Monday, March 31, 2014

hujung minggu

IMG_5198 IMG_5209 IMG_5211 IMG_5218 IMG_5239

hujung minggu yang hanya dua hari
nasiblah cuma dua hari kan
kalau tak satu kerja pun tak siap
mana boleh nak rehat je

selamat hari isnin
selamat bekerja
ingat
jangan ponteng kerja
tak baik tau
hihi

:)

Thursday, March 27, 2014

Melbourne: Federation Square


Hari pertama saya (saya, En.MM & Umar) di Melbourne ialah selepas 8 Jam di dalam kapal terbang
Tak pernah terbang selama itu

Sampai Melbourne dah pagi
naik bus ke hotel
rehat-rehat kejap
tukar pampers Umar
siap-siap keperluan Umar
dan of we go jalan-jalan sekitar bandar Melbourne

biasanya hari pertama
ialah hari kita akan cuba kenal jalan paling jauh atau paling dekat untuk ke mana-mana
tapi most of the time kita akan jumpa jalan paling jauh
dan menyebabkan kita boleh berjalan kaki sejauh lebih 10km dalam satu hari
kecuali Umar
tapi saya tak kisah…langsung..sebab boleh tengok bandar orang :)

mengikut plan yang dah En.MM buat
hari ni kita ke Federation Square yang mana terletak bersebelahan dengan Flinders Street Railway Station
dan berdepan dengan St. Paul’s Cathedral
(nanti saya cerita pasal Flinders Street Railway Station)

Untuk ke Federation Square yang terletak di Federation Street
dari Market Street (dari Oaks On Market Hotel)
hanya ambil masa dalam 5-10 minit berjalan kaki
tapi disebabkan hari pertama kami macam dok tahu bende
dan macam ok kita follow je google maps (yg biasanya akan bagi jalan terjauh)
menjadikan perjalanan kami ke sana pada hari pertama nak sampai sejam
duk pusing-pusing bangunan hihi :D

Federation Square ni macam tempat berkumpul atau tempat di mana macam-macam acara dilakukan di sini
macam dataran putrajaya atau dataran merdeka atau dataran syahbandar (Terengganu). lebih kurang camtu r
kebetulan masa saya sampai ada acara aerobik dengan instructor yang ‘hot’ macam pelakon telenovela spanish
ramai juga yang turut serta
termasuk Umar hihi


IMG_3953IMG_3257IMG_3258 IMG_3259
IMG_3256IMG_3270

Korang tak perlu risau
sebab kat sini ada ramai tourist guide yang boleh tolong jawab soalan-soalan
kadang-kadang mungkin diorang tahu kita ni bukan dari situ
(sebab dengan peta di tangan, camera besar di bahu, kepala melilau-lilau kiri kanan)
diorang, yang datang tolong kami ialah seorang pakcik tua berbaju merah dan bertopi
dia akan bagi peta bandar Melbourne dan akan terang jalan mana yang senang untuk kita kemana-mana

Lepas ni saya rasa saya cerita beberapa tempat sekali arung ok?
entry kali ni satu je
next will be Flinders Street Station, Street Art, Abbotsford Street dan Fitzroy Gardens
till then, bye bye :)

Wednesday, March 26, 2014

Salam takziah



download


tahun 2010
masa tu bulan puasa
kami adik beradik sibuk tengah siapkan tempahan kek lapis untuk raya
tiba-tiba dapat call daripada adik yang lain
katanya Ku dah tak ada

memang kami tak rapat dengan Ku mahupun dengan adik-adik yang lain
tapi bila dengan panggilan telefon yang sangat tiba-tiba macam tu
memang sangat terkejut sangat sangat


sesungguhnya mati itu pasti kan?
Allah tak akan cepatkan atau pun melambatkan sedikit pun
minggu ini sahaja macam-macam berita kematian kita dapat
MH370, penyokong-penyokong Morsi
dan awal pagi tadi kita semua dikejutkan pula dengan pergi fashion blogger terkenal, Ami Schaheera
Arwah meninggal akibat daripada penyakit leukemia


mungkin kita tak kenal siapa mereka semua ni
tapi sedikit sebanyak memberi impak kepada kita

dari tadi
dalam fikiran asyik duk fikir
katakan satu hari saya juga dipanggil Dia
siapa yang nak jaga makan pakai umar?
siapa yang nak masakkan lunch untuk en.MM?
:( :( :(


Al-fatihah untuk semua yang sudah pergi meninggalkan kita.
Semoga aman bahagia di sana.
Amin

Monday, March 24, 2014

Ke Melbourne kita


Salam…Hye semua!!
selamat hari Isnin yang disukai semua orang ;)

Hari ni saya macam rajin sikit
Rajin sikit untuk cerita perjalanan saya 8hari 7malam di Melbourne baru-baru ni
Baru-baru ni tu sebulan yang lepas
Macam dah lapuk
Tapi marilah kita dengar cerita sang penglipur lara yang macam malas nak study ini hihi :)

IMG_3223

Pertama sekali
Walau ke mana sekali pun kita nak pergi, even ke kedai runcit seberang jalan kita mestilah ada plan
Kalau ke negara orang ni lagilah planning nya boleh mencapai tahap stress yang maximum
Nasib baik En.MM willing to do all the planning hihi
Saya cuma kemas-kemas bag. Kemas-kemas baju Umar. Tolong sikit-sikit apa yang patut
Dan bawa diri hihi (Thanks En.MM)

Macam percutian sebelum-sebelum ni
En.MM paling tak suka pergi dengan tour
Tak bebas katanya
Saya ikut je lah. Sebab memandangkan dia je banker sekarang ni hihi
Jadi bila bercuti tanpa melibatkan tour memang banyak sikitlah kerjanya kan
Kita nak kena tahu:
  • mana nak tinggal (yang dekat dengan semua benda kita nak lawat nanti dan semestinya dekat dengan public transport)
  • mana nak cari makanan halal (kena juga bawa bekal macam maggi dll)
  • jalan nak ke tempat kita tuju (boleh juga bergantung kepada google map etc tapi better planning dari awal)
  • transport macam mana
  • tempat apa yang best
  • berapa perbelanjaan yang terlibat
  • keperluan baby dalam kapal terbang atau sepanjang percutian
  • dan apa lagi eh?

semua ini adalah penting sebab kita sendiri-sendiri kat sana. Tak ada orang lain.

IMG_3232

Alhamdulillah. Umar tidur je sepanjang dalam flight. Thanks Umar. :)


So saya gerak dari LCCT pada 4 febuary
En.MM dah belikan tiket sekali dengan hotel. Lebih jimat. (saya tak pasti orang lain.)
sampai Melbourne dah pagi. Jam kat sana cepat 4 jam dari Malaysia.
jadinya lepas rehat-rehat kejap dah boleh jalan-jalan.

Dari airport En.MM dah siap-siap beli tiket bas untuk ke hotel
Dan kita kena print siap-siap sebab nanti kat situ akan ada barcode ke apa ntah
Boleh juga nak beli di booth. Tapi saya rasa senang beli siap-siap online.
So dah sampai kat airport yang asing takde la pening nak cari
Ada banyak perkhidmatan bus dari airport melbourne ni ke mana-mana hotel tp kami naik SkyBus.
Sebab kata En.MM yang ni boleh hantar terus ke depan hotel
dan untuk balik nanti pun masa yang paling awal ialah 6 pagi. pun dia akan ambil depan hotel.
cuma kita kena call diorang 24jam sebelum. 

IMG_3236IMG_3234Dari tempat tunggu bas di airport

Dalam perjalanan dari airport ke hotel
kiri kanan macam gersang. rumput kering. tapi angin yang sepoi sepoi bahasa tu agak menyejukkan.
saya suka. sebab tak panas. dan tak sejuk sangat.

 IMG_3237IMG_3240IMG_3238  

Kami stay di Oaks On Market, Market Street
Satu bilik dengan 1 queen bed, siap ada dapur dan kelengkapanya
Jadi kadang-kadang bila malas nak keluar cari makan (waktu malam)
Biasanya masak je maggi. Beli telur kat kedai serbaneka. Milo panas.
Atau kadang-kadang makan tak habis kat kedai (saya la tu sebab perut asyik meragam je)
Balik boleh simpan dalam peti ais dan boleh panaskan dalam microwave. Jimat. hihi.

IMG_3315 
IMG_3244 IMG_3321
Not bad kan? ok la untuk kami tiga beranak.
Kalau ada ramai anak lagi pun bilik canni dah ok kot.
(kita kalau boleh nak kurangkan perbelanjaan ye anak-anak hihi)

Ok
untuk next entry (harap diberikan kerajinan lagi)
saya akan cerita perjalanan hari pertama saya di Melbourne
berapa kilometer kami berjalan dalam satu hari
ke mana tempat-tempat kami pergi dalam satu hari
dan kat mana kami makan makanan halal di Melbourne ni
dan dan ….. hari pertama sangatlah memenatkan. Tapi best. :)

Wednesday, March 12, 2014

The Journey


Siapa yang tak tengok lagi filem Malaysia yang mendapat kutipan juta-juta ringgit  ni? 

Selalunya saya tak terpengaruh sangat dengan berita kutipan juta-juta ni
Bukan nak cakap filem malaysia takde kualiti. Ada yang berkualiti
Tapi biasa yg kutip juta-juta mesti gangster, tak pun cerita pasal hantu tak balik rumah, atau pun cerita cinta biasa

Jadi mungkin cerita-cerita canni dah buat kita fikir (saya yg fikir) filem malaysia sama je lah



Tapi berbeza dengan The Journey
Rasa macam pergi tengok filem arwah Yasmin Ahmad. Serius! 
Gambar cantik. Sound cantik. Skrip cantik. Lagu pun nak jugak cakap cantik (best sebenarnya)
Jalan cerita. Memang bukan macam cerita biasa. 
Atau mungkin sebenarnya biasa. Tp pengarah dan mereka yg terlibat buatkan dia jadi macam lain dan dekat sangat dengan kita. :) 

Over plak. 
Puji sungguh sungguh
Macam la dapat bayaran hihi


Ada satu part
Mengingatkan saya masa nak kahwin dulu
Biasa la orang nak kahwin. Orang muda-muda zaman sekarang la katakan
Masing-masing ada idea impian masing-masing.
Termasuk saya hihi
Nak canni nak camtu 
Tapi akhir sekali
Semuanya kena ikut kehendak mummy


Ok dah lari topik



Ok. 
Siapa yg belum tengok lagi
Sila silalah pergi sekarang
Kalau saya cerita jalan cerita tak bet la pulakkan
So apa lagi. 
Memang tak akan menyesal :) 


Sunday, March 9, 2014

Pray For MH370



Banyak berita telah keluar tentang keadaan MH370
Tapi saya tahu semua orang masih mengharapkan berita gembira



Semoga semuanya selamat
Amin




Monday, March 3, 2014

Hari pertama


Alhamdulillah
Hari pertama Umar dan Darin di taska ok
Ok yang baru hari pertama (macam mana tu)
Maksud saya hari pertama kan
Jadi umar darin dan cikgu cikgu masih tak biasa dengan masing-masing
Tapi secara keseluruhan saya rasa ok
Terima kasih Allah!!


Cikgu-cikgu cakap budak dua orang ni asyik main berdua je :D
Kira ok jugakkan. 
Kalau umar atau darin je yg masuk taska
Mesti tak tahu macam mana keadaanya :) 

Tapi hari ni trial je 
Pukul 3 dah pergi ambil diorang
Esok mungkin pukul 4
Lusa pukul 5
Entahlah. :)

Saya tak boleh nak cakap banyak lg kot
Sebab baru seharikan
Tapi harap sangat-sangat semuanya akan ok sampai bila-bila


Terima kasih kepada semua yang mendoakan
Terima kasih terutamanya kepada kawan saya Syira yang mencadangkan taska ni
Alhamdulillah. Masa hantar tadi tak berdebor sangat seperti mana tinggalkan Umar dengan maid masa tokma ke uk setahun yg lepas

Tak lupa juga kepada seorang customer saya di FairytaleScarf dan rupanya pembaca blog saya ni, Puan Najmi
Sebab ada kongsikan doa yg perlu fibaca setiap kali solat subuh


Thanks for sharing
Semoga anak-anak kita, ahli keluarga, saudara-mara kita semua sentiasa dibawah lindungan Allah swt. Amin :)


Kepada en.MM plak
Terima kasih kerana sangat memahami
Sorry sebab bertambah lagi perbelanjaan rumah :D

Ok. 
Nanti kita sambung balik
Byebye :)

Sunday, March 2, 2014

New journey



Esok bermula perjalanan baru untuk saya dan umar 
Fuuuhhhh debor debor
Yang paling mendeborkan umar la
Dah jumpa taska untuk umar
Tu pun atas kawan yg recommend kan 
Kalau tak sampai sekarang duk mencari lagi

Isnin, selasa dan rabu akan trial dulu
Hantar separuh hari
Tengok macam mana ok ke tak
Darin pun akan join sekali

Apa je keperluan yang perlu dibawa? 
Tuala, barang mandi, botol air, toto, roti/biskut, baju, pampers, susu apa lagi??
Mental dan fizikal? Hee
Orang kata nak hantar anak ke taska ni kadang-kadang kena juga ikut gerak hati ibu
Kalau ibu rasa ok. InshaAllah ok. 
Gerak hati saya rasa ok. 
Harap sangat semua akan ok
Umar akan happy kat sana
Dapat bergaul dgn budak budak lain
Dan cikgu cikgu akan layan umar macam anak sendiri


Doa banyak banyak!