pernah tak
dalam banyak banyak benda yang sihat yang boleh di makan
last sekali kita pilih utnuk makan maggi
yang dah sedia ada tahu takdelah sihat sangat
kan? :)
dalam keadaan sekarang
kadang-kadang teringin sangat nak makan maggi
tak nak maggi goreng
tapi maggi sup buatan sendiri
selalunya hanya letak telur sebiji
yang dimasak dengan air yang tak banyak sangat
sedang-sedang..jadinya kuah dia akan jadi pekat pekat gitewww
dan kalau tak nak ada rasa bersalah…tambah la sayur sikit
tomato contohnya hikksss (saja sedapkan hati)
nak kena letak resepi jugak ke ni??
ok
boleh lah
Maggi sup ala Puan Nilam
Bahan-bahan
1 bungkus maggi
1-2 sudu besar bawang kisar
1 biji cili padi (dimayang halus)
1 biji tomato
1 biji telur
minyak untuk menumis
air secukupnya
Cara-cara
tumis bawang hingga wangi
masukkan perencah dan biarkan sebentar
masukkan air dan biar sehingga menggelegak
masukkan telur putih (telur kuning dimasukkan kemudian untuk elak pecah)
masukkan mee dan gaul gaul
masukkan cili padi dan tomato
last sekali baru masukkan telur kuning dan biarkan seketika
siap!!
korang plak masak maggi canne ek?
jom share nak?
Wednesday, July 23, 2014
Maggi sup
Tuesday, July 22, 2014
sistem baru
berapa hari lagi tinggal untuk raya
baju raya dah siap
biskut raya dah beli
kasut raya tak payah beli
sampul raya dan duit raya dah tersedia
langsir sofa meja makan raya??
kalau tinggal dirumah sendiri
(InsyaAllah tahun depan)
banyak benda juga nak kena beli rasanya
balang kuih raya
pinggan untuk tetamu beraya
gelas cawan raya
hihi
nak beli sekali harung dalam masa satu bulan
mau bankrap hihi
lebih kita beli sikit-sikit dari awal tahun
time ada mega sale ke
sogo sale ke
ikea sale ke
tak payah nak beli yang mahal sangat
bagi saya asal cantik dah ok dah…awalau takde brand hiksss
(betul tak?)
tahun ni beraya kat mana?
kebanyakkan kawan-kawan dan saudara-mara akan bali ke kampung start hari JUmaat ni
bestnya
saya tahun ni beraya dekat je…dekat Semenyih je
mungkin hari Ahad baru balik
dan ini kali pertamalah kiranya saya tak beraya disamping keluarga di Terengganu
maklum lah en.MM dah mulakan sistem baru
sistem satu tahun satu kampung
takpelah …. atleast boleh kenal kenal dengan saudara mara en.MM yang sebelum ni susah nak jumpa :)
so
apa iklan raya paling best tahun ni?
bagi saya yang ni laaa…
apa iktibar yang boleh kita ambil dari iklan ni??
sama-samalah tepuk dada tanya selera
tak payah lah nak taksub sangat dengan handphone tu k
raya pun setahun sekali je
ok?
nota kecik: tak faham dengan orang yang boleh ngadap handphone
pagi petang siang malam
isk isk isk
kronik sangat dah ni
Monday, July 21, 2014
Nasi ayam Mummy
Alhamdulillah
dah masuk minggu akhir bulan Ramadhan
sekejap je dah nak raya dah
7 hari lagi
tapi dalam semua bergembira nak raya ni
kita satu Malaysia bahkan satu dunia dikejutkan dengan berita MH17 yang ditembak jatuh di sempadan Ukerine
(saya lebih suka menggunakan perkataan ditembak daripada terhempas)
(memanglah terhempas tapi bukan macam terhempas macam MH370)
(apa-apa lah)
begitu juga dengan berita Gaza yang masih lagi diserang oleh tentera israel yang tidak berhati perut itu
(benci betul bila tengok update pasal gaza. israel ni tak habis-habis nak berdendam lagi ke haihh)
tapi percayalah satu hari nanti
(hanya Allah swt yang tahu bila)
kejayaan pasti berpihak kepada Islam
sama ada lambat atau cepat
pasti ada sebab Allah buat macam tu
kita sebagai saudara seIslam sama-sama berdoa
agar mereka sentiasa dilindungi
------------------------------------------------------------------
hari ni saya nak share resepi Nasi Ayam terhebakk abad ini hihi
Nasi Ayam Hainan atau Chinese Chicken Rice
resepi ni saya dapat daripada mummy dan mummy dapat daripada kawan-kawan chinese kat Trg dulu
ok
kita terus ke bahan-bahan k
Bahan-bahan
untuk air rebusan ayam
- seekor ayam
- 3 labu bawang putih dikisar
- seinci halia dikisar
untuk nasi
- 4 cawan beras
- 4 cawan air rebusan ayam + 1 cawan air
- 1 helas daun pandan (disimpul)
- 2 hiris halia
- 3 sudu besar bawang putih yang dikisar
- minyak masak dan sedikit majerin
- garam secukup rasa
untuk ayam goreng dan sos kicap
- ayam yang direbus utnuk membuat air rebusan tadi
- 2 hingga 3 sudu besar kicap manis
- minyak masak
- air rebusan ayam
untuk lada
- 5 hingga 8 biji cili padi
- 2 biji cili hidup
- 2 –3 sudu besar air rebusan ayam
- 2 biji limau nipis
- 1 biji tomato (tak nak letak pun takpe)
- 1 sudu besar cuka
- garam dan gula secukup rasa
sup
- beberapa potongan kecil ayam
- potong ubi kentang/carrot/batang saderi dalam bentuk kube
- sup bunjut
- minyak masak
- garam gula secukup rasa
Cara-cara membuatnya
Air rebusan ayam
- ayam dipotong kepada beberapa bahagian (ikut kesukaan)
- kisar bawang putih dan halia dan lumurkan pada ayam
- kukus sehingga ayam masak
- asingkan air rebusan ayam yang terhasil dalam satu bekas
(air rebusan ni akan diguna untuk nasi, sos kicap, sos lada)
Nasi
- panaskan sedikit minyak dengan sedikit majerin
- tumis bawang putih dan halis yang telah dikisar sehingga wangi
- masukkan daun pandan
- masukkan beras dan biarkan sebentar
- masukkan air rebusan ayam+air
- perisakan dengan garam dan gula secukup rasa
- masak dalam rice cooker hingga masak
Ayam goreng dan sos kicap
- ayam yang telah direbus tadi dilumurkan dengan kicap manis
(ini akan menghasilkan air kicap)
- goreng ayam sehingga bahagian luar garing
- asingkan air kicap tadi dan campurkan dengan sedikit air rebusan ayam
- masak seketika di atas dapur dan siap
(boleh dicurah terus atas ayam atau dihidang asing ketika makan nanti)
Sos lada
- kisar cili padi, cili hidup, tomato dengan cuka, air rebusan ayam
- masak seketika dan perahkan air limau nipis dan perisakan dengan garam dan gula
Sup
- tumis bawang putih dan halis hingga wangi
- masukkan potongan kecil ayam
- masukkan air dan sup bunjut
- biarkan sehingga hampir menggelegak masukkan potato/carrot/batang saderi
- perisakan dengan garam dan gula
-------------------------------------------------------------------------------------
fuuuhhhhh
panjang lebar resepi kita kali ni hihi
tips untuk masak nasi ayam yang sedap atau ala ala hainan chicken rice
bawang merah atau bawang besar adalah dilarang sama sekali
hanya boleh guna bawang putih dan halia sahaja
(memang lah bawang merah tu best..
tapi kalau nak masak nasi ayam ala melayu boleh la guna bawang merah)
satu lagi tips
untuk dapatkan air rebusan ayam yang pekat dan penuh berperisa
ayam tu hendaklah dikukus bukan direbus
sebab kalau direbus rasa ayam tu kurang sikit sebab dah bercampur dengan air
lagi apa lagi??? hihi :)
penat dah ni menaip heee
selepas hampir sejam lebih berperang di dapur
semata untuk sepinggan nasi ayam
inilah hasilnya
nampak sedap tak
nampak ada kemungkinan akan tambah nasi 3 pinggan tak
nampak tak nampak tak??
hihi
selamat mencuba semua!!
Thursday, July 17, 2014
Melbourne: Brighton Beach
siapa yang follow drama Kusinero Cinta malam-malam kat Astro?
saya!! saya!! saya!!
kebanyakkan lokasi pengambaran drama ni dijalankan di Melbourne
saja je buat saya teringat balik cuti-cuti saya bertiga di Melbourne bulan 2 lepas
kalau tak silap elok je saya balik tizz zaqiyah ke sana untuk pengambaran
(saya follow IG dia jadi….tahu lah hihi)
jadi hari ni saya nak cerita pasal perjalanan saya ke Brighton Beach
yang banyak rumah-rumah kecik yang comel di tepi pantai tu
sebenarnya rumah-rumah kecik tu dulunya adalah bathing boxes
yang mana dulunya letaknya di gigi-gigi air pantai
tapi sekarang disebabkan air makin surut atau hakisan atau bla bla bla
bathing boxes ni semakin menjauh dari pantai (tak la jauh mana pun)
dan kalau tak silap setiap bathing boxes ni ada tuannya
Brighton Beach ni sebenarnya panjang sangat
dan untuk sampai ke bathing boxes yang comel ni kita kena berjalan sikit lah dari train station
dan namanya letaknya bathing boxes ni ialah Dendy Street Beach
saya hari tu naik train dari Flinder Street Station
dan ambil platform 8 dan stop di Brighton Beach Station lah
senang kan :)
ok.
bila dah sampai di Brighton Beach Station ni
jalan sikit untuk sampai ke pantai
memang sepanjang perjalanan adalah pantai
tapi untuk ke tempat yg banyak rumah kecik tu jalan lah sampai penat kaki hihi
sebelah kanan akan nampak rumah-rumah besar yang cantik dan mewah
dan kebanyakkan mereka kat sini berbasikal untuk ke pantai ni
sebab macam……..macam jauh juga kalau nak berjalan kaki
tapi disebabkan udara tak panas, sejuk berangin je…jadi tak penat sangat lah
cantikkan??
rasa macam nak pergi lagi dan lagi dan lagi
waktu saya ke sana tu dah petang dah sebenarnya
dah nak malam dah
tapi ramainya manusia hihi nak bergambar di satu-satu bathing boxes tu pun susah :p
satu lagi sebab tengah summer jadi siangnya panjang
dan pukul 8 pun macam pukul 5 lagi
air dia pun sejuk je haihhhhh best betul rendam kaki
Umar lah yang paling happy
sebab dengan bebasnya dapat bermain pasir dan air pantai yang sejuk
kalau boleh tak nak balik hihi
mummy pun macam tak nak balik umar :p
ok
tu je cerita Melbourne untuk kali ni
lepas ni nak cerita pasal apa pun tak tahu lagi
kena asah ingatan balik
banyak dah lupa hiksss
Wednesday, July 16, 2014
2 tahun
Hari Ahad yang lepas
bersamaan 13 Julai 2014
genaplah umur encik Umar kita 2 tahun
kejap je kan
tiba-tiba je dah dua tahun dah
besar dah
tapi memandangkan tahun lagi sekali harijadi umar jatuh dalam bulan puasa
jadi takde nak sambut meriah-meriah sangat
hajat di hati kalau boleh nak la buat makan-makan sikitkan
tapi takpe laa
tunggu Umar besar sikit lah
tunggu Umar dah pandai menghargai hadiah orang bagi
tunggu Umar dah 5 tahun ke
atau tunggu rumah baru siap
baru kita buat parteeyyyy kikikiki
(sape yang nak berparty sebenarnya ni???)
jadi Ahad lepas
just jalan-jalan je
dan membiarkan Umar pilih sendiri hadiah apa dia nak
jadinya dibiarkan dia “histeria” dalam ToysRUs
geli hati tengok Umar diberi kebebasan dalam ToysRUs tu
sebab biasanya dia duk dalam stroller je
kalau dibiarkan memang tiap kali pergi pun nak beli mainanlah jawabnya
jadi kali ini awak merdeka ye encik Umar :)
jadi nak tahu Umar pilih apa?
tadaaaa!!!
pilihan yang bukan main lagi kan
pandai tau
tapi takpe lah
setahun sekali
jangan mintak hari-hari sudah
pengsan mummy & aboh
apa-apa pun
hadiah tu apa lah sangatkan nak dibandingkan kehadiran Umar dalam family kecil kami ni
dulu berdua
sekarang bertiga
apa-apa nak buat mesti fikir “Umar nanti canne?” “Umar nanti sape nak jaga?”
dua soalan yang selalu terlintas bila mana nak ke mana-mana atau nak buat apa
lebih-lebih lagi kalau tima Aboh kerja 3 bulan
lagi lah diri ini kena fikir macam-macam sorang sorang
Mummy harap
Umar membesar menjadi anak yang soleh
dengar cakap mummy dengan aboh
jangan tinggal sembahyang
rajin-rajin baca quran selalu
sentiasa jadi good boy untuk semua orang
jangan menyusahkan semua orang
pandai-pandai bawa diri
belajar rajin-rajin
benda ini akan mummy ulang setiap tahun sampai bertatu dalam fikiran Umar hikss
sebab mummy sayang Umar sangat sangat
sebab semua orang sayang Umar
terima kasih sebab menjadi hadiah yang paling bernilai dalam hiudp mummy dan aboh
love you always!!
Monday, July 7, 2014
iftar ala Terengganu
Assalamualaikum
Hai Hai Hai
:)
saya sebenarnya dah tak berapa nak pasti kita sekarang dah nak masuk hari ke berapa puasa
boleh? heee :D
tapi yang pastinya
hari ni kalau ada yanplan nak khatam quran bulan ni
hari ni kita kena baca quran dah masuk mukasurat 180 tau
ada yang segeng dengan saya tak? angkat tangan sekarang!! hihi
weekend baru ni saya bertiga balik Terengganu
memandangkan raya tahun ni adalah mengikut sistem satu tempat satu tahun
jadinya tahun ni giliran raya di Semenyih
jadi en.MM ajak balik Terengganu puasa tiga hari kat sana baru ni
sempat jugak merasa kuih-muih yang diidamkan
cumanya tak dapat nak makan nasi minyak, nasi lemak, nasi dagang yg sedap
yang dijual di bazaar ramadhan tak se-best yang di kedai-kedai yang selalu saya pergi tu
kuih tepung pelita. bukan kuih tako ye anak-anak
saya sebenarnya baru tahu apa beza kuih tako dengan kuih tepung pelita
nampak macam sama kan?
tapi rasanya saya lebih sukakan kuih tepung pelita
ok ini namanya Nekbak
kuih tradisional yang biasanya orang-orang tua je yang makan (yeke?hihi)
saya tak minat sangat sebab kuih ni disira dengan air gula. jadinya macam manis sikit
tapi en.MM suka kuih ni
dari kiri kuih tak tahu namanya, kuih akok dan kuih bakar mini
kuih yang tak tahu namanya tu kuih pilihan en.MM petang tu
kuih yang mengingatkan zaman kanak-kanak katanya
kuih bakar mini tu cuma ada di gerai kuih Gong Kapas sahaja (rasanyalah)
favourite saya dan umar :)
dan ini?
semestinya bukan kuih
kalau balik puasa
keluarga saya mesti-wajib beli ayam golek Gong Kapas ni
kalau nak beli kena datang awal atau alamatnya kena tempah untuk hari esoknya
ramai juga peminat ayam golek Gong Kapas ni. laku betul.
makanan lain saya rasa sama je kat mana-mana bazar ramadhan
roti john, nasi kukus, nasi beriyani, murtabak, air buah
sama je mana-mana pun
cuma kalau kat Terengganu gerai yang jual kuih-muih tu lebih banyak nak banding dengan Shah Alam
Umar?
hmm…good boy…macam biasalah
cuma bila time dia mintak nasi tu…haihhhhhh
terpaksa tebalkan muka beli nasi goreng untuk Umar
nasib lah makan habis..
kalau tak, tak berbaloi mummy kena gelak dengan penjual nasi goreng tu
tapi takpe lah…gurau gurau di bulan puasa
saya maafkan awak pakcik pakcik penjual kuih gong kapas kikikiki
jadi korang semua dah fikir nak balik mana raya tahun ni??
:) :) :)
Tuesday, July 1, 2014
puding gula hangus
mood memasak entah ke laut mana ntah dia pergi
tak tahu kenapa “rajin” betul nak masak
harap-harap bila dah pindah ke rumah sendiri nanti
mood memasak tu akan stay there sokmo sampai bila-bila
so semalam rasa nak makan puding gula hangus
maka rajin lah diri ini membuatnya hihi
(tepuk tangan sikit)
resepinya paling mudah
tak perlu asingkan telur kuning dan telur putih
tak perlu tepung kastard
tak perlu masak dulu atas dapur
campak-campak dah siap
siapa yang tak suka resepi yang mudah main campak-campak kan :)
saya follow resepi dari Hana’s Family
(eh…dah lama kak hana tak update blog kan?)
so here’s the recipe :
Bahan-bahan
- 5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)
- satu tin susu cair (400ml)
- 150ml air biasa
- 4 sudu besar gula
- 1sk esen vanilla
- 5 sb gula
- 2 sb air
- Sediakan karamel@gula hangus - masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
- Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati. Kemudian tapiskan. dan tuang ke dalam loyang karamel.
- Kukus selama 45min atau sehingga masak. Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie (letak air di dalam loyang) Tutup loyang puding dgn aluminium foil dan masak selama 45-50min dgn suhu 180.
- Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.
saya follow sebijik-sebijik
dan menjadi weehuuuuu
abaikan presentation yang sangat hancus iteww
but believe me the taste is sooo good hihi
tak manis sangat..tak tawar sangat…sedang sedang
untuk buka puasa petang nanti
masih makan benda yang sama
sebab ada berbaki sikit
lusa baru fikir nak masak puding apa plak
Monday, June 30, 2014
1 Ramadhan
berjaya juga mengharungi 1 Ramadhan dengan perut yang tidak meragam
saya sebenarnya macam risau juga…kot kot la perut buat masuk angin dan rasa pening dan akhirnya akan muntah
tapi semalam…ALhamdulillah….dimudahkan segala :)
sebab…biasanya kalau lambat makan sikit je
symptom symptom macam perut bergelora-pening-muntah dah menjadi kebiasaan
perut yang mengade sikit..tapi comel hihi
so semalam hari pertama puasa tahun ni saya dan family berbuka dengan keluarga mertua di Semenyih
biasalah weekend selalunya kalau en.MM cuti akan balik Semenyih
hari-hari biasa akan di Shah Alam lah
apa menu berbuka semalam?
saya simple je…Ikan masak sambal, tumis sayur taugeh, agar-agar milo, air laici
nampak macam simple…tapi nak menghabiskannya sepinggan nasi macam nak meletop dah perut ni kikiki
rumah shah alam pun simple je…paceri nenas, ayam masak kicap, sirap bandung dan kuih-kuih dari bazaar
hari ni tak tahu lagi nak masak apa…ada idea? :)
ok lah
kena sambung study ni
hari ni nak balik awal sikit sebab macam nak buat puding sikit untuk berbuka nanti
tekak asyik nak makan benda-benda manis je
oini lah rupa orang yang paling penat berpuasa semalam :p
nota kecik: misi khatam quran.
sepatutnya hari ni dah boleh baca quran di mukasurat 21-40
harap momentum masih kuat dan bersemangat
:) :) :)
Friday, June 27, 2014
welcome ramadhan
kejap je dah setahun kita beraya
kejap je dah setahun kita puasa-sahur-buka puasa-solat terawih
memang rasa kejap sangat kan
atau saya sorang yang rasa kejap? :D
tahun ni apa azam bulan ramadhan kita?
saya…..kalau boleh…
kalau boleh…harap sangat boleh lah
nak khatam quran dalam sebulan bulan ramadhan kali ni
selalunya awal-awal jebulan je bersemangat
pastu kelaut :(
ish teruknya perangai
tahun ni InsyaAllah akan puasa sebulan straight tanpa cuti
jadi harap-harap azam nak khatam tu tak tergendala di tengah jalan la
ameen..
jadi saya try google cara-cara nak khatam quran
macam-macam cara ada
yang tinggal keazaman hati dan kekuatan hati dan sanubari je ecehhhss
eh betul ni…kalau hati tak kuat mesti tergendala di tengah jalan
harap kali ni kita sama-sama dapat khatam quran k
ok here’s some tips yang mungkin boleh membantu
dan untuk kekalkan momentumnya…saya terjumpa tips ni
bestkan kalau boleh habiskan dalam masa sebulan
kita cuba sebaik mungkin
kalau tak boleh tu…takpe…sambung sampai bulan syawal :)
k,
selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh keberkatan
semoga diberikan kesihatan yang baik sepanjang bulan ni
semoga kita semua pun mendapat keberkatannya
dan dapat berjumpa dengan malam lailatuqadar
ameen…
doakan saya dapat mencapai azam khatam quran k
nota kecik:
saya pernah terbaca tanda-tanda hari kiamat
ialah kita akan rasa masa berjalan dengan cepat
takutnya… :(
Wednesday, June 25, 2014
sekolah rendah
- seperti dalam gambar, diambil pada tahun 1993 di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 2 (masa ni belum ada tambahan Kebangsaan)
- darjah 1 sampai darjah 3 kelas Anggerik. Naik darjah 4 baru ada sistem grade. Siapa pandai masuk kelas depan. Kelas depan ialah Kelas Seroja, Kelas Melati, Kenanga, (tak ingat), (tak ingat) dan kelas paling akhir kelas Anggerik.
- darjah 4 dapat masuk Kelas 4 Melati. Peperiksaan akhir dapat nombor 3. dapat juga merasa naik pentas terima hadiah kecemerlangan dan lompat naik Kelas Seroja.
- kebanyakkan kawan-kawan waktu sekolah ni akan bawa bekal air dalam bekas Tupperware. macam tak ada yang bawa selain bekas tupperware. laku betul jualan tupperware time tu. hiks.
- cari saya yang mana satu dalam gambar. :)
- SRSS2 pernah ada konflik dengan SRSS1. yang mana letaknya bersebelahan. kesnya ialah cuma pasal padang. last sekali padang dibahagi dua.
- semalam macam banyak benda nak cerita lepas tengok gambar ni
- sekarang macam blank plak. haihhh.
- tapi yang pasti semua yang dalam gambar dah jadi seseorang dalam masyarakat. ada yang doktor, ada yang cikgu, ada yang pegawai ptd, ada yang lecturer. ALhamdulillah.
Monday, June 23, 2014
batik buddies
awal bulan baru ni
sempat join satu seminar di UM iaitu Batik Buddies
seminar on how to memajukan industri batik di Malaysia
dan yang menyebabkan saya pun kena join sekali sebab seminar ni juga ada menyentuh pasal uruskan waste daripada proses membuat batik sampailah ke keselamatan pembatik
menarik jugak
apa yang lagi menarik sebab dapat berjumpa dengan Tun Dr. Siti Hasmah
teruja sangat hihi :)
Tun pun cool habes
bodyguard tak ramai
sempat ber-selfie dengan Tun
apa pun
apa yang saya dapat dari seminar ni
lepas ni kalau nak beli batik mesti terfikir
mana pergi waste untuk hasilkan sepasang kain batik ni
macam mana keadaan kesihatan pembatik
selain itu dapat makan free yang best hihi
(dilema postgrad student memang canni. tahu nak makan free je)
ok. share gambar sikit sepanjang seminar
Wednesday, June 11, 2014
maid
(sepatutnya baca journal atau apa-apa yang berkaitan dengan tesis..tp......)
saya pernah ada pengalaman tinggal dengan maid
suatu masa dahulu
masa kecik-kecik
dulu maid kebanyakkannya orang kita
yang tinggal berdekatan dengan rumah
jadinya datang pagi balik petang
kalau sesiapa yang ada maid dari indonesia tu kira macam dah kaya r tu hiks
(sendiri buat tafsiran)
umar pun pernah ada pengalaman tinggal dengan maid
iaitu semasa tokmanya ke UK sebab adik bersalin
masa tu Umar baru 4 atau 5 bulan kot
baby sangat lagi
hari pertama tinggal
berdebor sungguh
nak buat canne..terpaksa
sorry umar...mummy sangat-sangat terpaksa
sebab tak sape dah yang boleh jaga
plan sebelum sebelum ni
kononnya nak hantar ke situ ke sini tergendala secara tiba-tiba
(sedih sangat time tu)
maid ni jaga umar sampai lah tokma balik dari UK
tiba-tiba dia cakap nak ikut teman yang kerja di restoran
bila fikir-fikir balik kelakor pun ada
geram pun ada
entah lah
beruntunglah siapa yang dapat maid yang baik
yang pandai masak
yang anggap anak kita macam anak dia jugak
bila baca maid yang dera anak la..buat macam2 kat anak majikan
rasa macam.......................malas baca..takut sangat
rezeki setiap orang tu memang lain-lain kan
ada yang senang
ada yang susah
semoga kita semua dilimpahi rezeki yang berkat
walau dalam bentuk apa sekali pun.
ameen.
:)
Thursday, June 5, 2014
Baju Raya Project

Jom happykan mereka-mereka yang lebih memerlukan
saya yakin korang semua mesti ada banyak baju yang masih elok
tapi tak tahu nak letak mana
nak pakai pun macam dah muat
nak derma pun tak tahu nak derma kat siapa
haaa
Sabtu ni, 7 Jun 2014
Baju Raya Project sekali lagi mengadakan Program Amal Baju Raya Project 2014
di Masjid UPM, Serdang
jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang
seelok-eloknya baju tu yang masih elok la ye
(banyaknya elok hihi)
sebab mereka pun nak bergaya dengan baju raya yang cantik
inshaAllah
bila kita happykan orang lain
Allah akan balas dengan happy happy yang lebih berlipat ganda
jumpa di sana k!!
Monday, June 2, 2014
hey june
berdua-duaan di bulan Mei
bertigaan-tigaan di bulan Jun
dua minggu plus plus lagi sebelum en.MM balik cuti
dah boleh countdown dah ni :)
dan
bye bye bulan Mei yang super emosi
bulan yang emosi kurang stabil turun anik macam rollercoaster
bulan yang banyak sedih-sedih dan banjir kilat yang sampai bertatu sampai bila-bila dalam hati
(eceehhsss bertatu konon…bajet berseni r tu hiks)
ihatechu bulan mei (sorry)
sepatutnya bulan yang best
sebab birthday, teacher’s day, mother’s day, anniversary
tapi …….. Allah nak uji kot.. :(
dan Assalamualaikum bulan Jun
semoga awak baik-baik saja
please please and please be good to me ok
takmo sedih-sedih dah
nak happy happy sokmo
nak good news je banyak banyak hihi
dan separuh tahun 2014
apa je pencapaian kita setakat 6 bulan ni?
kalau belum tercapai kita ada lagi enam bulan sebelum masuk tahun baru
usaha banyak-banyak, doa banyak-banyak, tawakal..
semoga impian saya dan kita semua tercapai.,
ameen ameen.
:)
Tuesday, May 27, 2014
something from my day
- umar masuk taska lagi. kali ni betul-betul punya. hari ni dah masuk 2 minggu umar ke taska. mula start balik sejak awal bulan mei hari tu. tadi hantar macam dah ok sikit. nangis pun kejap je dah. harap esok lusa makin ok dan makin happy umar kat taska. Amin Amin. Kawan-kawan doakan Umar eh.
2. Sejak bulan March dulu saya dah start ke fakulti untuk cari bahan. Untuk cari data untuk thesis. sebab tu umar saya kena hantar ke taska. kalau tak hari saya akan start pukul 11. iaitu selepas saya tidurkan umar. boleh tak, kadang-kadang saya rasa macam mementingkan diri sendiri plak. kesian umar kena hantar ke taska semata nak cari bahan untuk thesis. :( harap bila umar besar nanti, umar faham. bukannya mummy sengaja, tapi lebih kepada terpaksa. kalau boleh mummy nak bawa umar ke mana pun mummy pergi.
3. awal bulan 5 baru ni juga saya sempat balik Terengganu. Teman adik yang ada kenduri kawan sekolah. sempat juga la melayan kehendak perut yang nak makan macam-macam ni. nasi lemak, nasi dagang, nasi minyak, laksam, kayu kamak, puding istana, kuih bakar mini, kepok lekor apa lagi?? hihi. umar pun suka sangat dapat main air pantai. sampai tak nak balik. best nya kalau dapat kerja kat terengganu. weekend boleh la picnic kat pantai sambil makan nasi lemak ke kepok lekor ke. hihi :)
4. selain balik terengganu. sempat juga saya ke vietnam. heee. 2 malam 3 hari. memang best betul tengok kain kain cotton yang murah. kain chiffon. prada lace yang kalau dalam online harga mahu dekat setengah harga. tapi saya ke vietnam ni tak pergi melawat tempat bersejarah pun, cuma gi shopping je. lagi banyak bawa duit memang akan jadi lagi banyak shoppingnya. bahaya betul. tapi rasa nak pergi lagi. ada sesiapa yang nak pergi tak? saya nak ikut boleh? :)
5. Bazaar ke tiga yang saya join. Kali ni di Red Bungalow. bersempena Anniversary Stellar. Bazaar kali saya rasa sangat merelex kan. rasa macam takde nak menjual sangat. tapi Alhamdulillah laku juga Fairytale Scarf. Thank you kepada yang dah beli. next bazaar bila plak? entah. kikiki
6. Koleksi terbaru Fairytale Scarf. Bawal Parsley daripada kain bawal yang bermutu tinggi. dan semestinya tak jarang, tak perlu pakai inner neck. hihi. harga pun murah sangat. cuma RM12 (tak termasuk postage). kalau berminat boleh lah whatapps saya di 019-272-9678. kata laluan untuk harga kawan-kawan ialah: Pembaca blog. :)
7. Ok lah. saya rasa tu je. nanti kalau sempat saya update lagi. thesis dah memanggil-manggil tu. bye.