Monday, April 25, 2016

seminar

dua minggu lepas saya join satu conference anjuran UPM di Putrajaya
all aceppted papers akan di publish dalam journal tapi cuma SCOPUS je la
memandangkan saya tak ada lagi published paper maka join je lah...sebagai permulaan
korang dah ada berapa banyak paper yang di publish?
berapa banyak ISI paper? Q1 ke Q2 ke Q3 ke Q4?
saya xde lagi. yang tak sure bila akan di publish..
conference yang lepas anjuran UM tu rupanya tak akan di publish dalam mana2 journal
(hampeh betul..saya tertipu huhu)

tapi macam biasa apa yang best bila dapat join conference ni
saya dapat jumpa mereka mereka yang expert dalam macam2 bidang
untuk conference kali paper yang dibentangkan kebanyakkan dalam bidang OSH
tapi ada juga bidang air quality, water quality dan semestinya waste management (topic kesukaan)
dan tak sangka juga ramai dah yang buat research on waste management
(hahahah saya baru tahu..nampak sangat tak tahu pape)
cuma yg sama atau lebih kurang dengan topic saya belum jumpa lagi
yang ada pasal leachate quality, e-waste, recycle dan ada yg cuma present review paper on waste management
tapi best dapat berkenalan orang orang waste management dari UPM, UIA, UMT
topic untuk bidang bidang lain tak kurang menariknya
ada yg buat kajian guna semula air hujan untuk kegunaan domestik
ada yg buat pasal kandungan heavy metal dalam toys murahan
ada yg buat quality udara sebelum dan selepas jerebu
menarik...sedikit sebanyak bertambah lah sikit pengetahu saya yg tak berapa nk byk ni hehehe

sempat juga jumpa pensyarah masa saya uat degree dan master kat ukm dulu
dan sempat berbual dengan dua orang dari sarawak yang bekerja dalam bidang elektronik tapi  scope pekerjaan berkaitan dengan e-waste. menarik :)

bila sampai giliran saya kena present plak
fuuhhh fuhhhh
macam macam soalan ada hahaha
nasib baik dapat jawab dengan jayanya T_T
maklumlah paper yg saya present ni cuma prilimanary research je
jadi macam-macam benda lah yg boleh ditanya
tapi semua pun ada sebab dan musababnya. so saya jawab je la apa yg patut haha

overall, saya suka join conference
walaupun ada tahap ke-tension-an-nya (writting paper, results and all)
tapi saya suka
plus dua minggu lepas saya dalam keadaan sangat sangat penat
dengan sampling. labwork. Tuhan saja tahu betapa penatnya
Alhamdulillah ada conference yg boleh saya berehat sekejap dari kerja2 lab
(bila fikir tahap kepenatan time..terus rasa nk menangis hahahha)
kalau apa-apa terjadi kat sana tolong tengok2kan umar n fatimah ye

ok lah
some photos to share
tak banyak gambar yg ada
maklumlah datang sorang
segan segan je nak minta orang ambilkan gambar kita hehehe

(seriuosly baju buat perut saya nampak buncit 10kali ganda. benci i)

presenter yg pertama. fuuhh fuhhh. :D

ok lah
tu je
sekarang tengah cari cari conference yg boleh publish ISI journal
UM nak dua ISI journal. kalau tak takleh grad T_T
doakan eh semua
:)

Friday, April 22, 2016

friday yeay

hari ni dah masuk hari jumaat
kejap je seminggu
umar tak pergi school hari ni
sebab semalam tidur rumah tokma..
kalau dah tidur rumah tokma mesti "hari ni school tutup"
kalau kita cakap memang dah bolayan dah
umar gok laaa
duk rumah tokma memang la best
saya sendiri pun suka
macam boleh rehat2 sket la...
takyah masak2 dah hehehe
tapi tu la...umar mesti tak pergi school esoknya T_T

sekarang umar dah boleh baca a i u dah
ba bi bu, ca ci cu, da di du sampailah ke za zi zu
tapi saya tak pasti kalau macam perkataan baca mana mata tu umar boleh ke tak
kat school teacher cakap dah boleh dah..tapi bila kat rumah macam tak boleh
entah...tak boleh ke malas hehehe

tu kisah umar
kisah mek fatimah pulak
tiap kali hantar umar pergi school dia pun merengek la nak teacher amik dia
macam nak pergi school juga gayanya...kelakar betul...
siap hulur tangan kat teacher umar...dengan harapan teacher akan amik dan bawa masuk kelas la tu
hahahahha fatimah gok la...

macam - macam...

saya pulak? camtu je laaa...
hari ni pergi melawat kawan masa sime darby dulu kat ppum
comey sangat la BabyAZ...putih melepak...geram je
kecik comel je...
bila tengok newborn rasa macam tak sabar nak beranak
tapi bila memikirkan sakit contraction yang bakal dirasai tu
adoiiii.....seram jadinya... T_T


ok lah
nak pukul 3 dah
hari jumaat je rasa macam mafalasfas kan hehe
tak baik betul
ish ish ish



Wednesday, April 20, 2016

the incredible


sejak pengalaman buat labwork masa master dulu
saya rasa macam tak nak dah buat labwork 
(masa tu baru habis labwork master..jd fikir kalau buat phd mmg taknak dah buat labwork)
tapi sekarang nak tak nak kena cuba cuba menyayangi labwork sepenuh hati
meaning ... kalau result tak cantek kenapa boleh jadi tak cantek
kalau tiba-tiba sample jadi putih tak kuning macam yang lain..kenapa? kenapa?
light yellow yang macam mana kita perlu tentukan sebelum masukkan 1ml starch
benda-benda macam tu kadang-kadang buat saya jadi penat LOL
tapi sebenarnya untuk masa akan datang akan menjadikan lebih mudah untuk saya buat report
atau tulis kat chapter result & discussion nanti
tapi penat dia Ya Allah Ya tuhan...sampai boleh termenangis tak tentu pasal hahaha
saya tak tahu mungkin sebab tengah pregnant
atau penat yang berpanjangan yang tak berkesudahan
balik buat lab tempuh jalan jem
balik rumah melayan umar fatimah masak basuh baju segala benda
dan esok sambung lagi
benda-benda canni buat saya rasa nak ada maid
so balik rumah makanan dah tersedia atau baju dah terlipat cantek dalam cabinet
hal-hal mandikan fatimah umar boleh buat sendiri
tapi tak boleh...kalau saya bergaji lain cerita...
en.MM pun komen dia whatsapp hari ni esok petang baru reply
kadang-kadang jauh disudut hati nak je en.mm kerja normal 8pg-5ptg
tapi dengan keadaan sekarang mana boleh mengade-ngade sangat
dia berkorban saya pun kena berkorban juga
saya taknak jadi supermom sampai kepenatan sepanjang  masa
saya taknak...please...
penat itu tak best
#menangisbawahmeja

Tuesday, April 19, 2016

work station


hari ni bersiaran lansung dari work station di fakulti engineering
akhirnya ada juga tempat untuk saya kat sini
senang lah sikit tak perlu nak berulang dari fakulti sains
terutamanya bila ada labwork
takyah susah susah cari parking lagi

pagi tadi dah buat labwork 
dan bersambung lagi lepas lunch hour nanti sebab nak kena repeat beberapa station
yang resultnya kurang menarik hati
pasai apa ntah hmmmm
harap petang ni result cantek sket

doakan eh
:)

Sunday, April 10, 2016

fasa fasa

tak  best nya bila masuk fasa tak berselera
fasa tak boleh bau orang masak
fasa tak boleh tengok mee,  kari,  ayam masak merah,  daging,  nasi lemak
kadang kadang fikir pasal ayam masak merah pun boleh rasa nak mun mun wekk wekk

dalam keadaan canni makan roti sapu butter pastu cicah milo panas pun dah kira sangat sedap dah tu
kalau malam plak lauk ikan goreng dengan lada kicap pun dah boleh bertambah dua tiga kali
semalam kat hospital.  ada bubur untuk aiman,  tawar tak rasa apa
bubur untuk orang sakit kan.  saya boldh makan habis licin huhu
canne tu?

yg paling seksa bila pergi kenduri
bau dalca yg semerbak,  daging masak hitam yg memualkan,  gulai ayam ish ish ish
sabor je la tekak ini

harap fasa ni tak lama
harap Allah tarik nikmat makan ni kejap je

korang macam mana?

Saturday, April 9, 2016

doktor muda

hari ni seharian di hospital
alhamdulillah.. aiman macam sihat sikit dari hari hari sebelum
dua hari lepas aiman,  anak kepada kakak kena operate
sebab bengkak disebabkan jangkitan kuman
yg disebabkan doktor tak reti cari urat dah terkena jangkitan kuman

menurut doktor yg operate aiman tu,  doktor tu klu tak jumpa urat jarum tu dah kena tukar
kalau tak akan terkena jangkitan  kuman dalam darah
kesian aiman sapai bengkak k separuh  badan
dan kena operate tu sebab nak buang tisu_tisu rosak yang dah dimakan kuman

kita dah la kurang percaya dengan doktor muda.. bila jadi canni lagi la kan
nak nak bila doktor dari hospital kerajaan.. sorry doktor muda
tapi harap tak semuadoktor muda camtu
nk jadi doktor yg berpengalaman mesti melalui zaman ho yg blur kan
tapi...  kalau rasa tak boleh atau salah cepat2 bagi tau boss yg lebih tahu please
kesian budak budak..  diorg klu sakit bukan reti sgt nak bgtau kan... 
diorg nangis je..  kita pun tak tahu nangis sebab sakit kat mana

ni kalau dalam grey's anatomy watak doktor yg sesuai ialah Alex Karev hahaha
mula2 jadi doktor macam2 buat salah dan penakut (dari luar bukan main macho man)
tapi skang dah season 12 dah jadi pakar kanak yg super macho mengalah Mc Dreamy
(haha boleh ke buat persamaan dengan drama tv camtu.. suka hati hang je kan)

tapi aiman td dah ok dah
dah dua kali buat dressing nak cuci tempat yg kena operate tu
dia plak  aktif semacam je tadi
nak nak bila bff,  umar datang... mcm orang tak sakit
alhamdulillah alhamdulillah

apa apa pun semua kuasa Allah kan
kalau nak jadi jadi jugak
aiman dah ok tu... semua orang dah maafkan doktor muda dr hospital kerajaan kat shah alam tu
(nak jugak bgtau hospital mana kan heee..)