Monday, May 18, 2015

ikan berlada ala minang


 

IMG_9157

tak pernah try buat ikan berlado ala minang ni
sebabnya leceh kena kisar cili dulu
selalunya kalau masak langsung ambil cili yang dah siap2 dikisar seminggu lepas
tapi kali ni mood rajin sedang menghantui diri ini kihkihkih
makanya gigihlah saya mengisar cili sabtu lepas

resepinya mudah sahaja
pejam mata pun boleh buat

Ikan masak berlada ala Minang

3 ekor ikan saiz sederhana
5 biji cili hidup
2-3 biji cili padi (kalau sukakan pedas boleh tambah lagi cili padi)
5-6 biji bawang merah (lagi banyak bawang lagi sedap)
garam gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Goreng ikan yang disalut dengan sedikit garam dan gula hingga garing
tumis cili hidup, cili padi dan bawang merah yang dikisar kasar
tumis hingga pecah minyak dan naik bau
tambah sedikit air kalau nak sedikit berkuah
perisakan dengan garam dan gula
masukkan ikan goreng tadi
dan siap!!!

makan dengan bendi goreng simple
tambah pulak nasi lembek panas-panas
ok. lapar dah ni.
bye.
sila cuba ok!

No comments: