Wednesday, July 26, 2017

my first grant

hari ni saya nak share satu benda
dah lama saya simpan
nak sangat saya share kat mana-mana media social (eceh bajet artis huhu)
tapi selagi tak beli flight ticket saya tak nak share dulu

benda ni dah lama sebenarnya
lama sangat dah..tahun lepas lagi kot..
tapi nanti-nantilah kita khabarkan pada dunia..
ala bukan best sangat pun..benda biasa-biasa je
(bagi orang lain r..bagi saya best gilaaaa..rasa nak share time tu terus haha)

ok lah ok lah

sebenarnya tahun lepas
atas nasihat dan cadangan dan dorongan supervisor
saya dah apply satu short term grant ni
maklumlah malaysia dah kekurangan duit nak hantar student ke luar negara
terpaksa cari alternatif lain iaitu dengan cari international grant
actually saya apply banyak tempat
tapi satu ni yang paling best iaitu short term research stay to Estonnia

Estonia??
apakah itu??
negara manakah itu??

ok. estonia negara kecil yang terletak di east europe
negara kecil yang tak berapa nak glemer dikelilingi negara besar yang glemer
tiap kali saya bagitahu nak pergi estonia semua orang macam ...krik..krik..krik...
(end up suruh google sendiri haha)
estonia kiranya sebuah negara yang baru nak menjinak-jinak dalam bidang kajian
dan dia ada duit yang banyak untuk sponsor mereka-mereka yang berminat nak buat reserach kat negara tu
termasuklah saya hehe

ok..so nanti saya akan pergi bulan September sampai bulan December
akan buat small research on waste water dan akan present kat seminar dan publish paper
dan saya harap akan sempat berjalan ke turki atau finland atau rusia atau sweeden haha
(mari berangan)

sebenarnya saya dapat satu di London
tapi yang tu saya kena bayar fee dan perbelanjaan
jadi macam mana plak saya nak cari duit banyak-banyak
so saya pilih yang estonia yang bagi elaun dan tak payah bayar fee

korang yang tengah belajar sama ada postgrad atau undergrad boleh try google
short term grant atau short term phd kat mana-mana negara sesuai
banyak sebenarnya..cumanya banyak jugalah syarat-syaratnya
cuba try google..kot kot ada rezeki boleh melawat negara orang hehe


saya dapat contact seorang Malaysian (Chinese) yang dah lama menetap di estonia
dia cakap waktu saya pergi tu agak sejuk..so be prepared lah ..
berapa banyak baju nak kena saya bawak ni? makanan apa? 
tiba-tiba macam takut plak hahaha

doakan semua dimudahkan ok kawan-kawan... :)


kalau ada tips yang berguna untuk travel ke Europe boleh share k..



4 comments:

dorsett pink said...

Tahniah Nilam. Happy for you... Saya tak dapat nak buat attachment dengan negara luar sebab faktor anak. Saya tak boleh tinggalkan anak saya - tak ada orang nak jaga. Neway, i'm happy for you. Wishing u all the best..

k said...

waaaaa.... best gila! tahniah cik Nilam!!! Semoga semuanya berjalan lancar :) Jgn lupa bwk rempah ratus... ahahahah

Huda@Hood said...

Bestnya! Tahniah Nilam! Kalau nak bawak saya jadi pembantu pun takpa. Haha

sapphire said...

Intan,
saya bawak semua..kalau tak bawa memang saya pun tak pergi kot..4 bulan lama kot..kesian kat Hud yg tgh bf lagi..

LLizam,
Alhamdulillah...thanks!! rempah ratus tu benda wajib haha

Huda,
Thanks!! pembantu? haha boleh boleh...