the only time umar tak berlari ke sana ke mari – panjat tangga turun tangga – lompat lompat atas sofa
ialah bila dia tidur (of course la kan hihi)
dulu masa umar takleh jalan lagi nak sangat berjalan
sekarang haaaa rasakan mummy!! :p
Monday, October 28, 2013
umar
Friday, October 25, 2013
aiman putra
nama saya Aiman Putra
saya rasa ibu saya banyak sangat tengok Teduhan Kasih
jadi macam berkenan kat Adi Putra hihihi
hari ni saya tak tahu la apa kena dengan Cik Lang saya ni
bangun pagi-pagi tadi dah kena jadi model tak berbayar
cik Lang upah susu je 5oz
pastu nanti doktor cakap saya obesiti kita salahkan cik Lang ok
saya rasa cik Lang ni tak ada kerja kot
takpe la. kita bagi can la kat dia
mungkin dia tengah tension dengan study kot
ok
nak kena tidur pulak ni
bye
jumpa lagi
:)
*******
tengah main-main dengan D80 en.MM
sorry Aiman.
Aiman kan good boy.
entah kenapa doktor cakap aiman ni dah dalam kategori obesiti
tengok kurus je
apa-apalah
bye
:)
Sunday, October 6, 2013
cream puff
first time buat cream puff
selalunya kalau ke pasar seksyen 6, shah alam
selain beli barang basah
saya mesti beli creampuff sedap yang jual kat situ
satu bekas rm5 dalam tu ada lebih kurang 20 biji
sedap. kecik. sedap. memang sekali hadap je boleh habis.
jadi
kita pun nak la jugak try buat
tgk youtube
baca macam macam blog
ada yang telur 3 biji je
ada yang letak susu segar
ada yang ala jepun
macam-macam sampai nak pengsan :p
last last
mummy keluarkan buku resepi yang berumur 30tahun
dan ada resepi creampuff..yeayy!!
tak yah pening pening dah follow resepi mummy je
(sebab biasanya pasti wajib confirm menjadi punya huhu)
cuma resepi mami pakai sukatan lain sikitlah
tapi dont worry
ikut satu satu. pasti berjaya :)
Bahan-bahan
(untuk puffnya)
1 gelas sedang tepung
1 gelas sedang air
1/3 bahagian mentega
2 sudu kecil baking powder
secubit garam
5 biji telur
(untuk cream castard)
3 sudu besar tepung kastard
1 gelas sedang gula kastor
setengah tin susu pekat
1 gelas air
Cara-cara
(puff)
Kacau air, garam dan mentega atas api sehingga mendidih
masukkan tepung+baking powder dan kacau cepat2 sehingga menjadi doh
tutup api. masukkan telur dan kacau sehingga menjadi likat.
masukkan dalam piping bag dan pipe ikut saiz kesukaan.
bakar selama 20 minit, 180C.
(cream kastard)
kacau gula dan air atas api hingga mendidih
masukkan susu pekat dan biar hingga mengelegak
pelahankan api dan masukkan tepung kastard
(yang dibancuh dahulu dengan sedikit air)
kacau hingga menggelegak.
biar sejuk dan isi dalam puff tadi.
siFiapFAP!! hihi
senang sahaja rupanya
ish ish ish
kalau tahu dah lama ambil tempahan :)
kalau ada sesiapa yang berminat boleh la hubungi saya ok.
*serius ni* :)
Subscribe to:
Posts (Atom)