Wednesday, June 27, 2018

shrmzb2018

selamat hari raya
maaf zahir dan batin

tahun ni saya tak balik Trg
beraya di Shah Alam je
raya pertama balik semenyih
 tapi ok laa...ok juga kalau tak balik kampung
takyah fikir hari apa yg sesuai balik yang tak jam
takyah fikir nak kena packing unpacking (benda yang paling malas)
stay kat rumah macam hari-hari biasa
cuma malam raya tetaplah kena siap2 masak untuk juadah raya
macam tahun-tahun lepas first raya mommy masak nasi dagang
satey dan nasi impit dan kuah kacang menu tambahan. beli kat sate kajang haji samuri
ketupat daun palas yang beli siap2 dari terengganu dulu. goreng rangup.
kuih2 raya. yang kakak beli time bualn puasa
tahun ni saya masak rendang ayam dan congo bars
dua2 ni laku keras tau hehehe
dua2 first time buat. tapi menjadi. woohooo. :)
duit raya plak hasil simpanan sepanjang tahun. simpan siap2 yg color hijau.
(banyak juga yang terkumpul. so tak terasa sangat nak gi tukar duit kat bank)
apa lagi?

raya korang macam mana?

Wednesday, June 6, 2018

21

paper kena reject lagi
sv pun dah give up
saya....hmm..ntah
takpelah..
jadinya, sv mintak saya buat balik
data yang sama. make it to two papers
takpe lah. tahun tak raya mana pun.
baju raya pun tak beli-beli lagi
umar cakap "takpelah mami, pakai je la baju yang hari tu. yg yellow"
sedih saya dengar umar cakap camtu. sabar ek umar. mami beli juga baju baru nanti.
another sv pulak. nak full draft bulan 7. pengsan.
chapter 1,2,3 dah siap. isi kandungan dah siap. muka depan dah lama siap.
yg tak siap page number, chapter 4&5, list of figures, tables, equations, appendix, dan segala macam benda lagi.
paper lagi tak siap. saya rasa nak stop. pastu gi shopping tudung kat jalan TAR skang jugak.
tapi tetap la kat postgrad room. type entry ni. lepas ni kena siapkan 2 papers tu.
ok lah. nak nangis sekarang boleh tak??
kbai.

Friday, June 1, 2018

ada la tu nanti

baru lepas jumpa sv
saya rasa sv happy dengan progress
progress semua student dia
termasuk saya la kot hehe (hopefully)
alhamdulillah
berita tak bestnya hari ni job application saya ke research institute kat universiti kat utara sana
telah di tolak. huwahuwahuwa. tapi dia akan simpan application saya untuk masa2 akan datang
hmmm...takpe laa..takde rezeki lagi..
ada sape2 yg apply vacancy kat uitm baru2 ni? ada yang dah dapat jawapan ke?
senyap je...
harap-harap ada rezeki kat mana-mana
amin amin..