pagi. tapi yang simple simple je la. macam hari ni rasa nak bawa nasi goreng. maka terhasillah nasi goreng belacan ala sapphire dengan ayam goreng. boleh jadi brunch sekali dengan lunch terus. cepat betul rasa lapar sekarang. kalau adae lauk yang tak habis semalam saya bekal lauk tu je. makan sambil tengok drama korea ke. selalunya tengok grey’s anatomy. seludup masuk bekal dalam handbag dengan harapan pakcik guard tak terhidu bau belacan yang semerbak. fuhhh.  korang lunch apa hari ni?

Tuesday, September 8, 2015

6September

IMG_1396[1]

melahirkan fatimah setahun lalu saya rasa kesakitan yang paling sakit pernah saya rasa
tapi yang smooth dan cepat dan tak sakit yang pernah saya rasa
tak sakit bila doktor suruh push push tu haha tiba-tiba jadi tak sakit
betullah kata seorang kawan ni…beranak ni tak sakit pun dan buat kita rasa nak beranak lagi
tapi time contraction paling last tu Ya Allah. tak senang duduk jadinya
bayangkan dari rumah ke hospital saya tak duduk pun dalam kereta
sampai hospital nurse bagi wheel chair. saya cakap tak nak. kalau tak lagi sakit.
nurse pun pelik haha

tapi tu setahun yang lepas. kejap je kan. dah setahun dah Mek Fatimah Amani kita ni
dah boleh meniti kat sofa dah. entah bila nak boleh berjalan ntah.
mungkin terus berlari macam Abang Umar dia kot

suka sangat makan. tapi dah mula menunjukkan boring dengan makanan tertentu. contohnya biskut.
tapi kalau bagi nasi tak pernah tak nak. nganga je mulutnya haha Fatimah gok laaa

macam Abang Umar juga, tak ada apa yang mummy nak cuma semoga anak-anak mummy sentiasa dilindungi Allah swt. walau kat mana pun fatimah dan abg umar berada. takut betul bila baca berita pelik-pelik kat internet sekarang ni. semoga Allah jauhi fatimah dan umar dari kejahatan manusia, dari kecuaian manusia, dari kecuaian mummy sendiri. semoga Fatimah menjadi anak yang solehah. berjaya dunia dan akhirat. amin. amin.

birthday kali ni mummy tak dapat buat pape lagi. cuma small celebration dengan family kat rumah tokma je. makan kek dengan sate je. hadiah pun takde. adoiii. kesiannyalah anak-anak mummy. apa-apa pun mummy, aboh, abg umar love love love you always. muahsss!

Friday, August 28, 2015

chapter baru

tumblr_mp4lk8Nft21svgleio1_500

semester baru dah nak start dalam minggu depan atau minggu satu lagi
kalau kat UM, minggu depan adalah minggu haluan siswa
untuk yang dah lama belajar ni? boleh dah nak start countdown date line
date line hantar notice hantar thesis ke
date line submit journal ke
date line siapkan labwork ke
atau paling best date line submit thesis

for me, kalau dah submit thesis tu dah lega dah
(sebab tak payah bayar yuran dah dan boleh bersuka-ria sesuka hati)
tapi kalau dah habis viva lagi lah super super super lega hanya Tuhan saja yang tahu

sebelum ni masa meeting dengan supervisor, dia dah plankan apa yang saya kena siapakan dalam masa 3 tahun ni
apa yang kena buat setiap sem…macam PhD planner lah
saya rasa setiap student under supervisor saya ni, dia dah plan-kan setiap sorang
kita cuma go with the flow je

tapi …. yups… kita merancang…yang paling berKuasa kat atas sana dah tentukan canni canni kan
untuk kes saya, memandangkan susah sangat nak dapatkan data dari agensi-agensi kerajaan atau pun swasta ni, saya dan supervisor dah tetapkan end of this year kena start sampling
berdebarnya……maklumlah masa master dulu saya dah lalui labwork yang sangat sangat mencabar
jadi kalau boleh untuk PhD saya tak nak research yang ada lab..tapi nak buat canne
dah orang tak nak bagi kita data…terpaksalah kita seret kaki sendiri turun padangkan
adoiiii…..berdebar sungguh…

jadinya untuk semester yang akan mula tak lama ni
kena fikir jalan cerita untuk ke kawasan sampling
kena fikir jalan cerita bahan dan kaedah untuk sampling
kena fikir jalan cerita siapa dan bagaimana nak sampling
kena fikir seminar apa yang nak kena attend (journal satu pun tak publish lagi ni…berdebor)
kena fikir write up jugak
adoiiii,…..makin botaklah macam ni….

berdebarnya
harap sangat dapat submit thesis ontime
taknak sejarah kembali berulang

untuk tips tips yang berguna especially untuk pelajar postgrad
boleh ke blog intan, dia pun tengah buat phd dan dah masuk tahun ketiga dah nak habis dah

tumblr_msis65wAEl1s1buyfo1_r1_250

sebenarnya saya tengah ada problem nak tulis problem statement ni
problem statementnya dah tahu apa dia
cuma tak reti gaya penulisannya
ada sesiapa boleh bagi tips tak?

Tuesday, August 25, 2015

icwme 2015


IMG_1232[1]

hari khamis yang lepas, selepas beberapa hari berkurung dalam rumah saya akhnirnya dapat keluar melihat dunia. wohooo. gembira tak terkata. faham sajalah bila dalam pantang kerjanya duk rumah je lah. boringnya Tuhan saja yang tahu (bukan ke dulu nak sangat rehat-rehat kan).

jadinya kebetulan khamis dan jumaat tu saya ada join satu seminar ni, International Conference on Waste Management and Environment 2015. Sepatutnya saya present paper tapi disebabkan hal-hal berbangkit seminggu sebelum tu saya pun rasa takpelah. Paper yang sepatutnya kena present tu kita submit je kat mana-mana journal. Plus, supervisor tak tengok pun keadaan paper tu. entah ok ke tidak. jadi tambah-tambah lah saya tak ada hati nak present. hiksss (alasan sangat kan).

disebabkan dah bayar rm345 dan mummy bagi green light untuk pergi dengan syarat tak boleh drive sendiri. saya pun ok ok. no problemo. hehe. Bestnya dapat keluar rumah. :p

 
IMG_1221[1]

kebetulan pagi tu mood dua orang Askar tu baik sungguh. macam merestui pemergian mummy ke seminar dengan hati yang tenang dan tanpa drama air mata

ICWME 2015 merupakan tahu kedua dianjurkan dengan kerjasama Institute of Biological Science, UM. Tahun lepas kebanyakkan peserta datang dari Thailand, tahun ni ramai datang dari India, Sri Lanka, Tehran, Jepun, Hong Kong, Yaman, Indonesia. Sangat-sangat interesting bila tengok research pasal waste management dari negara-negara ni. Dan betapa negara kita masih sangat-sangat kebelakang dalam hal-hal waste management. Bayangkan negara macam India dan Tehran dah start separate waste dari dulu lagi, kita baru nak start bulan depan. Cuma cara diorang separate waste hanya kepada 2 kategori iaitu dry and wet wasta. tapi ok la kan. Harap sangat program separate waste kat malaysia bulan depan akan berjaya.

IMG_1218[1]
opening speaker daripada Prof. Malika from Sri Lanka

IMG_1224[1]

Satu perkara yang saya nampak ialah ada 2 jenis pengkritik. Biasanya selepas habis kita present akan ada Q&A session kan. jadi saya nampak ada setengah orang ni dia sengaja tanya soalan sedangkan dia dah tahu jawapannya. dan kita yang macam tak tahu jawapannya akan errr….hmmmm….errrr….. kat depan tu. dan yang menanya tadi “LOL I dah tahu jawapannya tapi sengaja nak test dia” boleh ke macam tu?? dan ada setengah penanya dia dah tahu paper budak ni tak bagus dari segi method atau dari segi info yang dimasukkan dalam slide tu tapi dia tak terus kritik macam “ok saya rasa info ni salah!” (oh saya pernah kena macam ni) tapi dia akan bagi komen macam “saya rasa awak patut buat macam ni macam ni..sebab macam ni macam ni” baru lah profesional kan… (bagi sayalah hehe) tak payahlah nak jatuhkan orang yg baru nak naik walaupun awak tu dah tinggi kat atas sana kan.

IMG_1254[1]
last day, ada perbincangan apa-apa sahaja tentang waste oleh 5 ahli panel yang semuanya adalah expert dalam bidang waste dari negara masing-masing: kiri; Prof Jonathan Wong (Hong Kong), Prof. Masaru Tanaka (Jepun), Dato Dr. Nadzri Yahya (menteri di Energy, green technology and water), Prof Paul. H Brunner (Austria), Prof. Enri Damahuri (Indonesia) dan Prof. Kurian Joseph (India). sangat-sangat eye opening presentation. terus rasa betapa sikit ilmu yang saya ada sekarang.

IMG_1253[1]
dan yang paling buat saya teruja sekali bila dapat jumpa dengan Prof. paul H. Brunner ni. Beliau merupakan penulis buku yang saya duk baca selama ni iaitu buku Practical handbook of Material Flow Analysis. Dia juga orang paling expert dalam bidang waste dan semestinya MFA. Dia ni lah perintis kepada MFA. Tanyalah apa-apa pasal waste ke MFA ke pasal environmental management ke dia mesti tahu. macam walking reference book. heheh. Kalaulah saya diberi peluang , masa, dan Prof Brunner ni pun ada masa untuk ajar saya pasal waste dan MFA adoiii laaaa…..bestnya…… :) seriously terasa macam jumpa penyanyi kesukaan hehehe

IMG_1285[1]

best juga sesekali dapat pergi seminar ni kan. dapat jumpa kawan lama. dalam gambar ni yang paling kiri tu work station-mate saya masa jadi student UITM puncak alam, Iza. terkenang kembali kenangan jadi student kat puncak alam. kawan-kawan kat work station, supervisors…dan yang paling kanan tu baru kenal iaitu Sherlyn dari Fakulti Engineering, UM. ada beberapa lagi saya baru kenal tapi segan nak berselfie hehe. ada tu junior masa sekolah MRSM Kota Putra. ada yang dari UIA dari ITB, Indonesia. maklumlah pergi seminar sorang-sorang terpaksa lah fit in dengan entah sape-sape kan kihkihkih

Processed with VSCOcam with c1 preset

walaupun ada orang cakap seminar ni tak ada high impact dia tapi dari segi ilmu yang saya dapat memang tak terbanding impactnya. terus rasa kena study study study lagi sampai pengsan! LOL

ok itu je lah.
jom lah sama-sama kita jadi rajin!
JIA YOU!!!

Monday, August 24, 2015

alam nasyrah

hari ni masuk hari ke 13 saya berpantang. tak rasa macam berpantang sangat sebab tak ada rasa sakit. tak perlu jaga apa-apa jahitan. cuma tetap kena pakai stokin, makan ikan panggang lada hitam, no more air berais selama 40 hari. dan yang paling susah tak boleh dukung fatimah. nak dukung umar lagi lah seratus kali tak boleh. yang lain-lain sama je. macam hari-hari biasa. mummy cakap berpantang dalam masa 20 hari je. fuhhhhh leganya…boring dah makan ikan panggang dengan sayur air. huhu

semua dah tahu kot pasal ni. even family kat terengganu pun dah tahu. nampak macam ok. tapi sebenarnya saya rasa betapa ralatnya….betapa kenapa saya tak boleh perasan……..

takpelah. mesti ada yang lebih baik untuk saya lepas ni…..sila move on cik nilam!!

tumblr_nsor703yZg1qapk2qo1_500

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ (1) وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ (2) الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ (3) وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ (4) فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (5) إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (6) فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ (7) وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ (8)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


surah kesukaan saya. surah Al Insyirah atau saya suka panggil surah alam nashrah. sangat memujuk.


selamat hari isnin yang biru semua! :)

Friday, August 14, 2015


jom kita buat throwback sikit

IMG_0373[1]
gambar ni masa bulan puasa baru-baru ni. ingat tak saya ada cakap yang tiba-tiba saya berselera semacam. makan nasi pun sampai berbukit. sampai terkejut kawan kat sebelah. pastu ingat tak tiba-tiba pulak saya cakap saya dah tak berselera. pulak dah. lauk sedap macam mana pun makan tetap tak habis. macam lauk berbuka dalam gambar ni, masa ni kat Terengganu. Ikan bakar dan sotong bakar bawah jambatan, ayam golek Gong Kapas, gulai daging terengganu, murtabak, budu. semua tu kegemaran saya. tapi nak tahu yang saya sentuh apa je? budu dan ikan bakar. hmmm.

IMG_1157[1]

bulan puasa lepas pun saya ada buat masak lemak udang dan nenas. biasanya kalau masak mesti masak terlebih. jadinya akan makan lauk yang sama sampai dua hari. tak reti nak bajet lagi masak untuk seorang/berdua. jadinya kalau lauk masak lemak udang nenas ni akan jadi lauk lunch dan dinner hari ni. dan lauk lunch dan dinner untuk esoknya pulak. makan pulak dengan sambal belacan. kalau ada ikan goreng pun ok jugak. nasi panas-panas. memang bertambah dua kali jugaklah.

IMG_1071[1]

pastu tiba-tiba je saya mintak mummy belikan ikan salmon kat pasar. kebetulan hari tu mummy nak gi pasar, Pasar seksyen 6, shah alam. ikan kat sana memang fresh. alasan nak ikan salmon? tiba-tiba rasa nak makan ikan salmon. boleh? tapi hari tu saya goreng cuma letak garam dalm black pepper. goreng dengan olive oil sikit. 2 hingga 3 minit untuk each side. makan dengan nasi panas-panas. fuhhh fuhhh. sedapnya. hehe.

IMG_0599[1]

raya baru ni. beriya buat lontong. padahal tahun lepas raya dah 7 hari 7 malam makan lontong. beriya jugak masak rendang daging palembang. padahal bukan style orang terengganu pun masak dua benda ni. isk isk isk. pelik betul. pastu air gas jangan cakap lah. berbotol botol minum. jenis apa? fanta oren? rootbear? f&N? pepsi? coke? semua dibedalnya. macam tak ingat dunia dah.

IMG_1052[1]

pernah tak saya cerita baru-baru ni saya demam. kebetulan mummy ke johor masa tu. jadi tak ada sape yang boleh tolong jagakan fatimah. umar saya hantar school. jadinya terpaksalah jaga fatimah dalam keadaan demam yang setahun sekali tu. faham-faham je la bila demam setahun sekali tu dia punya demam jangan main-main nak bangun pun payah. sedih dan stress jugak lah. hehe. teruknya. jaidnya saya pun makan dua biji panadol. satu biji ubat selesama. kalau ada ubat batuk time tu mesti saya makan jugak. sebab macam nak cepat-cepat baik. tak larat sangat.

Processed with VSCOcam with f2 preset

pernah tak saya cerita saya macam nak pergi holiday. nak pergi jalan-jalan. nak pergi berehat-rehat. nak keluar negeri memang buat masa sekarang tak mampu. dalam negeri pun jadilah. tapi en.MM kerja. kena tunggu dia cuti. pastu pernah tak saya cerita saya selalu doa agar saya dapat berita gembira. berita gembira yang macam mana sekali pun tak kisah. berita gembira dapat kerja kat UMT ke (hehe berangan sokmo). berita gembira dalam data ke. berita gembira dapat biasiswa belajar kat oversea dan elaun sara hidup yang banyak untuk bayar hutang sekali ke (hahaha overlah kau ni). pernah tak saya cerita macam saya penat. ke sana ke sini. mulalah rasa nak ada maid. (padahal bukan suka pun ada orang luar dalam rumah). penat. rasa nak berrehat-rehat tengok instagram. main candy crush. scroll timeline kat twitter. (takde kerja sangat dah tu)

.
.
.
.

selasa baru ni. dan mungkin 2 minggu seterusnya saya akan berrehat-rehat sambil main candy crush. (nak sangat kan. sekarang dah dapat. puas hati?)

sebenarnya. rabu minggu lepas saya datang period. ok. period macam biasa. macam bulan-bulan sebelum ni. cuma kali ni darahnya lain sikit. macam berketul-ketul. macam rupanya hati ayam. tapi kecil-kecil. dalam hati “ok kot…tak ada apa ni kot…mungkin bulan lepas tak datang kot” dan jumaat hari yang saya demam tu. makan panadol dan ubat selsema. tapi kebetulan malam tu en.MM balik kejap. sebab esoknya dia cadang nak ajak family makan-makan kat rumah. jadi jumaat tu jugak saya keluar cari barang-barang. seharian jugak tak makan apa-apa. hari sabtu darah banyak sikit. tapi pekat macam biasa. ahad pun sama. isnin dah sikit-sikit.

hari selasa. pagi-pagi saya ke DOE, putrajaya. pergi library. pastu jumpa pegawai untuk tanya itu ini pasal data yang saya nak. rupanya HQ tak simpan data tu. ke pergi state punya DOE. cadanganya nak pergi hari khamis. sebab rabu ada meeting dengan sv. tengahari tu lepas jumpa pegawai doe, saya ke alamanda.tiba-tiba rasa nak makan sushi. tapi sushi king renovate lah pulak. beli roti boi je utk tengahari. terus balik shah alam. rehat-rehat jap kat rumah mummy sementara tunggu nak ambil umar pukul 5.

tiba-tiba rasa senggugut. sakit sangat. macam first day senggugut. dalam hati “kenapa pulak senggugut time time nak habis period ni?” buat biasa lagi. makin lama makin sakit. sapu minyak angin dengan harapan kurang sikit. tapi tak. ok baring-baring je sambil tengok tv. tiba-tiba rasa nak gi buang air. nak kencing camtu. kat toilet tiba-tiba rasa something keluar. ketulan yang agak besar. sebesar 3 jari saya.terkejut sangat-sangat. Ya Allah Ya Allah Ya Allah…saya perhati betul betul. MasyaAllah MasyaAllah MasyaAllah…Ya Allah…….baby?? kepala kaki tangan mata even jari…………Ya Allah…..takut sangat-sangat saya time tu….cepat-cepat saya panggil mummy….

saya ambil baby (janin) tu dan letak dalam plastik n simpan dalam peti. saya ke klinik dengan kakak. sebab sakit tadi makin kuat. macam contraction. sakit sangat. nak duduk pun tak boleh. sampai kat klinik, doktor cakap saya dah pregnant 2 bulan setengah. (dua bulan setengah???????) doktor tanya kenapa boleh jadi canni. awak stress ke? saya cakap…….”saya tak tahu pun saya pregnant doktor….sebab saya datang period macam biasa” doktor tanya tarikh period. first period datang selepas deliver baby masa bulan 5. doktor cakap mungkin masa tu saya dah pregnant. period bulan 6 yang datang awal bulan dan akhir bulan tu bleeding tanda-tanda saya pregant (kenapa saya tak tahu ni??) bulan 7 saya tak datang period. doktor pun scan dan cakap ada lagi uri dan darah beku yang tak keluar.

doktor minta ke hospital. saya ke hospital Salam. saya warded petang tu juga. doktor bagi ubat tahan sakit. tak lama lepas tu makan ubat untuk bantu contraction dan keluarkan uri dan darah-darah beku. en.MM dah otw dari kemaman. nasib baik boss bagi balik. tapi kena siapkan kerja dulu. kalau boss tak bagi balik tak tahulah macam mana. sorang diri saya kat hospital. 2 3 jam lepas makan ubat tadi ketulan darah yang agak besar keluar….darah cair macam period tu pun banyak keluar……rasa sakit macam nak beranak dah kurang rasa dah…(makan ubat tahan sakit pun masih rasa contraction tu)….en.MM sampai kat hospital pukul 12 malam. kesian fatimah nangis nangis nak saya dukung. malam tu dua-dua tidur dengan tokma.

esoknya, doktor scan. alhamdullah….semua dah keluar. uri semua. dah kosong. tak perlu dnc. leganya saya dengar. pagi tu umar datang dan tanya “mie, ane baby?” (mummy, mana baby?) adoiiii sedihnya dengar…..pastu tak habis habis tanya “mie kit?” (mummy sakit?) :(

.
.
.

macam-macam tanda ada. fatimah hisap jari kaki. tapi taknak percaya. kononnya karutlah. tanda nak makan itu ini. tanda tak berselera. tanda penat semacam. tanda bleeding tu. padahal time umar dan fatimah ada juga bleeding macam tu. kenapa saya boleh lupa?? :(

sorry baby. mummy tak perasan ke hadiran baby. kalau mummy tahu Allah nak bagi baby. mummy akan jaga baby sama macam mummy jaga abang umar n fatimah. sama. mummy akan jaga makan. jaga kesihatan. tak angkat barang berat-berat. mummy tak tahu. tak tahu sangat-sangat. tapi baby kuat. mummy dah makan nenas. minum air gas. drive sorang-sorang dari shah alam ke terengganu. dukung abang umar yang 12 kilo tu. angkat oven bawak naik rumah. baby kuat sampailah mummy makan ubat panadol tu………….sorry baby…..mummy tak sengaja…………… :(

tak tahu nak rasa macam mana…kehidupan kat sana lebih baik untuk baby….ada terbaca…baby yang meninggal sebelum baligh akan di jaga oleh Nabi Ibrahim sehinggalah kedua ibu bapanya meninggal dan baby ni akan tunggu di pintu syurga menyambut kedatangan ibubapanya. baby tunggu mummy kat sana tau…………nanti mummy, aboh, abg umar, fatimah akan cepat-cepat ke sana…..tunggu tau………….

Monday, August 10, 2015

hari ini


Processed with VSCOcam with c1 preset

pagi tadi ke DOE Putrajaya
cadangnya nak pergi library DOE
dah sampai sana katanya hari isnin tutup pulop
adoiiii jauh doh ambe mari nok cari data nih
cik nilam gok….dekpong bakpe dok tengok kat website library tutup hari mende buka hari mende
awok ni gok lah

since library tutup
kita gerak balik ke library shah alam lah. nak ke UM macam dah lambat
pukul tiga call pegawai di KPKT. cadangannya nak minta apa-apa maklumat yang berguna untuk tesislah
sekali……pegawai tu cakap selangor tak termasuk dalam akta bla bla bla
kena call PBT pulop…adoiiii

sv cakap library DOE ada segala maklumat yang saya perlukan untuk tesis
tapi takdop pungg
sv cakap kpkt pun ada maklumat tu
tapi………..takdok laaa….

canne ni?

terpaksalah kita melangkah masuk ke Plan B kita
iaitu turun padang dan collect sendiri data yang kita nak
sampling sendiri leachate segala tu
hmmm….
nak tak nak kena masuk lab jugak
adoiiii

--------------------------------------------------------------------------------------------------

cerita lain

sekarang saya di library shah alam
belakang saya ni ada couple, saya rasa tahun ni spm kot
macam tengah study add math

takde apa pun

teringat pulak kenangan saya masa kat mrsm dulu
couple bagai nak rak
semua cikgu tahu
senior junior tahu
pendek kata satu sekolah tahu
tapi saya banyak main
dan dia dalam main-main dia tu boleh score 10A jugak
hehehhee pastu sampai sekarang nyesal tak sudah :p


---------------------------------------------------------------------------------------------------

cerita lain

slide presentation dah siap dah
boleh lah start berlakon depan cermin


----------------------------------------------------------------------------------------------------

cerita lain

pening dah
nak balik
bye bye

Wednesday, August 5, 2015

cara saya

IMG_1034[1]

antara sebab kenapa saya tak boleh bekerja dari rumah:

  1. sebab akan ada gangguan dari Mek Fatimah kita. kejap nak susu. kejap nak kita dukung. kejap nak basuh poopoo. biasanya kalau saya rasamacam nak buat kerja kat ruman saya tak hantar Fatimah ke rumah TokMa. jadi antara nak cari journal dan melayan mek Fatimah akan ambil masa satu hari. hmm. sorry baby.
  2. sebab akan ada gangguan dari segi kena masak. mesti nak makan lunch juga kan. jadi nak kena masak dulu. ambil masa di situ. nak makan lagi. pun akan ambil lebih masa. hmmm…
  3. sebab akan ada gangguan internet. nak cari journal. balas email. cari info mesti dan wajib kena ada internet. kalau pergi library internet dah sure sure ada. kalau kat rumah kejap ada kejap tak ada. ada hari tak ada lansung. hmmm….habis tu canne nak buat kerja?
  4. kalau bekerja dari rumah mesti rasa nak berehat-rehat nak tengok tv (sebab kalau budak-budak ada mesti tak ada can nak tengok rancangan kita). kalau kat library ke-fokus-an tu lebih tinggi.

 

banyaklah alasannya cik nilam oiiii…tapi itulah hakikatnya. ada orang cakap ala bukan ada lab pun buat kerja kat rumah boleh kan. ada tu ala….bukan wajib pun pergi library…nak cari journal boleh cari dari rumah kan…ada tu alaaa orang tu dia gi library 3 jam tak payah lah sampai satu hari duk library tu…atau pun pergi kejap je la…balik pukul sekian sekian…tapi jangan lewat sangat…habis camno tu?

sebenarnya semua orang tak faham cara kerja saya. sedihlah I macam ni. hukhukhuk #menangisbawahmeja

Monday, August 3, 2015

open house

 

sekitar open house aka breakfast aka family reunion di rumah sepupu di Bukit Jelutong Sabtu lepas
antara open house atau makan-makan yang paling saya tunggu hahaha
sebabnya seleksi makanan mesti sedap-sedap
ada mee rebus, ada bihun goreng, ada spagetti aglio olio, ada nasi dagang, ada lemang ketupat dan rendang
ada triffle, ada victoria sandwich cake, ada tiramisu
ada biskut raya, ada kek lapis raya, ada kerepek pisang

kerepek pisang walaupun nampak simple dan biasa-biasa aje tapi sebenarnya memainkan peranan penting juga tau hehe. misalnya bila dah perut dah penuh dengan mee rebus untuk merehatkan perut boleh la mengunyah kepek pisang dulu. lepas tu dah ok sikit bolehlah merasa nasi dagang pula heheh
bijak tak? strategi pemakanan saya? (dok kelakor lansung!)

sebenarnya open house kali ini lebih kepada family reunion (tapi ramai juga yang tak dapat datang) tapi ini dah kira ok cuma kalau semua dapat datang lagi best! dapatlah bercerita itu ini dengan mereka-mereka yang sebaya hehe kalau dengan yang berumur sikit tu bercerita sikit-sikit je. kena control ayu sket. kihkihkih.
yang lelaki pula lebih suka bercakap hal-hal politik. al maklumlah ada seorang cousin saya bekerja di kerajaan di bawah pejabat PM. jadinya segala macam cerita politik di soal. tapi macam biasa. itu semua rahasia kerajaan. jadi cousin lebih zip-kan mulut. hehe. baguskan? :)

ada anak sepupu saya yang juga sedang sambung phd di UTM. kalau jumpa dia ni mesti bertanya hal-hal study. dah buat apa? tesis dah tulis banyak ke? saja menanya soalan-soalan yang boleh menambahkan rasa nak makan hahaha tapi ok la. ada geng dalam family. jadi sedara-sedara yang lain macam dah faham situasi student phd. lama cepat tu perkara biasa.

IMG_0991[1]nampak sedapkan? memang sedap pun. hehe. patutnya breakfast je. tapi terlajak sampai ke lunch. bayangkanlah berapa kali round nasi dagang saya makan?

IMG_0994[1]
bila Pak sepupu sama baya dengan anak sepupu. Rania patutnya kena panggil Umar dan Aiman sebagai uncle. dan Rania kena panggil saya nenek Nilam??? oh nooo. ‘muda’ betul rasanya. hehe

IMG_0997[1]
sebahagian daripada anak-anak dan cucu-cucu dan cicit-cicit dan cuit-cuit Haji Abdullah dan Hajjah Wan Zainab. mungkin satu hari kita kena buat reunion besar-besaran. baru cukup!

IMG_0969[1]
dan ini cucu yang ke 24. Macam sudah GEMS sikit kan. (sape ntah yang cakap saya kurus). nah ini buktinya. hmmm. gambar yang GEMS kita letak kecik kecik je. takyah besar-besar sangat lah. hehe

ok itu je.
rumah sape nak buat open house minggu ni?
saya nak datang menyerang ni :p