Konichiwa…ni hao…dan apa khabar? :)
hari ni kita bersiaran langsung dari Ritto, Shiga, Japan.
Alhamdulillah. Saya selamat sampai di Kyoto pada 10hb lebih kurang 7pg waktu tempatan
pastu terus gerak ke Kyoto train Station dengan MK shuttle van yang saya dah siap book dari malaysia
shuttle ni cas 3600yen/person. dan 1 luggage. tapi kalau extra luggage akan dikenakan charge
untuk book MK shuttle ni just isi form kat website dan dia akan email untuk confirmation
tapi shuttle ni dia punya cover area only Kyoto
since hotel ialah di daerah Shiga. jadinya saya terpaksa ambil train untuk ke Shiga
dan hotel saya di bandar Ritto. dekat sangat dengan Ritto Station
kalau dari kyoto station akan ambil masa lebih kurang 30 minit
dan tiketnya 410yen (one way)
dan habis begitu sahaja duit ku hahahah
sepanjang 4 hari berada di Kyoto ni
malam ni lah boleh rehat dengan relex sikit
sebab esok weekend so macam tak perlu ke universiti
penat sungguh rasa minggu ni haha
so esok kawan saya yang dari UM akan ke Tokyo
since saya dah pernah ke Tokyo dulu jadi tak join sekali
plus macam tak mampu nak bayar tour guide haha
tour guide tu kawan kepada kawan yang study kat sana
dan biasa bawa malaysian jalan jalan sekitar tokyo
jadinya plan saya untuk esok mungkin akan ke Osaka
jumpa kawan masa degree dulu
pastu round round kejap then balik
plan untuk ahad tak tahu lagi
mungkin stay je kat hotel dan baiki slide presentation
ya Allah…presentation saya sangat sangat kecik kalau nak banding dengan student dr China n Japan
tapi Dr. Maya yang visiting professor dari UM di KU cakap ok (sedapkan hati)
but ada laa hear and there that need to improve
espcially on how I present the data/results
(saya akan share pasal ni dalam entry lain)
sepanjang minggu ni aktivitinya ialah lawatan dan graduate student seminar
cuma tadi baru dapat pergi lab
graduate student seminar semalam bertempat di Katsura Campus
iaitu salah satu dari banyak2 kampus di KU. dan campus ni hanya menempatkan student postgrad sahaja
at first saya tak tahu pasal ni. sebab campus ni sunyi sepi. jarang sangat dapat jumpa student
dan sama juga dengan sekitar kawasan hotel saya di Ritto. sunyi sepi. boleh kira berapa orang yang saya terserempak hahaha so saya ingatkan kyoto ni memang macam ni.
then friends kat sana cakap Katsura Campus untuk ni postgrad sahaja
kalau di main campus which is at Yashuda Campus
yang mana ada pokok besar dan clock tower ni
nanti kalau sempat mungkin akan singgah kejap kat campus ni
melawat library ke…berangan jadi student kat sana ke haha
siapa yang follow instagram saya mesti dah boring kot dengan gambar2 yg saya post sepanjang minggu ni
semua pasal water quality. dan train apa nk naik dan berapa kena bayar hahaha
soryy ye saja nak share dengan korang
mungkin boleh jadi reference untuk panduan akan datang hehe
ok
itu je
nanti saya cerita lagi
mungkin pasal bandar Ritto yang sunyi sepi ni hahah
bye
Friday, November 13, 2015
my days so far
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Post a Comment