minggu lepas hari isnin balik je dari meeting badan fatimah macam panas
ok…letak tuala basah…tunggu sampai petang kot-kot kurang ke panasnya
hmm…macam tak kurang…
selasa saya tak ke mana…umar pun tak pergi school…duk rumah jaga fatimah
badan masih panas…letak tuala basah lagi…
sampai petang panas tak turun jugak
bagitau mummy…fatimah panas..
mummy cakap bagi ubat demam yang sebelum ni…
saya degil…kihkihkih…….
ok
saya bukan termausk mak mak anti ubat atau vaksin atau apa
cuma saya rasa biar antibody dia lawan sendiri dulu
kalau tak jalan jugak baru bagi ubat
(salah ke tak ni?)
tapi risau pulak badan fatimah panas lagi tak surut-surut
petang tu bagi ubat demam…Alhamdulillah…suhu kembali normal….
tapi esoknya badan panas balik…adoiii ….canne ni…
mummy cakap pergi bawa jumpa doktor…
saya degil….kihkihkih….
(kelakar ke? tak kot)
seriously saya memang bukan anti ubat
fatimah setiap bulan pergi cucuk vaksin itu ini
cuma macam tu lah….kalau pergi klinik pun doktor akan cakap monitor je suhu…dan jangan bagi ubat dulu
sebab fatimah kecil lagi….kalau bagi ubat sekarang antibodi tak kuat plak nanti…
doktor yang cakap ok…saya follow je…
tapi kali ni
doktor cakap sebab lama sangat demam doktor terpaksa bagi antibiotik dengan ubat demam
kaji-kaji punya rupanya sebab peralihan susu
ok. sebenarnya fatimah dah campur susu formula… kesian fatimah…tak sampai setahun pun
kalau umar dulu sampai setahun setengah…
kalau duk rumah dengan saya, akan bagi breast milk..
cuma kalau tak cukup terpaksa…..terpaksa sangat saya bagi susu formula..
buat masa sekarang saya bagi S26..mungkin akan tukar…sebab macam tak sesuai…
sekarang Fatimah ok dah…sihat dah….Alhamdulillah….
dah suka duduk dalam walker dah… hehe…
kali ni mummy duk membebel kalau badan panas cepat-cepat pergi klinik
jangan nak tunggu-tungggu…kesian budok kecik….
sir!!! yes!! sir!!! hehe
kepada mak, ibu, mummy, ummi yang anti vaksin
please jangan la nak berdegil
bagi lah anak kita vaksin yang sepatutnya mereka dapat
kalau tak mampu nak pergi klinik swasta pergi je klinik kesihatan kerajaan…
jangan risau…servis klinik kerajaan sekarang dah makin laju
saya kalau pergi check up fatimah atau umar dalam masa setengah jam dah boleh balik
cuma kalau dah buat temu janji nak datang pukul 8 pagi dan hari selasa kena datang tepat masa dan harilah
jangan pulak datang hari rabu pukul 10 pagi…memang nombor korang akan dipanggil paling last lah kan
takde sape nak layan orang tak tepati masa hehe serious ni….jangan main main :p
hehe menyibuk pulak rasa diri ini
ok lah. majulah kesiahtan diri dan anak-anak demi negara
salam satu malaysia
bye.
No comments:
Post a Comment