Monday, August 8, 2022

2022

 Assalamualaikum,

Masih wujud lagi rupanya blog saya ni LOL

sejak tahun bila? 2008/2010? 

Last update was 2019. 3 years ago. OMG lamanya. 

Tak aktif sangat dah kat blog ni. Banyak masa di IG, tiktok, kadang-kadang di FB

So apa cerita?

Banyak cerita ni. Nanti kita cerita k, bye. 

Thursday, December 12, 2019

jemputan

tiba-tiba search kat Youtube...
"how to perform umrah - step by step"

Monday, November 25, 2019

4/7

peperiksaan akhir tahun dah selesai
result pun dah keluar
sekolah pun dah cuti
majlis kecemerlangan pun dah

saya rasa saya nak simpan sini satu
result sekolah kafa umar ni
satuu hari..kalau umar dah boleh baca blog ni
umar kena tahu...satu masa umar pernah dapat nombor 4 dalam kelas hehe
Alhamdulillah...

sebenarnya masa majlis kecemerlangan pelajar sekolah kafa baru ni
umar sedih..sebab dia tak dapat naik stage macam cousin dia
(cousin umar dapat nombor 1 dalam kelas)
masa majlis ni...result tak tahu lagi.
sebab hari untuk ambil buku rekod pelajar seminggu selepas majlis
saya pun waktu tu sedih la juga...sebab umar tanya...
"kenapa umar tak dapat hadiah macam org lain"
saya sedih tak tahu nak cakap apa. saya cuma cakap takpe tahun depan umar plak naik stage
kalau saya tahu umar dapat nombor 4 dan beza sikit sangat dengan yg nombor 3
takde la dengan saya sendiri pun bersedih hati hahaha
Alhamdulillah...ada peningkatan..banyak juga A
cumanya kalau nak naik stage A 80 tak cukup
kita kena dapat atleast 90 markah hehe..sorry umar..mak mak dari negara Asia memang canni :p

kepada yang cakap anak-anak tak kisah tentang result diorg dan mak-ma yg over
SILAP SAMA SEKALI!!
anak-anak ni dia dah faham.. dia tahu kawan2 punya markah macam mana dia punya mcam mana
mak-mak mesti la risau bukan sebab dulu-dulu tak pernah dapat hadiah kecemerlangan atau bukan sebab dulu-dulu mak-mak ni jenis best student...
ntah la ek...
 tapi risau jangan la risau saja2...risau kena sekali dengan usaha laa..
saya sampai buatkan nota ringkas untuk umar
sampaikan ustazah pun perasan..hahahaha
nota macam mind map gitu... umar tulis saya bagitahu macam mana nk tulis ringkas2


takpe Umar
tahun depan..kita cuba lagi..
usaha lagi... mami pun nak tgk juga umar naik stage :)


Wednesday, July 3, 2019

baru

kali ni
saya taknak open sangat
taknak bercerita sangat
sebab...
kita bukan kenal pun kan
bukannya kawan-kawan rapat kita pun
kita buat kerja kita dah
hopefully tak lama kat sini





tapi
bersyukur sangat-sangat atas rezeki ini
Alhamdulillah

Monday, May 27, 2019

yakin

setiap hari
doa dikirim
setiap lima waktu
doa dipanjatkan
kalau belum masanya
belumlah
cuma
yakin sahaja
Dia maha mendengar keluh kesah kita
Dia maha mengetahui sesuatu
semoga setiap doa dimakbulkan
di suatu masa yang paling sesuai
amin....

Wednesday, February 13, 2019

kerja kosong





hari ni
untuk yang kali ke berapa ntah
saya pun tak tahu.
saya hantar cv saya untuk satu jawatan kosong ni
susahnya nak cari kerja sekarang ek
entah berapa banyak cv dah saya hantar
takde sape pun yang panggil
sedihnya
Ya Allah
saya perlukan kerja sekarang
tak kisah la apa pun
pensyarah ke officer biasa ke boleh belaka
sebab...
saya ada monthly commitment
sebab...
saya tahu saya takleh berharap kat suami untuk ini
sebab dia pun ada commitment dia sendiri

kawan-kawan
kalau korang tahu mana vacancy
kat tempat kerja korang ke
bagitau k...

Thursday, January 31, 2019

semoga......

hari ni saya belajar satu benda
orang paling dekat dengan kita pun boleh tak percayakan kita
entah kenapa
entah lah...nak buat canne ntah

---------

lama gila tak update blog
sorry lah. asyik lupa. haha
tab blogspot dah takde kat chrome ni
rupanya dah remove dari bookmark
hee..sorry ye pembaca blog semua

korang apa khabar?
sekolah ok?
kerja ok?
thesis ok tak?
saya macam tu lah..
dah submit 3 months notice
tgh berdoa kedua-dua supervisor endorse cepat2
semoga dilembutkan hati kedua-duanya utk endorse notice cepat2

yang lain-lainnya sama je lah
tgh buat paper. ada satu paper kena resubmit. satu kena reject.
lumrah alam. haha.
kepada yg baru register as postgrad student.
saya nasihatkan bukan kena tulis thesis dari awal sem.
paper pun kena tulis awal-awal tau. sebab prosesnya sangat makan masa.
jangan contohi saya ni. hehe.
kawan-kawan kat postgrad room ni 2 org dah viva. 1 dah submit thesis.
tinggal saya dan 2 org lagi yang masih otw. doakan eh semuanya.

saya doakan urusan pembaca-pembaca blog saya dimudahkan oleh-Nya
dimurahkan rezeki dalam bentuk apa sekali pun
amin. amin.

ok lah.
230pm dah ni. kena pergi jumpa sv.
kena buat kerja-kerja RA sikit
harap tak lama.
boi boi. :)



Saturday, January 12, 2019

....

pagi-pagi ni
duk fikir-fikir kenapa la umar nangis-nangis tak nak pergi sekolah
hari pertama tu biasa. hari kedua. ketiga pun biasa.
tapi ni dah masuk minggu kedua.
umar tetap nangis. meronta-ronta taknak pergi sekolah.
sepanjang minggu ni umar tak masuk kelas langsung.
ronda-ronda kantin. masuk kelas cousin yg darjah 2.
guru besar. pk hem pujuk tak jalan.
saya fikir-fikir.
tadi dapat ilham...macam...
"salah mommy...salah mommy sebab marah umar masa umar perlukan mommy"
Ya Allah...
saya marah-marah umar masa dia nangis-nangis kat sekolah minggu lepas
ya Allah....sorry umar
mommy tak sepatutnya buat camtu....
mak apabenda la canni.... :(

Tuesday, November 27, 2018

hmm

dia kata saya ni terlalubergantung kepada orang lain
sampaikan paper pun nak kena mintak orang lain tuliskan
hmm...
ceritanya
paper tu memang bukan paper saya
saya didatangi oleh seseorang ni untuk colaborate dengan saya
so saya kata takpe..ok..dia buat analisis dan saya tulis
nama saya sebagai first author..
dan sampai sekarang paper tu asyik kena reject
saya tak pasti kenapa...
sv pun macam dah give up
saya ni lagi lah...dah berapa juta kali dah edit edit edit edit
hari ni...dikatakan terlalu bergantung kepada orang lain.
sampaikan paper pun nak kena mintak orang lain tuliskan
hmm
tak tahu nak kata apa
semua tak betul

Thursday, August 9, 2018

short

for the first time in forever
there'll be magic..there'll be fun......

nope..nope...enough with frozen already
atleastonce a week i had to watch frozen for like 100000000 times
fatimah and forzen berpisah tiada

actually just wanna share with you guys
the once in a blur moon good news hehehhe
my husband just gave a green light for me have a short vacay next month
me alone..wohooooooo....
ok might bring umar or fatimah...
but yeahhh...finally...hehhehe

ok bye
next update soon :) 

Thursday, August 2, 2018

lion

saya baru tengok filem Lion
pasal budak kecik ni yang sesat jauh dari keluarga
budak ni dari keluarga susah
kesiannya laaa....tak boleh tahan...
asyik nak menangis je tengok...
teringat kat umar, fatimah hud...
sampai situ je...
kena sambung buat kerja jap..
ada meeting plak hari ni..

Wednesday, August 1, 2018

itu ini

dengan bermacam-macam berita yang menakutkan sekarang
tengok pulak drama Kami
fuhhh
ya Allah...semoga kita semua dilindungi
lindungilah anak-anak ku..walau dimana mereka berada.
amin..amin..





btw,
umar dah confirm dapat masuk sekolah yang dimohon hari tu
sekolah kebangsaan
(how i wish i have duit yg tak habis
dan boleh masukkan umar ke international school
ntah...kenapa ntah)
 

Monday, July 30, 2018

finally

finally submitted my paper today
after months of editing phase
now i kinda get a silent treatment from my co-author LOL
finally i got my esh..Alhamdulillah...
and one word to our new goverment and new ministry of education
please...please....never ever cut education budget...just cut all unnecessary ministry alaunce...
please..please..announce mybrain interview result ASAP. and just dont give false hope..please
jangan kejam please...ramai yang duk menunggu
(cakap dalam bahasa sendiri baru best nak membawang hahahha)

 ok lah. sayonara :)

Tuesday, July 24, 2018

bigbig sigh

some day you just wanna isolate from everyone
just you..doing your job (in my case of course my thesis duhh)
without getting any distraction from others
your friends
your colleagues
even your sv(s)
so today or maybe this one whole week
i will be working from home
finish up my "satu kerja pun tak siap" T_T
sigh....
Ya Allah....I just hoping for the best
hope to be able to finish everythings up this week
Please...please... pray for me...








p/s: ya Allah teruknya english sayaaaa??? 
english budak darjah 6 ke doctrate punya english ni??

Thursday, July 19, 2018

rasa nak makan icecream

baru lepas jumpa sv
rasa nak menangis
kalau tak sabar tadi..mungkin termenangis depan sv hahaha
bestnya kalau dapat makan icecream ke...keluar makan kat jaya one ke
tapi.......
bukannya boleh selesaikan masalah pun..
kerja yang bertimbun bukannnya boleh siap dengan makan icecream pun
hmmm...
nasib ada beli donut sebelum gi hantar budak2 gi school tadi..
esok jumaat. katanya paling lewat minggu ni esh masuk
doakan eh...
kering kontang dah ni :(

...

dah la stress dengan paper & thesis
ESH pulak tak masuk-masuk
dah 19hb dah niiiiiiiiii

Wednesday, July 18, 2018

haa tepuk

macamlah kerajaan terdahulu-kala menepati semua janji-janji
macamlah kerajaan dahulu-kala itu melaksanakan segala manifesto yg dibentang
katanya penurunan harga kereta secara berperingkat. tak juga turun
harga minyak tetap juga naik sesuka hati mak dia
siap ada tabung masih disayang rakyat malaysia
gadai gelang rantai semua. tapi anaknya berjoli diluar negara. tak faham.
walau apa pun
walau ada janji yang mungkin tak dapat ditepati
i'm happy enough we finally dapat kalahkan kerjaan terdahulu.
enough said.

Thursday, July 5, 2018

tak ada rasa

dengan berita yang sedihkita semua dengar hari ni
Al fatihah untuk baby adam.
saya rasa jangan dikecam mana-mana pihak
kecuali pihak yg kononnya pengasuh tu. pengasuh taik kucing.
yang tak ada hati perut. yang kejam tak ada belas kasihan.
dalam pada buat laporan budak tu hilang (rupanya tak)
kau boleh buat iklan nak mengasuh anak orang lain???
kepala otak letak kat mana??? tapak kaki?
Astarfiruallahalazim........

jangan dikecam ibu-ibu yang menghantar anak-anak ke taska atau pengasuh
jangan dikecam ibu-ibu yang bekerja dan sanggup hantar anak untuk dijaga
sebab saya rasa itu sahaja pilihan yang ada
kerja tetap kena kerja. nak menyara hidup bukan senang
bersyukurlah kalau ibu-ibu yang tak perlu bekerja dan dapat jaga anak2 24/7.
itu semua rezeki masing-masing

Alhamdulillah rezeki saya bila mami saya nak tolong jagakan cucu-cucunya
bukanlah saya taknak hantar ke pengasuh atau taska.
saya memang nak. tapi mami tak kasik. kecik lagi. (Hud terutamanya)
anak-anak2 yg lain memang saya hantar ke school yg siap ada daycare petangnya
jauh disudut hati.
saya terasa sangat bila ada yang berkata-kata dengan nada gurau "taska tokma" "nursery tokma"
kau orang rasa kelakar ke..??
semua tu rezeki masing-masing
bila mami nk jaga cucu. tak bermakna saya boleh bersuka ria diluar dan biarkan mami jaga anak2
balik kerja. terus ambik anak-anak.takdennya nak biarkan mami jaga sedangkan kita gi tgk wayang

rezeki masing-masing
Alhamdulillah.....

semoga Allah memberikan ketabahan kepada ibu dan ayah arwah baby adam
saya percaya segala dugaan yang datang, pasti ada hikmah disebaliknya



Monday, July 2, 2018

important dates

sekarang
semua orang duk bercakap pasal 3  months notice
ya Allah..sedihnya...
saya macam tak dapat lagi submit 3 months notice tu lagi
which mean saya kena register lagi bulan 9 nanti huwaaaaaaaa
bermakna juga saya kena bayar yuran pengajian bulan 9 nanti huwawawawawa
(menangis tak berlagu)
sebabnya untuk submit 3 months notice ni
kita kena ada abstract
maknanya result and conclusion kena siap
results saya belum sepenuhnya siap (dah siap tapi discussion belum siap lagi)
jadi tak boleh nak buat conclussion lagi hwuwaaaaawawa
dan disokong dnegan kedua-dua sv.
tapi takpe. diorg cakap. kena siapkan juga tahun ni.
bulan 2 tahun depan submit segalanya.
semoga dimudahkan segalanya.
semoga dimudahkan perjalanan menyiapkan tesis ni
amin amin.

Wednesday, June 27, 2018

shrmzb2018

selamat hari raya
maaf zahir dan batin

tahun ni saya tak balik Trg
beraya di Shah Alam je
raya pertama balik semenyih
 tapi ok laa...ok juga kalau tak balik kampung
takyah fikir hari apa yg sesuai balik yang tak jam
takyah fikir nak kena packing unpacking (benda yang paling malas)
stay kat rumah macam hari-hari biasa
cuma malam raya tetaplah kena siap2 masak untuk juadah raya
macam tahun-tahun lepas first raya mommy masak nasi dagang
satey dan nasi impit dan kuah kacang menu tambahan. beli kat sate kajang haji samuri
ketupat daun palas yang beli siap2 dari terengganu dulu. goreng rangup.
kuih2 raya. yang kakak beli time bualn puasa
tahun ni saya masak rendang ayam dan congo bars
dua2 ni laku keras tau hehehe
dua2 first time buat. tapi menjadi. woohooo. :)
duit raya plak hasil simpanan sepanjang tahun. simpan siap2 yg color hijau.
(banyak juga yang terkumpul. so tak terasa sangat nak gi tukar duit kat bank)
apa lagi?

raya korang macam mana?