selamat pagi.
hye.
Assalamualaikum.
ni hao.
:)
keberadaan saya di sini adalah untuk menceritakan tentang perihal kejadian yang telah berlaku pada ahad lepas. kalau dikira-kira, tak ada apa yang menarik pun sebenarnya. tapi menarik jugaklah sebenarnya. amoi cantik.amoi cantik [owh skang kat radio ada lagu amoi cantik by hujan , adam pun suka lagu hujan selepas awan nano by hafiz].
ok
back to normal.
tak payah lah skema sangat.
macam bukan saya jer. kan..? :)
hari ahad yang ditunggu-tunggu dimulakan dengan makan nasi lemak ayam goreng di Old Town di Setapak dua tapak bersama-sama en.mm yang mengade yang suka buat orang risau dan percaya cakap dia. tapi, ada tapi dia. plan dia nak buat surprise dengan tiba-tiba muncul depan pintu rumah tak menjadi sebab saya dah mula sedih-sedih bila dia cakap dia tak dapat balik semenanjung lagi. [sape tak sedih tinggal 3minggu jer lagi kan]. :p
dan ini dia nasi lemak buah bidara masak sebiji di atas peti. saya suka sambal dia. sedap.
kenapa jauh sangat sampai nak jugak makan di Setapak..?kat Plaza Masalam kan ada Old Town. pasal tu nanti saya cerita ok.. :)
lepas perut kenyang hati girang, terus ke Istana Budaya ambil tiket Lat The Musical. masa tu tak ramai orang lagi. jadi boleh la ber-pukul gambar sesuka hati kita. cuma macam biasalah cara saya posing dari dulu macam tu jugak. ada orang ke tak ada orang ke sama saja maa. kan..? ada perasan tak..? :)
secara jujurnya saya tak pernah [atau tak ingat] baca komik lat nih. saya cuma tengok kartun dia kt tv jer. kampung boy. tapi mengade nak jugak pergi tengok macam die hard fan ke apa kan. tapi, kerusi di ib sangat menyakitkan pinggang-leher dan badan segala. terima kasih. [ayat tergantung apakah ini?]
disebabkan tak boleh ambil gambar masa pementasan, jadi dah nak habis baru semua orang berani keluarkan camera. kalau tak nanti kena pancaran laser yang pastu semua orang akan tengok tengok. bukak handphone kejap pun akan terkena pancaran laser. saya dan en.mm budak baik. fokus 100% diberikan kepada awie dan atilia dan penari-penari yang best dan set rumah kampung dan bangunan lama ipoh yang cantik.
apa yang suka pasal teater kali ini: music yang best - gerak tari yang best sampai sempat berangan kalau lah saya salah seorang penari kat pentas tu - set rumah kampung, kelas, bangunan lama, pejabat nst yang menarik dan real mcm tengok cartoon tapi dalam bentuk sebenar - apa lagi - lagu-lagu yang ada isi tersendiri - macam cik ajjah cakap, scene ayah lat meninggal dan first time komik lat diterbitkan paling mengesan - yang lain macam kerusi ib yang kecik, awalan cerita yang buat saya mengantuk itu boleh tolak tepi :) yang penting hans dan harith dan buat yang terbaik :)
lepas teater perut pun dah lapar balik. tapi tak boleh makan dulu sebab nak simpan perut untuk makan malam yang banyak. jadi isi perut dengan icecream kemboja dulu.
dan pengakhiran cerita.
malam nya kita makan bbq yang tiba-tiba.
ayam-ketam-ikan-ikan pari-kerang-udang-baked potato-bihun goreng- mixed fuirt cocktail dan asap busuk selamat dihadam :)
best. kenyang perut sampai pagi.
thanx kepada en.mm yang susah payah berpeluh-peluh hidupkan api.
usaha kerja keras kamu akan dikenang sampai bila-bila. hehe.. :)
itu jer lah
sorry panjang lebar plak kali ini.
bye
:)
3 comments:
wahh encik mm dia :D
lagi 3 mggu??
nak kawen or besday awak nilam??
sherah: :D
azri: *wink*
Post a Comment