Monday, January 19, 2015

Doctorate Support Group

 

phd


minggu lepas saya telah menjumpai sesuatu yang hebat di FB
(hebakk la sangat kan hihi)

FB tu selain diguna untuk menghantar dan menerima kad jemputan kahwin
saya dah ada satu lagi kegunaan baru iaitu tempat bertukar-tukar fikiran
eceeehhhssss
bunyi macam sangat nerd

ok serious ni
saya baru join Doctorate Support Group
khas untuk pelajar Master mahupun Phd
atau mereka-mereka yang ingin melanjutkan pelajaran peringkat Msc/Phd
tapi kebanyakkannya member dalam group ni adalah phd student

bagus juga kewujudan group ni
(saya rasa laa…untuk setakat ni)
macma info juga boleh dapat
nak dapatkan journal pun boleh
info pasal seminar ke
ok la. berguna juga la account fb saya tu kikikiki

kepada kawan-kawan yg belum join lagi
jom la kita memeriahkan suasana kat group ni
:)

Thursday, January 15, 2015

villa comel

 

masuk bulan ni
dah hampir 3 bulan saya pindah ke rumah ni
rumah baru
baru siap
selepas setahun menunggu
sebenarnya selepas bertahun juga menunggu
menunggu untuk hidup sendiri
berdikari kononnya kikiki

ye la
sampi bila nak hidup bawah ketiak mummy kan
sampai bila nak harapkan mummy masak hari-hari
sampai bila nak harapkan orang kemaskan rumah yg kita sepahkan
sampai bila? heee :)

jadi
lepas habis tempoh berpantang hari tu
officially saya dan encik MM dan encik Umar dan cik fatimah berpindah ke rumah kecil lagi comel ni
kecil tapi cukup la kami empat beranak ni
nanti kalau ada duit lebih anak lebih kita cari rumah yang lebih lagi kan hihi

rumah baru
barang yang basic je yang ada
sofa, tv, meja makan, dapur, katil, mesin basuh, pemanas air, peti sejuk
pinggan mangkuk, sudu garfu
sangat sangat basic
jadi kalau nak buat majlis naik rumah tu memangg tak boleh sangat lagi

jadi untuk episod casa impian kali ini
kita akan ke rumah Puan N yang terletak di Bandar XYZ
blablabla
jangan nak berangan hihi

IMG_0297
ruang tamu dan berandah dan tempat jemuran
sebab utama saya suka rumah ni sebab ada berandah
kebanyakkan apartment sekarang tak ada berandah
membuatkan rumah kurang kemasukan angin lalu bayu laut segala
dan paling penting boleh dijadikan tempat jemuran hihi

IMG_1297
dry kitchen
pilihan warna dan rekaan encik MM
eh pernah ke saya bagitahu yang mak mertua saya ialah interior designer?
yupss yes she is.. :)

     IMG_1298 IMG_1299
dry kitchen
tempat encik MM bereksperimen
dan masakan beliau memang sangat boleh tahan
sedap menjilat jari hihi
tapi paling sakit hati bila tanya resepi apa
resepi campak campak
habis kalau nak tolong masak nanti camno??

IMG_0295[1]
dan hasilnya?
simple tapi memang boleh menambahkan purata berat tahunan hihi
thank you encik MM
lain kali masak lagi k

IMG_1300
dry kitchen dan di situlah juga tempatnya mesin basuh
bila kesempitan ruang
memang kita kena pandai bermain dengan ruang
ruang dalaman
ruang luaran
dan bolehlah awak stop mengarut

IMG_0515
  dan ini favorite place umar
petang petang kalau tak hujan
memang akan bawa umar turun main slide

itu sahaja untuk episod casa impian minggu ini
walaupun hanya ada barangan basic
tapi kalau kebetulan korang berada di bandar XYZ
singgah la rumah saya
boleh kita makan-makan borak-borak hihi

bukan artis

IMG_1196[1]

semalam first time ke klinik untuk check up Umar dan Fatimah
tanpa bantuan Encik MM (tapi dengan bantuan mummy)
membawa kedua-dua askar wataniah ni sendiri kalau tanpa pemantauan Abohnya
memang sesuatu yang………tak menang tangan

sebab
kadang-kadang si abangnya tak nak dengan orang lain
(sindrom baru dapat adik ke apa ntah)
dan si adik pulak time si abang berdrama swasta
time tu juga laa dia nak poopoo laa…nak susu laa
memang askar dua orang ni suka tau bergabung meletop

so semalam masa dekat klinik
tengah kelam-kabut nak pergi timbang
tiba-tiba ada seseorang tegur (lelaki)
“nilam kan?”
saya dalam fikiran
alahai siapa pulak la dia ni
budak sekolah ke?budak ukm ke? kerja sama ke dulu?
pastu boleh tak saya jawab
”huh..?kejap eh..” dan berlalu pergi ke tempat penimbang
hahaha amboi-amboi bajet artis kerrr? :p

dah selesai menimbang
dah tamatt drama swasta
orang tadi tegur lagi sambil dukung baby yg bulat bulat rambut lebat comel sangat
”bawak check up umar sekali ke?”
dalam fikiran ok dia kenal umar pulak
boleh pulak saya jawab “sape eh..?tak kenal…”
pastu dia reply “memang tak kenal…saya baca blog awak…”
ting ting ting tinggggg
pembaca blog????
dalam hati hahahahahhahahahha

macam kelakar je ada jugak yang cam saya kat luar blog
dan paling penting ada jugak yg baca blog ni kahkahkah

ok kepada awak yang jumpa kat klinik kesihatan semalam
thanks sebab sudi baca blog tenggelam timbul update tak update ni

saya sejenis memang tak cam orang
atau kalau berjalan tu mata pandang depan je
rabun pulak tu
memang kalau korang nampak saya tapi macam buat tak tahu tu
sorry banyak banyak
tapi jangan segan-segan tegur je saya k

Tuesday, January 6, 2015

azam tahun baru (lagi)

tahun 2014
ada turun naiknya
ada happy ada sedihnya
ada marah ada geramnya

banyak jugak happynya tahun lepas
dan sikit-skit sedih tapi kesannya
saya rasa sampai bila-bila pun tak akan saya lupa (seriously)

kadang-kadang bila sedih
kita senaraikan 10 perkara yang menggembirakan kita selama ni
contohnya
bila kebanyakkan doa saya
Allah jawab dengan memberinya kepada orang lain
macam … nak kerja baru …
saya dapat baby Fatimah
macam … nak sambung belajar di oeversea
saya dapat rumah baru
banyak kali terjadi
tapi orang lain yang dapat
bukan saya
heee (macam teruk plak bila tulis canni)

i know
He want me to be good to Him
more and more
good macam orang lain good kat Dia
(ayat apakah ini)

atau
itu semua ujian
ujian kat orang yang dapat kerja baru tu
ujian kat orang dapat belajar kat oversea tu
dan mungkin juga ujian kat saya

cik nilam
sila lah bersyukur!!!

jadi
tahun ni
harap sangat tak ada lagi adegan sedih-sedih
terutamanya adegan sedih yang tahap “aku tak akan maafkan kau sampai bila2”
(i am bukan pelupa like that!)

dan
harap sangat banyak berita gembira tahun ni
paling terbaru..
permohonan MyBrain saya dah lulus!! Alhamdulillah…lega sangat2
jadi harap pendaftaran bulan 2 ni takyah keluar duit lagi
dan boleh la tolong en.MM bayar bil sikit-sikit

IMG_9568IMG_0027

last sekali
untuk azam tahun baru
yang berjangka pendek
saya harap dapat siapkan collect data by March
jadi bila en.MM balik cuti bulan March ni
boleh la berjalan-jalan tanpa risaukan data hihi
ok tak?? ok tak??

ok lah
cakap banyak pun tak guna
lets walk the talk
mari baca journal!

bye!!