saya yang emosi atau semua pun akan ikut nangis tengok video ni
:')
Dalam minggu lepas ,
saya ada sebut dalam status saya…kadang-kadang kita teringin sangat nak makan benda yang tak ada depan mata
tak kira la awak mengandung ke tak ke…mesti pernah rasa macam tu kan?
betul tak? :)
kalau yang senang-senang tu boleh la masak sendiri
tapi kalau yang susah?HOW meh?
minggu lepas tiba-tiba saya rasa macam nak makan :
nasi lemok ikang (nasi lemak ala Terengganu)
nasi minyok Terengganu
Laksam
ikang celup tepung yang kat Teluk Ketapang tu
roti paung panas-panas
uihhh sedap nye…
tapi betullah
kadang-kadang rezeki tu betul-betul datang tanpa disangka-sangka
tiba-tiba mummy bawak roti paung dari terengganu
pastu ahad lepas SIL masak nasi lemok ikang guna ikang aya (tongkol) plak tu
siap dengan sayur kangkung…uiiihhh…sedap betul :D
nak tambah tapi nnt perut ni klu terlebih makan dia memberontak plak
makanya, makan je secukupnya sahaja…
thanks yer kesayangans :)
misi mencari nasi minyok, laksam dan ikan celup tepung akan diteruskan pada 4hb nnt hiks
dan cuti raya cina tak banyak program pun
selain misi habiskan sekotak limau cina pemberian bos
(satu lagi rezeki yang datang tiba-tiba)
yang lainnya…
macam banyak beratur dan mencuci mata melihat mat-mat bangla dan myanmar di Genting
haihhhh….memang silap percaturan
kononya cuti raya tak ramai org. sekali penuh macam ribuan lemon.
memang menguji kesabaran…tapi sempat la jugak naik Rio Float hiks :D
sekarang ni dah kat rumah shah alam
esok dah start kerja
yang lain dah balik kolej dan asrama
balik ke pangkal jalan. huhu
kena siapkan nota kuliah
macam nak kena plan betul2 untuk kelas2 akan datang
supaya tak kalam kabut macam sebelum ni.
gambar-gambar kat atas tu apa yang sempat saya snap sepanjang di Semenyih.
bye,
nak magrib dah. :)
sekitar majlis cukur jambul cucu pertama mummy, Puteri Darin Zinnirah
Darin baik jer
tak meragam pun
makcik siti cukur rambut sampai licin pun tak nangis lansung
good girl….. :)
tu je lah.
selamat malam
nak sambung tgk Dil to pagal hai plak
baibai
minggu lepas
minggu akhir dalam 2011
adalah minggu yang penat yang sangat
rasa macam buat kerja sikit nak rehat
jalan sikit nak rehat berlunjur kaki urut urut
mana taknya
acara berdereta dari 24Dec, 25Dec dan 26-29Dec
nak kata cuti dah tak rasa macam tak cuti
tapi cuti tahunan masih berbaki lagi 2 hari
mungkin cuti lagi habiskan 2 hari
sebelum dipotong menjadi 1 hari?
tengok lah
acara pada 24 dan 25Dec saya cerita esok-esok eh
sekarang mari bercerita pasal acara 26-29Dec
bukan acara besor pun sebenornya hiks
saya dan en.mm ke Singapura je
untuk kali pertama (bagi saya)
dan untuk kali ke 100 untuk en.mm
kampung sendiri la katakan
pasrah jer bila terpaksa pergi tempat yang sama sekali lagi hikss
kami stay kat sana kat rumah nenek en.mm
di Beduk Reservoir Road
dan untuk ke mana-mana kami jalan kaki naik bas naik mrt
penatnya Tuhan saja yang tahu
Tuhan saja yang tahu berapa kilometer dah kami redah
dengan kasut tiba-tiba jadi sempit
dengan betis macam rasa macam perlu diurut setiap 5 minit
tapi all and all, ia satu pengalaman yang best
(mungkin latihan sebelum backpacking round Europe tahun-tahun depan?)
apa yang saya suka tentang Singapura?
semuanya macam sangat teratur
bandar bersih
banyak bangunan antik sampai habis filem nak snap
dan dan suasana yang tak berapa nak panas
(mungkin sebab tengah musim angin timur laut barat daya kus kus)
apa yang saya kurang gemar?
simpan baik-baik dalam hati. :)
ok.
jom layan 2-3 keping gambar yang sempat saya snap
Marina Barrage. tempat yang sesuai untuk buat research water quality. :)
Rumah nenek. Blok 645. nak sampai sini amik bus no.60 dan mrt Eunos :)
lupa nama apa. tapi dekat dengan Raffles Place.
Marina Bay hotel. dari kejauhan. saya tak naik sampai atas. mungkin next time. kalau nak naik sampai atas cuma bayar $20. :D
Merlion. tempat wajib?
China Town. boleh borong cenderamata. dan ada satu kedai lomo yang jual filem lomo super murah. :)
jalan punya jalan. tiba-tiba dah sampai sini. tak masuk pun. just amik gambar luaran je. antik sangat kan. kalau dah sampai sini maknanya dah dekat dengan mrt Tanjong Pagar.
Little India yang sangat warna warni.
dan last sekali sebelum ke Orchard Road kami singgah ke Arab Street. lunch di restoran Hajjah Maimunah dan dah lalu depan kedai murtabak ZamZam. tapi nak lupa nak singgah. dan sempat beli 2 pasang kain.
dan lepas tu. kami macam tak larat dah nak bergambar.
USS? next time la kot. kalau pergi pun bukannya saya boleh main semua benda kat situ kan.
maka.
itu sahaja.
baibai. :)
dulu-dulu
saya selalu buat kira-kira
berapa umur saya kalau dah sampai tahun 2000sekian sekian
tapi biasanya 2020 lah
1984 – 2020 = congak sendiri
selalu jer fikir
time tu saya kerja apa
dah kahwin ke belum
saya masih kat Terengganu ke
macam-macam lah
sekarang pun still buat kira-kira yang sama
walau 100juta kali dah buat benda sama
*tak ada kereja ke hape neh??* :p
untuk tahun 2012 ni
saya rasa misi saya masih sama
iaitu nak sambung study dan dapat kerja yang lebih baik
amin amin amin
dan saya rasa semuanya bergantung kepada takdir Tuhan
yang dah tertulis untuk saya
harap sangat plan saya sama dengan plan Dia
amin amin amin
dan dan
macam jugak tahun 2011
tahun ni kehidupan saya pun akan berubah 360darjah
suka tak suka
saya harap semuanya akan memberikan 1001 pengalaman yang berharga
yang mungkin bagi sesetengah orang
perlu menunggu 100 tahun untuk merasai pengalaman yang sama
hmm…
sorry
sebab lama sangat tak update
tengok la kadar update saya skang
5 entry jer untuk bulan Dec dan Nov?
kenapakah??
tapi kepada ahli kelab sapphire
harap korang setia bersama k eceececece
macam kekasih awal dan akhir plak
Sekian. :)