Wednesday, December 29, 2010

bukan wordless wednesday

 semua org masih on annual leave. boss cuti sampai minggu depan. tinggal saya dan seorg lagi managment trainee yang akhir tahun baru bekerja keras sebab cuti tahunan da abes awal tahun. department yg sememang nya sunyi makin sunyi. kalau hari biasa pun sunyi. 4 org satu department. mesti la sunyi kan.

 hari nih saya breakfast nasi lemak beli kt gerai tepi jalan sebelah shell seksyen 9. sambal sedap. pastu air mineral n milo ais aunty molo yg pekat. sedap. tengahri tak makan la kot. pantry kekurangan sudu. saya redah je makan guna sudu sup.

 tgh sedap sedap makan sambil baca blog tiba tiba safety officer dr department esh sebelah datang. cakap dilarang makan dalam office. abes kalau x kt office di mana lagii sih. pantry takde meja. maka cepat2 saya abeskan nasi lemak. oh..nih pantry saya. kecik saja. 

 time basuh pinggan boley tgk sape yg tgh lepak lepak hisap rokok kat kawasan merokok. ramai jugak eh. oh big boss pun tgh asyik  merokok nampaknya. ala dia big boss sape nk marahkan.

safety officer yg saya cakap td tu nama dia hafiz. dtg sebenarnya nk hantar perutusan. tp bila tgk saya tgh makan terus menasihati saya sebelum "dinasihati" org org HR plak. lagi susah. oh..comey kan kad dia? dah tengok video wedding aqasya? cantik...


***

30 minit lagi encik mm maybe selamat sampai kt bintulu
jadi ada 90hari lagi untuk dia balik cuti semula
kalau countdown masa makin lambat nk gerak x suka 
dan saya tiba2 kne gi amik ujian psikometrik kt universiti malaysia sabah 5 jan nnt
nak pergi tak eh?
jauhla plak