Wednesday, May 12, 2010

penang woot woot



hye
malaysia kini memungut mata sebanyak 10 dan denmark 12
saya melaporkan dari pejabat kolej amin
kembali ke studio

hye
da brape lama x update eh. huh. x smpt x smpt nk update.
byk sungguh peristiwa yg berlaku dua tiga menjak ini.
tapi masa sgt x mengizin kan
sbb perlu konsentrasi yg tinggi utk meng-update
huh mengade lah!

hye
mlm nih saya nk update cerita yg tergendala sejak ahad lepas
mari kita imbau kembali ke entry yg bertarikh 19 March yg lalu
terus ke point ke-8:
  • nak ke penang. satu satu nya negeri yg saya xpenah jejak kaki lagi. saya teringin nk gi kedai buku terpakai kt sana. xtau nama apa. tp kedai buku tu sgt glemer.
dan akhirnya jumaat lepas. buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke penang. wooohoooo...satu satu nya negeri di malaysia yg x pernah saya jejak. dan skang saya da pergi ke semua negeri kt malaysia. woohooo. go malaysia go! malaysia kini 15, denmark 17..

gambar pertama yg saya snap sebaik sahaja sampai ke penang. plan nk snap sebaik sahaja turun dr kereta. tp disebabkan saya tertdo n bila yanayani kejutkan pun masih mamai sampai x smpt nk menghayati merentasi jambatan pulau pinang makanya bila masuk hotel sambil menunggu yaa n adik check-in br tersedar dr mamai dan bila mamai saya jawab dengan jujur. mengade!

tujuan utama saya ke penang sebab ad kenduri di rumah kawan di Jalan Maqbul yg menurut kata kawan saya, Daniel..kawasan nih merupakan kawasan org melayu n masa tragedi buah epal hijau tragedi 13 mei dulu...kawasan ni sgt menakutkan semua org dan jgn sesapa berani dtg buat pasai di tempat nih..*betulkan saya klu salah yer*
alang alang ada kenduri..saya yaa dan yanayani pun apa lagi..ambil kesempatan yg ada utk berjalan jalan sambi mencuci mata anak anak mami bergelang sampai ke siku. tipu.x jumpa pun mami yg bergelang sampai ke siku.

kami gerak dr shah alam jam 8. sampai penang jam 12. lepas check in. masuk bilik. menggeliat dua tiga minit . daniel bwk ktorg makan nasi kandar. wooohooo. makan nasi. jam 2! lauk kari lak tu. aiiyoooo. prog diet terpaksa di tolak tepi. buat pertama kalinya saya makan nasi kandar. wooohooo. kamu sgt kuno lah. huhu.

ktorg mkn di Kedai Nasi Kandar Beratur Resipi Original Sejak 1943 Dibuka Pada Pukul 10 mlm. Nasi kandar liya qatali. mula mula saya byg kn kari nya macam yg sy tgk kt kedai mamak bangi tu. pekat likat color xnk kalah merahnya. takut nk makan. tp jangkaan saya meleset chewah. sbb kt kedai nih color nya biasa2 saja. ke-coklatan sikit. n rasanya pun xde la rs kari sgt. ok lah. boley terima lagi la. saya amik lauk ayam goreng n telur sotong. huh. berjaya abeskan sepinggan nasi. huhu..ada gaya org penang x???woohooo :P

hari kedua. ktorg ke Little India. huh. kt klang ad je little india nih. tapi x penah nk pegi pun. kt penang nk plak pegi kan. kt sini jalan2 . amik gmbr sikit. dan beli sari utk buat baju kurung. woohoo. cantik dan murah. owh jom kita gi India plak nk? lepas jalan jalan kt Lillte India. ktorg ke Chowrasta Market. woohooo. seperti dlm point ke-8 tadi. saya nk ke kedai buku 2nd hand. dan terlaksana la sudaa.



owh. saya sanggup berduduk duduk berlepak-lepak berjinjit-jinjit kt sini berjam jam. tp malangnya. hr tu xde parking. n parking kt tepi jalan. jadinya terpaksa la cepat2 mencari buku yg dikehendaki. xsmpt pun nk tgk tgk novel2 kt situ. huh. nextime saya nk pegi lagi!hoyeah! :P

seperti yg dicadangkan oleh kawan sekerja saya, Nunny. pegi la pegi la ke Toy Muzium. best. byk mainan. huh . mmg byk pun. dr yg dulu dulu sampai laa yg terbaru. paling x sangka terjumap Chucky. huh. Hey chucky wanna play? dulu2 klu tgk cite tu mmg xleh tdo mlm r. pastu mula la simpan semua anak patung tinggi tinggi. kononnya dia akan jadi jahat mcm chucky tu. huh. sungguh kanak kanak.

petang nya ktorg ke Batu feringgi. woohooo. tp x bestnya. batery camera sudah kehabisan. smlm nya lupa nk charge. jadinya hanya duatiga keping gmbr kt batu feringgi. owh sungguh x best jln2 tanpa camera. panas sgt sgt. berpeluh peluh semuanya. haihhh. jadinya lepas tu ktorg singgah ke gerai apa ntah nama nya. makan mee rebus. owh...tidak sedap huhu maafin... :P


mlm nya plak...kita kembali ke tujuan asal. iaitu ke kenduri rumah Daniel. kenduri arwah sebenarnya. biasala. salam salam. baca yassin. mkn mkn. owh nasi beriyani sgt sedap. rs nk tambah lagi tp kne kawal adap sopan di rumah org huhu. pastu tolong tolong bungkus nasi yg lebih utk sedara2 wat balik.

akibat terlalu exicted mencedok nasi. sampai cik yanayani amik gmbr banyak kali pun stil blur blur canni. huh. ada gaya jadi taukeh nasi kandar nilam beratur x?? huhu. berpeluh peluh jugak r time cedok cedok tu. nasib r sape yg dpt rasa titisan titisan berharga. huhu

hari terakhir. ktorg ke Bukit Bendera. ingt x masa darjah 6 dulu. dlm buku teks muzik. kita ad blajar main rekoder lagu pulau pinang kan. canne ek lagu tu. smpi skang x ingt lagi. huh. xde keje. bukit bendera buat masa skang kereta kabelnya rosak. jd nya kne guna 4x4 utk naik ke puncak. rm90 utk satu kereta. tp agak kecewa. sebab xde apa pun kt bukit bendera. tp klu nk bergambar tu mmg ok r. jadi kt atas sana kerjanya bergambar jer la.

owh lupa. sebelum ke bukit bendera. ktorg bfast dulu di satu kedai di tepi jalan sungai penang ke apa ntah. x ingat. ktorg mkn kueh serabai. sejenis kueh yg color putih mkn ngn kuah pekat rs cm kaya. manis. sedap gak r. pastu mkn vaday. makanan india. sedap gak. huhu. makan banyak perut buncit. woohooo. gmbr yg atas yg celup kuah tu nama nya kueh serabai. mungkin dulu. pencipta kueh nih serabai. tp disebabkan sgt sedap. maka da x kesah serabai ke tak. asal sedap. maka melekatla nama serabai. klu kt trg nama nya kueh bekang. bentuk bulat mcm kueh cara. sedap gak. lama nya x mkn. huhu. gmbr yg bawah plak bentuk rupa vaday. sebut seperti vadeyyyy.. yy tu lebey lebey sikit yer. :P


maka berakhir la perjalanan di pulau. utk ke seberang . ktorg naik ferry. woohooo. sgt jakun. sbb 1st time . haha. jadi bila 1st. kerja nya amik gmbr jer r. huhu.. ingt x masa skolah rendah dulu dulu. buku mari membaca 2. ada gambar ferry warna kuning kn. tp skang da moden. ferry skang warna warni. huhu.

sampai je kt seberang. ktorg singgah lunch kt kedai ikan bakar apa ntah kt kepala batas. huuu. boley tahan. harga pun murah. nnt nextime boley pergi lagi. lepas makan kenyang suka hati kami singgah solat masjid pak lah. huu. padahal ad je surau terdekat. nk jugak gi melawat pondok pak lah kan. huuu. lepas solat, ktorg singgah ke rumah en.kid. nk mkn nasi daging kedai x bukak. jadinya ke rumah je la... :)

maka berakhir la 3 hari 2 mlm kt penang. owh nasib baik penang x mengecewakan. huhu. 2 hari mmg x cukup. perlu 4 hari kot utk round satu pulau. huhu...yg pastinya penang sgt panas. x tertahan huhu.

malaysia kini mengejar dr belakang. go malaysia go!
kembali ke studio
selamat malam.


bye penang
ad rezeki
kita jumpa lagi
baca entry nih jgn smpi tertdo ok
nitess
:)

Monday, May 10, 2010

birthday girl

saya di lahirkan pada jam 930 mlm 5 mei 1984 di hospital besar kuala terengganu. berat saya masa tu 2 kilo lebih. di besarkan di Kuala Ibai . kecik kecik cuma kenal yaa, adik dan emy dan beberapa budak kecik sebaya termasuklah joyah sport. owh lupa. cousin sebelah rumah, nurin. jarang berkawan ngn budak2 sekampung. main pun dlm kawasan rumah jer. atau gi umah nurin atau nurin yg dtg ke umah.

kecik kecik x pandai panjat pokok. cuma tahu main geng atau ting ting. masak2 guna kuali lama mummy kt bwh pokok mempelam kecik belakang rumah. kadang kadang main getah n biasa nya bila sampai part kepala mesti x lepas.

kecik kecik suka masuk pertandingan berbentuk kesenian. melukis. pakaian beragam. nasyid. pertandingan berbentuk syarahan?bercakap depan org ramai. jgn harap. xd bakat. dan skang semua cm pelik canne boley jadi cikgu. huh. percaya la saya cikgu skang! :P

kecik kecik selalunya celebrate birthday kt umah je. ngn sape lagi ngn yaa adik n emy n nurin. n biasanya mummy buat sendiri je birthday cake. bentuk no 2 ke 3 ke 4 ke lima ke.

birthday tahun nih. lain dr tahun tahun lepas. sebab. 1 celebrate ngn org baru. 2 celebrate ngn adam 3 student nyanyikan lagu dlm kelas. owh tersipu sipu saya depan kelas. huhu. 4 celebrate ngn cikgu cikgu yg lain.

biasanya tiap2 tahun saya akan celebrate ngn kembar saya , posh. tahun nih semua org pun sgt sgt bz. posh pun da terbang ke us. makanya celebrate ngn kawan2 terdekat sahaja.

thanxx semua sebab x lupakan birthday saya. thanxx utk ucapan korg. terawal ke terlewat ke saya xkesah. better late than never kan. :) tp klu bf wajib org terawal la kan :)

x byk gmbr celebrate birthday tahun nih. cuma ad celebrate ngn adam je. bak kata cik tiny birthday celebration ala sapphire. klu ala sapphire tu mmg sgt sgt simple r. cake. food sikit. nyanyi sikit. tiup lilin. :)

ok lah. mari kita lihat apa yg cik adam kita da buat kt birthday cake. :)


adam 18 april. saya 5 may

tgk muka x sabaa adam tu

dan akhirnya cake selamat di potong oleh adam secara balingan yg sgt bergaya
:)

Wednesday, May 5, 2010

happy birthday



HAPPY SAPPHIRE DAY!
:) :) :)

Tuesday, May 4, 2010

carriedmark anda time study dulu brape?

saya tak pasti sistem carriedmark di mana2 kolej atau uni mcm mana. tp seingat saya la kan kan kan saya xpenah tahu carriedmark saya brape dulu. nasib la rendah ke tinggi ke. lec nk bg sikit ke byk ke. nak bagi berdasarkan kedatangan ke quiz ke atau kadar ketiduran dalam kelas ke. itu semua terpulang kepada lecturer. kita sebagai student xde hak nk masuk campur nk soal knp carriedmark kita sikit ke happeee kan kan kan.

dan bila saya masuk jadi cikgu disebuah kolej swasta yang namanya dirahsiakan nih wahhh mcm sume org xtau kan sistem carriedmark kt sini sangat lah lain nye dengan time saya student dulu. masa saya masuk tu ada batch yg da nk final. batch yg saya ngaja br stat. so batch yg da nk final nih sibuk2 tanya lec masing2 knp knp knp carriedmark diorg rendah. n ada cara lain x untuk naik kan carriedmark tu. n saya masa tu knp knp knp?? apakah halnya nih. haishhh. hehe. maka bila di siasat siasat oowhhh rupanya diorg takut final x lulus atau x dpt A. sbb final merangkumii 60%. besar tu pengaruhnya. ok. skang saya da faham. fuuh.

utk dua batch yg saya mengajar. sistem saya carried mark berdasarkan test1, midsem n presentation dan kadang kadang kalau ada yg suka hati x dtg kelas maka rendah sikiit lah carriedmarknya. tapi utk batch ketiga. saya da tukar. sbbnk senangkan semua org. saya senang xyah nk pening2 nk bg brape n student tu just study je smpi lebam n score dlm test1, test2, quiz dan midsem exam.

dan 2minggu lepas. saya da tampal carriedmark diorg. n berduyuuuuung la yg dtg bertanya knp??knp??knp??knp miss??miss x kasihan kan kami yg kacak nh ke??miss bg la asignment ke..quiz ke..so tht ktorg dpt tambah carried mark...apakah??apakah??apakah??

ok kalau student yg mmg da pandai n selalu datang kelas tanya soalan soalan camtu saya boley terima lagi. tapi semalam bila ada sorg student nih yg cuma dtg time test1, test2 dan midsem dan secara kebetulan dtg time quiz mengejut datang komplen. knp carriedmark dia sikit. haishhhh. 4minggu x dtg kelas lagi nk banyak soal! haishhh. da hantar warning letter kt umah masih berdegil xnk dtg kelas. haishhh! bukannya nk bagi surat alasan ke mc ke...haishhh! kalau ikut kan hati nk je bagi rendah lagi markah dia tu. ada ke patut sgt sgt sgt jarang dikelas tp ada hati nk komplen kita x bagi peluang dia bertanya dlm kelas kalau x fhm pape. apakah itu?? nila yg setitik sebelum nih da merebak ke batch ini. haishhhh! senyum je la. :D <-- terpaksa ke happe nih??? :PJustify Full
saya bukannya xnk tolong. tapi biarla diorg dpt A dengan usaha sendiri. bukannya sebab saya da naikkan carriedmark. itu sgt x best kan kan kan?? tapi dpt A dengan usaha sendiri dengan meniru juga tidak dikira yer. haiippp...

huh. esk buat quiz 2. last! klu korg xdtg jugak. nasib la. jgn nk dtg merayu rayu lagi. time kita bagi peluang xnk guna dgn baik..emo sebab baru selesai submit soalan final exam. fuuuhhh. emo dan sgt sgt sgt lega. dan cake choc mak hanis zalika sgt sgt best gila yumm yummm sampai satu potong mmg x cukup. :)

Monday, May 3, 2010

01052010

sabtu lepas (01052010)
selain daripada hari pekerja, hari jadi cik ajjah n beberapa org cik lagi yg sambut birthday
juga merupakan hari pertunangan cousin saya iaitu Hazlyn. wah ayat sungguh skema akibat daripada seharian membuat soalan exam. hazlyn adalah anak kepada pcik yg ingt x entry psl lptp dell saya dulu?yer. anak pcik saya yg tu la. hazlyn ialah cousin kerabat mak saya. wah nk jugak letak kerabat. nnt mesti ada plak yg tanya "adakah anda berbangga dengan kerabat anda". ok lah. hazlyn cousin sebelah mummy saya. pcik saya tu abg kpd mummy saya. hazlyn selamat bertunang selama 2 bulan dengan Fadzil (klu x silap la) iaitu org kelantan yg da lama stay kt KL. maka dia org KL ke Kelantan?

majlis hari tu sgt simple. cuma keluarga terdekat je yg dtg.
theme utk make-up: classic
theme utk pakaian: simple tp exklusif (hasil tgn salikin sidik)
theme utk hantaran: simple brownish
theme utk makanan: masakan kampung (nasi putih n lauk kampung)
theme utk hiasan rumah: putih daisy n harum sundal mlm

ok. ckp byk pun bukannya korang boley bayangkan canne bentuk2 nya kan. maka mari kita ke 2 hari yg lepas.

seluruh rumah dihias dengan bunga daisy dan harum sundal malam. nk cite harum sundal malam nih tempat lepak ponti. tapi dia hanya akan menonjolkan diri kepada kaum lelaki sahaja. ini adalah kisah benar. jgn main main dengan bunga ini. time bunga berbau wangi iatu waktu magrib n tgh mlm time tu la dia akan menonjol. *baca ayat kursi skang*

hantaran pihak perempuan dan pihak lelaki

proses rundingan. sebelah perempuan diketuai pakcik sebelah mak hazlyn. sebelah lelaki diketuai Ustaz Harun Din.

barisan pengangkat dulang yang masing masing telah diberi no mengikut jenis hantaran

sedang berdebar debar menunggu sesi menyarung cincin

maka cincin selamat disarungkan.

sesi bergambar dengan Ustaz Harun Din.

mak budak sedang bergossip. nurin pun termasuk skali dlm list mak budak.hehe

kanak kanak riang pula sibuk bergambar dengan hantaran dan diri sendiri. sbb pengantin sibuk melayan tetamu

sama cantik.sama padan. bagai merpati sejoli. bagai pinang dibelah dua. bagai mcm2 lah.
HAZLYN! CONGRATES!!
:)

Friday, April 30, 2010

Thursday, April 29, 2010

haji haji haji adam mikaeel






tuan haji ni pemalu sket
dia xnk org kenal dia
shhhhh..dia tgh berzikir tu..
:P

Wednesday, April 28, 2010

test 1





jgn disebabkan nila setitik
habis susu sebelanga
mereka baik baik saja
:)

Monday, April 26, 2010

Elite - G.I.G



jgn ckp korg x penah minat kumpulan nih dulu2
lagu zaman form 2 nih (bg batch 1984 r)
selalu berangan jadi Linda haha
enjoy!!nitess!! tdo dulu!! :)

lovehate



When tears are hard to keep,
They'll slowly flow like a river,
To form an ocean wide and serene,
Endless in a vast space of time,
The feeling of stillness forms,
And there you'll find the ART,
Hidden amongst the tears,
Tears that are hard to keep.

When laughters are hard to share,
It poison the body with a void,
To weaken the strongest part ever,
And make it soft and slow,
Beating like the wings of an eagle,
There you'll see the pain,
of when a laughter is not shared,
together with a love one or more.

When anger can not be contain,
It erupts like a volcano,
To burn many that stood near and far,
Covering everything thick with hate,
But when that hate breaks away,
Regret lingers in the air, foul and unseen,
Only to leave a stronger LOVE,
under the layers of a volcano,
After the anger subsides.

oleh :: Rabbit_Miza

dihujung minggu






mula mula sendiri.kemudian berdua...double the love..owh bukankah berdua ituww lebih baik :)

merasa air tangan YanaYani. Yana tukang buat jeli. Yani tukang tabur buah2 tu. YanaYani tukang letak aiskrim. saya tukang makan :)

melihat lihat kembali hasil kerja bertahun tahun owh sgt x sabaa nak mula yg baru di tempat baru :)

menonton cerita ini. owh sangat mengarut. tapi best. :)

makan makan di Madan Kwan. muda lagi madam kwan nih rupanya

ke menara keempat tertinggi di dunia dan menjadi model sepanjang hidup kepada camera baru :)

menjumpai ini di times. saya nasihatkan ..jgn la bazirkan duit beli buku ini. klu x tahu sgt psl facebook..boley tanya saya huhu :)
pagi semalam. adam buat aksi terbaru ..iaitu flying kiss muaxsss
adam comey
:)

dan esk mummy balik
woohooo
:)

Saturday, April 24, 2010

amy


dia ialah pelajar fakulti sains dan teknologi. dlm programe Sains Matematik.klu anda bekas penduduk Kolej Tun Husein Onn. pasti kenal dia nih. n semestinya kenal saya jugak. hoho. nk jugak semak semak kt kolej org. KTHO aka tempat basuh baju. dan cik basuh baju ialah cik YanaYani kita laa. huhu. ok.lah. sebenarnya nk ckp psl kawan cik YanaYani nih. nama dia Amy. skang bukan cikgu Math ke. Lecturer Math ke. atau penganalisis bla bla bla ke. tapi tukang cantik kan org. huhu. make up artist . dia la yg make-up kn pengacara2 kt TV9 tu. jadi mari kita tgk hasil tangannya mencantekkan kakak saya. cantekss. maklumat lanjut psl cik Amy nih boley la ke blog dia.yer :)



Corinne Bailey Rae - Put Your Records On



saya suka lagu nih
mcm terbang terbang
n dia ada sebut nama saya
happy sabtuday semua :)

Thursday, April 22, 2010

emy!! good luck!!

dulu kecik kecik. mentang mentang dia yg paling kecik. semua benda dia xleh buat. basuh pinggan. sapu sampah. kemas umah. goreng telur. masak air. basuh kasut sekolah. amik lauk letak atas meja. angkat brg2 berat. susun buku. skang. semua benda dia kne buat. sbb tu skang saya pnggl Cinderella.

kepada cik cinderella aka cik emy kontessa aka cik emy kotomi A-awie...

GOOD LUCK EXAM ESOK
BUAT YG THE BEST
CAMERA BARU SEDANG MENANTI ANDA
HEHE

Wednesday, April 21, 2010

KTHO ?? ala.. saya bdak yang suka lepak UKM, aras 3. jurnal!!! hohoho :P~

ces...mengade lah! apa kata jumape di lecturer room je :P

Ask me anything

macam ni la perangai...kenal dah lama tapi tak kenal mana...haih.... ha ha

salam xde
nama pun xde..canne nk kenal haihh

Ask me anything

kamu jadi pengsan tak cik nilam??

haha
saya pengsan setengah hari
best jugak pengsan2 nih :D~~

Ask me anything

27 dresses


bakal menjadi pengapit untuk majlis dua org kawan baik
satu di Johor - 6June
satu di KL - 25July

nnt i kawen u all plak jd pengapit i
:) :) :)

Tuesday, April 20, 2010

entry kpd cik tiny


nak saja saya ngaku saya fotografer
yes yes..saya boley amik gmbr..sambil joget2 ala sapphire
hoho
tapi apa kan daya
menipu itu berdosa besar boley masuk api neraka
saya cuma ad camera digital 3megapixel yg tempat nk tekan snap da ber-cellotape segala da
cepat...sape nk sponsor saya camera tercanggih satu
dan saya akan mengambil gmbr cik sponosr seumur hidup tanpa bayaran

hoho
kepada cik tiny
klu awk nk cari fotografer
saya ada rmi kawan yg sggh berpotensi
mcm

cik yana
cik tokey budu
atau
cik mofarad n the geng

xtau atas dasar apa cik tiny aggp saya fotografer
tp thanxx haha
sbb bila dpt msg cmtu
kurang lebih da buat saya senyum simpul malu2 hehe
cik tiny
klu nk contact no diorg sila msg yer

:)

Sunday, April 18, 2010

sy tau2!!.. en.kid :P *angkat tgn sambil jengket kaki..huu ke slh jgk?

en.kid???
jawapan anda salah !! walaupun anda sgt yakin.
sila cuba lagi

Ask me anything