Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

Thursday, December 2, 2010

entry tanpa button backspace

seperti yang dijanjikan
saya kaan update secara borang mulai saat nih hihi

sebenarnya saya nk cerita semalam
tapi memandangkan saya ialah hari kurang bercakap
maka terpaksa tangguh sehingga hari nih

so ..

bukan da apa sangat pun
cuma syaa nak jawab tag yg da lama di peram di blog cik kakak felo yana
sorry yana..selalu jer terulpa...

tag yang dimaksudkan ialah 25 yang anggun tentang diri saya
hee

ok sebelum tu
saya nak ucapkan selamat datang kepada bulan December
29 hari lagi untuk tahun baru 2011
hajat tahun lepas dah terlaksanake?
saya punya ada yang kne dipanjangkan ke tahun depan hik

ok
mari kita lihat
apakah senarai 25 yang anggun tentang diri saya
*sebenarnya br baca entry oleh cik milimilo? so br teringat saya ada tag yg sama hihi*

1. telefon pertama dlm hidup saya ialah dr jenama Alcatel. tapi saya dan adikberadik yg lain panggil telefon tu dengan nama "telefon anak gajah".sebab??fikir sendiri :D

2. dalam fikiran saya skang duk terfikir2 nk buat hijab fashion week ala sapphire. semua org tahu psl HFW kan? tapi nih untuk kita kita yg xde la fashionista sgt. kalau saya buat ada nk join tak? kita buat untuk suka suka jer :)

3. perkara pertama saya akan buat setiabanya sy kt office ialah bukak blog n open in new tab semua blog yg saya follow samapi penuh tab kt atas tu

4. bila sampai ke 4 saya dah tak tahun klist kan apa lagi dalam senarai 35 yg anggun nih

5. kalau tengah bercakap dalam telefon dan pd masa yg sama ada pen dan kertas di depan mata. nescaya kertas itu akan abes ciconteng dengan lukisan lukisan subjek yg dicakapkan dalam phone.

6. seperti cik mililio , saya pun tak suka org yang jalan terseret. hishh pastu plupak plupak bunyi kasut . isk isk isk sungguh pencemran bunyi

7. entry ini adalah entry dilarang menekan button BACKSPACE jadi sla kira ada berapa banyak kesalan eja dalam entry nih

8. saya mcm rasa nk menerbitkan buku masakan ala sapphire. khas untuk remaja. buku tu nanti , resepi akan dilukis . ok tak?? okt ak?? :)

9. saya ada akaun tumblr

10. saya bercita cita nk beli handphone baru yg ada wifi, 3g dan gps. senang sikit nk check in tru 4square. hihi. xde keje disitu. :p

11. saya nak jaket hitam mcm dalam gambar kt atas nih. harga cuma rm55. tapi klu beli kt time square agak2 ada yg lagi murah tak ek?


12. selain tumblr saya ada akaun tweeter, polyvore, weheartit, deviatart, jawatan kosong mardi . kebanyakkan akaun2 nih x hidup sgt pun sebab xleh nk log in kt office.


13. masa sekolah rendah dr darjah 1-54 saya dapat no 6 dalam kelas. tiap tiap tahun . tak naik tak turun. darjah 5 nak masuk darjah 6 baru dapat no 3 pastu masuk kelas no 1.


14. saya paling x suka kalau ada org tanya " encik OPIUER tu adik awak ke??"


15. gaji pertama masa saya kerja sebagai RA dulu saya guna untuk beli camera, jenama benq.


16. saya tak lulus JPJ test masa amik lesen dulu sebab kereta kancil yg saya bawak tergelongsor kt bukit. try lagi sampai tiga kali gelongsor jugak. isk isk. skang saya dah lupa nk bwk kereta manual


17. minggu depan saya cuma bekerja 1 hari jer  (6hb sahaja) 7 hb sampai 13 hb saya cuti . kakak kawen. weehuuu.


18. kaset pertama yg saya beli ialah album pertama kumpulan Hanson. saya minat gila taylor . hencem hencem :p


19. satu mlm dalam minggu lepas. kaki kiri saya xleh gerak. klu gerak kan menyebabkan perut saya sakit. bila gi klinik doktor cakap urat dalam perut saya ter-twist. penyakit apakah itu??


20. saya paling x reti reverse parking. fail. akan amik masa 10 minit utk settle.


21. saya sgt jarang kuar rumah dengan ber-makeup. rimas.


22. saya pernah kerja partime masa study master dulu dekat kedai bakery pusaneka. kerja sneang jer lap meja-angkat pinggang n gelas- susun roti-lipas tisu. aunty n uncle bakery tu sgt baik. suka. :)


23. saya takut tidur sorg2 tutup lampu.


24. saya tak suka makan pulut.


25. saya rasa saya dah pernah jawab tag yg mcm nih. dulu r. sape ntah yg tag. lupa dah :)


maka selesai sudah senarai 25 yang anggun tentang saya. huhu


saya dah lupa nk cerita apa..nnt kalau saya teringat balik. saya cite ek.


bye

:)

Friday, September 17, 2010

ada apa dengan bag cik sapphire


hari cuti
utk yg amik cuti
dan masih dalam mood raya..??

maka
mari kita selongkar apa yg ada dlm bag uncang ala bag guni cik sapphire iteww
*perhatikan bag dlm gambar*
hehe

lama x jawab tag
ini tag adalah drpd cik ajjah kita
huhu..
nmpknya kami mengalami penyakit yg sama
iaitu...
"kalau boley satu rumah nak sumbat dlm bag" :P

korg ada penyakit yg sama x..?
klu yer..mari kita tgk apakah faktor yg membawa kpd penyakit ini


sistem penomboran adalah mengikut kepentingan:
  1. handphone - penting nih - hehe
  2. bag duit - turun ke no2?? - apa duit da x penting ke..?? - owh tidak - ic kt dlm penting jugak
  3. camera - xleh x bawak - klu tertinggal mesti rasa lain - ecececece
  4. buku cerita - bahan penghilang kebosanan dikala menunggu no dipanggil di bank
  5. telekung sembahyang pink - buatan indonesia - hadiah dr cik nanda - selamat drpd terpaksa pki telekung yg penuh dgn makeup22222 org asing di shopingmall
  6. earphone - boley hilangkan ngntuk dlm komuter
  7. tisu - penting nih - esp klu tgh selsema
  8. pencilcase - mcm2 ada
  9. bag makeup - pun mcm2 ada
  10. gula gula - buat masa skang ada clorets - 
  11. notebook - lebih suka catat email/alamat rumah etc dlm nih drpd handphone - kuno sikit
 bag makeup pun mcm2 ada tadi
bedak+pemerah pipi+maskara+lip lip+vicks+keronsang+eyeliner

pencilcase mcm2 ada tadi
pencil+pen+thumbdrive+magicpen


--------------------------------------------------------------------
selepas ditimbang tara
keseluruhan bag saya adalah seberat 2 kg

berat nih bergantung kepada ke mana nk pergi
klu ke office mungkin tambah lagi sekilo
*klu boley nk bwk kamus sekali - klu lptp kecik pun nk sumbat sekali - tp syg lptp besor*

++++

dan saya rasa saya nk tahu gak la apa isi bag bag mereka di bawah hehe

cik cerimanis
cik sha suka latte
cik zy masri di labuan
cik faraa dan tikus putihnya
cik erina duta abc sedap

bye !