Monday, September 5, 2011

kenangan raya: kampung dalam bata

24014_1384442257742_1432570039_1083848_2362484_n
1 2 3 4 5 6  78

nama jer Kampung Dalam Bata
bunyi macam kampung jer
tapi hakikatnya, tempatnya betul-betul tengah Bandar Kuala Terengganu
5 minit jalan kaki ke Astaka
10 minit naik beca ke Pasar Payang

memang banyak kenangan
semua cucu-cucu arwah Wan dan Ki ada kenangan masing-masing kat rumah ni
saya sendiri pun banyak :)
kalau baca komen-komen kat atas nih memang boleh buat gelak sorang-sorang
(klik bagi besar sikit)

tapi rumah nih tinggal kenangan dah
dah selamat jual kat orang
sedih…
tapi itu yang terbaik..daripada terbiar jadi sarang orang hisap gam
cik moh (kakak mummy yang paling tua) sampai xleh lalu depan kawasan rumah ni
sedih katanya :(

apa-apa pun
36, Kampung Dalam Bata memang banyak beri kenangan manis
tak kurang kenangan tak manis
tapi semua tu buat kita menjadi siapa kita hari ini
buat kita sedar siapa kita
dari mana kita datang :)

cucu-cucu Wan dan Ki banyak yang dah berjaya
dari professor ke cikgu ke orang kuat jkr sampailah ke suri rumah yang berjaya
semuanya bermula dari rumah ni …. :)



saya ada upload gambar keadaan selepas site cleaning
tapi …. tak payah la upload kat sini
buat sedih jer :)


Selamat Hari Raya semua :)

No comments: