ini adalah sebuah kisah tentang
”hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”
saya rasa
kisah perjalanan melahirkan Umar
tidak se-“hendak seribu daya”
saya macam terlalu confident untuk boleh melahirkan secara normal
sehinggakan bila nurse dan doktor bagitahu saya kena dibedah sekarang
saya menangis teresak-esak macam budak kecik tak dapat mainan idaman
dan untuk perjalanan kali kedua ni
dari awal saya nekad
takkan ada lagi perasaan over confident
bajet kau boleh buat tanpa tips-tips yang mummy bagi mahupun mak mak lain bagi
kali ni mari kita ber-“hendak seribu daya (sehabis daya), tak hendak seribu dalih”
jadi bila saya dapat tahu saya pregnant lagi
belum apa-apa lagi dah google cara mudah untuk deliver secara normal
google tips yang boleh dipakai
kebanyakkannya cakap baca quran, minum air zamzam, makan kurma, solat tahajud/hajat
jadi saya amalkan semuanya
dan bila dah sampai 2 bulan terakhir
mummy sarankan saya minum minyak zaiton 2 sudu setiap hari
saya amalkan jugak walaupun rasanya hanya tuhan saja tahu macam mana
sepanjang mengandungkan Fatimah
malam-malam saya akan terjaga pukul 2 dan kadang-kadang pukul 4 pagi
jadi pada 6hb pagi. pukul 4 pagi camtu
macam biasa akan bangun untuk solat tahajud
dah mula rasa sakit. tapi sikit-sikit je.
kebetulan en.MM waktu berada di Cameron Highlands untuk acara berbasikal
maka sakitlah sorang-sorang dalam bilik
call en.MM. saja je nak bagitau. tak harap dia balik pun (sebab baru sampai sana)
tapi bila dah subuh. makin menjadi-jadi. tapi boleh tahan lagi.
call en.MM harap boleh balik jugak
sakit berlarutan sampai pagi
tapi pagi tu sempat pergi basuh baju – jemur baju – dengan harapan kurang sikit rasa sakit tu
dalam pukul 9 pagi
bagitau mummy
mummy cakap awal lagi ni kalau nak ke hospital
mummy sarankan turun naik tangga
maka turun naik tanggalah saya sampai pukul 12
sampai tertidur sebab penat sangat
kesian umar waktu ni..sebab tak dilayan kehendaknya…sorry umar :(
dalam pukul 1 lebih en.MM sampai rumah
masa ni sakit memang sakit sangat dah
tapi mummy cakap…sabar dulu…tak cukup sakit lagi
dalam hati “apa??!! tak cukup sakit lagi??? kita macam nak pengsan dah tahan sakit ni”
lunch dulu sikit
walau pun tak lapar mana pun
makan jugak untuk tenaga
pukul 2
sakit contraction paling tak tahan
rasa sakit yang sampai kita tak boleh duduk
kalau duduk lagi sakit
rasa macam ada benda je kat punggung
dan dah keluar tanda (darah)
kalau dah sakit camni…boleh lah ke hospital ye kawan-kawan
kenapa mummy tak bagi pergi hospital awal2?
sebab biasanya kita akan ditahan di wad
dan aktiviti utama cuma berbaring je di katil
jadi lebih baik lah stay kat rumah dulu
turun naik tangga sampai pengsan
dah tak tahan sangat baru la ke hospital
pukul 2 lebih sampai hospital
terus masuk labour room
nurse check bukaan dah 6cm
Dr. Siti Mariam yang dalam perjalanan nak ke kenduri kahwin terpaksa patah balik ke hospital
sebab dapat call saya dan mak mak lain nak bersalin
(semoga Allah balas segala jasa baik Dr. Siti)
saya pasti waktu dalam pukul 2 lebih sebab
labour room tu ada tv dan diorg pasang tv3 filem hindustan waktu tu
jadi tahan sakit sambil tengok hindustan
masa ni sempat lagi saya tanya nurse
“nurse…bila nak habis rasa sakit ni….saya tak tahan dah ni”
nurse tu gelak je
ada ke tanya soalan pelik camtu hihi
lepas nurse-nurse siapkan alat alat apa yang patut
Dr. siti pun masuk dan check bukaan dah 9cm
air ketuban dipecahkan
en.MM pun dipanggil masuk untuk teman
nurse dah sedia. Dr. dan sedia.
Dr. pun ajar macam mana nak push
tangan letak kat mana
kaki letak kat mana
ok. semua dah ready.
lepas 3 kali push….Alhamdulillah…
selesai dah semua
hilang dah segala macam rasa sakit
terutama bila baby Fatimah diletakkan dipangkuan saya
seriously…lega sangat sangat…
dengan satu jahitan sahaja, pukul 3 baby keluar
Dr. Siti cakap baby keluar licin je macam sotong (boleh?) hihi
Alhamdulillah….terima kasih Dr. siti dan nurse-nurse yang sangat positif
dari mula check-up sampai la nak melahirkan…
terima kasih untuk diri sendiri atas segala usaha
terima kasih untuk mummy dan family yang banyak bagi tips
terima kasih juga untuk en.MM untuk segalanya
ok
ini amalan-amalan yang saya amalkan sepanjang 9 bulan
semoga dapat beri manfaat kepada bakal-bakal mak :)
- baca quran selalu..terutamanya surah maryam…saya baca surah maryam satu kali setiap hari
- makan kurma dan badam
- minum air zamzam banyak-banyak
- banyak berjalan
- sepanjang 9bulan saya makan semua. takde pantang larang. kecuali yg boleh effect babylah
- berdoa selalu. mintak dimundahkan proses melahirkan nanti. mintak juga dimudahkan besarkan anak-anak
- solat hajat dan tahajud setiap hari
- 2 bulan terakhir amalkan minum minyak zaiton 2sudu besar setiap hari. licinkan baby keluar
- disaat-saat akhir masa sakit contraction tu amalkan turun naik tangga untuk cepatkan bukaan
- atau banyakkan berjalan pun boleh.
kita usaha
kita plan
last sekali kalau tuhan cakap tak boleh. maka tak boleh jugaklah
kalau tuhan cakap boleh. maka boleh lah.
Alhamdulillah. dapat juga merasa sakit yang paling sakit ni
Dr. Siti Mariam yang sangat direcommendkan untuk bakal-bakal ibu
jam yang berjasa sepanjang proses kira gap contraction – botol air zamzam yang menjadi peneman sepanjang 9bulan
fresh from the oven hihi baby fatimah yang kecik molek
nanti saya akan buat review pasal Dr. Siti fatimah dan Hospital Salam pulak k
sekian dulu
terima kasih
bai