Monday, March 7, 2016

friday's three for all

semalam first time bawa umar dan fatimah tengok wayang filem Zootopia
semangat betul umar. bangun pagi mula-mulanya liat betul nak minta mandi
bila cakap nak bawa pergi tengok Zootopia laju je ke bilik air
sebab umar asyik tengok iklan Zootopia tu kat tv
fatimah pulak. ikut je hehehe

dalam dekat sejam lebih movie tu umar behave sangat-sangat
serius betul tengok hahaha
sesekali amik popcorn. pastu minum air
fatimah pun
tapi tu setengah jam pertama
lepas tu fatimah dah kejap kejap nk saya pangku. kejap2 nak abah dia pangku
umar still tengok movie tu cuma kadang2 duk baca nombor kat kerusi la
nombor2 kat tangga la
tapi happy la tengok dia happy :)

lepas tengok wayang marilah kita makan tengahari pulak
wayang tadi jam 11 pagi. jadi habis dalam 12 setengah lebih
kelaparan lah semua orang
ke TGIF sebab masing-masing macam taknak makan nasi
saya pulak rasa nak makan ayam. ntah bila nk boring dengan ayam hehehe

maka order lah makanan
saya tersalah tengok harga makanan
ingatkan saya punya dalam RM20 lebih je. sekali check balik sampai RM50 kahkahkah
sokmo gitu...(lapar sangat lah tu hehehe)
saya order TGI Friday's Three For All..

canne la tak excited kan. tengok la chicken wings tu. crispy potato skin. yummsss hehe

pastu tunggu punya tunggu takde gaya order nak sampai
tunggu tunggu lagi takde
pastu waiter yg sama datang balik ke meja dan tanya dah order ke?
like...what??? dah order ke??? apakah.?? dah la lapar ni T_T
sekali Manager dia pun datang say sorry for the mistake ...
dan cepat2 amik order sekali lagi
dan tak sampai 5 minit air pun sampai dan complimentary mushroom soup
ok. sejuk sikit hati yang hampir membara ni hehehe
dan lepas tu makanan pun sampai...
manager tadi pun datang sekali lagi just to check everything is ok hehehe
(bagus betul...baru fikir nak black list dah...terus tak jadi hehe)

dah kenyang
budak2 pun dah ketiduran
nak bayar
sekali....semuanya free of charge
macam.....ok... Alhamdulillah...rezeki ...
makan free di tgif..betul2 rezeki yang tak disangka2 ni hehe

tapi bila fikir2 balik
kesian pulak kat waiter tadi. mesti gaji kena potong :(
tapi harap dia amik pengajaran dan ada rezeki lain untuk dia

so that's how we end our weekend
selamat meharungi hari isnin yang panjang
baibai

No comments: