Sunday, March 31, 2013

Fuji-san

ahad yang panas
biasanya kalau hujan. mesti rasa macam panas semacam kan.
panas-panas canni selalu je buat saya teringat kenangan kat Jepun
(dan buat saya teringat ada beberapa tempat lagi nak kena cerita kat sini...)

kali ni saya nak cerita pasal Fuji-san
atau Mount Fuji
seperti dalam entry yang sebelum ni, saya ke Jepun dengan sendirinya
takde travel agent segala
tapi, untuk ke Fuji-san ni, en.MM cakap lebih baik kita join macam travel agent yang boleh bawa ke Fuji-san sana
so, awal-awal lagi dah tempah ticket bus dari Hamamatsucho untuk ke Fuji-san
dan balik kita naik bullet train. 
dekat Hamamatsucho Bus Terminal ada banyak jugak agensi yang boleh tawarkan perkhidmatan untuk bawa kita jalan-jalan ke Fuji-san
dan saya guna khidmat Sunrise Tours ni. 


dari terminal bas ni untuk sampai ke Fuji-san
ambil masa dalam lebih kurang 2 jam
tapi 2 jam tu takkan terasa sebab permandangan sepanjang perjalanan tu sangat cantik
nasib menyebelahi saya (ecehss) sebab cuaca masa tu sangat baik
walaupun ada saki baki salji, tak terasa sangat sejuknya
dan dari jauh dah boleh nampak Fuji-san


lepas 2jam
sampai lah kami di  Fuji Visitor Center
ada kedai cenderahati, ada tayangan video tentang Fuji-san, ada restoran
dan hari ini dalam sejarah saya dapat bermain dengan salji wwoooohoooo
rasa macam....MasyaAllah....akhirnya diberi peluang bermain dengan salji hihi
sejuk tu jangan cakaplah kan
so apa lagi...buat snowman la hihi
:) 

lepas 30minit singgah di Fuji Visitor Center ni kami bergerak ke First Step
iaitu Level 1 untuk sampai ke puncak Fuji-san
semestinya tak boleh sampai ke Level 5 kan
dapat naik sampai ke Level 2 dah kira ok dah
dan dapat tengok Fuji-san dari jauh pun 1000 kali ok dah hihi :)

permandangannya sangat cantik
putih bersih
dengan pokok pokok yang tinggal ranting
cantik sangat
nanti saya sambung bahagian kedua plak k :)

Thursday, March 21, 2013

Nakano Broadway



saya singgah di Nakano Broadway ni kejap je
just jalan-jalan
makan-makan
amik gambar
dan beli belah apa yang patut :)

Nakano Broadway ni macam tempat di mana banyak patung-patung anime ada, macam2 ada
Macam satu bangunan dan kat dalam ada lorong kecil dan kedai-kedai kecil kat dalam
Kedai makanan Jepun di satu lorong kecil lain
banyak sangat (mestilah kan hihi) dan cafe kecil untuk makan roti kuih comel2 dan kopi secawan dua pun ada :)

Kalau nak ke Nakano Broadway ni
train station terdekat ialah Nakano Station dengan menggunakan JR Chuo Line dari Shinjiku Station
(ingat ye JR Chuo Line, kat Jepun banyak jenis train line tau..jangan tertukar plak hihi)
(nanti saya cerita pasal lambakan train yg pening kat Jepun ni) :)

Kat Jepun memang banyak mesin yang ada cangkuk dan kita try amik patung yang kita sukalah
macam gambar kat atas ni la. Ni Line punya mesin la (tak tahu apa nama mesin ni tapi faham2 je la eh hihi)
tapi kat Nakano Broadway ni, berlambak lambak mesin
tapi saya tak sempat try pun hihi (hmmm tak sempat try??!)
kedai komik pun banyak..banyak yang banyak

aaaaa
saya tak sempat pergi The Book Off pun
just sempat lalu dan masuk tingkat satu je (bahagian tak best plak tu)
tak sempat naik bahagian buku buku buku pun
benci...ni boleh jadikan  alasan untuk ke Jepun lagi ni *wink wink*


bagi mereka yang suka dengan anime Nakano Broadway is the place


ok
bye
:)


Tuesday, March 19, 2013

that lazy sunday


tak la lazy sangat pun
mula-mula bersemangat waja je
pastu macam hari malas kedua kembali menyerang
dan segala cas-cas negatif beterbangan
plus, en.mm takde
lagi lah kan

jadinya
seharian berdua dengan Umar di rumah
yang lain semua keluar
saya malas dah nak ke mana-mana hari tu

rasa macam jadi suri rumah sepenuh masa plak 

bye
:)

Friday, March 15, 2013

cuti sudah habis



akhirnya
sampai juga kami di LegoLand
wuuhuuu
:)

(next entry saya sambung pasal Jepun k)


apa yang saya boleh cakap
sebaik sahaja masuk LegoLand ni
"Ya Allah............sape la yang buat semua ni..."
"sape la yang sanggup susun ribu ribu lego ni semua...."

seriously
memang sangat mengagumkan
dan perincian dia sangatlah............two thumbs up!

kawasan dia tak la luas mana pun
tapi ok la
jalan pun tak penat lah kan :)

tiket masuk rm140
tapi kalau kita beli mamee monster yang 10 paket tu
boleh dapat diskaun, jadi bayar cuma rm90 utk adult
untuk malaysian sahaja laa

toilet bersih
baby room pun luas dan best dan ibu ibu je yang boleh masuk
tempat makan pun best. agak murah jugak
ada orang yg boleh tolong amikkan gambar
kawasan sekitar pun bersih
harap semuanya akan kekal macam tu sampai bila-bila

saya datang hari jumaat
so tak ramai orang langsung
nak main pape pun relax je
waiting time kejap je
kalau pergi hujung minggu alamatnya.......tengok je la kot :)
sesuai bawa kanak kanak yang berumur setahun ke atas

cuma satu je
sign board untuk ke LegoLand ni takde
*pening juga la nak mencarinya*
yang ada cuma di simpang last nak masuk ke Medini Mall tu
nasib ada orang yang boleh tunjukkan jalan

dan ini merupakan jalan jalan yang terakhir 
sebelum en.mm mula start kerja semula
hukhukhuk
sedih
ada lagi 89 hari
:(



we miss you aboh

Monday, March 11, 2013

Pasar Ikan Tsukiji


memang tak ada tempat lain dah ke?
macam kat Malaysia tak dok pasor ikang ke guane?
hihi

doh memang pung
saya memang tak dok kerje
jalang jauh jauh semata nok gi tengok pasor ikang
nok buak guane..doh suka dekpong
hihi

ada hok dok pahang ke?
gi google translate r hihi

ok
Nama dia Tsukiji Fish Market
kalau tak silap
pasar ikan terbesar di dunia
syurga ikan ... eh? (bagi peminat ikan lah. bukan bagi ikan yang ditangkap tu)
terletak di Tsukiji, Tokyo
boleh amik train sampai ke Tsukiji dan jalan sikit je dah nampak
lori lori ikan yang comel2
dah boleh nampak deretan kedai kedai ikan

sayanganya
tak boleh masuk bahagian dalam
sebab mungkin terlalu busy kot
plus, kerja kerja dah mula sejak dari jam 4 pagi
jadi...round kat bahagian luar je la
dibuka setiap hari kecuali hari Ahad

berpinar pinak mata tengok ikan salmon yang segar segar
hihi over lah you nih
kedai kedai sushi yang melambak lambak
nak je masuk tanpa rasa was was dan makan segala macam jenis sushi yang fresh
tapi ......... apa kan daya
bila dah ada perasaan was was tu..mana boleh buat main -___-"
jadinya....cuci mata je la kan

harap Pasar Payang tak dan tak akan dirobohkan
idea sape la yang 'cerdik' sangat tu
pasor ikang memang lah busuk
mana ada pasor ikang hok dok busuk, og?
kalau setakak nok buat hotel dengang shopping mall tu
tepak lain banyok ada
pasor payang yang satu mana nok cari?
satu dalang dunia je

kalau orang luor mari Terengganu
nok bowok gi mana lagi kalau dok Pasor Payang?
dok kang nok bowok gi Astaka???



ok
tu je
bye
senyum sokmo k
:)



Friday, March 8, 2013

hamamatsucho

tengok je la kan. was-was 
ini sebenarnya car wash. kecik je. boleh muat dua buah kereta je. 
beri laluan. beri laluan. 
comel kan?kecil je. kalau la boleh wat balik satu ni. boleh la guna untuk gi kerja pagi-pagi :)
tinggal ranting je. sebab baru habis winter. kot.

esok hari jumaat
sepatutnya kerja
tapi saya kan pekerja terbaik
kenalah amik cuti sekali-dua hikhikhik
*takde kaitan dan boleh diabaikan*

esok saya cuti
sebab nak ke singapore
en.mm nak bawa umar jumpa saudara-mara kat sana

plus
mood nak update blog sedang membuak-buak melimpah ruah ni
*dengan harapan ada orang baca*

ok kali ni
nak share gambar di sekitar hotel tempat saya menginap kat Tokyo
saya lupa apa namanya
yang saya tahu dari hotel boleh jalan kaki ke train station Hamamatsucho
yups. kami bertiga pernah berjalan kaki dari station ni ke hotel
1.1km. malam. sejuk. penat. memang hari ini dalam sejarah
habis kebas kaki
barulah nama traveller kan ;)

hamamatsucho ni menurut kata en.mm
kalau kat malaysia tu sama macam semenyih lah
tapi maju sikit la kot hihi :)
bandar kecil je
takde benda pun
cuma kedai kecil-kecil je

tapi kat sini lah letaknya Tokyo Tower
yang bestnya.
walaupun tokyo tower ni dah depan mata
tak sempat pun nak panjat ke puncak tower
sayang kan
kena pergi lagi ni :)

gambar-gambar ni diambil
masa hari pertama kat sana
dalam perjalanan ke train station untuk ke Tsukiji Fish Market
next entry saya cerita pasal pasar ikan terbesar ni pulak k

bye.