secara jujurnya
saya tak pernah rindukan negara lain seperti mana saya rindukan Jepun
sungguh!! macam rindu kat kampung halaman eceehhsss :p
rasa macam nak pergi lagi..
nak pergi lagi melawat Tokyo dan kalau boleh seluruh Jepun
tapi……Jepun mahal….tiket dah berapa..hotel lagi…makan minum lagi……
siapa nak belanja??
harap satu hari nanti…dapat pergi ke sana atas dasar kerja atau study
dan semua perbelanjaan ditanggung…saya tak perlu keluarkan duit hihi amin :)
hari terakhir saya di Tokyo adalah sangat mengharukan *dramanya*
pagi-pagi dikejutkan dengan salji yang turun yang sepoi sepoi bahasa
sepertinya sedih dengan ketiadaan kami kat sana *drama sangat ni*
first time tengok salji turun…..dan menjadi sangat jakun…jakun kali sejuta haha
macam tiap kali tengok kat luar tingkap…akan waaaaaa……waaaaaa salji…..
jenguk lagi kat tingkap….waaaaAAAAaaaaa salji turun laaa huhu :)
fahamkan?
ok
gambar-gambar kat atas adalah sekitar hotel dan di Haneda Airport
dari hotel untuk ke airport tak payah risau sangat dah
sebab ada bus disediakan..
saya rasa kebanyakkan hotel pun ada sediakan perkhidmatan bus ke airport
dah sampai airportt salji turun lagi….kali ni makin lebat
padahal dah hujung winter dah….
climate change sangat…. :)
tak ada apa sangat nak cerita sebenarnya ni
ini episod terakhir pengembaraan singkat saya dan en.MM dan Umar ke Tokyo, Jepun
mungkin kalau tiba-tiba saya rindu, saya akan ulang tayang gambar-gambar ni lagi hihi
ok lah…kalau ada info yg saya share dalam entry jepun sebelum ni ada yg silap
sila maafkan saya…saya share apa yang teringat di fikiran je…:)
Arigatogozaimaaaass :)
Monday, May 27, 2013
final episode
Friday, May 24, 2013
Akihabara
kalau kat Malaysia boleh lah diibaratkan macam Low Yatt
tapi ini dalam bentuk dalam sebuah bandar
syurga bagi peminat peminat barangan elektrik
misi utama saya ke sini adalah nak cari camera instax
sebab katanya lagi murah daripada Malaysia
dan yeay!! misi berjaya!! :)
macam-macam barangan elektrik ada
daripada yang baru hinggalah yang secondhand dan display item
siap ada satu bangunan yang jual barangan secondhand
tapi walaupun secondhand/display dia punya condition mcm yg baru
dengan harga murah daripada yg baru
kalau pergi kat bahagian camera
haiiihhhh rasa macam nak beli semua
ada beberapa keluaran yang tak ada di Malaysia
tapi difikirkan camera dah ada……makanya tengok je la :)
en.mm pulak ke bahagian yang berkaitan dengan kerja dia
macam2 jenis tools ada…
yang kecik yang besor…macam-macam…..
sempatlah borong sikit
cara nak pergi ke Akihabara ni?
just ambil JR Line. dan turun di station Akihabara
makan pulak? ada beberapa kedai kebab yang halal kat sini
jadi jangan risau
macam biasa kalau nak round satu bandar ni memang kena satu hari
saya hari tu, flight balik malaysia 10 malam
jadi pagi2 dah check in dan simpan bag semua kat airport
pastu singgah la Akihabara ni dari pagi sampai petang
dari pagi sampai petang tu memang tak terasa langsung
kejap sangat…..tu pun macam tak round habis
akhir sekali
yang paling penting…bawa duit yang agak cukup untuk borong apa yang berkenan di hati
bye
:)
Tokyo Disneyland
tokyo disney land
japan….rindunya……..
rindunya dengan en.mm –_-“
dah boring pasal entry jepun?
jangan risau saya takkan tulis panjang lebar kali ni
sebab saya lupa dah macam mana nak pergi sana
sebab banyak sangat tukaran train
dan boleh jadi pening
jangan risau…google ada untuk membantu :p
saya rasa…saya nak bagi tips lah kali ni, boleh?
ok
jadi ni ada beberapa tips yang mungkin berguna
bagi mereka yang ke Tokyo Disneyland dalam masa sehari sahaja
bagi mereka yang tinggal di Disney Hotel itu lain cerita
lain cerita sebab?
sebab…boleh ulang masuk Disney beberapa kali suka hati
jadi tak perlu gopoh gopoh sangat
10 Tips Berguna untuk lawatan satu hari ke Tokyo Disneyland
(mungkin boleh diaplikasi di disney lain seluruh dunia ecehss)
(kalau salah sila betulkan eh)
1. kalau rasa ada benda yang cantik dan perlu diambil gambar, sila jangan tangguh. sebab mungkin takkan ada kali kedua.
2. bagi yang pergi sendiri, macam biasa bawalah bekal makanan. bekalan air tak perlu risau sangat kot.
3. pemilihan kasut yang betul. kawasan sangat luas. elak dari kasut yg boleh melecetkan kaki.
4. tripod adalah tidak dibenarkan sama sekali dibawa masuk.
5. bagi yg bawa baby, pasal air panas, tempat menyusu, nak panaskan makanan baby dah boleh tarik nafas lega, sebab semua kemudahan tersedia dengan lengkapnya. saya suka sangat! :)
6. bila nampak satu2 permainan takde ramai yg beratur, sila jangan tangguh niat lagi. sebab sekelip mata je akan ada ramai org.
7. baju hujan dari dewasa sampai kanak2 ada dijual. cover plastic utk stroller baby pun ada. so tak payah susah2 bawa payung. memberatkan bag je.
8. kedai cenderahati sangat banyak. dan kebanyakkannya jual barang saya hampir sama. so yang bolehlah kalau nak tangguh tangguh.. :p
9. bagi yg pergi pada musim sejuk atau dah hampir nak sejuk atau dipenghujung sejuk. pakai baju yg sesuai. sebab bila sejuk sangat (bg org yg tak tahan sejuk mcm sy) boleh mengganggu konsntrasi kikiki plus dengan keadaan climate change sekarang ni macam2 ragam cuaca boleh berlaku.
10. sediakan mental dan fizikal yang kuat. bagi yg dah berjalan jauh hari sebelumnya. sebab sekali lagi disney ni ibarat round satu bandar shah alam. (yeke?suka hati je)
ok itu sahaja
harap boleh memberi manafaat kepada bakal-bakal pengunjung Tokyo Disneyland
kalau ada rezeki nak pergi Disneyland lagi sekali
mungkin Paris Disneyland pulak…ececehhsss :p
sekian.
laporan dari cik sapphire
assalamualaikum.
:)