Wednesday, May 30, 2012

Nina & Azlina

sama macam nasib handphone
macam tu jugak lah nasib si laptop
yang bersungguh2 wat balik rumah
pengakhirannya..?tersadai tepi meja study.
inilah contoh pekerja terbaik. :p

tambah-tambah en.mm dah balik
lagi ke-ter-sadaian laptop ditepi meja tu makin menjadi-jadi
kesian awak yer cik laptop
cuti dari jumaat, sabtu,ahad, isnin, selasa dan rabu
esok nak kerja baru ada hati nak on
tu pun sebab nak update blog.
kuikuikui maafkan saya. :D

ok.
hajat dihati nak cerita pasal kenduri kahwin bestfriend saya
sejak mrsm kota putra...masuk tahun ke 11 berkawan
yang paling best macam reunion
sebab geng yang lain pun sanggup turun dari johor, perak
semata nak jumpa saya geng-geng yang dah lama tak jumpa ni

masing-masing dengan baby masing-masing
semua pun dah jadi mak-mak orang dah
kecuali saya dan pengantin baru lah kan
walaupun mak org..badan tetap slim mlim you...
saya je yang membuncit sikit :D

 kalau diikutkan ahli geng yang "selalu dalam dunia sendiri" ni
ada enam orang
saya, nadirah, diana, nina, baini & aishah
aishah je yang tak dapat datang....

Dr. Diana, saya & Nadirah
 masa ni baini tak sampai lagi
biasalah hantu camera dari sekolah lagi
kat mana-mana pun nak bergambar

baini dah sampai bersama sepasang anak
nadirah dengan Afeeya
diana dengan Maryam
saya dengan ....?? :)

yang paling kanan lecturer di UIAM, Kuantan
nama dia Ilyanoon
pun ex-mrsm kopu

ok.
yang tengah tu adalah pengantin baru
nama dia Dr. Nina
doktor di Hospital Kulim
*baru perasan gambar pengantin cuma ada satu ni je...* :D
 

yang ni pulak
kenduri kawan sekolah (ex-SRSS2)
Tahniah kepada Azlina dan suami

saya dan 35minggu 
sekian
:)

Tuesday, May 22, 2012

salam 1 Rejab

Salam
dah masuk bulan Rejab
kejap lagi masuk bulan Ramadhan plak
maknanya
makin dekat saya nak deliver aaaAAAaaaa
debor pulok rase :)

ok lah
debor dok debor
nak tak nak kena laluinya jugak kan
semoga semuanya berjalan lancar amin amin amin....

ok.
mcm dah lama tak letak gambar makanan kat sini kan
ni ada sikit makanan yang dah lama masak
tapi baru sekarang nak share

mungkin boleh jadi idea untuk menu berbuka hari ni...?
resepi boleh follow link saya sediakan tu eh
selamat berpuasa
selamat berbuka
selamat mencuba

:)


 

jepuk bilis untuk breakfast hari ahad lepas.
resepi paling senang dalam dunia.
tapi saya letak jugak link untuk resepinya
kot kot ada yang tak sure :)

makin sedap kalau makan dengan daging masak merah 
:)

dah lama teringin nak makan
hujung minggu baru ni baru dapat buat
makan panas-panas-suam sedap
kalau sejuk lagi sedap

spagetti ala mummy
ada daging cincang,udang dan sotong
sedap !!!


Friday, May 18, 2012

school memories




biskut tin atau biskut timbang? makan utama time rehat kat sekolah tadika. kesukaan saya mestilah biskut cotet, biskut abc, biskut marry. tapi jangan bagi biskut pedas. rela minum air jer. 
 pantai chendering. selalu picnic dengan family makan nasi beriani yang bungkus dari kedai mana ntah....ala-ala membawa diri jugak ar time tu hukhukhuk
 sebahagian koleksi kaset yang masih disimpan rapi. ada kaset 2by2..?? sape yg beli ni..??
tingkatan 3K3, Sek.Men. Sultan Sulaiman, 1999. kalau taksilap saya ni time jamuan akhir tahun ni.

apa lagi schoolmemories yang tak boleh lupa
tersangatlah banyak

rindu plak dengan mesin pad yang ada kat toilet sekolah dulu
sangatlah berguna time kebocoran


Thursday, May 17, 2012

tuan puteri


dah pandai tengok iklan
terutamanya iklan lipstik, perfume, lotion
oh iklan tv3 pun i suka
iklan air, sabun basuh i tak minat ok

puteri darin
yang kalau tidur
rumah pun jadi sunyi
:)
 

Tuesday, May 15, 2012

jodoh paling pasti

yang patah
yang hilang 
tumbuh berganti


pagi khamis, federal sangat luar biasa jam
arrghh memang menggangu emosi betul
rupanya ada accident
jam sampai sebelum dan selepas tol batu tiga
merangkak-rangkak
sampai nak dekat 830 baru sampai office
*kerajaan please la do something*

dekat traffic light PPUM
mummy call
dalam hati memang tak pernah mummy call seawal macam ni
sebab biasanya mesti busy dengan cik darin
mummy call ajak balik Trg. sekarang!
saya: sekarang..?? dalam fikiran hal apa plak "orang" tu buat sampai serta merta kena balik ni
mula la nak geram-tensen bagai
rupanya cik long dah kritikal...
saya tak pasti cerita sebenar kenapa boleh kritikal.
sebab sebelum ni cik long ok....
tapi yang saya tahu cik long ada kencing manis


belum sempat nak rehat
patah balik ke shah alam
kemas-kemas baju
bungkus muffin chocolate sket
terus bertolak ke Trg
sampai dalam jam 3 petang


memang tak sanggup tengok
wayar sana sini
cik long bergantung sepenuhnya dengan mesin
anak-anak dari KL semua dah balik
ahli keluarga yang lain pun ada sama bacakan yassin
berbisik ke telinga cik long .. kadang-kadang cik long bagi respon
cuma anak yang bekerja di London tak sempat jumpa......


*terbayangkan diri sendiri di tempat cik long*


cik long selamat kembali pada 830 malam Jumaat
selamat dikebumikan pagi Jumaat yang berkat
di sebelah kubur arwah ayah long, ki dan wan

sangat cepat dan segera

semoga cik long bahagia di sana
dan ditempatkan bersama-sama mereka yang diredhai
amin.
Al-fatihah....

Monday, May 14, 2012

mini chocolate muffin

 

 

si hitam manis
yang hitam manis
pandang tak jemu
pandang tak jemu
lalalalalala~~~ :)



saya buat ni
sebab macam nampak macam sedap la pulak tengok hana's family buat
kecil-kecil macam comel macam sumbat semua sekali je dalam mulut
 makan panas-panas pun sedap
saya buat macam hangus sikit jadi macam garing-garing sikit 
tapi masih laku..habis dah pun
 :)



resepi dia senang je..
thanks to hana's family:

 Bahan-bahan
  • 1 3/4 cawan tepung naik sendiri*
  • 1 cawan gula kastor*
  • 1/4 cawan serbuk koko*
  • 1/2 sudu kecil garam halus*
  • 1 cawan susu segar
  • 1 biji telur(dipukul sikit)
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1sk baking powder - hana tambah
  • 3/4 cawan choc chips
 Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 200darjah celcius. Sediakan mangkuk muffin ke dalam tray.
  • Dalam mangkuk besar satukan bahan bertanda * dan gaul sebati.
  • Buat lubang tengah, masukkan bahan lain.Kacau guna senduk kayu secara kaup balik sekadar sebati sahaja. 
  • Tuang dalam bekas muffin 3/4 penuh.Bakar 20 min, suhu oven 200 degree celcius pada 15minit pertama dan turunkan suhu 180 utk minit seterusnya sehingga muffin masak.
  • Sejukkan dan hidang.

 

Wednesday, May 9, 2012

tuesday things

1. hari yang agak panas. awak kepul-kepul. langit warna macam aiskrim pelangi paddlepop. masak sambil teka bentuk awan?

2. sambal tempe ikan bilis. makan bersama sup ayam dan ikan jaket goreng panas-panas. tambah dengan nasi lembik panas-panas. Alhamdulillah. rezeki... :)


3. dua jemputan kahwin. satu dari Nina (geng time MRSM KOPU dulu). satu dari cik honeypokapoka. tahniah !! semoga bahagia selalu sampai akhir. InsyaAllah saya akan ke dua-duanya nanti.


4. puteri darin yang susah betul nak tidur. tapi kalauu tidur sunyi pulak rumah. darin skang dah pandai byebye kat orang. bayangkan tangan kecik duk melambai-lambai. alahaiiii :)

5. ini bukan apa yang berlaku semalam. tapi hari ni. hmm. saya rasa nak buat chocolate cupcake la hari ni. tu pun lepas tengok hana's family buat.teringin la plak kan. doakan saya rajin eh. :)

Tuesday, May 8, 2012

scones

ini kali pertama saya makan scones
kalau korang tengok channel mesti pernah tengok chef-chef masak benda ni
tapi scones kali ni bukan saya yang buat
adik saya yang buat kikiki
saya balik kerja hari ahad
dengan perut yang kosong-kelaparan-sampai rasa macam nak makan kerusi meja
buka pintu terbau sesuatu yang macam biskut. macam roti pun ada
tapi apa-apa pun orang melayyu mesti nak cari nasi dulu
lauk: pacari nenas, daging masak merah, ikan pekasam goreng garing

scones
kalau ikutkan lidah saya
dia macam roti nak ke biskut
keras dia macam biskut nak ke roti
haa macam mana tu hihihi :)

bak kata emi
sonang jah nak buat benda ni
pumpangpumpangpumpang
siap...!

 makan panas-panas
belah dua
sapu butter banyak-banyak
sapu jem
dan ngap!
yumssssssss... :)



resepi?
saya tak sure adik follow yang mana
tapi korang boleh follow [1] , [2]  atau [3]

selamat mencuba!!
:)

Monday, May 7, 2012

dualapan


 

sekitar sambutan harijadi saya yang ke-28
oh mannn
dah 28 tahun dah? 
dua tahun lagi masuk 30 tahun
macam tua je bunyinya hiksss

ok
sambutan macam biasa 
simple je
tahun ni birthday dinner kat Laman Grill
milik juri masterchef Malaysia, Chef Zubir
tapi masa tu chef tak ada
yang ada cuma peserta masterchef, Daniel
sempat gak bergambar
dia siap suruh add kat facebook huhu

malam tu
semua pekerja Laman Grill nyanyikan lagu happy birthday
pastu saya dapat icecream khas hihi
thank you Laman Grill

thank you jugak kepada family yang tiada yang lain
pelik pulak bila adik tak ada sama
biasanya semua wajib ada dalam sambut menyambut harijadi ni

apa-apa pun
semoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun lepas
semoga doa-doa permintaan-permintaan saya di makbulkan Allah
dan yang paling penting proses kelahiran baby nanti selamat
dua-dua sihat
amin amin....

kepada en.mm,
awak hutang saya birthday dinner ye
bye.

:p

Friday, May 4, 2012

What makes a good PhD student?



Some tips for PhD students.
Doing a PhD should be fun and rewarding, because you can spend all your working time discovering things and pursuing ideas — and getting paid for it, without any administrative responsibilities. Those who stick with a career in science do so because, despite the relatively poor pay, long hours and lack of security, it is all we want to do.



Unfortunately most new PhD students are ill-prepared, and as a consequence very few will fulfil their aspirations to be independent scientists. The main reasons for this are the 'grade creep' inherent at most universities, making it difficult to identify the really talented first-class graduates from the rest, and the pressure on universities to graduate as many PhD students as possible. The consequence is that we enrol far too many of them without telling them clearly what doing a doctorate should entail. We therefore set ourselves, and the students, on a path of frustration and disappointment.



So what should we be telling prospective PhD students?

  • Choose a supervisor whose work you admire and who is well supported by grants and departmental infrastructure.
  • Take responsibility for your project.
  • Work hard — long days all week and part of most weekends. If research is your passion this should be easy, and if it isn't, you are probably in the wrong field. Note who goes home with a full briefcase to work on at the end of the day. This is a cause of success, not a consequence.
  • Take some weekends off, and decent holidays, so you don't burn out.
  • Read the literature in your immediate area, both current and past, and around it. You can't possibly make an original contribution to the literature unless you know what is already there.
  • Plan your days and weeks carefully to dovetail experiments so that you have a minimum amount of downtime.
  • Keep a good lab book and write it up every day.
  • Be creative. Think about what you are doing and why, and look for better ways to go. Don't see your PhD as just a road map laid out by your supervisor.
  • Develop good writing skills: they will make your scientific career immeasurably easier.
  • To be successful you must be at least four of the following: smart, motivated, creative, hard-working, skilful and lucky. You can't depend on luck, so you had better focus on the others!

***
dapat ini dari Dr.Talib dari sini  
 tengok kawan-kawan yang tengah sambung dan yang dah habis macam relax je
atau disebaliknya rasa macam nak pengsan..?
kawan-kawan kat oversea lagi la. asyik jalan je

persoalan sekarang
inilah impian saya
impian kita semua
mampukah kita?

persoalan kedua
siapakah kita itu?

sekian bye.

Wednesday, May 2, 2012

30.04.12

ada dua peristiwa bersejarah
yang berlaku pada 30.04.12
bersejarah bagi saya dan keluargalah
taktahu lah orang lain
tapi ada jugak
boleh la share kat sini :)

pertama:

adik saya, Liyana
dah selamat berhijrah ke UK selama 4 tahun
4 tahun sebab suaminya sambung phd di Southampton
ingat tak saya yang selalu je nak pergi negara orang ni
sekali adik saya yang pergi dulu . oh :)
tak apalah. rezeki orang manalah kita tahu nampak kat manakan...

dan di klia
dah bajet awal-awal tak nak ada sesi "hujan-menghujani"
sekali bila tengok adik nangis
semua pun (kami 4 org) sama-sama nangis hikss

ini kali pertama kami berlima berjauhan
tak pernah sejauh ni
sebelum ni paling jauh pun ke Batu Rakit (MRSM KT), Kuala Pilah (KMNS), Bangi (UKM)
jadi........begitulah kira-kiranya

InsyaAllah....kalau ada rezeki dan semuanya dipermudahkan saya pulak ke sana
tiket untuk 2 adults and 1 infant cuma RM3k++
amin...amin.... :)

 
 us :)

kedua:
30.04.12
genaplah 365 hari saya menjadi puan Sapphire kepada en.MM
pejam-celik-pejam-celik dah setahun
kejap je kan

terima kasih kepada en.mm
untuk 365 hari yang tak terbandingkan dengan hari-hari sebelumnya
untuk kasih sayang yang tak putus-putus
untuk susah senang sedih gembira yang diharung bersama
semoga semuanya berpanjangan untuk juta-juta hari mendatang
harap kita menjadi tua bersama......
amin amin.... :)

dan
terima kasih untuk keluarga Masri
untuk kejutan kecil-kecilan
sempena anniversary kami hihi
segan-serba salah-terharu semua bercampur-campur
mereka datang melawat saya sebab satu "hal"
dan juga dengan sebiji cake resepi terbaru ni *sedap*
tambah pulak dengan triffle, mee bandung mummy yg masak
harap semua orang kenyang... :)

nasib baik saya terperasan sms yang diorang nak datang
sebab biasanya kalau hari cuti telefon memang berhibernasi dalam handbag sejak hari jumaat
plus...en.mm pun diluar kawasan memang tak boleh nak contact
tapi...apa-apa pun terima kasih daun keladi :)

cake resepi terbaru
serious..charcoal cake
first time jumpa ni! tapi sedap!! :)




apa lagi yang berlaku pada 30.04.12?
tak ada apa dah
sekian.
:)