Monday, May 30, 2011

di mana pun engkau pergi



Kau memberikan aku rasa
Tiada yang lain untukku
Walaupun aku tak berkata
Kau mendengar semua luahanku

Dapatkah kau rasa semangatku
Walaupun hatiku kan membeku


Di mana pun engkau berada
Akhirnya kembali padaNya
Sememangnya kau tak sempurna
Dibelenggu mainan dunia

Detikku mula mendengar
Bisikan di ruang-ruangku
Bagaikan perisaiku
Kau ada pada saat diperlu

Dapatkah kau rasa semangatku
Walaupun hatiku kan membeku

adam’s first trip to airport

 

DSCN9018

sedihnya…

adam nangis

“tok ma…tok ma….”

30 hari bertemu cinta

waktu nih
sebulan yang lepas
muka saya sedang ditenyeh-tenyeh oleh pak andam primadona
sambil2 msg2 ngn en.mm kot kot dia tak bangun tidur ke lagi ke
dah pakai baju ke belum..yang lain-lain dah siap-siap ke belum...*risau*

fikiran ntah ke mana-mana
jantung berdebar-debar
macam macam... :)

Alhamdulillah











akan bersambung.............

Friday, May 27, 2011

adam nye

y

balik nak jumpa budak kecik nih.

skang adam pandai tau.

apa apa benda jer yang dia nak akan jadi dia punya.

” adam nye adam nye…”

tak kira la. handphone kita ke. remote tv ke. semua akan jadi dia punya.

selagi kita tak bagi. selagi tu dia akan ulang “adam nye..adam nye”

 

satu lagi.

suka sangat dengan Pak Nil. boleh satu hari berebut tv ngn dia sebab dia nk tgk cerita2 yang ada Pak Nil sahaja. sape yg sanggup tgk muka erul k-pop wanna be tu satu hari suntuk kan. haihh. x sangguuuup.

skang tiap tiap petang cinta melody la pulak…….adam adam…

bakpe la macam orang tua sangat nih…. :)

 

note: byk plak update hari nih. sbb byk la plak masa free kan. :p

 

bye!

How many more times, love?

Sekali lagi, aku jatuh dalam gaung yang pada diri aku sendiri aku rasakan infinitesimal -tiada apa yang aku lakukan terasa kena atau adil (meletakkan sesuatu pada tempatnya). Badan-badan selestial berbaur aturannya dalam kosmos, ini bukan hal pra-datang bulan, aku sentiasa tidak senang.

Sedang aku berbaring dengan Page menjilat kupingku dengan psikedelianya yang biasa, aku mengingatkan beberapa hari yang lepas, susur masa yang tambah disoroti ingatan-ingatan daripada apa yang telah berlaku beberapa tahun yang lebih awal daripada itu, sebelum semuanya bermula.

Things have never changed, kan?

by: D2

______________________________________________________

main-main dengan camera atas motor sewa 120k rupiah untuk dua hari sambil round round Pantai Kuta, Bali - ada sesiapa boleh teka gambar yang ketiga tu gambar kedai apa..? - klu: ada satu kat metro point kajang sebelah secret recipe :)

sah – dua orang kawan baik emy nih wahed bakal amik phd tak lama lagi dan jijah taukeh kek sedap nih baca blog saya – thank you – :)

 Pantai Baru Buruk – sehari sebelum menjadi menantu orang – kakak ipar orang – adik ipar orang – sehari sebelum menjadi Mrs.MM - rasa macam nak balik terengganu n menetap kat sana terus.. :)


note: baru lepas makan karipap sebesar tapak tangan – free – persatuan pelajar2 islam buat makan free – untuk perkenalkan persatuan mereka kat student baru – kalau sesiapa nak rasa karipap tu boleh pergi kat pusat bandar damansara depan watson ada makcik bukak gerai kueh pagi pagi - macam tahu tahu jer saya tengah lapar  - tengahari nanti makan kat kedai Gopal nak?

Thursday, May 26, 2011

kopi manis

berharap hari nih dapat berita baik

doakan saya dapat eh. amin.. :)

Wednesday, May 25, 2011

terbangkan saya ke sabah


lari tak membantu. kekal di situ cuma menyusahkan. bukan pilihan. bukan terbaik. sabar.sabar.dan sabar. kagum. dia mampu berbuat begitu sampai hari ini. tak mungkin bagi saya. pasti memberontak segala.

dasar anak cengeng.anak emas.anak manja.

by: anak-anak

***

last slice

kadang bila selesa, rasa akan mati. dulu pernah percaya, tak mesti ada atas. bawah pun perlu kau jejak. sekarang, rasa rugi tak mahu ada di atas lama2. sebab bila kau dah jatuh, itu yang kau mahu. atas sana. senyum selalu. tak fikir yang lain. yang boleh bunuh apa2 rasa. tak peduli apa jadi. tamak dalam segala. sekarang, bila semua tak ada, apa lagi yang kau mahu? apa lagi yang kau boleh own? nothing. begging? no, you won't. cuma yang tinggal luka yang pedih. 




memang rasa macam tengah makan gula2 yang sedap tiba2 tertelan, tercekik. padahal gula2 tu masih banyak lagi belum kau habis rasa. 



saya tak pernah nak faham setiap title cik desz nih
sbb bila cuba nak faham  mcm xde kaitan dengan entry plak
tapi saya suka setiap entry dia
cik desz nih jer yg fhm setiap tajuk entry2 dia :)

[boleh jadi lain org lain fahaman nya kan]
satu hari nak gi sabah.
panjat gunung kinabalu.
n ke tempat "bersejarah" kat ranau.
nak update byk2 dan cepat2.
biar entry kawen2 turun bawah cepat2.
sekarang tengah dengar lagu fly me to the moon. lagu kesukaan en.mm :)

wordless wednesday – ingat lagi ?

IMG_4025-1

Monday, May 23, 2011

hati dan mata

 

ini mungkin entry terakhir pasal hal kahwin2 nih. tak nak cerita-cerita lagi. buat semua orang naik geli jer. kan..? :) [mummy dah cakap dah, dop baik buruk sangka..hish dia nih..]

ok. mari kita bercakap pasal favor. door gift. cenderahati. cenderamata.

awal-awal lagi saya dah cakap, saya nak sesuatu yang boleh diguna orang. bukan sesuatu yang hanya boleh dibuat hiasan di rak , di cabinet dapur di rak tv yang paling kurang setahun. bila nak raya semua tu berhabuk dan rasa mcm dah tak berguna maka tempatnya di mana lagi kalau bukan di tong. :) owh tidak-tidak. itu satu pembaziran. :) dop baik bazer tahu dop :)

jadi cadangan saya ialah mug atau makanan. dan mengikut hasil pembacaan di blog-blog kahwin. mana lagi nak cari yang harga berpatutuan kalau bukan di nilai. kan..?

jadi , saya dan mummy dan bigboss ke nilai yang panas itu. dan beli lebih kurang 500 biji. harga cuma rm1. :) tambah dengan bag pun rm1. jadi jumlah..? :)

DSCN7940tengok lah gaya bigboss kita tu.. :p

mug tu untuk majlis bersanding. dan untuk vvip saya bagi tempat letak tisu. yang ala2 vintage. yang tu dalam 50 biji. dan dibalut dengan uncang. vvip termasuklah keluarga en.mm dan kerabat2 ku dan kawan2 rapat mummy. saya lupa nak amik gambar bekas tisu tu. :D

yang ada cuma mug yang dah dimasuk dalam bag kecik.

DSCN8028

untuk kanak-kanak plak. saya beli chinese take out box dan sumbat dengan makanan yang boleh rosakkan gigi. :) ala sekali-sekala xpe. take out box saya beli kat fabulous floral  . beli yang kosong. pastu ikat sendiri dengan ribbon. dan hasil akhirnya……comel tak..? :D

DSCN8018 DSCN8025 sape yang dapat ribbon gold tu memang bertuah. sebab semuanya double kt dalam. :) [sebenarnya ribbon tu dah abes kt kedai jadi ganti ngn pink atas permintaan ramai] :)

dan isi dalamnya…

DSCN8023

ada nips (saya terlupa cloud9 kalau tak lagi best kan), gula2 asam, sugus, mentos & bubble :) [semuanya kesukaan saya masa kecik-kecik dulu] :) memang laku habes la favor nih…. suka saya tgk budak2 main ngn bubble tu :)

pastu apa lagi eh….?

owh favor untuk majlis akad nikah , mummy beli pembalut kotak tisu kt beijing hari tu. rm1 jer kot satu. murah. cantik plak.  suka suka :)

DSCN8087

jadi..itu jer lah pasal big day saya (30 april & 1 may 2011).

harap sikit sebanyak dapat bagi idea kat bakal pengantin. ececece…

satu jer soalan, masa pak andam tgh make up kan saya kan, adam tgk saya pastu nangis. nangis yang beriya nih. mcm sedih betul. kenapakah ?

dan untuk cik deena, gambar penuh dress ala2 cik CT wan kembang payung deena tgk kt FB eh..dah upload semua dah :) [segan lak nk upload kt sini……:)]

 

BYE! :)

 

 

note: bagi mummy cuti 2tahun r sebelum sape2 nak kahwin plak lepas nih eh…lenguh doh mummy… :D~~~

Friday, May 20, 2011

cabutan bertuah

 

ada lagi 4 orang untuk mencapai 100 orang
wuuhuuu
siapalah yang bertuah ke-100 tu 

jom joget joget depan pintu

:p :p :p

persalinan

 

47

seperti yang ramai dah ketahui

rekaan baju untuk majlis bersanding saya diinspirasikan daripada dress cik CT kita :)

sekali tengok sudah membuatkan hati bertaut tak nak tukaq dah…

dan..nasib memang menyebelahi saya

mengikut perjanjian saya dan mummy, “mummy pilih jenis kain..lang buat lah fashion ganne ganne pung” .. dalam hati weehuuuu!! apa lagi fashion CT r :)

 

saya ada try call pereka asal design nih..tapi harganya agak cantik seperti designnya, jadi saya tak jadi..

nasib baik lepas jalan2 kat Plaza Alam Sentral, ternampak satu butik nih yang buat design yang sama dan masih nak amik tempahan walaupun masa sangat-sangatlah singkat yang membuatkan semua org susah hati mcm nk runtuh hati segala [ok itu over] dan harganya sangat-sangat berpatututan [berpatutan disini bermaksud harga 2 pasang baju bersamaan harga 1pasang baju kalau tempah kat designer sebenar :D]

 

dan Alhamdulillah…Tuhan dah cakap dah..sabar itu separuh daripada iman..dua pasang baju [untuk nikah dan bersanding] siap dalam masa yang singkat dan seperti yang diinginkan… [terus senyum lebar….]

 

DSCN7794

DSCN7777DSCN7792

bab kain..mcm dlm perjanjian..mummy lah yang paling berkuasa..saya langsung tidak dan jangan harap :D

bak kata orang pilihan mak tu selalunya yang paling tepat walaupun terpaksa makan hati berulam jantung..[apa apalah awak nih mdm sapphire]

ok. kain saya beli di jakel shah alam. anak boss jakel tu memang pandaaaaiii dalam meng-promote dia punya kain..ish ish … bagus222 semoga perniagaan korg semakin maju :) dan saya pun lepas “berdongeng” dapat la harga yang agak ok la kot dengan kecantikan kain yang langsung tak setaraf dengan harga :)

 DDZ_5364

D3S_2797

tengoklah perincian manik2 iteww [eh x berapa nak nampak eh..sorry xde gambar penuh la pulak]…owh sungguh berat dan kena sangat-sangat berjaga-jaga.. –_-“

 

dan akhirnya

ini hasilnya…

DDZ_5338

untuk majlis akad nikah .. cuma baju kurung moden biasa

DDZ_5861

untuk majlis bersanding..ala ala cik CT :)

 

note: saya rasa , saya nak perturunkan dress nih ke anak cucu saya..tu pun kalau diorg sama size ngn saya r :p

Thursday, May 19, 2011

perutusan

 DSCN7906 DSCN7907 DSCN7971 DDR_3731

sebelum nih saya ada buat entry pasal perutusan raja sehari saya kan

jadi dengan suka hatinya [sebab pilihan hati sendiri bukan org lain] saya tempah kad dengan i like card :)

kad kat sini ala ala sapphire moden sket.sbb tu sekali tgk dah buat saya tertarik hati tanpa menghiraukan pandangan org lain kecuali en.mm :p

banner tu pun i like card yang buatkan (foc) – mcm saya ckp saya tak suka banner yang ada gambar… knp ntah… :)

cuma kad jemputan (gambar ketiga) untuk majlis akad nikah tu saya buat sendiri jer. cari jer template frame yg comel2 kat internet then dah boley buat kad sendiri…kad ini khas untuk saudara mara yang terdekat jer..

gambar kedua plak..en.mm yang dah cuti awal..sambil2 lunch sama2 kt puchong (owh i love puchong bak kata en.mm) sambil2 tu tolong-menolong poskan kad jemputan… :) thank you thank you very much!! :)

cuma sedih betul dengan Pos Malaysia..ada kad saya yang sampai lambat..pos malaysia pun nak jadi macam ktm gak ker..?siput sedut..? hishhh…tolong lah jangan menyusahkan rakyat jelata..sekian.. :p

 

apa-apa pun saya sangat puas hati dengan kecantikan perutusan raja sehari saya ececece….thank you i like card :)

Wednesday, May 18, 2011

wordless wednesday - the flower girl

flower girl

11 dulang

DDR_2696 DDZ_5084

 

 

ada 11 dulang di balas 9 dulang

saya punya bertemakan merah dan sebelah en.mm bertema biru

hantaran merah menyala tu mummy adam yang buatkan

cuma beli barang2 dan tadaaa…siap…xde charge sampingan :)

alas dulang dan bekas empat segi emas tu saya beli kat Jalan TAR

dan dulang tembaga tu turun temurun dari arwan wan…

 

kalau nak tahu,

arwan wan saya (Hjjh Wan Zainab Wan Abas) dulu-dulu ada bridal shop gak tau..

tapi dulu x panggil bridal shop la..moden sangat la pulak kan.. :)

[yg saya ingat wan ada label WZ)

wan ada sewakan macam-macam..

dari pinggan mangkuk cawan gelas untuk kenduri

periuk belanga untuk masak lauk2 kenduri

pelamin-baju songket- tiara- bunga manggar-favor-alas dulang..

pendek kata memang macam-macam..

 

kalau la saya ada zaman tu

xyah nak susah-susah fenin kefala nak cari itu ini

free of charge plak.. :) da jimat da… :)

 

dulu2 ingat lagi

saya n adikberadik sempat gak la tolong2 wan lilitkan bunga manggar kt lidi kelapa :)

sayangnya, sejak Wan sakit xde sape nk teruskan bisness tu..

mungkin anak-anak wan x minat sangat bisness2 nih.. heee

 

dulang tembaga tu..

seluruh cucu-cucu wan pernah guna tau

sedih plak wan n ki x sempat tgk anak2 mummy kahwin…

 

 

***

saya xtahu nak update persiapan kahwin saya canne

mungkin akan update sikit2 eh…

harap xde yang boring…

:)

Thursday, May 12, 2011

with love from bali

mula mula sekali
saya nak cakap yang blog "the big day" tu sangatlah mengeli geleman kan..
kan..??kan..?
rasa nak delete terus jer... -_-"

owh yer
saya sekarang di cc di bali
yang berharga 500rupiah seminit..
jadi sejam berapa mas..?bisa kurang lagi ngak..? :p

baru lepas makan
susah betul nak cari makanan halal
pusing satu pulau pun belum tentu jumpa
pusing 10 kali tempat yang sama..haa..baru jumpa warung nasi padang ..

erm...
ok lah..en.mm disebelah dah bising.."sempat lagi update blog..??!!"
baik lah encik suami

sign off duluan yaa
daa~~

ini ada satu gambar majlis bertandang saya minggu lepas
sape yang x dtg hari tu seperti yang dijanji memang mengade..
maka..xde la ole ole bali utk korg.. :p

credit to zy masri

Tuesday, May 10, 2011

the big day

hye semua...
hye follower-follower ku sekalian...

jam 8 jap lagi saya dah nak terbang nuuuuun jauh ke..bali...jer
selama 4 hari
jadi...sorry sebab sampai skang saya tak upload lagi gambar2 kahwin saya eh
sorry....tapi tak nak naik lori... :)

tapi...
ada tapi dia..
saya tinggalkan korg dengan bekal angan-angan saya 100 lebih hari sebelum hari kebesaran saya..
saya buat blog tu konon2nya nak buat ala-ala bride to be ala sapphire r..
tapi disebabkan progress sangat lah tidak memberansangkan dan idea2 saya hanya sikit jer boleh diterima pakai jadi saya privatekan saya sorg jer yg boleh baca haha...[cm kesian jer bunyi nye huhu]

jadi ...
Selamat Datang ke The Big Day ala sapphire

enjoy!!
:)

Monday, May 9, 2011

akhirnya


majlis sebelah perempuan sudah..
sebelah lelaki pun sudah..

Alhamdulillah

akhirnya
semuanya selesai dengan jayanya

macam-macam karenah, turun naik, sedih gembira yang kami lalui
sebelum dan semasa nak abeskan majlis nih...Tuhan saja yang tahu...
(sape kata raja sehari betul-betul jadi raja..?sape kata..?meh cni meh huhu)

Alhamdulillah
Thank you Allah..

gambar-gambar nanti saya akan upload
skang masih lagi di semenyih..dan gambar2 semua kat shah alam..
jadi....nanti eh semua...jangan pergi dulu... :)

dan tak lupa
kepada mummy kesayangan saya ...Selamat Hari Ibu..


apa apa pun..
kepada wedding planner - big boss - manager - cikgu - mummy yang tiada yang lain...Hajjah Zainah Abdullah..

thank you
thank you
thank you

hanya Allah yang dapat balas jasa mummy selama nih

lagu nih untuk mummy :)