kawan saya di lab ada tanya
kenapa saya dah tak update blog?
huuu….
nak je saya update tiap hari…
banyak je gambar2 yang nak saya share kat sini
tapi selalu je tangguh tangguh
sekarang cerita pasal jalan-jalan kat melbourne hari dah tertangguh setahun
apa nak jadi?
mummy sokmo kata
kita…kalau nak buat sesuatu benda tu kena buat selalu (baca: sekarang)
jangan duk main tangguh sokmo
dok jadi bende r gitu
-_-“
jadi sementara masih belum terlupa ni
saya nak cerita sikit pasal majlis perkahwinan adik saya yang last
yang bongsu
orang Terengganu kata “nge-lah doh ni…lepah ni takdok doh…settle r…boleh relex”
hehe…pahang ke dok ni belaka? :)
(ok.internet di lab sangatlah slow…ni tgh tunggu email loading inbox ni)
adik saya, Tg. Emelia..adik yang bongsu
dulu kecik-kecik dia lah yang bongsu
tak boleh basuh pinggan..tak boleh sapu sampah..
tak boleh itu…tak boleh ini…
maklumlah adik bongsu
searang bila dah besar ni terbalik plak. dia plak yang macam yang sulong.
dia lah yang buat itu. buat ini. tolong itu. tolong ini.
kami adik beradik selalu cakap emy ni macam cinderella.
tapi saya bukan kakak tiri yang kejam tau. kikikiki.
bila ada yang nak kahwin. tak kira lah adik sendiri atau saudara-mara.
adalah peluang saya untuk balik Terengganu. bestnya. awal-awal lagi dah tanda dalam kalendar.
balik kali ini bertiga je dengan Umar dan Fatimah.
eh tak. berenam. dengan kakak dan 2 anak saudara.
naik flight dan ini kali pertama Mek Fatimah kita naik flight. risau juga saya. kot-kot lah meragam ke apa kan.
tapi Alhamdulillah. Fatimah ok sangat-sangat. orang kat sebelah saya pulak yang berdebor semacam.
45 minit penerbangan balik Terengganu, dia berzikir je. :)
Umar pulak. jangan cakap. paling excited la. selama ni duk tengok Dusty dalam movie Plane tu je.
sampai je Terengganu, apa lagi marilah kita cari makanan Ternegganu.
pasta pizza kfc McD sudah tidak ku pandang lagi. nyah kau dari dalam kamus hidup ku. ececeecece
paling lama tak makan sate ikan ni
kalau dulu masa sekolah-sekolah selalu juga beli ni. seposen satu je dulu.
sekarang beli 2ringgit baru dapat 6 cucuk. :(
semua benda dah naik harga. hukhukhuk
ok.
sehari sebelum majlis. mummy dah mak saudara adakan majlis doa selamat.
gabungan doa selamat untuk 2 orang sepupu yang akan melahirkan baby tak lama lagi.
doa selamat untuk anak sepupu yang akan menduduki final exam A-level
doa selamat untuk anak sepupu yang akan spm tak lama lagi
dan doa selamat untuk kelancaran majlis adik esok dan lusanya.
Alhamdulillah. segalanya berjalan lancar. :)
budak-budak bandar yang tak pernah tengok the real fish. kesian :p
so, the day is come.
emi dinikahkan di Masjid Kristal. Tempat yang sama saya dinikahkan dengan encik MM dulu
oh sangat emotional bila teringat balik hahaha
untuk majlis akad nikah ni, tak ada gambar sangat
sebab mek fatimah dan YB umar kita tidur pulak. Jadi saya dan en.MM terpaksa take turn nak jaga.
adoiiilaaa anak-anak… –_-“
ceritanya bermula sejak majlis kakak saya di Penang beberapa tahun lepas
masa tu Megat nampak emi dan terus jatuh cinta pandang pertama ecececece
dan Megat adalah bff kepada abang ipar saya
jodoh tu pelikkan…kita duk round satu dunia mencari
sekali Allah nak bagi yang sebelah dengan kita je :)
untuk majlis persandingan
tema untuk keluarga ialah warna oren. jadi semua orang wajib pakai oren.
petang selepas majlis akad nikah ada dulu. tapi saya tak pergi. sebab tugas saya bahagian video.
bajet macam pandai sangat je. padahal buat video slide gambar tu je pun.
yang bestnya. saya dah berpakat dengan adik yang kini berada di UK untuk buat video ucapan.
jadi nanti boleh selitkan dalam video slide gambar tadi.
sekali bila pasang video ucapan tu. satu dewan bersedih hati. kikikikiki misi berjaya!!
with the famous satu entero Terengganu sampai ke istana, Kak Rina pembuat cake yang famous dengan nama CantekSekali. sesiapa kalau nak rasa red velvet paling sedap di dunia boleh tempah dengan kak rina. dia juga yang buatkan wedding cake saya dulu. go check out her instagram @canteksekali :)
the VVIPs dan tulang belakang bukan sahaja untuk majlis ni tapi semua majlis perkahwinan saudara-mara yang lain. tiada yang lain cuma keluarga Hajjah Wan Zainab dan Haji Abdullah. bestnya kalau arwah Wan dan Ki sempat tengok majlis kahwin cucu-cucu :(
missing adik in the photo. :( dan anak-anak ketiduran lagi……. –__-“
sepanjang majlis hari tu
sempat juga saya jumpa kawan-kawan lama
kalau jumpa memang tak habis borak
thank you Azura Liyana, Nadirah, Nina, Tg. Farah sebab sudi datang
my PhD partner in the family, Diana. kalau jumpa mesti tanya update tesis. hahahaha. mesti diyana stress. :p
maka berakhir sudah majlis perkahwinan Emy dan Megat
semoga bahagia sentiasa sampai bila-bila
cepat-cepat tambah geng untuk Darin, Umar, Aiman, Uwais, Umaiza dan Fatimah
:)
No comments:
Post a Comment