Wednesday, May 10, 2017

finally ter-update

 kenapalah tahun ni kerajinan dalam penulisan blog nampak begitu jatuh merundum sekali tahun ni?
kenapa? kenapa? kenapa??
instagram dan yang lain-lainnya dah menjauhkan saya dengan blog kesayangan saya ni
ish ish ish... tapi kat IG pun jarang juga update..apa tah lagi kat fb...
habis tu hang buat apa selama ni??

ok lah..
bagi menghargai pembaca-pembaca blog saya sekalian alam 
(bajet artis sangat kihkihkih)
saya buat rumusan je lah k tentang apa yang dah terjadi 
dalam kehidupan saya setakat ni 
last update ialah pada bulan March yang lepas?? ish ish ish
maafkanlah saya yer pembaca kesayangan saya :(

Hydrology Class
 bulan 3 dan 4 hari tu, supervisor saya minta tolong saya jagakan class untuk budak-budak degree
degree in environmental engineering.  Bukan kelas sebenarnya, lab je pun. satu lab Hydrology (yang satu apa pun saya tak tahu haha nasib baik ada kawan saya yg datang tolong) dan satu lagi lab environmental (yang ni memang bidang sayalah...) studentnya tak ramai pun...dalam 10-15 je...sikit sangat..betullh statistik yang duk viral dalam social media tu kan..memang dah ramai student sains...semua nak jadi artis ke? 

Fatimah first dental visit
kesian fatimah. satu hari tu dia duk nangis je. saya pun macam hilang punca kenapalah budak ni seharian duk nangis-nangis ni?? *sampai naik hot jugak lah* Fatimah pulak jenis pelat lagi nak bagitau itu ini. memang susah sangat nak faham. kadang-kadang saya sorang je yang faham. abahdia memang tak faham sangat. so seharian stay dengan abah memang duk nangis je lah kerjanya. so petang saya balik dari UM rupanya Fatimah sakit gigi. Gigi depan. terus ke klinik gigi kat Vista Alam, Sect 14, Shah Alam. klinik gigi kanak-kanak. tapi tutup pulak. kesian Fatimah. Esoknya pergi klinik doktor cakap kena tampal sikit gigi depan tu sebab dah patah separuh. serpih. doktor cakap sebab fatimah suka minum susu botol pastu kemam dalam mulut. sebab tu gigi cepat rosak. kesian fatimah meraung dalam operation room tu. dari mula smapai habis panggil "aboh...aboh.." *tak panggil mummy pun :( so sekarang fatimah dah tak minum susu dalam botol dah. minum dalam sipping cup je. so that dia takkan kemam susu dalam mulut. klinik gigi kanak-kanak tu best sangat. kids friendly. tapi harga pun best jugak lah. hahaha.

Aiskrim Malaysia
first time buat aiskrim malaysia. umar suka betul. especially perisa milo. macam milo lori katanya. haha. saya buat pendek-pendek je sebab budak-budak bukannya habis pun makan kalau buat panjang-panjang. 

Chef Aboh
Aboh kalau sesekali balik cuti memang suka betul masak. sejak habis pantang ni kitaorang dah balik rumah sendiri. sepanjang tu aboh je lah yang masak. yeay!! saya jagakan budak-budaklah. kemas-kemas rumah je la. still tak boleh goyang kaki tengok tv hahaha cumanya aboh kalau masak take time sikit. haha. sebab semua benda nak freshly blend. macam cili boh. bawang kisar. saya guna je yang dah siap saya blend. *sebab mana ada masa. nanti hud nangis plak. fatimah nak poo poo pulak* antara makanan yang aboh masak...

Ruang kosong
ingat lagi tak post saya pasal first time beli meja kerusi kat ikea dan pasang semuanya sendiri? ingat la ingat la..hehe. so baru-baru ni kawan saya masa kat UKM dulu baru start online business carpet cantik tapi murah. carpet ala2 scandinavian atau ikea tu..tapi harga jauh lagi murah. kualiti sama. nak beli yang ikea pun tak berapa nak mampu lagi. nak beli kat kedai2 parkistan pun tak mampu juga. nasib baik ada carpet murah kawan saya jual tu. berbaloi-baloi. hehe. kalau ada yang berminat boleh ke IG zarisca.my. dah tak kosong lagi ruang kosong di dapur kecil ku ni :)

My adik ipar is my proof reader
untung juga la ada adik ipar yang pandai baha inggeris ni. hehe. nak dekat 8 tahun kat oversea. bahasa omputih ni macam kacang r. so baru-baru ni saya nak kena submit paper. seperti biasa bila last minute memang takde sape la nak terima paper 20 pages untuk di proof read. makanya dengan muka tebal minta tolong adik ipar. hehe. fuhhh banyak juga grammar error. ish ish. malu betul. tapi lantaklah asalkan boleh submit on time. 

Rezeki
Alhamdulillah. dalam kegawatan ekonomi sekarang ni aboh dimurahkan rezeki . ada beberapa job yang dia dapat. Alhamdulillah. lega betul hati ini. sekarangkan bidang oil and gas ni banyak betul yang kena buang kerja kan. Rezeki anak-anak. Makanya Aboh dah fly ke Brunei. Semoga dipanjangkan rezeki aboh. Amin. 

Tech-Post
Bulan lepas saya ada join satu conference anjuran UM. POst grad conference yang mana all accepted paper akan di publish dalam ISI journal. so rugilah kalau tak join kan.saya cuma present result yg ada je. paper saya under Civil category. Pastu yang tak disangka-sangka sangat tu saya menang Best Presenter untuk Civil./ hahaahahah kelakarkan. dah la mas nak kena present tu saya duk menunggu kat bilik yang salah. sampai comittee panggil pastu terkejar-kejar masukkan slide dalam pc present dalam keadaan termengah mengah. ish..tapi Alhamdulillah. sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat saya yang jatuh merundum kebelakangan ni. hehehe. 

apa lagi nak cerita??

now everyone can cook
Dah lama tak masak-masak. Kali ni saya buat puding caramel. resepi copy sebijik dari blog hana memories. menjadi sangat. umar pun cakap sedap betul. satu hari je dah licin. kalau takde ABoh memang ala kadar je la masaknya. lauk makan tengahari pun dua jenis je. tu pun ikut selera budak-budak. takleh yg pedas sangat. nak yg sup je. hmmm. pagi plak. nak pan cake je. ok lah daripada makan hot dog je kan. cuma skang nak lagi best saya minta Umar join sekali kacau bahan-bahan dalammangkuk. Umar suka la. macam main masak-masak. hehe.

On the go
Breast feeding journey saya kali ni. saya rasa sama je macam umar dan fatimah dulu. kalau stress dia akan berkurang sikit. kalau makan alfafa dia kembali banyak. baru ni ganti puasa kurang juga sikit. nanti puasa sebulan harap tak berkurang sangat la. nasib ada yang frozen punya. boleh la buat top up. selalunya saya akan pump dua kali kat UM. satu pagi. satu petang. kadang-kadang duk asyik sangat buat kerja memang termiss sesi petang. jadi. hmm. yang jangan tiru ye. saya pump sambil drive. breast pump saya tu bukan la jenis handfree. kena pegang. jadinya satu tangan pegang stereng. satu lagi pegang corong breast pump. huhu. tapi ok la. jalan nak balik Shah Alam kan jam je. slow je perjalanannya. jadinya ok la bawa kereta satu tangan je.

Face app
mudah terpengaruh. dan mudah mempengaruhi. hahahah. sape je yang tak try lagi app ni? pergi try sekarang. hahaha. saya try dan hmm...agak memberangsangkan juga hasilnya. rupa saya masa tua sebiji macam makcik saya. haha. masih comel dan cantik walaupun dah pangkat nenek. hehehe

33  
happy birthday to me. yang ke 33. dah tua. tapi masih lagi belajar. dan tak punya kerja tetap. dan tak punya kereta sendiri. dan masih tak mampu beli duckscarf. sedihkan? 33. bukan sekadar nombor. dah punya 3 orang anak. seorang suami. of cos hehe. kesihatan yang baik. anak-anak sihat. punya keluarga yang best. kawan-kawan yang pandai dan banyak menolong dalam siapkan tesis. Alhamdulillah. dah 33 tahun dapat bangun pagi dan meneruskan rutin harian. teirma kasih Tuhan. Terima kasih semuanya. :)

CD?
CD?? oh my. hujung bulan ni nak kena menghadapi candidature defense. berdebar dia macam nak viva. kalau viva lagi berdebar kot. hahaha. untuk CD kali ni saya cuma boleh present dua objective yang dah tercapai. tinggal satu lagi objective yg kena siapkan selepas CD nanti. slide tak siap lagi ni. data analysis pun tak siap lagi ni..aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. tolong!!!!!!!!!!!!!

ok. bye. nak kena fokus kat CD. eececeecece
bye bbye. jumpa lagi. tahun depan. :p

Wednesday, March 15, 2017

kosong

petang semalam hajatnya nak jumpa supervisor untuk sign borang je
sekali supervisor memanjangkan lagi perjumpaan dengan bertanyakan pasal progress
dalam hati. alamak... T_T
(tapi sebenarnya ok juga. sebab nak jumpa supervisor ni bukan senang. asyik busy je)

makanya berceritalah pasal apa yang tengah saya buat sekarang
dan supervisor cakap dia sangat risau dengan progress saya. co-supervisor pun cakap benda yang sama.
sebab sekarang dah masuk semester ke 5. awak tinggal lagi 1 sem je lagi cik nilam.
sedar ke tak sedar ni??

hakikatnya...saya 100 kali risau Dr. T_T
percayalah.
tapi risau sahaja tak guna.
kerja tetap juga kena siapkan.
#menangisbawahmeja

dah la tak boleh masuk office. sebab tiba-tiba ada system baru.
nak masuk kena touch dengan matrix card laa pulop.
ke lab kat fakulti sains. ada tikus pulop.
macam-macam.
so semalam. memang mengundang keserabutan dan kerisauan di hati.
rasa macam..............kosong. T_T

betullah kata orang. buat phd ni indeed a very lonely journey
hmm. semoga dimudahkan segalanya. diterangkan hati.
doakan eh.

Monday, February 20, 2017

berpantang ala sapphire




hari ni mari kita bercerita macam mana saya berpantang
saya rasa kali ketiga (keempat sebenarnya..) ni saya berpantang ala kadar je
bukan sebab takde orang jaga..mungkin sebab dah kali ketiga kot hahhaa
dah keluar rumah minggu kedua berpantang (keluar pergi check tak termasuk)
ni keluar pergi hantar umar school..pergi parents meeting kat school umar..
keluar pergi tengok annual concert umar..cuma keluar pergi shopping mall je tak heheh
tapi masa ni rasa sakit kat parut tu dah tak rasa sangat
minggu pertama tu nak bangun dari katil pun sakit..
minggu kedua Alhamdulillah...ok dah..tak rasa sangat dah..

pastu kali ni saya dha makan sayur air sejak hari pertama
sayur sawi dan carrot...sayur lain saya tak berani lagi...
makan ayam pun start minggu kedua kikikiki dasyat betul berpantang kali ni
dulu masa time umar..hari ke 44 baru makan ayam
hari ke 44 baru masak sayur air
selama 44 hari tu makan nasi dengan ikan panggang je la
petang makan roti atau biskut cicah milo
boring jangan nak cakap la..boring tahap telan je la kan..
kalau tak makan lapar plak..perut masuk angin plak,..


so here are the list of berpantang cara saya:

  • ikan yang boleh buat gatal macam ikan tongkol, ikan bawal, ikan kerisi, ikan keli, ikan pari dll semua ni dilarang makan. sebabnya nanti gatal kat tempat luka. ikan bawal sangat bahaya ok. mami saya dulu pernah makan ikan bawal. lepas makan je terus rasa sakit macam sakit contraction. jangan main main.
  • ayam, seafood pun tak boleh. pun penyebab gatal. 
  • sambal-sambal pun atk boleh. sila bawak bersabar. makan la nasi dengan ikan panggang je. kering.
  • mushroom, bayam, kangkung. kobis dan entah apa lagi jangan makan. 
  • basically semua benda tak boleh makan. hahahha
  • kalau makan nasi sila letak banyak banyak terus. sebab nanti dah tak boleh tambah untuk kali kedua. saya tak sure sebab apa. tapi mummy sangat melarang. ikut je la kalau tak nak tensen. hehhe. (tapi saya rasa sebab tak nak kita gemuk kot..kadang2 nasi dengan ikan panggang pun boleh jadi sangat sedap tau hehe)
  • oh yer..sayur timun tak boleh. sebab sejuk. segala macam sayur yang menjalar. sila jauhkan.
  • mee, laksa pun dilarang sama sekali. takut urat berpintal-pintal
  • pisang atau kuih lepat pisang atau kuih yang dibungkus dengan daun pisang. TAK BOLEH. daun pisang sangat berbisa.
  • apa lagi? tak boleh buat kerja berat. tak boleh baca buku. tak boleh mengadap handphone. sebab urat urat mata pun nak rehat. hehehe. yang ni saya langgar je. mana boleh tak tengok handphone dalam masa sejam dua. boringnya. hahhaa
  • kena pakai stokin dan selipar rumah. sebab kena jaga ibu jari kaki. sebab kalau apa2 jatuh atas ibu jari kaki berisiko untuk tumpah darah. yang ni jangan main2. sedara pernah kena. 
  • tak boleh turun naik tanggan. untuk jaga kedudukan rahim.
  • tak boleh marah marah. jerit jerit. kena bawak bersabar sangat-sangat. 
  • air sejuk dilarang sampai hari ke 100
  • pulut. dilarang.
  • pasta boleh sebab cara pembuatannya tak sama dengan laksa. jadi kalau boring makan nasi boleh makan aglio olio. daging kisar jagan makan dulu k.
  • perut tak boleh biar kosong. walau pun banyak gila benda yang tak boleh makan. tapi jangan biar perut kosong.
  • makan oren utnuk luka cepat sembuh. makan ikan haruan pun utk luka cepat sembuh. (rasa dia mcm ikan keli)
  • hati lembu boleh makan. masak dengan halia dan sedikit serbuk kunyit. perhhgg sedapnya hehehe
  • telur sebiji tak boleh makan. tapi kalau ada telur dalam kek, biskut, roti dan segala apa lagi boleh makan. telur boleh penyebab gatal
  • kena sentiasa rehat. tak boleh duduk lama-lama. kena baring-baring je. takleh jalan laju-laju. jalan pelan pelan je k..kena banyak rehat..
saya rasa tu je kot..atau ada lagi yang saya dah lupa?
tapi yang pastinya lain orang lain cara dia berpantang
lain zaman lain juga cara berpantangnya
saya ingat lagi masa mami saya berpantang masa adik bongsu arwan wan saya yang jaga
(walaupun dah anak ke empat)..siap bertangkas..mandi air apa benda ntah..
masa tu rumah besar..banyak bilik..bilik air pun besar..(siap boleh letak katil utk bertangkas tu)
skang..bilik air cukup2 muat je..mami pun tak buat dah tangkas2 ni..
cuma sepanjang 44 hari kena mandi dengan air suam-panas..tak boleh air sejuk..
ada orang makan ikan bilis masak dengan bawang tu kan..
tapi mami saya cakap tak boleh..ikan bilis gatal..ntah
memang lain lain versi 
cuma saya harap jangan terlalu memikirkan pantang larang ni
ikut je..kalau tak boleh..jgn buat..kalau boleh..buat..
(lain la kalau berpantang sendiri..hang nak pi mana pun ikut suka hang la kan)

satu lagi..
suami jangan lupa mainkan peranan
si isteri dah penat lelah bawa muatan berat selama 9 bulan..dah melalui morning sikness yang kadnag2 sepanjang hari sickness nya...pastu melalui sakit contraction lagi..kena potong lagi...
please jaga isteri anda baik-baik k..hargai pengorbanan antara hidup dan mati si isteri 
(cakap kat suami sendiri ke canne ni hehehhe)

ok lah..
cakap panjang lebar pulop..
nanti kita bercerita lagi k
baibai

Tuesday, February 14, 2017

lucky number 3

Assalamualaikum. Hi!

hari ni rasa nak mengabadikan kisah kelahiran Hud the Hud
sebab chapter 1 dah siap. siap je. belum disubmmit kat sv. jadi kita rehatkan otak kejap
semalam stay up. bangun pagi fuhhh pening kepala. taknak dah stay up. melemaukan badan je

ok. kita mula dengan sejak Hud dalam perut. hehe


masa minggu ke berapa ntah. dah nak dekat due juga.
pergi check up dan dcotor cakap saya ada lacunae di placenta saya
lacunae ni macam tompok tompok air (atau bak kata doctor macam taksik/kolam) di placenta
saya sendiri boleh nampak ada beberapa lacunae bila doktor scan perut
tapi doktor cakap takyah risau sebab as long placenta tu masih menjalankan fungsinya
jadi tak ada yang membahayakan..fuhh lega..

2 hari sebelum Hud dilahirkan. check minggu ke 39 macam biasa kat hospital
tiba-tiba doktor cakap dia nampak tali pusat melilit 2 kali kat leher Hud
masa tu saya dah rasa frust sangat-sangat sebab doktor cakap sangat risiko kalau nk beranak secara normal..sebab lilitan dah 2 kali..risikonya bila kita nak push push nanti..
masa tu macam biasa saya dtg check up sorang-sorang..blur sangat-sangat
saya pun terus setuju untuk czer..:(
doktor sendiri perasan air muka saya berubah kot..sampaikan dia cakap takyah frust..awak boleh pregnant lagi..saya bukan apa..cuma kalau boleh nak normal walaupun tahu sakitnya tuhan saja yg tahu..tapi sakit czer lepas habis ubat bius lagi lah..nak jalan pun takut..
sampai hari ni bahagian tu kalau tersentuh mesti rasa ngilu :(

so hari ahad tu terus serah diri kat hospital dan lahirlah Hud Alfatih 
Hud nangis perlahan sangat...tak macam fatimah..satu ward boleh dengar suara dia
Alhamdulillah...Hud sihat..2.4kg..paling kecil dalam ramai-ramai
dari tahu saya pregnant saya memang nak letak nama Hud
dan Alfatih tu en.MM punya idea..sesuai sangat kan hehe


saya rasa pregnancy yang paling mencabar dan beremosi
dengan labwork nya lagi..dengan emosi nak marah-marah kat dua abang n kakak Hud laa
macam macam lagi...
tapi ALhamdulillah..so far Hud sangat senang dijaga..
harap sampai ke bila-bila pun Hud akan jadi anak yang menyenangkan...


baru-baru ni check up , Hud dah berat 5.8kg
semangat dah..nak dukung lama-lama pun dah tak larat..

ok lah
next time saya cerita hal-hal berpantang k..
berpantang cara saya..

bye!

Tuesday, February 7, 2017

bab 1

chapter 1 yang dah lama siap tapi dah lama sangat terperam dalam komputer
lepas proposal defence hari tu ni la baru nak edit balik mana yang patut di edit
print dan check sendiri baru lah nampak banyak gils bahagian yang kena buang dan baiki
pening betul dan sangat blur
dah lupa canne nak tulis problem statement
point semua dah ada..tapi gaya penulisan tu buat termenung depan komputer berminit-minit
dah la grammar banyak yang salah
takde sape plak tu yang bleh proof read kan
canne ni?

sambil-sambil tu
the legend of the blue sea satu episod sehari
ish ish..
laro semua ni larooo

Wednesday, February 1, 2017

Hud the Hud


entah bila nak cerita pasal kelahiran baby Hud yang dah 3 bulan ni?

Assalamualaikum

sedikit busy dengan macam-macam hal study
chapter 1 kena hantar bulan ni (Feb)
tengah touch-up sikit sikit bagi cantik
(harap cantik jugalah di mata supervisor)
hal-hal paper yang nak kena submit juga bulan 3 nanti
satu apa pun tak tulis lagi (terukkan)
dengan legend of the blue sea lagi grey's anatomy lagi
adoiii....busy betul hehehe
(legend of the blue sea tu sampingan je..grey's anatomy tu wajib)

ok..
nanti saya dah submit chapter 1 kat supervisor saya akan cerita perihal Hud the Hud k

nah satu lagi gambar Hud the Hud untuk tatapan pembaca-pambaca sekalian
(kalau ada pembaca...kalau tak kiranya untuk kenangan tahun tahun akan datang)



Thursday, October 13, 2016

masak&masak

saya rasa minggu ni dapur saya tak berasap langsung
sangatlah contoh yang paling terbaikkan?
please jadikan ia sebagai satu tauladan hehe

entah
bila sampai mood "kerajinan" memang macam tu lah jadinya 
isnin makan luar
selasa makan bungkus dari pasar malam
semalm makan luar
hari ni? 
semoga diberi kerajinan yang tinggi untuk masak balik nanti
doakan eh :)

jadi
jomlah kita throwback sikit apa je yang dah saya masak selama minggu lepas

nasi goreng cina (tak cina mana lah) dan kepok lekor cheese untuk breakfast weekend lepas
dari breakfast langsung ke lunch
dinner hari tu tak ingat dah makan apa

dinner entah hari apa pun tak ingat dah
ayam masak kicap, telur dadar dan kobis goreng sama carrot
lauk idea daripada en.MM .. habis licin malam tu juga...
eosk kena masak lain
haaa...hari ni kita masak kari ayam la..hmmm ok

yang ni.....hmmmm....akibat sesekali ku rasa teringin
dah tua-tua ni nak menghabiskan sebungkus maggi memang tak mampu dah
lebih-lebih lagi tgh pregnant plak..
jadi...ikut hati...kita beli yg dalam cup je..
jadikan tauladan ye...

agar-agar santan rose kegemaran semua orang hehe
hari tu saya dah buat satu bekas pastu hantar sikit ke rumah mummy
sekali tak cukup pulak..kakak sayadapat rasa sekeping je hahahha
maka terpaksa la buat lagi sekali..sebekas sorang...haha puas hati
resepi saya tiru dari blog Azie Kitchen..senang macam kacang

yang ni pulak...
Chef Umar sedang beraksi di dapur di sejadah mummy yang nak solat magrib 
time kita nak solat..semua nak berkumpul kat sejadah
pastu bawak segala macam toys main kat tepi kita ...adoiiiii
ni sebenarnya fatimah punya...tak sedar dah byk set masak-masak dah dibeli
yg murah2 je pun...tapi selalnya umar yg suka main
harap dah besar nanti rajin la masakkan untuk mummy...untuk bakal isteri...ececee

ok lah
tu je
baru balik dari cimb ni..nak transfer duit ke bank india
sekali tak boleh plak...dah la cimb dari fakulti engine ni jauh ya ampunn
sabor je lah..
so malam ni nak masak apa?
kari ayam?ikan kering? sayur kacang panjang dan telur hancur?
ok.
semoga diberi kekuatan
doakan eh :)
bye!

Tuesday, October 11, 2016

antic

sedar tak sedar
dah 6 tahun usia laptop saya
beli masa tahun 2010..masa tu kat ukm tengah siapkan tesis master
dell warna pink..

so minggu lepas jumpa kawan yang terer gilas dengan GIS
punya slow melow laptop antic saya tu
sampai dah zoom in dengan paling dekat pun tak nampak nampak lagi sungai yang dicari-cari
kecewa lah i canni

akhirnya ke low yat saya weekend baru ni
format dan kena tambah ram sebab untuk analisis data saya kena guna 2-3 software
lagi yang mengecewakan saya takde dah ram yang terjual untuk laptop antic saya tu haha
nasib baik ada kedai yang jual ram secondhand untuk laptop antik2 hahaha
kesian tak? nak jual sayang...huhu

so skang dah sihat sejahtera dah laptop pink lagi antik saya ni
asalnya virus kat dalam punya la banyak sampai kalau cucuk pendrive mesti takleh baca
pastu kalau click kat mana2 website berjuta2 iklan yang keluar
stress betul...rasa nak baling keluar tingkap je laptop yang comel itewww
tapi sabor..sabor.... huhu

tahu je la kan..kalau nak tgk korean drama ke greys anatomy ke mesti buka website yg byk iklan kan
so lepas ni.....hmmm....lunch hour takleh dah la tgk greys anatomy hukhukhuk

ke low yat dengan dua orang askar ni
umar duk cakap " umar taknak gi kedai ni...umar nak gi kedai umar" 
amboi2...kedai umar? kedai mainan la tu...
fatimah ok duk dalam stroller

saya kan...kalau nak beli laptop baru
nak yang kecik-kecik je
yang boleh simpan dalam handbag...
taknak yg besar dah..berat...tak larat nak pikul huhu
tapi apa kan daya..laptop kecik takleh guna untuk software yang berat2...T_T

ok lah itu je
mari kita sambung writting guna laptop yang bebeas virus virus cinta hehe

bye!

Tuesday, September 27, 2016

breakfast & test

breakfast pagi tadi
misi nak habiskan roti dan telur yang dah agak lama dibeli
tarikh luput roti pun dah nak dekat
jadi marilah merajinkan diri makan roti huhu

malam tadi pun makan roti je
tapi kali ni bukan sebab nak habiskan roti
sebab mafalasfas huhu
bila ada hari kita malas semalasnya
malas nak masak
malas nak kemas balik dapur bila dah siap masak
ish ish ish tak baik sungguh
nasib baiklah tak ada baju-baju yang perlu dilipat time malas tahap tinggi ni huhu

 hari ni umar ada assessment kat school
sepanjang minggu ni sebenarnya
ada paper bahasa melayu, english, math & agam islam
tapi satu apa pun tak study huhuu
haihhhhhh should i be worried???
bila teacher hantar gambar...umar macam duk berangan je haihhh
risaunya laaa

takpe laaa
harap umar boleh buat apa yang termampu
semoga dietrangkan hati sepanjang exam minggu ni 

canne kalau umar dah nak kena ambil exam UPSR?
sepanjang exam saya amik cuti huhu

Monday, September 26, 2016

pampers-less

dah masuk 2 minggu umar dah start tak pakai pampers lagi
woohooooo satu lagi pencapaian yang patut dibangga sebagai seorang mummy! #lompatbintang
semuanya bermula bila teacher umar kat school sorokkan pampers umar
nangis-nangis juga umar katanya sebab dia nak pakai pampers lagi
kalau ikutkan saya...rasa macam tak mampu lagi nak potty train si umar ni
sebabnya kang kalau terbabas dan ter wee wee kat atas carpet canne?
saya juga yang kena bersihkan hahahaha dasar sangat kan

jadi sejak hari tu sampai la ke malam umar tak pakai pampers dah
risau gak saya hehe
setiap masa tanya nak wee wee tak..
sampaikan umar tanya "bakpe mummy tanya nak wee wee ke tak ni?"bosan la tu huhu
hari pertama..umar tak terbabas langsung! wohooooo! good job umar!!
hari kedua dan seterusnya teacher umar cakap umar tak terbabs langsung jugak kat school
fuhh lega betul ...risau juga kalau terbabas...teacher marah2 ke..kesian jugak kan
balik rumah ada sekali terbabas..sbb duk ralit sangat sepah2 kan bilik dengan fatimah
terbabaslah buat pertama kalinya..nasib baik atas lantai..kalau tak pensan mummy nak angkat carpet

hari-hari seterusnya camtu la
cumanya saya tak yakin lagi nak bawa umar keluar jalan-jalan lama2
takut ter-wee wee dalam seluar atau tiba2 dia cakap nk wee wee dan toilet nun jauh di sana canne?
so seminggu dua ni kita bertapa je la kat rumah ye hehe
setakat pergi playground tu ok lagi laaa

cuma sejak weekend lepas saya perasan umar dha boleh bagitau dia nak pi toilet
dia akan cepat2 lari ke toilet
kalau nak poo poo pun sama..
kira boleh bertenang juga la..cumanya still kena tanya selalu jugak...
kot kot la terlupa kan hehehe
malam je umar pakai pampers lagi...baru lagi kan..
tengok esok lusa ke ... kita try ... :)

saya teringat
mummy cerita yang kami 4 orang adik beradik ni masuk umur 3 tahun je memang dah tak pakai pampers
sebab dulu pampers mahal weh...berkira-kira betul mummy dulu..
satu hari cuma boleh 1 pampers..yang lain2 nya pakai kain lampin dengan plastik tu
siapa geng kain lampin dulu2 masa kecik-kecik? hehehe
maklum orang "ada-ada" ni pakai kain lampin je la kan...tak mampu...
tapi sekarang Alhamdulillah..rezeki umar dah fatimah ada lebih kat pampers...

nanti turn fatimah canne la plak kisahnya.. :)

Friday, September 23, 2016

cerpen minggu ini

seminggu yang lepas saya rasa hari yang paling takde mood sekalai dalam dunia ini haha
entah...macam-macam yang berlaku...
dari sepatutnya happy menjadi satu kerunsingan langsung masuk fasa entah apa-apa je
en.MM was not around to talk to
makanya pendam la sebuah luka yang lara hehehe #overtau

tapi tu la
ALhamdulillah...dengan ada YB Umar dan Mek Fatimah
boleh buat-buat happy dan bergelak ketawa
boleh la lupa kejap masalah yang melanda
padahal dalam hati .... rasa nak lari ke hutan belok ke pantai je

tapi bila budak dua orang ni buat perangai
memang tepat la pada waktunya...kena la marah sebakul dua hehehe
sorry umar
sorry fatimah

sabor je la kan :)

tugas-tugas seharian saya
(kalau en.MM offshore)

masak..kalau en.MM ada ..akan ada hari-hari yang bila malas masak boleh gi makan kat luarkan..tapi kalau bertiga je dengan budak dua orang ni...nak taknak kena masak juga la..masak simple simple je pun tapi nya
 kalau ada hari balik dari UM awal..macam semalam...bawak budak2 ni main kat playground...kesian umar..balik sekolah asyik nk main slide je..tapi dah kalau sampai rumah pukul 6..canne?? nak masak lagi..nak rehat2 kejap lagi... T_T
 hantar dan ambil umar kat school...hantar dan ambil fatimah kat rumah tokma..
mandikan...tidurkan...suapkan makanan...segala macam lagi #sayapatutdapatbagLVsatu hehehe

nak gajikan maid tak mampu
tapi kalau ada maid kena fikir pasal maid plak 
ada orang asing plak dalam rumah
tak best..tak best...

sabor je la
syurga menanti mu cik nilam :)

semalam pergi checkup kat Dr. Siti Mariam
doktor siti ni yang sambut kelahiran Fatimah dulu
in sha Allah doktor yang sama akan sambut yang ketiga nanti
aduhhh berdebornya..T_T

saya dah minggu ke 33 dan 5 hari
doktor siti cakap baby kecik..tapi sesuaila dengan keadaan tubuh badan saya ni
berat baby 1.7kg
nampak tak gambar scan tu..
baby buka mata 

macam nak cakap
"takpe mummy...everything will be ok..sabar ok"

ok lah..
selamat berhujung minggu
minggu ni mungkin tak ke mana
sebab minggu depan Umar ada exam
nak kena practise tulis ABC 123
baca buku pun tak lancar lagi
tahun depan nak masuk 5years dah..
doakan eh!

Ki wo tsukete!!!

Wednesday, September 21, 2016

agar-agar santan pandan


isnin lepas
tiba-tiba saya rasa nak makan agar-agar santan pandan
yang warna hijau. dua lapis. bahagian santan kat atas. yang kosong bahagian bawah.
atau ada juga versi agar-agar santan sirap rose. warna pink.
tapi tekak rasa nak makan yang warna hijau.

maka gigihlah google resepi
gigihlah cari agar-agar, daun pandan, pewarna hijau.
padahal correction untuk proposal hari tu tak siap lagi ni.
ada lagi masa google resepi agar-agar. :D

so lepas google macam-macam jenis resepi yang di-share
saya rasa saya akan follow resepi adari Yatie Memories
sebab macam mudah. sukatan pun macam senang.
since kita takde masa. kita pilih yang senang-senang je lah k.
Resepinya ialah:
 Bahan-Bahan:
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan air
  • 200 ml santan kotak+ 50 ml air
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna hijau dan perisa pandan
Caranya:
  1. Masak air dengan gula pasir dan daun pandan.
  2. Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  3. Kecilkan api. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan.
  4. Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.Guna api sederhana je dan sentiasa di kacau.
  5. Bila dah siap, tutup api dan bolehlah di tuang ke dlm acuan kegemaran.
  6. Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!

senangkan. dan ini hasilnya...
yang warna hijau tu k hehehe
 ini cuma bekal untuk kunyah-kunyah time buat correction je
bukan lunchbox ke apa
kalau tengah writting ke analyse data ke mesti rasa nak kunyah-kunyah kan
rasa nak makan je...so bekalkan la sikit apa-apa yang ada kat dapur
harap berat naik la sikit...takla nurse klinik kesihatan bising pasal berat tak naik-naik hehehe

ok
selamat mencuba!!
dan selamat menyiapkan tesis semuanya!! :)

Thursday, September 15, 2016

2nd

birthday Fatimah selalu je jatuh pada waktu yang saya busy
busy dengan PD..dengan data collection...macam-macam
kesian fatimah
beli birthdya cake pun sangat-sangat last minute
sorry Fatimah
tahun tahun depan kita plan betul-betul ok

macam abg umar juga
takde apa yang mummy nak 
tiap hari tiap masa mummy doakan segala kebaikan untuk fatimah dan abg umar
semoga sentiasa dibawah rahmat Allah swt
semoga menjadi anak yang solehah..anak yang good girl..yang menyenangkan semua orang
semoga sentiasa dilindungi Allah swt walau apa pun yang fatimah lakukan dan kat mana fatimah pergi
semoga berjaya didunia dan di akhirat
semoga segala yang baik-baik sahaja untuk fatimah amani!

tahun depan
(harap mummy tak busy dan aboh is around)
kita buat birthday party sekali dengan abg umar ok!

PD

kalaulah PD yang cuba saya ceritakan ni ialah portdickson
haihhhh saya lah wanita yang paling bahagia (buat masa sekarang)
sebab macam dah lama sangat-sangat tak pergi holiday
stay dua tiga hari di hotel
bangun pagi pergi breakfast
mandi manda di swimming pool sampai tangan kedut-kedut

tapi jangan nak mimpi

PD yang saya maksudkan ni ialah proposal defense
satu acara kita sebagai student post grad meng-defense-kan research kita
dihadapan 2 orang assessor yang mungkin dari fakulti yang sama atau fakulti yang berlainan
kalau kita tak meyakinkan assessor mungkin kena repeat PD hukhukhuk #mimpingeri

tapi Alhamdulillah
semuanya berjalan sangat lancar
assessor saya satu dari fakulti sains dan satu lagi dari fakulti alam bina
yang mana mempunyai bidang yang sama dengan apa yg kaji
saya pun tak kenal pun diorang. diorg pun lagi lah kan hehe

 sehari sebelum PD tu, saya punya supervisor nak tengok dulu apa yang akan saya present esoknya
nasib baiklah sv nak buat pd trial ni..kalau tak mungkin banyak persoalan yang timbul esok fuhhhh
thank you sv

saya mengaku saya memang tak kreatif sangat dalam buat slide presentation ni
sebelum kena baiki...bahagian introduction saya banyak sangat perkataan..which is not good lah kan
sape nak baca kau punya karangan kan hehehhe
bila dah kena komen dengan sv..barulah kurang sikit perkataan2 tu
satu lagi yg tak bestnya saya suka baca dari slide T_T super doper tak baguskan??? i know!!!
tapi..........skill presentation saya dah lama sangat ke laut dalam yang tak berpenghuni
but again...thanks sangat kat sv sebab buat PD trial...kalau tak........nangis tak berlagu la saya T_T

 hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba
kita cuba apa yang termampu
jawab persoalan mana yang mampu
(ada satu soalan yang saya blur yg amat sangat..terkedu saya dikerusi T_T)
slide presentation was just much better than yesterday
the way i presentated pun..way better...no more read from the slide hahahah
segala persoalan pasal objective .... ALhamdulillah...berjaya dijawab dengan agak bergaya :p

tapi kalaulah viva dengan tak dapat jawab satu persoalan tu
saya rasa......arrghhhhhh.......
semoga waktu viva nanti saya dapat jawab segala persoalan dengan penuh bergaya dan yakin 
doakan eh!!!! :)

sekarang saya tengah cuba siapkan review paper saya
one last part je lagi yg tak siap
conclusion!
doakan paper ni berjaya jadi ISI journal k! :)