Friday, December 4, 2015

throwback

saya rasa masih tak boleh move on dengan kehidupan di kyoto
padahal 2 minggu je pun..bukannya 2 tahun ke 20 tahun ke ahhahaa)
tapi itu lah…asyik teringat ingat je

pukul 4 dah bangun solat subuh
siap siap breakfast 630
pukul 6 tu gelap lagi..630 tiba tiba cerah macam pukul 9 pagi
pastu mula kelam kabut sebab nak kejar train pukul 8
sebab nak kena sampai dekat lab pukul 9

Processed with VSCOcam with c1 preset
ini lah yang saya makan tiap tiap pagi selama 2 minggu
nasi + telur hancur + ikan bakar + salad sikit + potato salad ala jepun yang sedapnya hehe
masa hari pertama breakfast diorang dah tanya apa yang boleh dan tak boleh makan
nasib baik tukang masak tu boleh berbahasa inggeris sikit sikit
ok laa…saya rasa kebanyakkannya dah tahu apa yg orang islam boleh makan dan tak boleh makan
ada sekali tu saya makan set tempura dekat Kyoto Station
dan dalam set tu ada salad, cepat cepat waitress tu explain yang dalam salad ni ada dressing yang dicampur dengan alkohol.

kawan saya cakap pasta pun tak boleh nak makan
sebab ada sesetengah kedai tu dia celur pasta tu dengan air rebusan khinzir
tahan je la tengok display food kat kedai kedai
sedap betul…tapi…apa kan daya tak boleh makan…
kalau lapas sangat pun paling koman akan beli roti atau cake
air  machine yang macam macam perisa coffe dan the tu pun dah takde hati nak beli
dulu masa first time pergi (ke Tokyo) beli la jugak
sebab air tin tu panas nak pulak waktu tu winter best la kan boleh panaskan tangan yang nak beku
kali kawan cakap dalam creamer tu yang tak boleh…jadinya tengok dan ambil gambar je la
buat kenang kenangan

IMG_3209[1] 
apa yang buat asyik teringat ingat lagi ialah naik turun train, jalan kaki ke lab
kat KL boleh je nak buat tapi panas kot hehehhe (dasar puteri lilin betul)
sebenarnya masa saya buat master dulu, saya ada lab dekat fakulti medic, UM
masa tu saya nak kena guna mikroskop diorg
jadi satu hari tu saya macam malas nak drive
jadi dr ukm saya ambil komuter pastu tukar kat kl sentral ke lrt putra stop dekat stesen univeristi
dari stesen universiti ada je bus masuk ke um. tapi saya tak tahu bus nombor berapa dan berhenti dekat mana dalam um yang luar tu
jadinya saya jalan kaki ke fakulti medic…berpoluh poluh jugak r hahahaha
tapi masa tu kan masih muda remaja takde la rasa penat sangat kot..
kalau buat sekarang memang kena ambil mc r dua hari ehhehe

IMG_2937[1]IMG_2938[1]
IMG_2939[1]IMG_2940[1]

pastu setiap hari akan ada orang yang bersihkan toilet
yang kemaskan katil, yang kemas kan bilik
sekarang semua benda kena buat sendiri
sebelum ni pun semua benda saya juga yang buatnya
basuh toilet kemas rumah kemas bilik kemas katil
jadinya balik penat penat takde la kena mengadap rumah yang bersepahkan
sampai sekarang saya tahu apa fungsi bekas putih yang dalam gambar nombor 4 tu

sebenarnya 2 minggu tu macam sedikit sebanyak dapat me-relaxkan kepala  saya
yang macam sikit lagi nak pecah dengan kerja kerja tesis
mana nak cari data. nak pergi sampling. labwork yang first time buat. nak kena cari conference lagi
paper satu pun tak publish lagi ni.
pastu dengan askar askar lagi. fatimah sampai sekarang akan terjaga malam nak susu
kadang-kadang sampai dua kali. umar pulak.,………………………..

bukannya nak mengeluh ke apa
tapi ada satu tahap tu penat juga kot heheheh
dah la dua tiga hari sebelum fly tu kena marah dengan sv hhukhukhuk
bertambah tambah lagi keserabutan di kepala ini

apa apa pun
seberat mana tanggungjawab buat tesis ni
seberat mana tanggungjawab menjaga umar dan fatimah seorang diri (seorang diri 3 bulan)
tapi saya ok je….macam dah lali heheheh

ok lah
dah pukul 11
kena jumpa sv nak kena bincang pasal sampling minggu depan
doakan sv dalam mood yang baik ok

sebelum berpisah
nak belanja gambar your truly satu
hehehe jangan maraaa naaa

IMG_3736[1]

2 comments:

dorsett pink said...

hebat betul kenangan Kyoto Nilam ni. hahahha

Unknown said...

hahahahah jangan r...
malu plak rasa...

#maklumlahjarangjarangdapatpergioversea LOL