Showing posts with label pavlova. Show all posts
Showing posts with label pavlova. Show all posts

Monday, March 12, 2012

tentang hujung minggu

bila first time mummy cakap
nak ikut rombongan ke Baitul Maqdis
saya rasa empat-empat orang mcm bimbang
yer la. Baitulmaqdis..macam bahaya je

semua macam
kenapa tak pergi Australia ke Korea ke Jepun ke India ke
mummy kata "nehi" :p
alasan mummy cuma satu; nak melawat semua tempat yang ada sejarah Nabi
dan kali ni mummy nak melawat 3 buah masjid. termasuk Masjid Al-Aqsa

sepanjang mummy kat sana
mummy cakap askar merata-rata
senapang memang anytime je nak tembak ke apa
ada dua orang kena tahan dan tak boleh masuk
sebabnya tak pasti. lupa dah.

dan semalam mummy dah selamat sampai Malaysia
yang paling rugi mummy kata tak dapat nak ambil gambar buat kenangan
sebab segala benda yg buat daripada besi adalah dilarang sama sekali di bawa masuk
cuma ada gambar dekat Masjid Al-Aqsa...

mummy sempat ke batu tergantung
dan ke gua di mana ada dalam Surah Al-Kahfi
yang ulama-ulama tidur selama ratusan tahun tu..
dan banyak lagi yang sayangnya tak dapat ambil gambar
haihh... bila la turn saya nak melawat tempat-tempat bersejarah ni....
satu hari..... amin amin..

hmm.
tentang apa yang masak jumaat lepas
cuma asam pedas ikan tenggiri yang tak menjadi. LAGI. kecewalah I macam ni.
makan bersama ayam goreng rempah dan kacang buncis goreng
saya rasa tak menjadi sebab cili boh yang beli. bukan cili boh yang mummy buat.
resepi saya ambil dari sini


dan ini tempahan pavlova di pagi hari Sabtu
terima kasih kepada Cik Noli (maaf kalau silap nama)
kalau sesiapa yang lain yang berminat..boleh call Cik Emy di 0133189358 :)


dan rumah kembali meriah bila adanya mummy
dan semestinya rasa lebih selamat :)

Monday, February 27, 2012

my weekend

keadaan di federal highway hari jumaat lepas.
tak bergerak langsung. langsung!
saya terperangkap dari jam 5 dan sampai shah alam jam 8. oh my.
federal tak pernah sekejam ini kat saya. :'(

kerajaan mesti buat sesuatu dengan kesesakan kat federal ni
hmm.. bukan federal je tapi mana2 tempat yang selalu jer jam

takkkan rakyat je nak kena cari alternatif?
beli motor
car pooling
naik public transport bla bla bla

saya tak kisah guna public transport
kalau ada KTM dari tempat kerja saya dan terus ke shah alam
masalahnya tak ada. yang ada cuma lrt putra (stesen univeristi) atau ktm stesen midvalley
nak ke sana kena naik bus atau taxi
dan bus atau taxi ni terpaksa menghadapi federal yang jam jugak
habis...? selesai masalah..?


satu pagi
saya dari semenyih nak ke tempat kerja (PJ)
jalan yang lepas dari tol merah kat cheras tu jam tak bergerak
menyebabkan saya sampai office jam 9. 30 minit lewat.
saya tak pernah lewat pergi kerja.

tengah kereta tak bergerak
dan tahap kesabaran saya dah hampir zero
tiba2 ada polis pengiring kereta vvvvvvvip mana entah yang selfish mengada
mintak bagi laluan.
banyak cantik muka awak.
beratur la weh.

saya degil
dan saya tak bagi laluan. huhu
penat kita terperangkap berjam-jam
dia senang-senang nak suruh bagi laluan

dan polis2 akhirnya
buat pengumuman
"kereta WSU sila bagi laluan" "sila bagi laluan"
saya biar kejap sampai dia ulang kali ketiga
baru saya elak

haihhh
geram tau dak. :(

ok. habis cerita. ni gambar federal hari Ahad. lengang. saya suka. dan sanggup kerja setiap weekend :)

hal weekend saya:

mini pavlova : kalau nak tempah call Emy (0133189358)

 pagi Ahad pagi bekerja. 

menu tengahari Ahad... semuanya oleh chef Ya.. :) Chef N tutup dapur :)
sabtu: ke Motherhood Expo. tak tahu nak beli apa. mungkin next expo kat Midvalley baru kita borong apa yang patut :)
dan SimSimi yang mengada! :)

Monday, July 25, 2011

kini dibuka untuk tempahan

DSCN9702DSCN9705

saya kini mengambil tempahan Pavlova
cuma berharga RM75
tempahan di ambil sepanjang tahun
untuk kawasan Shah Alam dan sekitarnya
kalau kawan-kawan dari Terengganu yg berminat, tunggu saya balik Terengganu eh :)

kalau nak tempah cuma call 017-9846942 utk pengesahan tempahan

:) :) :)