Thursday, August 28, 2014

Fitzroy Garden


kita kembali lagi ke Rancangan Jalan-Jalan kita
kali ini kita menjelajah pula ke antara taman yang tercantik yang terdapat di Melbourne, Australia
iaitu Fitzroy Garden yang terletak di Wellington Parade

untuk ke Fitzroy Garden ni
ada dua macam cara
kalau larat dan berkemampuan boleh kiranya berjalan kaki
kalau tak larat untuk berjalan kaki bolehlah menaiki tram yang disediakan
yang mana satu pilihan di hati?

disebabkan hari tu masih pening-pening dengan sistem tram di Melbourne
saya berjalan kaki dari Flinders Street ke Fitzroy Garden ni
tak jauh…cuma……entah berapa kilometer ntah…saya pun lupa dah :D
tapi kalau nak naik tram pun ok
cuma ambil route 86 tram dah boleh sampai
mungkin kena lintas jalan sikit…jalan sikit lah

IMG_3271 IMG_3272 IMG_3273 IMG_3275
nama lagi taman kan
semua pun hijau hijau je
bersih dan dijaga rapi
dah sampai sana selepas berkilometer bejalan
baring-baring ala ala omputih jugak lah kita pun hihi
(penat wehhh…jauh jugak sebenarnya perjalanan hukhukhuk)

Fitzroy Garden ni tersangatlah besar
dan kami tak sempat round sampai habis pun
pergi mana yang terlarat je huhu
rugikan?? T_T

 IMG_3277IMG_3285IMG_3280

untuk lebih info bolehlah ke (1), (2), (3) ata (4)

Wednesday, August 27, 2014

#gazawins

IMG_8445

pagi tadi
terjaga dari tidur
dalam pukul 4 pagi
(sindrom terjaga pagi-pagi yang entah bila nak stop)
baca timeline twitter

Gaza telah meraikan kemenangan ke atas Zionis
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Mesir akhirnya melancarkan genjatan senjata jangka panjang diantara penjajah Israel dan pejuang Hamas

Berminggu-minggu kita tengok gambar-gambar berdarah yang….
mungkin kita sendiri tak mampu nak laluinya
tapi Alhamdulillah atas berkat doa kita semua
sokongan kita semua
harapnya kemenangan terus-terusan milik Gaza
ameen ameen

dan apa yang paling best
diantara banyak-banyak bendera sepanjang meraikan kemenangan ni
bendera Malaysia turut sama dikibarkan di bumi Gaza sana
rasa macam………………….. :’)

1620975_824964737527196_4403100717496503085_n

terus-terusan memberi sokongan dan doa
untuk semua saudara islam
walau dimana mereka berada


----------------------------------------------------------

ada dua tiga doa yang dah dimakbulkan
tapi ada lagi yang saya tunggu tunggu untuk dimakbulkan
(boleh tak macam tu hiksss)
sabar ye cik nilam

apa-apa pun
terima kasih Tuhan untuk segala nikmat kegembiraan hari ni
:)

Monday, August 25, 2014

hampir ke situ


kalau korang adalah follower saya di Instagram
mesti dah sedia maklum
yang saya sekarang sedang pregnant anak kedua

kalau follower blog
atau fb
atau twitter
mungkin tahu
mungkin juga tak tahu

sebab
sebenarnya
nak buat surprise la konon-kononnya
tup tup Umar dah dapat adik seorang lagi
tapi………
sebagai seorang yang suka ambil gambar dan suka share
terutama sekali di Instagram
jadinya kezutan dah tak menjadi kezutan dah
dah ku khabarkan seantero dunia kikikiki

so sekarang
saya dah nak masuk minggu ke 38
due-nya InshaAllah awal bulan depan
atau secara tepatnya mungkin pada 11 September
dah tak lama lagi dah kan?
debor……debor….

paling bestnya
saya dah lupa macam mana rupanya sakit contraction
lupa sangat sangat
tu yang buat saya lagi debor debor tu
macam nak menghadapi kelahiran pertama
haiiihhhh

doakan semua selamat k
doakan saya dapat deliver secara normal
doakan semua cepat dan berjalan lancar
doakan yang baik-baik tau
takut sangat ni



IMG_9116

Friday, August 22, 2014

Queen Victoria Market


salah satu tempat yang wajib kita pergi jika kita di Melbourne ialah Queen Victoria Market
yang terletak di Queen Street
nak ke sana boleh naik tram atau kalau mampu boleh berjalan kaki
saya dulu naik tram je (sebab fikir macam jauh)
tapi sebenarnya cuma 1.9km daripada hotel iaitu di Market Street

IMG_3457IMG_3483IMG_3560
Queen Victoria Market ni ada macam-macam
dari barangan basah ke barangan kering
kalau nak cari cenderahati murah-murah pun ada banyak kat sini
nak apa?
apron? t-shirt? magnet? frame gambar? semua ada
siap boleh tawar menawar
tapi dengan peniaga local laa
kalau peniaga yang macam ala-ala chinese atau african
memang tak dapat kurang langsung
so pandai-pandai la survey dulu peniaga yang berkenan hiihi

IMG_3459 IMG_3460 IMG_3461apa yang paling menarik minat saya
bukanlah bahagian cenderahati
tapi bahagian sayuran, buah-buahan dan bahagian daging ikan dan seangkatannya
geram je tengok…sebab semuanya fresh dan kalau sayuran, buah-buahan besar besar dan gemuk gemuk
sehinggakan dua kali saya ke pasar ni untuk beli buah semata-mata

ada satu tips kalau nak beli buah atau sayuran murah
pergi di akhir waktu
contohnya dalam pukul 12 tengahari camtu
bahagian sayuran ni semua dah nak tutup
jadi peniaga semua nak habiskan stock la kot
macam hari tu saya dapoat beli satu kotak anggur dengan harga cuma $2
ada tu, satu kotak peach yang gemuk-gemuk pun cuma $2
buah cherry yang manis-manis pun dapat dengan harga yang super murah
murah dan masih segar..best kan? :)

IMG_3464 IMG_3467 IMG_3475bahagian basah seperi daging, ikan, ayam pun best
ada yang dah diperap dengan macam-macam jenis perapan
yang macam kalau beli dan makan dengan nasi panas-panas pun sodap ni
tapi apakan daya…semua tu tak halal
dan saya tak jumpa pulak kedai yang halal
kesudahannnya makan roti je laa
bahagian kedai-kedai roti pun bukan main meruntum jiwa dan raga ececece
semuanya fresh dari oven dan baunya alahaiiiiii sedapnyaaaa

IMG_3469 IMG_3470 IMG_3471diluar
sepanjang pasar ni ada banyak cafe-cafe yang comel-comel
kebetulan lapar betul pagi tu
singgah kejap ke satu cafe yang lupa dah nama apa
makan breakfast set
minum kopi secawan
rehat-rehat sambil perhati gelagat orang

IMG_3472    

makanya begitulah ceritanya sepanjang melawat Queen Victoria Market
kebanyakkan orang kat sini akan bawa troli satu sorang untuk angkut barang
sebab peniaga kat sini takkan bagi plastik bag pun
kitorang masa tu nasib ada stroller Umar
boleh tumpang sekaki hihi

sekian. bye. :)

Monday, August 18, 2014

belated birthday


jumaat lepas
taska umar ada buat birthday party sempena mereka yang lahir bulan Ogos
memandangkan tahun ni Umar tak potong kek lagi
jadi dia pun join sekali lah

jamuan kecil-kecilan je pun
potong kek
makan kek
main belon
bagi goodie bag sorang satu
balik
hihi

takpe lah
asal umar ada memori dia potong kek kat sekolah :)

nanti tahun tahun depan
bila rumah sendiri dah siap
Aboh umar dah janji dah
boleh la buat the real birthday party
untuk Umar dan adik-adik hihi
bestnya
mummy Umar plak yang macam excited lebih-lebih
(selalunya macam tu la kan kikikikiki over tau)

IMG_9006
pastu nak dijadikan cerita
setiap mak yang plan nak sambut birthday anak jumaat lepas
kena lah bawak apa yang patut
kuih ke nugget ke hotdog ke
apa-apa yang budak-budak suka makan

jadi mummy Umar yang macam excited lebih ni
dengan rajinnya buat lah mini muffin
semangat punya semangat
muffin yang diharapkan comel
naik 10kali ganda
dah macam takde rupa muffin dah
macam takoyaki pun ada
sedih betul :( :( :(

taknak dah buat muffin

IMG_9024
the belated birthday cake
beli je
kalau buat sendiri
tak tahu la macam mana rupanya

IMG_9029
sesi potong kek
mak mak sibuk dengan handphone :D

IMG_9023  
inilah syira dan anas
roomate masa MAP SimeDarby di Genting Highland dulu
dan orang yang bertanggungjawab kenalkan taska ni
thank you syira
:)

tahun depan
kalau ada rezeki lebih
jemput datang birthday party kecil-kecilan umar k
wajib kepada semua follower blog kecil-kecilan saya ni
#mariberangan #nasiblahberangantufree
bai

Thursday, August 14, 2014

roti celup telur


IMG_7239


yupss..
roti celup telur
itu nama makanan yang mummy saya guna dari kecik sampai sekarang
bila masuk sekolah menengah dan kena buat karangan tentang cara-cara buat french toast
barulah tahu namanya dalam bahasa omputih
tapi saya tetap panggil makanan ni sebagai roti celup telur :)

korang panggil dengan nama apa?

resepinya pun mudah je
nama lagi roti celup telur
jadi cara-caranya mestilah roti yang dicelup dengan telur, kan? hihi
tapi sejak dah pandai tengok channel Food Network-TLC_dan segala rancangan masak-masak ni
rupanya untuk jadikan rotinya gebu dan lembap mestilah masukkan sedikit susu segar

ok ok
kita terus ke bahan-bahan dan cara membuatnya

Bahan-bahan
3 hingga 4 keping roti (jangan dibuang kulitnya. nanti bila dah goreng dia akan bagi effect rangup disitu)
1 atau 2 biji telur
salted butter untuk menggoreng
2-3 sudu besar susu segar

Cara-cara
pukul telur dan susu hingga sebati
panaskan kuali dan masukkan sedikit butter
celup roti dalam adunan telur tadi dan goreng (pastikan roti disalut telur secara menyeluruh)
goreng hingga keperangan
dan siap!!

senangkan??
saya selalunya akan makan panas-panas
bersama dengan butter dan honey
kalau 4 keping roti tu memang untuk saya seorang je hihi
(dasar buruk lantak betul)

Monday, August 11, 2014

random: ppas

 

photo1o

  • bersiaran langsung dari Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam
  • hampir setengahari menunggu nombor 4321 dipanggil di klinik tadi
  • dengan baby yang menangis secara berkumpulan
  • aircon pulak tak terasa langsung
  • rimas kali 1juta
  • sorry
  • baru sekarang
  • jam 1.28pm boleh berehat
  • meeting dengan supervisor ditangguhkan lagi
  • esok jam 3pm
  • jadi  mari kita sambung cari data apa yang patut untuk meeting esok

    semua dah lunch?

Thursday, August 7, 2014

help!


phd053104s

photo1 photo2 photo3
masih dalam fasa collect data
pening juga sebenar
dan penat

call sana sini
sana sini pulak macam susahnya nak beri kerjasama
saya cuma nak data untuk tesis saya
bukannya nak saman sana sini sebab tak jaga alam sekitar

kawan-kawan kat oversea selalu cerita
bukan main senang diaorang nak dapatkan data
terutamanya daripada kerajaan ataupun swasta
sebab mereka kat sana suka betul kalau kita cakap kita nak buat research itu ini
dan boleh bantu selamatkan alamsekitar dan bla bla bla
tapi kenapa negara kita tak macam tu?
sedih betul….hukhukhuk

nak belajar kat oversea jugak lah canni :p

Wednesday, August 6, 2014

telur goreng kicap


kadang-kadang
boringkan hari-hari makan ayam je
hari-hari makan kari ikan
daging dan seangkatan dengannya

kalau ikut selera
kalau ada telur goreng dan ikan goreng dan nasi panas-panas
tu dah cukup
kalau selera en.mm plak ada sardin dan terlur goreng pun dah cukup
(tapi takkan tiap hari nak masak sardin kan)
kalau ikut selera mummy plak mesti kena ada kari ikan laa ayam masak pedas laa
semua yang macam berat berat
kadang-kadang sampai tak habis
sebab bagi mummy kalau lauk sardin tu bukan lauk
(haa…macam mana tu)

jadi
kalau time-time mummy balik Trg ke
dan tinggal la saya bertiga je kat rumah
menu breakfast lunch sampai la dinner adalah mengikut selera saya hihi
kadang-kadang kalau en.MM rajin dia yang masak
(tapi nak kena saya teman…tengok dia masak)

jadi antara menu yang mengikut selera saya ialah telur goreng kicap
simple je
makan dengan nasi panas-panas dan ikan goreng
dah …. kenyang sampai ke malam

IMG_4377

Bahan-bahan
4 biji telur (bilangan ikut kesukaan)
bawang putih, bawang merah dikisar halus
bawang besar dimayang
1-2 biji cili padi dimayang halus
2-3 sudu besar kicap manis
sedikit sos tiram
sedikit sos cili
garam dan gula secukupnya

Cara-cara
goreng telur dan letak ketepi
tumis bawang kisar tadi hingga naik bau
masukkan kicap, sos cili dan sos tiram
biarkan sebentar
masukkan cili padi dan bawang besar
boleh masukkan sedikit air supaya sedikit berkuah
perisakan dengan garam dan gula
masukkan telur goreng dan gaul rata
SIAP!!!

senang dan sedap
(bagi saya la hihi sebab telur memang makanan kegemaran..
tapi tak boleh makan banyak sangat lah…kolestrol tinggi)
lelaki bujang yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia masakan bolehlah try
untuk dijadikan lauk buka puasa hari ni pun ok sangat ni :)














nota kecik:
memandangkan tiap hari saya ke library/lab
tiap hari jugaklah saya akan ada masa
untuk update blog
jadi harap tak ada yang boring
dengan peng-update-tan blog saya ini
hihi

Tuesday, August 5, 2014

misi berjaya


IMG_8583

ingat lagi tak misi kita untuk bulan Ramadhan yang lepas?
siapa yang igat sila angkat tangan sekarang!! :)

satu-satunya misi saya untuk bulan Ramadhan kali ini ialah untuk khatam Al-Quran
sepanjang hidup tak pernah pun khatam sepanjang bulan puasa
selalunya hanya akan hangat-hangat tahi ayam
bersemangat di awal bulan dan down down down di akhir bulan
kadang-kadang dipertengahan bulan pun dah down down down
malas-cuti la-macam macam alasan

tapi kali
dengan izin Allah
Alhamdulillah
saya berjaya juga akhirnya untuk khatam dalam masa sebulan berpuasa
(tepuk tangan sikit hihi)

tips dia
saya follow apa yang saya dapat setelah google kat internet
iaitu baca 4 mukasurat setiap kali solat 5 waktu
kadang-kadang saya akan baca lebih sikit kalau ada waktu terluang
terutama sekali selepas solat subuh
jadi bilangan mukasurat untuk zohor dan asar akan berkurang sikit
yang mana waktu yang paling sibuk dengan kerja-kerja harian
jadinya kita akan tetap baca 20 mukasurat setiap hari
dan saya khatam betul-betul sehari sebelum raya
:)

awal-awal tu rasa macam berat juga nak baca 4 mukasurat
lama-lama…..eh macam …..dah 4 mukasurat dah??
kadang-kadang rasa macam nak baca 5 hingga 6 mukasurat terus hihi
rasa macam ringan je…..senang je…seronok je :)

apa-apa pun
semoga kerajinan saya membaca Al-quran ni berterusan sampai la bila-bila
sampailah bertemu lagi bulan Ramadhan tahun depan
dan harapnya diterima Allah swt
ameen

tak kiralah ibadat apa pun
harap saya dan kita semua sentiasa istiqomah dalam melakukannya

ada yang se-geng dengan saya yang berjaya khatam tak?
angkat tangan sket!!!
:) :) :)

Monday, August 4, 2014

cerita raya


Assalamualaikum
Selamat Hari Raya
7 Syawal 1435

habis sudah cuti-cuti raya
marilah kita bekerja seperti biasa
menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh seminggu yang lepas
meeting dan thesis memanggil-manggil

untuk tidak membuangkan masa lagi
eloklah kiranya kita terus ke bahagian cerita raya kita untuk tahun ni yer :)

Raya pertama

bagi saya ialah paling emosional
semasa sesi bersalam-salaman dengan ahli keluarga mertua
air mata hanya tunggu masa untuk mencurah dengan dasyatnya
hidung dah mula berair
untuk cover line saya cakap saya tengah selsema kikiki

saya tak pasti kenapa
mungkin dengan macam-macam perkara yang beremosi beberapa hari sebelum raya
membuatkan bila teringat keluarga di Trg rasa sebak semacam heee

so raya pertama seharian tidak berada di rumah
seharian beraya di rumah saudara-mara sebelah en.MM di sekitar KL
ok laa..tidak seperti yang saya jangkakan
ini kerana adik-adik ipar dan kakak ipar saya adalah doktor
jadinya mulanya saya bayangkan mereka mesti terpaksa bekerja di hari raya
so macam sy bayang aaaaa mesti tak best ni
tapi….lain jadinya…semua ada…kecuali yg masih HO terpaksa juga bertugas di pagi raya
tapi not bad laa…happy happy dan meriah..
makan pun sedap sedap kikikikiki
walaupun semua rumah hidang lontong dan rendang
tapi itulah makanan yang saya tunggu tunggu especially lontong
sampaikan bila masuk hari ke4 dan macam say nooo to lontong hihi
(saya yg cepat boring) :p

photo19

 
aktiviti wajib di pagi raya sebelum menyerang rumah saudara-mara :)

photo1photo2

 
  Raya kedua

raya kedua ialah raya di Melaka
ramai keluarga arwah ayah mertua dan mak mertua yang masih tinggal di Melaka
jadinya lepas makan pagi tiga kereta bergerak ke Melaka
ingatkan jalan tak jam..tapi hampeh jam…..
sepatutnya perjalanan 2 jam dah jadi nak sampai 3 jam
petang baru sampai Melaka

juadah raya di Melaka masih sama
rendang dan ketupat
dan ada satu rumah kalau tak silap rumah Mak Lang, adik kepada mak
beliau hidang nasi putih dan asam pedas daging tetel
mak aiiihhhhhh sedap sangat sangat hihi
dan ada satu rumah lagi (tak ingat dah nama apa hikss)
dia hidangkan nasi putih dan lauk ulam petai tempoyak kegemaran saya!!!
kalau muka ni sedikit tebal…dah lama saya tambah nasi dua pinggan hihi
tapi kena control ayu sikitlah depan in laws :p
macam biasa bila dah jumpa makanan yg sedap nak pulak tengah lapar
memang camera entah ke mana lah kan…makan lebih penting hihi

photo4 photo5 photo6

Raya ketiga

raya ketiga semua dah start kerja
bukan semua tapi ada yang dah kena kerja
jadinya ada yang dah balik masa raya kedua
saya dan yang lain-lain stay satu malam di rumah kakak ipar di Kampung Bemban
jadi raya ketiga hanya pergi ke rumah saudara terdekat dan juga ke rumah mertua kak ipar
pastu gerak balik semula ke Semenyih
dah nak malam baru sampai Semenyih
jadinya semua pun kepenatan dan tertidur…termasuk saya lah hihi
yang bestnya Umar dah tak takut-takut dah dengan in laws..
dah ok dah…kalau tak asyik nak berkepit je T_T

photo7 photo8photo9

Raya keempat

tak ke mana pun
rehat-rehat kat rumah je

photo10

tak sangka plak tema tahu ni hijau
hashtag teamrayaKL
hashtag teamrayaSouthampton
hasgtag teamrayaPenang
hashtag teamHijau
hihi

Raya kelima
balik ke Shah Alam
dan buat kali pertamanya saya try buat nasi minyak Terengganu
menjadi jugak
en.mm tak habis puji cakap sedap
sampai bertambah berpinggan-pinggan
maknanya sedap betul la tu hihi

dan petang tu en.MM plak tunjuk kepakaran masak rendang
rendang palembang katanya hihi
resepi tiru dari kakak ipar
best jugak
makan plak dengan ketupat daun palas
memang penuh perut hihi
resepi dan gambar saya share lain kali k :)

Raya keenam

beraya di rumah sepupu en.MM di Setia Alam
kat rumah sepupu ni saya rasa makan macam tak ingat dah
laksa johor yang paling best setakat ni
biasanya saya tak berapa minat sangat laksa johor
tapi semalam makan sampai tambah dua pinggan
pengsan!!!
sampaikan dah tak larat nak makan menu lain
yang nampak macam sedap sangat hihi
ish ish ish teruk betul perangai :p

photo12 photo13 photo14

 
ok itu je lah cerita raya saya setakat ni

nanti akan sambung pula dengan cerita raya dengan keluara Trg
raya korang canne??
share nak?
share gambar banyak-banyak jugak
sebab saya suka tengok gambar hihi

ok
selamat bekerja
selamat berpuasa enam
selamat hari raya
maaf zahir batin
:)