Wednesday, July 24, 2013

kek batik

memandangkan stok kek batik kat rumah dah habis semalam
selepas hampir seminggu juga nak boleh habis
so hari ni dah boleh la kot buat kuih lain
tapi kuih apa?
masalah negara betul bila fikir nak masak apa haihhh

kali ni nak share cara-cara nak buat kek batik
boleh?

kek yang paling mudah senang easy budak darjah 6 pun dah boleh buat
budak budak kat asrama pun boleh buat ni
yang ada dapur segala lagi la boleh..
yang penting rajin hihi



resepi lengkap step by step boleh ke blog cik cerimanis

Bahan-bahan
biskut marie (dipatah-patahkan)
200g milo
250g butter
1 tin sus pekat
1 teaspoon esen vanilla

Cara-cara
Cairkan butter.
bila butter dah cair, masukkan susu pekat
kalau tak suka manis, boleh kurangkan susu
Masukkan milo dan kacau hingga sebati
perlahan api dan masukkan esen vanilla
kacau lagi  dan boleh masukkan biskut marie yang dah di patah2kan
gaul rata (biar semua biskut diselaputi chocolate tadi).
alaskan bekas atau loyang dengan plastik untuk mudah kita nak keluarkan nanti
masukkan adunan dan tekan tekan biar mampat
simpan dalam peti sejuk. dan sedia untuk dimakan sambil tgk tv. :)


so....ada idea nak masak apa untuk berbuka hari ni?

No comments: