Tuesday, August 1, 2017

lapanbelas bulan


betullah kata orang
setiap anak tu berbeza
takkan ada yang sama. kalau ada pun sama sikit dan bezanya banyak
anak ketiga saya ni
Hud nama diberi
lain benor orangnya
lain sangat kalau nak banding dengan abang dan kakak
setakat hari ni..
budak good boy bijak pandai ni
tak suka duduk dalam carseat
kurang gemar duduk dalam stroller melainkan tertidur
dalam cot apatah lagi..meraung laa jadinya
paling terkini dia nak saya atau aboh ada depan matanya setiap masa
diulang...setiap masa..
walaupun toys abang dan kakak melambak tak diherannya
walaupun dah pasang didi & friends kegemaran pun tak dilayannya
nak juga kita yang busy nak masak ni
yang sakit perut nak poopoo ni
Hud gok laa
daripada tak boleh merangkak
tapi disebabkan tak boleh saya hilang dari pandangan
sanggup dia merangkak sebab nak cari saya
dia punya kesungguhan tu patut diberi pujian haha
Hud...Hud...

bila Hud dah boleh baca ni
Hud kena tahu..bukan sebab mommy tak Hud k
saja untuk kenang-kenangan
walaupun macam mana perangai Hud sekali pun
mommy tetaplah ada di sisi Hud ok

Happy 9 months Hud
semoga sentiasa menyenangkan perjalanan hidup kita bersama ye Hud
Hud kena kuat k..jangan nak nangis-nangis sangat k
mommy ada..mommy tak tinggal Hud
love you!! 

No comments: