Sunday, April 18, 2010

ringkasan

18 april = adam genap satu tahun. happy birthday adam!

18 april = ke rumah dianne tgk baby nadim.

18 april = dpt mms mummy dr mekah. rindu.

17 april = melukis peta dengan harapan cik emy x sesat. tp sesat jugak heee

17 april = teman yaa cari kasut baru. dan yaa beli ini lepas tgk saya pki cm cantik

16 april = hari last Ezzan sebagai lec di much. lepas nih lec kt uitm plak.

abadi 10



terjumpa ini dlm hp
sory
terpaksa terbalikkan mata utk nonton cerita pendek nih
saya xtau nk rotate video canne
da la suara lari
laju plak tu
yg time menari lagu hindustan tu da mcm cartoon da
:) :) :)

Saturday, April 17, 2010

tun seri lanang

lepas tgk mesti rasa pening2 n nk muntah
saya da selamat muntah sebakul

"selamat datang ke perpustakaan tun sri lanang"

Thursday, April 15, 2010

inner y jenis jersey 2 ker?

erm. klu akk. akk xske inner hersey tu. sbb nnt dia melekat sgt kt muka. so muka jd bulat.klu muka yg bujur sesuai r. akk ske yg kain tshirt tu je. biasa dia jual 1 color.

Ask me anything

kebuntuan tahap tinggi

berhenti rehat jap
gmbr2 majlis pertunangan kerabat perak n kerabat trg
simple saja
nk canni r nnt
:)


Wednesday, April 14, 2010

sy nk jadi mcm nilam blh x?pliz3x.. :))

jadi mcm saya??
jadi yg macam mana?? :))

Ask me anything

tiada yg lain







mummy cuma ada ya adik emy n lang
kalau bukan kami yg empat kerat nih sape lagi kan
kalau dulu ada laa Ki n Wan tempat bergantung
tapi skang. diorg da xde. tinggal kami berempat nih je lah
jujurnya
saya sgt sgt sgt kagum ngn mummy
mummy sgt penyebar, kuat semangat
saya rasa klu bukan sebab sebab tu
xtahu apa akan jadi ngn kami 4 org nih
dr kecik smpi skang
mcm mcm hal dah mummy lalui
dr kes bus mini, tom yam n nasi goreng, kereta suzuki, rumah kuala ibai, duit raya, manusia itu, kek lapis, lada lumat, dawisware, kedai tayar mcm mcm lagi
n utk besarkan kami berempat seorg diri mmg bukan satu kerja yg senang
kalau kamu kamu sekalian ada mak mama umi ibu yg special
saya pun punya seorg MUMMY yg tiada yg lainnya

saya selalu tinggalkan mummy kt rumah
kluar jalan2 ngn kawan2. berminggu2 x blk rumah.
sekarang mummy da berlepas ke Mekah untuk tunaikan umrah
2minggu tanpa mummy
2 minggu tanpa org yg nk tanya khabar da smpi kolej ke belum
2minggu tanpa masakan sedap sedap mummy
ok lah. mari sedapkan hati 2 minggu tu 14 hari jer. 14 hari tu kejap jer.


T.T

Tuesday, April 13, 2010

bila budak2 makin berani

cara meniru dalam final exam

tulis nota cantikcantik ibarat itu lah awk punya kertas jawapan. kemudian selit selitkan bersama kertas jawapan yg sebenar yg ada lambang kolej/uni. pandang kiri kanan. jgn sampai terkantoi.

pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh sebuah kolej swasta di selangor

selamat meng-fail-kan diri sendiri

:)

Monday, April 12, 2010

nona sayur


saya x selalunya cantik
tapi cukup klu awk selalu nmpk saya cantik
walaupun tgh serabai sebab br lepas membajak sawah

Sunday, April 11, 2010

sneak preview - Genting 2010



selepas berpenat lelah menaiki cable car ke puncak gunung
dan
selepas berlari lari 100 m sejam mengejar bus
akhir nya kami selamat pulang ke ukm

penat
ini je yg mampu
tata
:)

Friday, April 9, 2010

el-o-vi-e ala sapphire


L- like setiap masa mahu bersama
O- owh yes kamu la yang selalu dirindui tu
V- vecause saya tengah tingtong so saya rindurindu
E- eloklah kiranya awk pun rindukan saya

bila student lebih pandai dr cikgu

saya suka tau baca borang lecturer evaluation
macam2 komen dr student
huhu
yg baik
yg simple saja
yg mengikut
yg betul2 ikhlas
yg huihhh kalah semua org

ada satu komen
"TEACH US LYK DIPLOMA STUDENT & TREAT LYK DIPLOMA STUDENT CHANGE THE LECTURER"

siap huruf besar tu
marah betul tu
huhu
ejaan salah pulak hoho

saya ngn supervisor/lecturer saya
dr degree smpi la master nih
xpernah dilayan mcm student degree atau master
dulu klu time saya degree saya dilayan mcm student master
sume benda kne buat sendiri
nota2 segala kne cari sendiri
time master lagi la
kayak pelajar phd tahu
bygkn kne blajar sendiri subjek biotech, anatomy n histologi tumbuhan yg org lain 3thn kne blajar?? setiap kali jumpe lecturer klu x nangis mmg x sah. huhu. betapa SINGA HARIMAU BERUANG nya lecturer2 saya. :D


jadi canne ek??
ada cadangan??
bagi tips utk setiap exam?
buat soalan objektif sahaja?
bagi carrymark yg mengikut citarasa?
ntah laaa


sebenarnya saya x patut buat entry nih
sbb nmpk sgt sy cikgu yg x best hoho
saya memang x best pun
tapi biar lah
suka hati kan hoho
*malu sudah*


NOTE: SAYA KENAL TULISAN AWK OK HOHO SAMPAI JUMPA LAGI KELAS RABU DEPAN KAMULAH POJAAN HATI KU TATA

Tuesday, April 6, 2010

panas nk hujan memang dia lebih panas dr biasa

panas panas canni
klu dpt mkn air batu campur
klu dpt berendam dlm sungai gabai
klu dpt bermain main ngn kipas angin biar angin2 sume masuk ke dlm baju
klu dpt mkn jambu merah extra asam
huuuu
jom kawan kawan!!!

Monday, April 5, 2010

pekan frinjan

pekan frinjan. pekan pembacaan puisi di tepi jalan. pekan yg ada jual buku buku puisi. pekan yg ada jual demo demo artis indie. pekan yg penuh dgn mereka mereka yg berjiwa seni. tamabhan, pekan yg penuh dengan mereka mereka yg minat benda2 seni mcm saya. chewaahhh! da lama sgt da nk pegi. sabtu lepas. br berpeluang.. tambahan 2 kenalan saya perform mlm tu. cik aishahconteng dan cik mimi morticia. klu diorg x perform. xdenya saya bersemangat demam2 gi sana mlm2. terpaksa gi ngn adik yg x minat ngn benda2 canni sbb cik hazrin sengaja xnk teman kan. cik hadi pun sama. huuuu. xpe xpe. xnk dah dating ngn korg. :P


sementara tunggu cik aishah n cik mimi perform. saya berdiri2 la kt sebelah gerai2 yg ada jual buku n baju kat situ. tiba tiba. ada sorg mamat nih bagi buku hijau nih kt saya. huhu. tiba2 lak. fakrul?? dia ckp di aperform gak. tapi xtau yg mana ntah. saya blk awl sikit. jd time dia perform mungkin saya da smpi umah.


ini lah dia cik MIMI kita. cantikss kan. hehe. saya kenal dia sejak matrik KMNS dulu. dia kawan kepada classmate saya Belorn. pernah sekali dua makan sesama kt cafe. cik mimi nih student perubatan, Uni Trisakti, Jakarta. sama ngn encik hadi kita. cuma lain lain semester. sbb tu la. puisi puisi dia ada unsur2 bahasa Indonesia sket kan? cara dia baca pun cm ad bunyi ke-indonesia-an sikit. tapi best!. pandai dan cantek. bukan kah itu pilihan no 1 suri rumah utk dijadikan menantu. huhu. *semua puisi dlm buku nih semuanya best2 belaka*


ini pulak. cik aishah conteng kita. huhu. kenal dia sbb selalu comment kt blog dia. huhu. pastu melalut sampai fb. sampai sms. sampai la pekan frinjan sabtu lepas huhu. cik aishah kita perfrom puisi tajuk apa ek. lupaa sudaa.. tapi puisi yg sedey rs nya. heee..buku sol-dadu tu cik aishah yg kasik heee. :D thanxx aishah.. cantiks dengan baju kurung pink !! :)


yg nih pulak. salah sorg penyanyi yg menyanyi mlm tu. best!! saya suka lagu romantika ala sofa dan pari pari kertas. ulang ulang dengar dr smlm smpi skang. huuuu. owh lupa. nama dia Cik Beeha. cantiksss dan pandai main muzik. owh sgt menjeles kan. :D


----------------------
kalau
satu hari
saya dipanggil utk baca puisi
korg semua wajib dtg bagi sokongan tau
kalau la
saya ckp kalau
:P

Sunday, April 4, 2010

happy sunday!

demam da ok sikit
tekak masih pedih
selsema ada lagi sikit sisa sisa kuningan nya

hr nih
mummy masak nasi minyak ala mummy
n
saya buat puding sumi jeli ala sapphire

yummm yummm
nnt saya update lagi!
adam duk sibuk nk tekan keyboard nih.kaco saja.
tata


---------------------------------------------------
mari kita update segala benda yg x terupdate smlm
kita buat entry bergambar je la eh

nasi minyak pink ala mummy. kali nih ad color pink je. klu x biasanya ada color hijau n kuning

acar telur. sedap sedap sedap!!! haihhh..tetiba rs lapaaa T_T
gulai daging.
ayam masak merah
puding sumi jeli ala sapphire hoho. yg nih paling mudah n senang

Friday, April 2, 2010

dah masuk april.sila bgn dr tdo skang!

perancangan bulan empat.

  1. hantar mami ke Mekah ---> 14th
  2. hantar azmah ke German ---> 4th
  3. hantar ucapan tahniah atas gelaran Doktor Muda ---> 14th *rsnya*
  4. hantar ezzan ke UDM ---> 16th
  5. hantar diri sendiri ke Genting ---> 11th
bye bye semua org
jangan lupakan saya tau
saya kt sini
kt kampung cheras bangi shah alam nih sentiasa ingat semua org

huh.nk nangis r canni
tata

Origami Heart Love Note

ini suuwwiittt kan
saya rasa cm sesuai klu guna utk buat tag "thank you".lain sikit dr tag "thank you" yg klu kita gi kenduri kawen dpt cenderamata tu kan. boley buat sendiri. jadi. da boley jimat sikit kt situ :)






saya curi ini dr ini

selamat mencuba
:)





Thursday, April 1, 2010

ini bukan blog watiermanlife

memandangkan MUCH kini telah mempunyai seorg pegawai IT yg berdedikasi berintegriti yg tinggi bersemangat kerja yang baik super duper baik punya. maka facebook twitter youtube dan segala mcm website yg bersifat personal telah ditapis dengan bergayanya. nasib baik blogspot tidak ditapis bersama sama. klu x. ke mana tempat yg saya perlu pergi utk menghilangkan rasa bosan saya di ofis ini. masih sempat nk boring ke??huh. saja nk buang masa kan.

jadinya sila bersabaa dengan pengeluaran entry yang secara aktif sejak akhir akhir ini yer.

skang saya nk bercakap pasal aktiviti saya pagi td. huh. aktiviti pagi semua org rs nya. iaitu makan pagi lah apa lagi kan. xkn tdo pulak huuu. mcm biasa hr khamis dan jumaat adalah hari berfoya foya. maksudnya di sini ialah berfoya2 dengan tesis dengan pergi cari tempat mkn terbaru dengan marking exam paper. owh sungguh bosan aktiviti berfoya foya ala sapphire.

buat pertama kalinya hari ni saya dan kawan kawan sepejabat chewah telah ke gerai LONTONG KING! huu..dengar nama sahaja telah menarik hati bukan? belum rasa lagi. sangat menarik menarik hati. boleh diibaratkan mcm menarik susuk dr dlm badan dengan menggunakan MRI. owh sungguh power itu MRI.

byk ckp pulak.
sudah sudah.
mari kita melihat KEHEBATAN ROTI CANAI ALA NANDING!!!

tgk sahaja da tahu betapa rangup dan sedapnya roti canai ala nanding nih.
yg belum mkn pg ialah yg paling kiri (miss nani) n yg tengah (miss sapphire)..yg kanan (miss tim) telah mkn di cafe much..
mereka2 yg da mkn pagi di much jugak. kiri (miss mardiyah), tgh (miss ezzan) dan kanan (madam wani). tp disebabkan terserempak ditgh jalan. maka saya angkut semuanya satu kancil.

mari kita kepangkal jalan topik sebenar

ini lah dia rupa Gerai Lontong King. bersebelahan saja dengan kedai roti canai ala nanding td. lepas mkn roti canai kita bungkus lontong pulak.

walaupun hanya gerai di tepi jalan. tapi perkakasan sama macam di hotel atau cafe.

perhiasan yg..ok..boley diterima laa huuu

nasi impit special. kata pemiliknya tadi. nih nasi impit ala singapura. lain kan ngn ala malaysia

bermacam jenis lauk pauk yg boley di tambah

kueh yg berharga rm0.40 sahaja

perut saya kn perut king. jadi saya pilih lontong king. sebab ada banyak lauk. klu regular cuma telur .

hye. saya la yg mengidam nk mkn lontong king nih :D

dan lunch hari nih. menu nya ialah LONTONG KING . yum yum. melimpah ruah. pedas. lemak. semua cukup. sampai kepanasan menahan pedas.

cakap banyak pun x guna.. pergi lawati blog lontong king nih skang dan berramai ramailah ke kedai LONTONG KING.!!!

kpd kak watie. saya pinjam nama yer.

episod 2 hari memperingati kekasih lama dan baru

seperti yg dijanjikan. mari kita update psl apa yg berlaku smlm. hoho. kepada faraa. smlm gi kelas mmg terseksa habes habesan. dengan berbekalkan segenggam tisu. hingusan masih degil nk terkeluar keluar. haihh.. i benci u hingusan. bye. jgn i kaco lagi.

kepada doctor love ..uuuu...sexy u nama tu. hoho..salam itu. sudah saya sampaikan. n saya sendiri xtau nk cakap macam mana . mungkin sedikit ok dr sebelum nya.

ok lah. kesimpulannya. hari memperingati kekasih lama dan baru semalam berakhir dengan hati yang sedikit senang. sebelum pergi. saya da pk mcm2. contoh. jgn minum minuman yg ditinggalkan. masuk kereta terus kunci kereta. park dekat ngn pintu masuk. baca ayat kursi sepanjang masa. hoho. n bila pk pk blk. awk sangat melampau cik sapphire oooiii. dia x sejahat tu kot. hoho. skang puji pulak la kan. huh. awk memang dasar kerak nasik la cik sapphire. n diingatkan sila beli majalah Maskulin keluaran April. sbb dia ada terselit di dalam. model u skang. hehehe. yer r. badan pun da mcm 2 kali ganda besar dr sebelum nya. da berketul2 sikit kan...hehe..tp i suka versi yg sebelum nya kot. hoho..sudah jgn nk mengade cik sapphire.

ok tu jer kot. mari kita bercerita melalui gambar pula yer anak anak...1 2 3 GO!!!


ini adalah rupa mereka.*mereka?* saya yg tgh berhidung lari larian anak
petang hari br makan ubat maka mengantuk tersengguk sengguk ke tempat temu janji
dan tong sampah hanya penuh dengan tisu hasil sisa buangan saya
mendapat jemputan perkahwinan Ayu&Aiman 8Mei di Sabak Bernam
sedang baca ini yg dibeli tahun lepas akibat terlalu lama nk abeskn tuesdays with Morrie ayat apakah dan jgn pengaruhi saya utk nonton filem nya saya nk tgk filem terbaru jay chou
sampai ke tempat temu janji. terus cari sesuap makanan sbb tghri x mkn sbb pagi da mkn nasi lemak ala makcik cafe MUCH dengan banyak nya
dan ini ialah rupa model majalah MASKULIN keluaran April
jgn pandai pandai nk wat cite plak. dia bergurau je pasal model Maskulin tu.tp ada gaya kan??hoho :p