saya rasa saya pernah cerita yang saya pernah gemuk dulu
gemuk dalam definisi saya ialah bila
berat mencapai angka 50kg
mungkin bagi orang lain ini berat ideal
but not for me. hiks :)
bila makan 6 kali sehari
dan ada lagi makan makan in between
memang padan muka berat naik sampai 50kg
jadi masa tu saya puasa dan exercise setiap pagi dan minum teh herba
dan…tadaaa berat saya kembali ke berat kurus 40kg
dan sekarang
pelik. berat masih 40kg tapi lemak sana sini
jangan terpedaya dengan susuk yang kecil ni
padahal lemak bertempek tempek sana sini
oh sungguh benci :(
jadi hari ini saya istiharkan
Misi: berjalan di pagi hari
jalan jer ke?? hehe
jadi..
ini sikit gambar yang sempat saya snap pagi tadi
*ni nak pukul gambar ke exercise ni??*
semua orang mungkin masih ketiduran. hari ahad la katakan :)
kami mempunyai misi yang sama. iaitu Bersama Memerangi Selulit ! yeah! :p
lengang.
tak faham bahasa?
carwash bergerak anyone? cuma rm5 :) dijamin berkilat sampai ke petang :)
yups. mari mula dari sekarang. :)
ok. itu sahaja
harap Misi ini akan ada sambungannya lagi minggu depan :)
bai bai :)
Sunday, October 16, 2011
report card
Friday, October 14, 2011
Lob
Kalau betul hidup ini satu perlumbaan
siapa habis belajar dulu,
siapa ke luar negara dulu,
siapa dapat kerja tetap dulu,
siapa beli rumah dulu,
siapa kahwin dulu,
siapa beranak dulu,
siapa dapat lapanbelas sijil dulu,
waktu kita lahir berpuluh tahun lepas
rasanya mesti dah ada race number depan belakang kulit badan kita.
by:waniardy
-----------------------------------------------------------------------------------------------
harap bagi kerjasama
jangan tanya lagi soalan-soalan macam kat atas
saya dah malas nak jawab hokai
faham? :D
atau
kalau nak saya tanya benda yang sama 100x sehari kat awak
sila la tanya saya sekarang..sila..sila… :D
ni bukan pertandingan. bukan juga perlumbaan.
rezeki masing-masing.
doakan yang terbaik untuk saya yer. :D
selamat pagi
salam Jumaat
esok sabtu weehuuu~~~
en.mm akan balik hujung minggu ni double the weehuuu :D
apa yang ada dalam beg anda?
inilah isi beg saya semalam
kenapa ada gambar student dalam bag? (??)
stor kat rumah hanya akan dikemas bila seseorang nak mencari sesuatu
dalam timbunan sesuatu sesuatu dalam stor
dan terjumpa koleksi buku bahasa indonesia zaman dahulu kala ni :D
tiga paling atas adalah kegemaran saya.
entah bila sambungan sang pemimpi the movie nak ada…
Wednesday, October 12, 2011
jepang
macam hari ni. kelas pertama 9-11am
pastu sambung lagi 11-1pm.
macam mana nak cakap eh
penat satu. otak tepu satu. (.__.)
mana ada otak tepu.
tipu! tipu! :D
jadi.... apa-apalah
selamat bekerja kawan-kawan
jangan stress stress
tak bagus :)
nah sikit untuk menggembirakan hati sendiri
dengan berangan sekarang kita di jepun
*jauh dari nota kuliah-masalah student-exam paper*
minum kopi di cafe cute-comel berlatar belakangkan music jazz
camera lomo dan buku nota kecil tentang jepun di tangan
bunga-bunga sakura yang pink yang bersepah di kaki
makanan jepun dengan rasa yang paling asli
dan dan..jangan lupa kesayangan mesti ada bersama-sama :)
bye. selamat berangan. :D
Sunday, October 9, 2011
Kaseh-Suka
"Kaseh" tak pernah curang, kerana sifatnya memang memilih,
kepada rasa yang mana paling Nikmat bahaginya..
jaminan itu adalah untuk anda aman Hidup ber Hati-Hati.
pengkhianat itu adalah "Orang",
yang merempat dalam mengagih,
didalam berusaha mencari siapa yang terbaik dari antara..
agar gian dalam menagih itu menemui jalan kembali.
tiada akan wujud Kaseh tanpa Korban dihujungnya.
ambe ulang, TIDAK AKAN ADA.
kalau banyak bersungut pada orang ramai kerana Kekaseh-mu,
itu bukanlah kaseh,
bukanlah sayang..
namun sekadar SUKA.
by:Ku Bad
---------------------------------------------------------------------------------------------
hujung minggu yang panjang
(padahal tiap-tiap minggu pun 2 hari jer hujung minggunya)
entah kenapa hujung minggu kali ni rasa macam panjang plak… :)
senarai apa yang saya buat hujung minggu ni: (.__.)
hari sabtu saya ke BigBadWolf. oh seperti dibajiri ribu-ribu lemon buku
dibanjiri manusia pun yer jugak. ramai betul org borong buku
siap bawak bag balik kampung… :)
saya cuma beli 3 buku. 2 buku masak masak, 1 novel
dah ada master of science. nak jugak ada master of cooking :p
dan dah jumpa resepi senang untuk di-try :)
pagi tadi selepas kemas bilik tukar selimut baru saya makan macam dalam gambar
hajatnya nak buat telur separuh masak
tapi biasalah saya-budak-baru-belajar selalu jer tak menjadi
maka jadilah telur sikit jer lagi nak jadi telur rebus ..haaa macam mana tu?
tapi kalau tambah lada hitam & kicap sedap menjilat jari jugak :p
pastu ke pasar tani kat stadium shah alam. pastu jalan jalan.pastu panas. pastu dahaga. pastu batuk batuk. pastu beli ice blended satu…yumss…lama dah tak minum air sejuk. asyik air panas jer boring gak. pastu balik. pastu makan tengahari.
pastu three. bye. :)
Friday, October 7, 2011
unending love
I seem to have loved you in numberless forms, numberless times…
In life after life, in age after age, forever.
My spellbound heart has made and remade the necklace of songs,
That you take as a gift, wear round your neck in your many forms,
In life after life, in age after age, forever.
Whenever I hear old chronicles of love, it’s age old pain,
It’s ancient tale of being apart or together.
As I stare on and on into the past, in the end you emerge,
Clad in the light of a pole-star, piercing the darkness of time.
You become an image of what is remembered forever.
You and I have floated here on the stream that brings from the fount.
At the heart of time, love of one for another.
We have played along side millions of lovers,
Shared in the same shy sweetness of meeting,
the distressful tears of farewell,
Old love but in shapes that renew and renew forever.
Today it is heaped at your feet, it has found its end in you
The love of all man’s days both past and forever:
Universal joy, universal sorrow, universal life.
The memories of all loves merging with this one love of ours -
And the songs of every poet past and forever.
by: Rabindranath Tagore
---------------------------------------------------------------------------------------------------
dah lama tak buat “note”
(ingat lagi satu tahun tu banyak betul note puisi-puisi berjiwa raga kat facebook saya)
gi buka facebook saya skang dan cari link Note
betapa berjiwa seninya saya atau sebenarnya berjiwa raga jiwang karat? :D
hehe. rindu la plak kan
baca puisi sambil dengar lagu-lagu yang best
untuk puisi kali ni sila baca sambil dengan lagu Setem ke Syurga – wani ardy :)
satu petang selepas habis berkhusus di Penang. Jalan jalan dan terjumpa bunga bunga merah ni. mungkin malam sebelumnya ada sambutan anniversary kot :) oh romantik :)
buku resepi mummy yang dah masuk tahun ke 41. lama tak lama
macam resepi rahsia ada. kalau buku ni hilang dan sesiapa yang jumpa memang boleh jadi super master chef yang tiada tandingan hehe…. tp korg semua baik hati kan. kalau terjumpa buku ni sila bagi kat saya eh :)
nowwatching: belanjawan 2012.
sejak berduit sendiri. belanja dengan hasil cari makan sendiri. baru beriya nak ambil tahu hal-hal belanjawan. kalau time study dulu jangan harap nak tengok. mesti cepat cepat tukar channel :D
harap belanjawan kali ni betul-betul untuk rakyat. rakyat bekerja di sektor kerajaan mahupun sektor swasta. *swasta pun menyumbang tau* :)
yes! I’m CUTE CUTE CUTE…tiga kali CUTE. memang CUTE benor la tu hehe :)
sebenarnya saya rindukan manusia dalam gambar ni
bila la dia boleh balik
hari Isnin dah tak lama lagi
entah sempat ke tidak
haihhh…
kepada en.boss,
tolong la bagi en. mm saya balik
dah 2 bulan ni
balik 9hb pun takpe…
semoga Allah berkati en.boss selamanya
yang benar,
Puan N
penang oh penang
saya cuba cari lirik lagu Jambatan Pulau Pinang
tapi tak jumpa
ingat lagi tak dengan lagu tu
lagu kelas Muzik sekolah rendah
beriya main rekorder
mastu Cikgu Warith yang ajar
kadang-kadang cikgu cina lelaki yang ajar
apa ntah nama dia
saya baru balik dari Penang sebenarnya
pulang dengan membawa batuk demam dan selsema yang agak teruk
sambil menulis ni sambil batuk batuk
habis tercemar laptop dengan kuman
masuk kali ni dah 3 kali saya ke Penang
tapi masih tak dapat round habis satu Penang
banyak lagi bangunan antik yang tak sempat saya snap
makanan jangan cakap la. tak sampai separuh pun saya cuba
takpe lah. kita ke Penang untuk khusus bukan untuk jalan jalan yer dok? :)
banyak benda saya terfikir nak buat sebelum pergi Penang hari tu
nak makan nasi kandar la. nak makan char kueh teow la
nak gi kedai nasi daging la. semua tergendala. huhu
betapa yang Menentukan tu lebih berkuasa kan….. :D
ok lah.
kesihatan tak mengijinkan nak update panjang panjang
bye.xoxo
Saturday, October 1, 2011
puchong
banyak kali saya cuba fikir
apa yang menarik tentang Puchong
hmmm…. *mata hitam ke atas ke bawah ke kiri ke kanan*
still tak ada jawapan….
*fikir lagi*
saya rasa puchong dan saya memang tak ada kenangan manis bersama
kalau ada pun 2 3 ciput jer
macam
aunty tea lady yang call saja dari office akan datang dengan milo ais paling sedap dan pekat
lunch dekat kedai ayam kampung masakan kelantan
tiap-tiap hari melalui jalan berlobang lobang entah bila nak siap pun tak tahu
(eh ni termasuk kategori manis ke?)
nasi kandari pelita lauk telur masin ayam rempah kuah campur sayur bendi sikit
punya 3 org boss yang kenalkan saya dengan punctuality dan you kena masuk lunch sebelum boss masuk kalau tak habis la dan setiap jumaat kena kemas bilik untuk markah tinggi dalam pertandingan 5S antara department dan 6Sigma yang ajarkan saya penggunaan mind map yg sebetulnya
dan…….. daiso di ioi mall?
selain tu saya rasa Puchong hanya berikan saya kenangan yang tak nak saya ingat
heee…….sorry Puchong :’)
sebenarnya tadi kawan satu lab saya selamat dikahwin dengan tunangannya
Alhamdulillah….. satu satu ahli lab 4147 kahwin… :)
dan rumah pengantin kat Puchong Perdana pastu kena melalui Tractors Malaysia plak (.__.)
tu yang duk teringat tu ..kalau tak heee no thanks i don’t want you Puchong :D
apa-apa pun tahniah buat Shahnadz dan Redzuan
semoga kekal bahagian sampai ke akhirnya
Amin :)
dan dalam perjalanan balik hujan turun dengan sangat lebat…
hujan rahmat untuk pasangan pengantin baru :)
note: awak tahu tak kalau Puchong di-translate-kan ke Bahasa Brunei bunyi apa?